Suka Blog Ini?

Ikut Dengan Email

Hati Seorang Isteri

17 December 2009

132 : Antara Menghadap Televisyen Dan Menghadap ALLAH





Rata-rata rakyat Malaysia kini memperkatakan kejayaan pasukan bola sepak Malaysia melangkah ke perlawanan akhir menentang  Vietnam dan berpeluang menamatkan kemarau emas selama 20 tahun selepas memenanginya kali terakhir pada tahun 1989. Aku bukanlah ingin memperkatakan tentang perlawanan yang akan disiarkan secara langsung itu tetapi mengenai alpanya kita dalam mensyukuri nikmat Allah.

Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa hari ini merupakan hari terakhir dalam kalendar Hijrah. Apabila berkumandangnya azan Maghrib pada petang nanti maka berakhirlah tahun 1430 Hijrah dan  bermulalah tahun 1431 Hijrah.

Di sini aku ingin berpesan kepada diri sendiri dan kepada yang membaca entri ini, marilah kita bersama menadah tangan berdoa mensyukuri segala nikmat rezeki yang Allah berikan dan memohon agar Allah mengampunkan segala dosa yang telah kita lakukan  selama setahun yang lalu sebelum masuknya waktu Maghrib. Apabila masuknya waktu Maghrib, marilah kita berdoa agar Allah memberi kita rezeki yang halal, melindungi diri kita dari segala malapetaka dan menambahkan lagi keimanan terhadap-Nya sepanjang setahun yang mendatang.

Mungkin ramai yang terlalu ghairah ingin menyaksikan perlawanan akhir Malaysia menentang Vietnam pada petang ini. Tambahan pula, kerajaan meminta semua ketua membenarkan para pekerjanya untuk pulang awal bagi menyaksikan perlawanan tersebut. Sepatutnya kerajaan meminta agar para pekerja dibenarkan pulang awal untuk berjamaah di masjid dan bersama membaca doa akhir dan awal tahun kerana mungkin inilah tahun terakhir kita di dunia yang fana ini sebelum berpindah pula ke alam barzakh.

Marilah kita renung dan perhalusi sejenak, di antara menonton perlawanaan akhir bola sepak dan menadah tangan berdoa di masjid, yang manakah lebih utama? Antara beramai-ramai berhimpun di kedai-kedai mamak menonton perlawanan bola di layar gergasi atau beramai-ramai berjamaah di masjid untuk berdoa dan solat berjamaah. Fikirkan dan buatlah keputusan samada pada petang ini kita ingin menghadap televisyen atau menghadap Allah, Tuhan sekalian alam. Wallahualam...


Salam Maal Hijrah.

6 comments:

relevan said...

Moga kejayaan memihak kepada negaraku Malaysia petang ini..dan petang ini ramai awek2 Vietnam akan turun kebandar..hehe!..

Telah banyak masa terabai tanpa tersedar..andai daku dalam mesin masa..mau ku undur menjadi masa silam semula..

Salam Maal hijrah rodong..

Fadh said...

relevan :

ya sama2 lah kita berdoa di masjid...bukan depan tv atau di kedai kopi...

endiem said...

terima kasih atas ingatan aok tu, insyaallah.

Webmaster@Echam said...

Salam Maal Hijrah.. Terima kasih atas ingatan aok tu fadh. Terkena batang idung koi rase...

Hashim Zabidi said...

Yang awal atau Yang Akhir, sama saja.
Kalau tiada awal tentu tiada akhir, demikian sebaliknya.
Bagi saya, manusia itu ada awal tetapi tiada akhirnya...

Ada satu pantun, begini bunyinya:

Seludang, seludang juga
mayang pinang bawak menari
Sembahyang, sembahyang juga
main muda jangan berhenti.

Fadh said...

pak ngah.

maaf pak ngah, saya tidak setuju jika dikatakan manusia ada awal tetapi tiada akhirnya. pernyataan pak ngah seolah-olah mengelirukan. hanya ALLAH yang tiada mula dan tiada akhirnya.

mengenai pantun pula, jika seseorang itu masih lagi 'main muda' sedangkan dia bersembahyang maka sembahyangnya itu tentu ada kekurangannya kerana sembahyang yang sempurna pasti akan membenteng dirinya dari melakukan maksiat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...