Suka Blog Ini?

Ikut Dengan Email

Hati Seorang Isteri

25 February 2010

139 : Bagai Sirih Pulang Ke Gagang



01.08.1999 merupakan tarikh di mana aku melaporkan diri sebagai seorang guru terlatih di SK Kemayan, Pahang. Selama 6 tahun aku menabur bakti di sana. Pelbagai onak duri ranjau berliku aku harungi demi menabur bakti pada nusa dan bangsa.

03.01.2006 merupakan tarikh di mana aku melaporkan diri di SK Bukit Gemuruh atas pertukaran yang aku sendiri minta. Bermulalah cabaran baru yang aku lalui kerana sekolah ini merupakan sebuah sekolah yang muridnya 100% terdiri daripada Orang Asli Semelai. Banyak pengalaman suka duka pahit manis yang aku perolehi sepanjang mengajar di sini.

Kini...aku perlu bertukar lagi. Bertukar atas arahan orang atasan kerana kepentingan perkhidmatan di mana SK Bukit Gemuruh mengalami lebihan guru dan SK Kerayong pula kekurangan guru ekoran pertambahan kelas. Hati terasa berat untuk meninggalkan wajah-wajah mulus yang dahagakan ilmu. Namun apakan daya aku untuk mengubah arahan yang telah pun dikeluarkan.

SK Kerayong bukanlah asing bagi aku. Bersekolah dari darjah 1 hinggalah ke darjah 6, SK Kerayonglah tempat aku menimpa ilmu. Dan sememangnya aku pernah memasang angan untuk menabur bakti di sekolah yang pernah menjadi tempat aku menimba ilmu suatu ketika dahulu. Maka akan bermulalah episod baru dalam hidup aku sebagai seorang guru. Doa dan harapan moga-moga masih ada lagi sinar gemilang yang menanti aku di tempat baru.

8 comments:

Mazru Majid said...

xde mende la pasni laman kerayong aok la yg handle yat...hahaha

i like

relevan said...

Tukar begini kementerian bagi elaun pindah ke cikgu?..

endiem said...

selamat bertukar, dimana mana pun sama saja.. mengajar

Fadh said...

mazru :

hahaha blog sendiri pn xter'update' hehehe

relevan :

sebelum2 nie, dpt elaun pindoh tp mulai tahun nie xdpt dh sbb ekonomi gawat.

endiem :

terima kasih...

IS said...

Selamat Bertugas ... Mendidik anak bangsa tanpa kenal siapapun mereka kerana mereka adalah anak bangsa kita... Heheheh. Macam la aku cikgu!!
Tabik spring cikgu.

b.tan said...

salam....
tahniah!!! selamat menjalankan tugas di laman sendiri.

ima shhs said...

congrats !! :-))

Tengkolok Hitam said...

Alhamdulillah, selamat bertugas TH ucapkan...TH pun gah tunggu kelulusan surat pertukaran tempat kerja...mudahan dapat diluluskan...selamat bertugas di tempat baru...dan selamat menabur bakti...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...