Suka Blog Ini?

Ikut Dengan Email

Hati Seorang Isteri

12 December 2009

129 : Seorang Tua Di Kaki Lima Kedai Gunting Bahagian 2

sambungan....


Tiba-tiba kedengaran satu suara garau memberi salam dari arah belakang aku yang sedang menyarungkan topi kaledar ke kepala.

'Waalaikumsalam' balas aku sambil berpaling. Kelihatan di bebola mata aku, seorang lelaki tua sedang berdiri sambil menggalas sebuah beg pakaian. Dari raut wajahnya yang kedut seribu dapat aku lihat kegusaran sedang merajai hatinya. Lelaki tua itu menghulurkan tangan dan segera aku menjabatnya.

'Maafkan pak cik kerana menggangu'. Sapa lelaki tua itu memulakan bicara.

'Tak apalah pak cik, saya pun bukan nak ke mana pun'. Balas aku berdalih walhal perut telah pun berdondang sayang sejak tadi.

'Pak cik baru sampai dari Johor, rumah anak. Anak pak cik kerja askar. Tapi dia dah pindah ke Kedah. Dah sebulan pindah tapi tak bagitahu pak cik. Bila pak cik sampai sana, orang bagitau yang dia dah pindah. Jadi pak cik pun balik juga pagi tadi naik keretapi. Tapi...'. Kata-kata orang tua itu tiba-tiba terhenti dan menundukkan muka. Aku yang khusyuk mendengar cerita orang tua itu menjadi hairan lalu bertanya 'Kenapa, pak cik?

'Pak cik nak minta tolong anak hantar pak cik balik rumah...duit pak cik dah habis buat tambang keretapi tadi...nak makan pun tak de duit nie' kata lelaki tua itu setelah beberapa ketika terdiam.

'Rumah pak cik kat mana? Tanya aku inginkan kepastian.

'Kat Simpang Pelangai'. Jelas lelaki tua itu seakan memohon simpati aku.

'Errr...macam nie laa pak cik...saya sebenarnya ada hal lain...tak dapat nak hantar pak cik...saya bagi duit kat pak cik dan pak cik naik bas, boleh?'. Dalih aku kerana di fikiran telah terbayang kasut bola idaman sedang melambai-lambai bak seorang gadis ayu mengamit mesra.

Lelaki tua itu seakan terpaku mendengar penjelasan yang keluar dari mulut aku seolah-olah suara aku bagaikan halilintar membelah alam. Perlahan-lahan matanya digenangi mutiara jernih yang seakan berkaca. Lama direnungi wajah bujur sirih aku yang tanpa kumis kerana baru dicukur oleh tukang gunting cina sebentar tadi. Mulutnya bergerak-gerak seakan ingin mengungkapkan sesuatu.

'Tapi pak cik bukan minta sedekah'. Ujarnya setelah melihat aku mengeluarkan dompet dan menghulurkan not RM50 sekeping.

'Tak pe, pak cik ambillah duit nie buat belanja makan dan tambang bas nanti'. Tutur aku setelah huluran yang aku unjukkan tidak disambut oleh lelaki tua itu.

Lambat dan teragak-agak, lelaki tua itu membuka beg yang digalasnya dan mengeluarkan sehelai kain pelikat yang masih berplastik dan menghulurkan kepada aku seraya berkata 'Pak cik tak boleh terima duit nie macam tue saja, pak cik bukan minta sedekah jadi anggaplah kain ini sebagai barang yang pak cik jual kepada anak...kain nie anak pak cik yang bagi masa dia balik kampung dulu, pak cik tak guna pun. Anak ambillah kain nie'.

Tersenyum aku mendengar penjelasan tulus lelaki tua itu dan berkata ' Pak cik, saya ikhlas bagi duit nie kepada pak cik dan tak minta pun pak cik membalasnya'. Lalu memasukkan duit RM50 ke dalam poket atas baju melayu cekak musang yang dipakai oleh lelaki tua itu.

Antara rela dan terpaksa, dia menerima pemberian aku itu dengan ucapan terima kasih sambil matanya digenangi air mata keharuan dan berlalu pergi menuju ke stesen bas yang terletak lebih kurang 500 meter dari kaki lima kedai gunting itu. Aku lantas memecut pulang kerana perut yang makin merengek minta diisi dan lambaian Adidas Predator yang makin kuat mengamit.

P/s: Kejadian di atas berlaku pada bulan Oktober 1999. Ketika itu aku masih bujang. aku sebenarnya merasa kesal kerana tidak menghantar lelaki tua itu pulang kerana sehingga sekarang aku tak tahu di mana rumah lelaki tua itu dan tidak dapat sebarang perkhabaran samada masih hidup atau telah kembali ke Rahmatullah.

11 comments:

hai said...

ala,bukannya jauh sgt pelangai tu..sian ke dia..ngapa la tak anta je,mungkin jugak dia ada nak dara lawa...tapikan ntah2 orang tu orang bunian kot!!

eL said...

tapi kita akan lebih sesal lagi kalau kita tak bagi sesen pun kat dia.

Maza said...

Uih, dah lama rupanya yek cite ni Yat? Awok bujang lagi ye time tu? Oooo dah kawin la ni rupanya... hhehehehe..

Bagus la weh, kalau ikhlas tu, insya Allah akan dapat balasan berganda dari Yang Maha Esa.

endiem said...

Rugi aok tak hantar pak cik tu..dia ada anak dara lawar

Fadh said...

hai :

pandei laa aok...hahaha

eL :

betul tue...

maza :

a'ah, cerite lama...insyallah...mudah2an ada balasan di SANA nanti.

endiem :

ye ke? ish...rugi2 koi xanto kan org tue tue hahaha

Hashim Zabidi said...

Mungkin Fadh telah lulus satu tahap ujian, tapi masih ada banyak lagi tahap-tahap tertentu yang kena dilalaui. Jangan minta. Secara tidak sedar ia akan datang sendiri.

Fadh said...

pak ngah,

saya terima nasihat pak ngah...terima kasih.

LotsOfLove-Pearls said...

napa tak hantar..

uwaaaaaaaa..

sedih nie...

Fadh said...

LotsOfLove-Pearls :

dearie, aku xanta sbb aku lapar dan pas tue aku nak terus ke temerloh, beli kasut bola sbb aku nak pakai jugak masa main bola ptg tue hehehe

Mazru Majid said...

hmm..yat koi tengah sesak nih..bak la dlm rm 50......tuka la dgn kain pelikat koi yg usang te boleh?

Fadh said...

mazru :

hahaha itu kisoh lame...sekarang koi pun sesok hhahahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...