Suka Blog Ini?

Ikut Dengan Email

Hati Seorang Isteri

25 February 2010

139 : Bagai Sirih Pulang Ke Gagang



01.08.1999 merupakan tarikh di mana aku melaporkan diri sebagai seorang guru terlatih di SK Kemayan, Pahang. Selama 6 tahun aku menabur bakti di sana. Pelbagai onak duri ranjau berliku aku harungi demi menabur bakti pada nusa dan bangsa.

03.01.2006 merupakan tarikh di mana aku melaporkan diri di SK Bukit Gemuruh atas pertukaran yang aku sendiri minta. Bermulalah cabaran baru yang aku lalui kerana sekolah ini merupakan sebuah sekolah yang muridnya 100% terdiri daripada Orang Asli Semelai. Banyak pengalaman suka duka pahit manis yang aku perolehi sepanjang mengajar di sini.

Kini...aku perlu bertukar lagi. Bertukar atas arahan orang atasan kerana kepentingan perkhidmatan di mana SK Bukit Gemuruh mengalami lebihan guru dan SK Kerayong pula kekurangan guru ekoran pertambahan kelas. Hati terasa berat untuk meninggalkan wajah-wajah mulus yang dahagakan ilmu. Namun apakan daya aku untuk mengubah arahan yang telah pun dikeluarkan.

SK Kerayong bukanlah asing bagi aku. Bersekolah dari darjah 1 hinggalah ke darjah 6, SK Kerayonglah tempat aku menimpa ilmu. Dan sememangnya aku pernah memasang angan untuk menabur bakti di sekolah yang pernah menjadi tempat aku menimba ilmu suatu ketika dahulu. Maka akan bermulalah episod baru dalam hidup aku sebagai seorang guru. Doa dan harapan moga-moga masih ada lagi sinar gemilang yang menanti aku di tempat baru.

23 February 2010

138 : Biar Mati Eksyen Jangan Mati Eksiden


 


  

 


 

 

 

  

  

 

Pagi tadi(23.02.2010) dengan penuh semangat yang berkobar-kobar, aku memandu ke sekolah bersama isteri untuk mengajar kelas Tahun 4 pada pukul 8.00 pagi hingga 9.00 pagi. Namun niat suci aku itu tidak kesampaian apabila aku sebenarnya tiada kelas pada sebelah pagi sebaliknya kelas aku pada sebelah tengahari. 

Pada pagi tadi juga aku perlu membawa isteri ke Hospital Temerloh bagi pemeriksaan oleh doktor kerana dia kini mengandung 8 bulan. Maka aku pun memandu dalam kadar kelajuan yang mematuhi had laju yang ditetapkan. Sebaik menghampiri Kampung Lebak, kesemua kenderaan di hadapan telah pun memperlahankan kelajuan kenderaan masing-masing. Secara pantas, terlintas di otak aku...'KEMALANGAN' dan secara pantas juga tangan kiri aku mencapai kamera yang sentiasa menemani aku sejak kebelakangan ini. Sebaik menghampiri tempat kejadian, aku segera memicit punat kamera bagi merakamkan kejadian yang berlaku di mana sebuah bas milik CEPAT EKSPRESS telah tersadai menghalangi laluan kenderaan lain dari kedua-dua arah iaitu Triang dan Temerloh. Puncanya tidaklah aku ketahui dan aku tidak pula memberhentikan kenderaan dan turun untuk menyoalsiasat pemandunya kerana aku bukanlah seorang anggota polis. Kalau aku menyoalsiasat pemandu terbabit maka nantinya tiada pula tugas yang hendak dilakukan oleh anggota polis. Lagipun anggota polis menikmati pelbagai elaun. Bukan macam kakitangan kerajaan yang lain.

Di sini aku sertakan beberapa komen dari kawan-kawan Facebook tentang pemandu bas Cepat Ekspress untuk kita renung dan ambil iktibar.

Kawan 1 : 
Betul te Yat driver dia mcm yg aok cakap te dulu mok koi dtg johor naik bas te sekali serik di buatnya..
 
Kawan 2 :
bas nie sokmo lalu dpn umoh koi...driver tue sengaja tekan hon kuat2.

Kawan 3 :
Memng bapok kurengnya mok koi cita dia singgoh berenti org nak g toilet pastu bantai dia tekan hon suruh org cepat ..maklumla cepat ekspress hanguk dia..koi dengar rasa nak lempang je driver te....kepada org di luar sana jgn la naik bas ni..hehehe
 
Kawan 4 :
baling je dengan batu. kalau dia turun tampor. jiran koi letok kayu bluti 5 kaki sebatang depan rumah masa anak dia sakit dulu. senyap mak rempit. ada yang berenti nak alih dia nak bagi penampor. ni pesen kaki rempit la ni.
 
Kawan 5 :
cepat ekspress mmg gitu, pengalaman aku naik g jb mmg aku xlupe la, 2 kali rosak, hampeh btol, dh tau bas tu buruk, xleh nk jalan, dia guna jugak
 
Kawan 6 :
sepengetahuan koi bkn ker bas ter slalu parking kt area ctu...koi raser driver dier org ctu..

21 February 2010

137 : Terima Kasih PTS

Dalam bulan Disember tahun lepas, aku ada meletakkan satu iklan tentang peraduan Saya Mahu Hadiah PTS: Baca & Menang!...menurut penganjur, seramai 200 orang terawal yang meletakkan iklan tersebut diblognya akan menerima sebuah buku dari pihak penganjur...Alhamdulillah, blog ini telah terpilih dan aku sudah pun menerima hadiah berupa sebuah buku seperti yang dijanjikan...Terima Kasih PTS PUBLICATIONS & DISTRIBUTORS SDN BHD di atas kiriman hadiah tersebut. Saksikan gambar-gambar di bawah...

 bungkusan yang aku terima sebaik pulang dari sekolah

 dipos secara laju

 
isi bungkusan yang aku terima

 
 surat makluman

 
surat akuan penerimaan

 
 inilah buku yang aku terima

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...