Suka Blog Ini?

Ikut Dengan Email

Hati Seorang Isteri

13 December 2009

130 : Kopiah Putih Dan Kain Pelikat Cap Gajah Duduk




Petang Sabtu itu cuaca memang sedang-sedang panasnya. Usai solat Asar di Masjid Darul Fikri Bera, aku menghalakan tunggangan motor berjenama Kriss menuju ke sebuah bank yang dikhaskan untuk orang Cina, India, Melayu dan Benggali sahaja. Niat di hati ingin mencucuk mesin ajaib dengan harapan akan keluarlah duit berkeping-keping seperti Aladdin yang mengosok lampu ajaib sehingga keluar jin yang dapat memenuhi setiap permintaan yang dipohon.

Di hadapan bank yang berjiran dengan sebuah klinik swasta yang menggunakan nama rakyat tetapi rakyat tetap kena bayar, kelihatan seorang lelaki lewat 50-an  sedang berdiri di hadapan pintu masuk. Sememangnya aku mengenali rupa lelaki tua itu kerana kerapkali dia kelihatan di hadapan sebuah agensi kerajaan yang dipertanggungjawabkan mengurus dan membekalkan air bersih untuk kegunaan rakyat. Dia bertugas sebagai pengawal keselamatan di agensi tersebut yang aku rasakan jika disergah akan melayanglah nyawa dari badan.

Aku melangkah gagah bak pendekar Melayu menuju medan tempur sambil mengeluarkan sekeping kad yang aku sisipkan dalam gulungan kain pelikat cap gajah duduk. Suasana lenggang tanpa seorang makhluk pun yang kelihatan kecuali aku yang sedang menekan-nekan butang yang terdapat pada mesin ajaib. Beberapa ketika, tertera di skrin "RM53.00" iaitu jumlah wang yang terdapat dalam akaun simpanan aku. Sambil menekan butang untuk mengeluarkan baki RM50 terakhir dari gaji, aku membayangkan seolah-olah aku hanya mengeluarkan RM50 dari jumlah sebenar RM53 juta.

Usai memasukkan duit ke dalam saku baju t-shirt putih yang dipakai, aku didatangi lelaki tua yang sejak dari mula aku sampai hanya memerhatikan sahaja. Rupanya lelaki tua itu memerlukan pertolongan aku untuk mengeluarkan duitnya kerana dia tidak tahu cara menggunakan mesin ajaib. Aku hanya tersenyum dan mengangguk tanda menyanggupi untuk membantunya. Dari ulas butir percakapannya, aku mengagak orang tua itu berasal dari Kedah kerana loghat utaranya amat pekat hingga memaksa aku bertanya beberapa kali untuk memahami apakah yang cuba disampaikannya.

Semasa aku berurusan sekali lagi dengan mesin ajaib bagi pihak orang tua itu, tiba pula beberapa orang wanita yang ayu bertudung bersama haruman yang berlumba-lumba menerjah lubang hidung kemik aku. Dengan tibanya  mereka memaksa aku menundukkan pandangan mata dan seboleh mungkin menahan nafas dari menghidu bau haruman yang dipakai mereka kerana wanita adalah penggoda nafsu yang paling sukar dikekang oleh lelaki. Daripada memandang mereka adalah lebih baik aku memandang seekor babi dan daripada bersentuhan kulit dengan mereka adalah lebih baik aku menyentuh seekor anjing.

Usai memberikan wang yang keluar dari mesin ajaib berjumlah RM60 kepada orang tua itu, aku memohon diri untuk pulang dengan persoalan yang bergayut di kotak akal aku. Sekiranya aku tidak berkopiah serta berkain pelikat dan berpakaian pula seperti seekor penyanggak, tentu lelaki tua itu tidak akan meminta pertolongan aku untuk mengeluarkan wangnya yang masih berbaki RM25,786.00!!!

13 comments:

eL said...

Alhamdulillah, pandai dia simpan duit pencen dia.

endiem said...

dia percaya pada aok.,

Fadh said...

eL :

mungkin laa kot duit pencen dia...aku pn tak tahu dan tak pula bertanya.

endiem :

dia percaye sbb koi pakai kopiah dan kain pelikat balik dari masjid...klau tidak, harus dia tak percaya ke koi hehehehe

relevan said...

Baler..banyok duit orang tua te yak?..duit bidang pan beliau tu agaknye dak?..patut nye dia ajok aok pergi mgetea..

team_TP said...

Tapi yang sorang tu... adalah RM53.. pastu kuarkan RM50.. baki berapa yek.. RM3j... he heh, same ler kita..kat mana ler ada peluang tambah duit sikit...

hai said...

mesti amaun yg terakhir tu melekat diingatan hingga kini...terbayang2 diruang mata ...hehehe...

LotsOfLove-Pearls said...

Fadh,
banyaknya jumlah duit pakcik tue..

memang ko banyak baik ah..

*mesti pakcik tu dah lama pilih org nak mintak bantuan..

dzul said...

kalau zaman dulu 25k dah bleh beli umah kos rendah

Mybabah said...

Assalamualaikum. Dengan segala hormatnya anda dijemput berkunjung ke blog saya http://www.mybabah.blogspot.com dan isteri saya http://www.teacherrahila.blospot.com. Di sana anda terdapat mutiara yang selama ini anda cari.

Fadh said...

relevan :

hahaha koi pn terkejut...nengok ke gaye xnyangke ke banyok duit dia...dah laa keje jaga JBA Bera jer...tue laa malu koi klau dia tau yg baki dlm bank koi rm3 jer hehehe


team_TP :

hahaha tue laa pasal...malu dgn pak cik tue klau dia tahu baki duit aku hehehe

hai :

hahaha bkn setakat jumlah baki duit org tua tue yg yg melekat...no pin dia pun koi ingat lagi "112233" hehehe

LotsOfLove-Pearls

dearie, aku pn xsangka yg duit org tua tue banyak. dah laa tua dan kerja jaga jer tp duit banyak dan dia keluarkan rm60 aje...dia percaya kat aku sbb aku pakai kopiah dan kain pelikat aje...hehehe

dzul :

betul tue...ayah koi beli umah kos rendah tahun 84 15k jer...bayar bln2 rm50...

Mybabah :

waalaikumsalam...terima kasih kerana sudi singgah di blog ini...insyallah akan berkunjung untuk mencari 'mutiara' yang dimaksudkan.

Hashim Zabidi said...

Kawan tak kesoh lalu bak duit ringgit ni. Yg kawan pelik aok maroh amat dengan perempuan yg berbau harum tu, buat apa? Itulah bidadari me aok nok tau....

Mazru Majid said...

hmm..dia nampok aok tu macam org tua jugek agoknye,tu yg dia pcaye kat aok..

biorlah awek tu nak wangi wangi..kala busuk kang aok marah jugek dak...kekekkekekkekekekekekekkekekekekekekke

Fadh said...

pak ngah,

koi marah sbb walau dia xberniat pun nok mengoda tapi tanpa diorg sedor...cara diorg berpakaian walau tutup aurat tapi masih ada unsur2 maksiat. sedangkan suara pun ada ulama kata aurat...dah laa tue masuk aje siap gelok2 lagi...xde sopan santun lalu.


mazru :

koi mmg dah tua...lain laa awok mude sokmo...wangi te klau melampau sgt sampai meransang nafsu lelaki xmolek jugak...kan dah berdosa tue.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...