Suka Blog Ini?

Ikut Dengan Email

Hati Seorang Isteri

16 December 2009

131 : Setahun Sudah Berlalu







usia 2 minggu...

Hari ini tanggal 16 Disember 2009 genaplah usia anak ketiga aku setahun. Terasa cepatnya masa beredar. Sedar tak sedar sudah setahun berlalu. Setahun bersamanya mematangkan aku dalam menjadi seorang bapa yang baik. Sejak lahir, menjaganya amat mudah. Tidak banyak kerenah dan ragamnya. Sememangnya abang-abangnya juga begitu. Namun apabila mencecah usia setahun lebih, kenakalan seorang kanak-kanak mula muncul. Malah Aqeef kini telah pun menampakkan ciri-ciri kenakalan tersebut.




usia 1 bulan...


Semenjak pandai merangkak, habis satu rumah dijelajahnya. Tiada tempat di dalam rumah ini  yang belum ditawannya. Malah pernah sekali tanpa disedari, dia telah pun berada di dalam bilik air. Mujur kehilangannya cepat disedari. Dan ketika ditemui dia sedang berenak-enakan bermain air yang ditakung mamanya di dalam baldi.





usia 2 bulan...

Aku menamakannya Muhammad Aqeef Faiq. Muhammad bermaksud yang terpuji, Aqeef bermaksud yang memberi tumpuan dan Faiq bermaksud yang tertinggi/utama. Aku mengharapkan agar nanti akhlaknya terpuji seperti Rasulullah. Selain itu juga aku mengharapkan agar nanti dia akan sentiasa memberi tumpuan dalam setiap perkara yang dilakukannya dan moga nanti dia akan menjadi manusia yang berkedudukan tinggi.




usia 3 bulan...

Sesungguhnya aku amat bersyukur di atas kelahirannya. Hadirnya menambah bahagia. Menatap wajah comelnya hilang duka nestapa. Melayan keletah manjanya lenyap segala gundah. Mencium pipi montelnya menyuntik semangat untuk aku terus menongkah badai hidup yang kian mencabar.







usia 4 bulan...



Aqeef, walau sesukar mana rintangan yang mendatang abah berjanji akan tetap berjuang demi membesar, mendidik dan mengasuh Angah, De dan Aqeef.





usia 5 bulan...





usia 6 bulan...




usia 7 bulan...




usia 8 bulan...



usia 9 bulan...



usia 10 bulan...



usia 11 bulan...



usia setahun

SELAMAT HARI LAHIR SAYANG...

13 comments:

Jejaka Desa said...

Selamat Hari Lahir buat dia

ieyla said...

Entah kenapa setiap apa yg ditulis disini menyentuh perasaan saya...terima kasih kerana mengingati setiap hari kelahiran anak2....SELAMAT HARI LAHIR AQEEF,SEMOGA MEMBESAR MENJADI ANAK YG BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT....mama sayang Adik(Aqeef)....

Webmaster@Echam said...

Selamat hari lahir Aqeef....

ayumkay said...

selamat ulangtahun kelahiran buat aqeef juga. semoga menjadi anak yang soleh kelak.

pisst.. dah pandai minta adik ke tu? hehehe

LotsOfLove-Pearls said...

selamat hari lahir juga daripada akak yg cun ini.
Hehe..

Banyak 'Q' lak si kecil..

endiem said...

selamat hari jadi..

relevan said...

Selamat hari lahir utk Muhammad Aqeef Faiq..guana dia nak beradik lagi ke?..

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

befday boy...

comel sgt...

=)

Fadh said...

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr :

thanks...

Fadh said...

Rodong Blogger :

terima kasih rodong...moga aok nanti dapat anak lelaki.

ieyla :

dah aok mak nye mmg laa aok rasa terharu...

Webmaster@Echam :

terima kasih...

ayumkay :

terima kasih...moga makbul doa awak...xpandai lagi minta adik hehehe

LotsOfLove-Pearls :

dearie, thanks a lot...bukan kakak cun laa...aunty vogue hahaha

endiem :

terima kasih...

relevan :

terima kasih rodong...dia xminta adik tapi dia minta mama baru hahaha

ieyla said...

Amboi2 bukan main lagi abahnya Aqeef nie,org tanya bab Aqeef mnta adik boleh dia melalut ker lain plak.....itulah lelaki tak reti nak menghargai pengorbanan seorang isteri....

IS said...

Happy Belated Birthday Aqeef. Sungguh comel. Moga jadi anak yg soleh pada kedua orang tua.

Fadh said...

IS :

thanks...insyallah bulan 4 nie, aqeef dpt adik...harap2 perempuan...bior ko jealous hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...