Suka Blog Ini?

Ikut Dengan Email

Hati Seorang Isteri

10 March 2010

140 : Selamat Ulangtahun Perkahwinan Yang ke 9

1_458352875l.jpg
Isteriku…
Kehadiranmu adalah mustika
Mengerlip cahaya sakinah
Laksana bintang membentuk arah burujnya
Isteriku…
Saban waktu , dirimu abdi di gobokku
Senyum manismu menenang jiwaku
Kerlinganmu mengorak senyumku
Kesetiaanmu menyejuk mataku
Isteriku…
Ketika kesejukan mataku
Memandang wajahmu duhai isteriku
Memori ini mengimbau zaman remajaku
Di kala ku hamparkan tangan ke awan biru
Merintih harap isteri yang solehah
Penyejuk mata dan penyeri rumahtangga
Isteriku…
Di senjakala ,  ku menongkat resah
Dirimu tersangkar dalam kemiskinanku
Dirimu tak punya manikam permata untuk kukalungkan
Tiada nota ringgit untuk kuunjukkan
Tiada lambang kemewahan untukku hamparkan
Dirimu hanya ku langir debu
Ku balutkan jubah
Ku hilangkan dahagamu secangkir cuma
Ku hambat bosanmu seketika sahaja
Isteriku…
Di hening subuh ku merenung sayu
Dirimu kesepian dalam kesibukkanku
Hari – hari berlabuh kita berasingan
Kesedihanmu , sementara diriku di medan
Kesakitanmu pun tiada aku di sisi
Rumahku , dirimulah penanti setia
Sementara bagiku , ia hanyalah dangau persinggahan
Isteriku…
Dirimu masih setia dalam sangkar yang sepi
Demi nilai cinta dan ketaatanmu
Isteriku…
Dongaklah wajahmu ke atas
Hulurlah tanganmu ke hadapan
Tabahlah duhai isteriku
Tidakkan ku sia-siakan hidupmu
Kan ku hidangkan ilmu buatmu
Kan ku bawamu ke alam perjuangan
Kan ku hantarkan ke perlembahan hidayah
Isteriku…
Bajailah cinta kita
Tenggelamkanlah kemelut rasamu
Isteriku…
Diriku tetap setia di sampingmu
Sungguhpun kita jarang bertemu
Sayang isteriku…
sayang isteriku...
nukilan
Ustaz Nasarudin Tantawi
 (Sumber: http://tazkirahberantai.blogspot.com/2006/08/sajak-untuk-isteri-seorang-pejuang.html)

12 comments:

piewahid said...

tahniah, smoga sentiasa berbahagia dunia akhirat

Fadh said...

terima kasih...

relevan said...

Selamat ulang tahun kawen dema..jaga rumah tangga memolek..jangan nakal2 ..

Jejaka Desa said...

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan weh....

al-mankaraqi said...

saya ingin mengucapkan tahniah kepada encit cuyat dan isteri......semoga rezeki semakin bertamboh-tamboh dan diberkati.

Fadh said...

relevan :

terima kasih...aok pn sama...jgn nakal2 sgt...sikit2 xpe hehehe

jejaka desa :

terima kasih...

al-mankaraqi:

terima kasih...aok biler lg?

al-mankaraqi said...

biler lagi?

koner?

ngeteh ker?

dzul said...

koi nak nasihat lebih2 mcm org lain kang koi yg kena balik. apa2 pn slamat weh hehe

endiem said...

Tahniah.

Mazru Majid said...

selamat ulang tahunnn....jgn nakal-nakal

hehehehe

IS said...

Tahniah. Selamat Ulangtahun aku ucapkan ...

Fadh said...

is :

terima kasih...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...