Suka Blog Ini?

Ikut Dengan Email

Hati Seorang Isteri

19 December 2009

134 : Antara Teriknya Mentari Dan Hangatnya Aspal


Aspal ialah bahan hidro karbon yang bersifat melekat (adhesive), berwarna hitam kecoklatan, tahan terhadap air, dan visoelastis. Aspal sering juga disebut bitumen merupakan bahan pengikat pada campuran beraspal yang dimanfaatkan sebagai lapis permukaan lapis perkerasan lentur. Aspal berasal dari aspal alam (aspal buton} atau aspal minyak (aspal yang berasal dari minyak bumi). Berdasarkan konsistensinya, aspal dapat diklasifikasikan menjadi aspal padat, dan aspal cair.
sumber diperolehi dari http://id.wikipedia.org/wiki/Aspal


Suasana di Bandar Temerloh yang terkenal dengan jolokan Bandar Ikan Patin pada petang Selasa itu agak sibuk dengan deruan enjin kenderaan yang bertali arus. Masing-masing punyai tujuan dan urusan yang perlu diusaikan. Mereka seakan berlumba dengan masa yang tidak pernah mengenal erti belas kasihan. Sesaat terleka maka kerugian yang menimpa.

Di celah-celah keriuhan dan keterikan mentari petang  itu kelihatan seorang perempuan tua berjalan di atas aspal berhadapan kompleks pejabat kerajaan daerah Temerloh sambil menjinjit jabir berisi tin minuman alminium kosong yang dikutipnya dari tong-tong sampah sekitar bandar Temerloh. Dari gerak atur langkahnya dapat dilihat ketidakupayaannya untuk terus melangkah. Tubuh yang gempal menambahkan lagi deritanya. Dengan payah  dan lambat, dia terus melangkah. Sesekali dia berhenti melepaskan lelah. Setibanya di hadapan Pejabat Pos Temerloh, dia berhenti sambil matanya memandang ke kanan dan ke kiri menanti surutnya aliran kenderaan yang bertali arus. Niatnya untuk menyeberangi jalan menuju Pejabat Pos Temerloh. Namun kenderaan seakan tiada hentinya. Tetap datang dan pergi tanpa mempedulikan kehadiran perempuan tua itu yang tercegat bagaikan tiang lampu di tepi jalan. Masa terus berputar.

Hampir 5 minit perempuan tua itu masih termanggu menanti surutnya kenderaan. Tiba-tiba matanya berpinar. Alam di sekelilingnya dirasakan berputar.  Ligat dan laju. Tubuhnya yang gempal terhuyung-hayang. Dan akhirnya dia rebah. Mujur sempat jua dia berpaut pada tiang lampu isyarat. Jika tidak pasti kepalanya terhantuk pada aspal yang keras dan hangat.

Dia terduduk di atas kaki lima sendirian tanpa ada yang menyedari keadaannya. Nafasnya tercunggap-cunggap seakan tersekat. Perlahan-lahan dia mengurut dadanya. Dia cuba mengatur pernafasannya semula. Penyakit semput dan lelahnya kian menjadi. Kebelakangan ini kudrat tuanya kerap dikerah demi sesuap nasi. Semenjak suaminya kemalangan dilanggar kereta, dia terpaksa mengalas beban mencari wang demi meneruskan kelangsungan hidup.

Beberapa minit berlalu tanpa ada yang mempedulikannya. Mujurlah seorang pemuda bermotorsikal menyedari lalu berhenti memberi pertolongan. Dipangkunya perempuan itu sambil mengibas-gibas sapu tangannya. Dia melambai-lambai kepada beberapa orang pekerja MPT yang sedang menyapu di seberang jalan dan mereka  segera membantu.


p/s : Kejadian itu berlaku pada bulan Mac 2009. Ketika itu aku bersama emak dan Arean baru usai memasukkan wang ke dalam akaun Tabung Haji emak. Apakah kesudahan yang terjadi pada wanita tua tidak aku ketahui kerana aku seperti pemandu yang lain sekadar memerhati dan terus berlalu.

13 comments:

Mazru Majid said...

koi ingat aok yg tolong makcik tu yat,payahnye nak mencari sesuap nasik yek..

Fadh said...

hahaha koi lalu jek...tp pemuda te koi kenal...mase koi jumpa dia...koi tanya laa pasal makcik tue.

Hashim Zabidi said...

Perihal rakyat jelata
sedang dibeka-beka Negara
nak tolong bantu ke hapa
Wallah hu aalam, yg tahu Allah sahaja

Nasib seorang perempuan tua
sudah jatuh ditimpa tangga.

FarhanaLicious said...

aspal tu apa?

Fadh said...

pak ngah,

hidup ini memang begitu...yang susah makin melarat...yang kaya makin bermewahan.

FarhanaLicious :

aspal tue simen di kaki lima.

endiem said...

kesian mak cik tua tu..

Fadh said...

endiem :

mmg kasihan...

IS said...

Kasihannya makcik tu.

ayumkay said...

salam bro :)

kasihan. hanya itu yg mampu diluahkan. terfikir...di manakah anak2, saudara mara terdekat, kenapa dibiarkan insan itu sendirian mengharungi hidup. Bagaimanakah nasibnya sekarang? Semoga Allah memelihara & melindunginya.

Cikgu, aspal tu apa? anak murid tak tahu ni. tolong jelaskan :)

cemomoi said...

eh koi baru je lalu kat area luroh semantan hari sabtu lepas tak ander pulok koi nampok makcik tu.. oak bia bebetoi

Fadh said...

is :

ye mmg kasihan.

ayumkay :

aspal tue simen di kaki lima.

cemomoi :

aok nie...kejadian tue berlaku petang selasa bulan 3 tahun 2009... ke aok xbaca sampai abis?

relevan said...

Heh heh Fadh..yang menyapu diseberang jalan tu bukan MPT..tapi Alam Flora..sebuah sykt konsesi pelupusan sampah yang anggun dinegara kita..

Fadh said...

relevan :

hehehe ye laa gamok nye...koi mandang sekali imbas jer hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...