Suka Blog Ini?

Ikut Dengan Email

Hati Seorang Isteri

18 December 2009

133 : Terkenang Semasa Dulu


Dari kiri; Shaiful, Aku, Nik, Armadi, Mohd Nizam, Khairul dan Mohd Nor


"Wei bebudok, bangun laa dah pukul 5 lebih nie"...jerit Shaiful sambil menendang-nendang kaki kami bertiga yang sedang khusyuk "mereloh" di ruang tamu rumah sewa  dalam pelbagai aksi...Mat Nor dengan aksi superman,  Mat dengan aksi kuak lentang dan aku dengan aksi tenggiling.



Lambat dan payah kami bertiga bangun dari lena yang panjang sambil menguap dan mengeliat...Nik yang sejak balik dari kuliah tadi asyik  menelaah komik hanya tersengih dan bersuara "Bangun...bangun dah petang nie he he he"... 




"Ah! Ko diam Nik"...tengking Mat  tiba-tiba yang masih mamai. 




"Ko apahal nie, Mat. Tiba- tiba marah kat  aku. Ko sihat ke tak sihat?". Balas Nik yang bangun dari silanya untuk merasa dahi Mat namun belum sempat Nik berbuat demikian, Mat  terlebih dahulu menepis tangan Nik. Tindakkan Mat menepis tangan Nik sememangnya telah dijangka. Tepisan Mat berjaya dielak dengan penuh bergaya oleh Nik.





Telah menjadi kelaziman kami, guru pelatih PI/KT Maktab Perguruan Kota Bharu semester 3 bergurau sedemikian. Keakraban kami begitu terserlah hinggakan kadang-kala gurauan kami terlalu kasar namun tiada seorang pun di antara kami yang merasa marah mahu pun merajuk. Di antara gurauan yang biasa kami lakukan ialah menyorokkan barang-barang seperti kasut, selipar, baju dan tali leher. 






Selain itu, tindakan melondehkan seluar atau mengangkat kain pelikat ke atas menjadi lumrah hinggakan kami sentiasa berwaspada bimbang menjadi mangsa dan mengintai peluang untuk mencari mangsa.  Dan gurauan yang paling sadis ialah membuang angin atau kentut. Kami akan berbalas-balas kentut. Jika berjaya mengentutkan kawan yang lain akan dikira 1 mata seperti permainan badminton hinggakan ada ketikanya ianya mencapai berbelas-belas bilangan kentut!

6 comments:

Hashim Zabidi said...

jaman haru biru jangan tidak dikenang
alam era biru intim dlam ingatan,
ada yang hilang luput dik zaman,
tak kurang yang subur mengimbau ruang
jangan tidak dikenang.

ieyla said...

Apa punya gurau lah,kentut dan main selondeh2 seluar serta angkat2 kain pelekat....tak senonoh sungguh.....:(

Mazru Majid said...

terkenang semasa dulu..hatiku menjadi sayu...

Jard The Great said...

ahahaha.. ngeri gak gurauan kotan! part kentut tu mmg lawak ar.. ahaha

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

hahaha....

xda arah betoi...

Fadh said...

pak ngah,

betul tue...zaman haru biru tue laa yg kita jadikan pengalaman untuk memacu masa depan.

ieyla:

hahaha masa muda belia mmg laa mcm2 perangai.

mazru :

hahaha berpuitis nampak hehehe

jard the great :

hahaha kami mase tue baru nak naik...baru lepas spm...mmg laa perangai pelik2.

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr :

hahaha gurauan jer...tp mmg kami xpernah bergaduh walau sekasar mana pun gurauan itu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...