Suka Blog Ini?

Ikut Dengan Email

Hati Seorang Isteri

27 November 2009

127 : Seorang Tua Di Kaki Mesin Deposit Tunai

CATATAN 2


Suasana di perkarangan sebuah cawangan bank terkemuka tempatan agak lenggang. Telah menjadi kelaziman di pertengahan bulan sememangnya waktu santai bagi kakitangan bank kerana tidak ramai yang berurusan. Mungkin ramai yang hampir keputusan wang terutama mereka yang bergaji bulanan. Kelihatan hanya beberapa orang sedang berurusan dengan mesin ciptaan teknologi terkini yang mampu mengeluar dan menerima wang.

Di hadapan pintu bank yang berlogo kepala harimau itu, kelihatan seorang wanita tua sedang berdiri sambil memegang beg tangan berwarna hitam. Sesekali dia membetulkan tudung, menyisipkan semula rambutnya yang terjuntai keluar. Diamatinya sekeliling. Mengecam wajah-wajah yang silih berganti di hadapannya. Semuanya terlalu asing di pandangan mata. Sesekali dia melepaskan keluhan. Berat dan dalam. Mulutnya seakan ingin bersuara memohon sesuatu. Tangannya seakan ingin menahan mereka yang keluar masuk namun tiada siapa yang peduli. Mungkin sangkaan mereka, orang tua itu ingin mengemis.


Dari dalam sebuah kenderaan berjenama Toyota Avanza warna hijau pucuk pisang, seorang lelaki yang baru usai urusan di sebuah lagi bank yang berasaskan pertanian asyik memerhatikan gelagat wanita tua yang sejak tadi tercegat di hadapan pintu masuk. Lelaki itu yang berkemeja lengan panjang namun dilipatnya sehingga paras siku seakan dapat membaca sesuatu dari riak wajahnya yang gusar dan gundah. Setelah memerhati beberapa ketika, lelaki itu yang berjanggut sejemput tanpa misai membatalkan hajatnya untuk pulang. Sebaliknya dia membuka pintu kereta lalu melangkah menuju ke arah wanita tua itu sambil mengukir senyum semanis mungkin.

'Assalammualaikum' Sapa lelaki awal 30-an sambil menatap wajah lembut keibuaan yang dimiliki wanita tua itu.
'Waalaikumsalam’. Sambut wanita tua itu yang berbaju kurung seakan teragak-agak.

'Mak cik tunggu siapa? Tunggu anak ke?’. Duga lelaki itu tanpa menunggu jawapan dari wanita tua yang sebaya umur ibunya di rumah.

'Tak...tak, mak cik tak tunggu siapa-siapa pun'. Jawab wanita tua itu gugup.

'Habis tu mak cik buat apa kat sini? Dari tadi saya nampak mak cik macam resah gelisah je'. Soal lelaki itu persis Mazidul Akmal Sidik.

'Mak cik nak masuk duit tapi mak cik tak reti. Tadi mak cik pergi kat kaunter tapi lelaki cina tu suruh mak cik guna mesin'. Jelas wanita awal 60-an seakan hampa.

'Kalau macam tu biar saya tolong masukkan. Mak cik nak masuk berapa?’. Tawar lelaki itu sambil membuka pintu mempersilakan wanita tua yang masih kelihatan ragu-ragu untuk masuk.

'RM500'. Balas wanita tua itu pendek lalu membuntuti langkahan lelaki yang sedang menuju ke mesin deposit tunai.

'Minta nombor akaun mak cik'. Pinta lelaki itu sebaik menekan butang 'enter' pada papan kekunci. Terkocoh-kocoh wanita tua itu membuka beg tangan hitamnya mencari sesuatu. Seketika kemudian, dia menghulurkan sekeping kertas putih yang bergumpal dan diikat dengan getah gelang. Segera lelaki itu menyambut dan membukanya. Sebaik lilitan getah gelang dibuka, kelihatan wang kertas pelbagai nilai dan warna tersusun rapi satu persatu.

'Mak cik, mesin ni tak terima duit seringit dan lima ringgit'. Jelas lelaki itu sambil memandang wajah berkedut wanita tua itu yang seakan kebingungan mendengar penjelasan tersebut.

'Manalah mak cik tau,nak. Duit tu duit mak cik simpan hasil jualan getah buku tanah arwah suami mak cik'. Ujar wanita tua itu tanpa diminta.

‘Tak mengapalah mak cik, saya tukar dengan duit saya aje lah'. Balas lelaki itu sambil mengeluarkan dompetnya dari kocek belakang lalu mengeluarkan beberapa keping wang kertas bernilai RM50 setiap satu setelah usai mengira berapa jumlah wang yang perlu ditukar.

Seketika kemudian lelaki itu pun menekan butang-butang nombor yang tertera pada mesin untuk memasukkan nombor akaun milik wanita yang hanya mermerhati dalam diam. Sebaik selesai memasukkan nombor akaun tersebut tertera di skrin mesin nama seorang lelaki. Lantaran diusik rasa hairan memaksa lelaki itu bertanya 'Mak cik, nombor akaun nie siapa punya?’.

'Anak mak cik yang punya. Dia yang minta mak cik masukkan duit RM500 tu, katanya dia tak cukup duit nak bayar road-tax kereta'. Jelas wanita tua itu tanpa selindung.

Lelaki itu hanya mengangguk perlahan tanda faham dan segera menyelesaikan hajat wanita tua itu. Sebaik usai, wanita tua itu mengucapkan terima kasih dengan perasaan gembira. Mungkin gembira kerana dia dapat memenuhi permintaan anaknya itu. Lelaki itu hanya tersenyum sebagai balasan dan mengiringi langkah wanita itu dengan pandangan yang kosong. Sepanjang pemanduan pulang, kepala lelaki itu sarat dengan seribu satu persoalan yang berasak-asak di fikirannya dan poket yang dipenuhi not RM1, RM5 dan RM10 berjumlah RM300.

p/s : Peristiwa di atas berlaku beberapa bulan yang lepas.

14 comments:

eL said...

'....Tadi mak cik pergi kat kaunter tapi lelaki cina tu suruh mak cik guna mesin'

Isshhh...saya assume yg kat kaunter tu ialah pekerja bank yang berkepala rimau tu...kalaulah betul..apa benda la pemikiran dia camtu? Dah sampai kat kaunter, buat apa suruh pergi kat mesin? Bukannya kaunter tak boleh buat. Tengok dari warna duit kertas makcik tu pun, memang kaunter je boleh buat. Mesin tak boleh. Kaunter adalah alternatif paling akhir kalau mesin tak boleh buat. Bengong punya staf(!) Ke yang dekat kaunter tu pak guard(?) Iskkkk....

Fadh said...

el :

mmg kebanyakkan bank xnak uruskan deposit wang tunai kat kaunter sbb dah ada mesin deposit tunai...lelaki cina tue pekerja bank tue laa...mmg kurang ajor sikit dia nie...dulu sebelum ada mesin deposit tunai, pernah aku masukkan duit rm1 bernilai seratus, dia mengeluh dan merungut sbb dia kena kira duit tue sekeping2.

relevan said...

Bertuah punya anak..nak idupkan rod tex nyusahkan mak bapak..tak cukup duit lah apa lah..berkereta saja pandai..heh heh..dalam kes ni kawan pun pernah pinjam duit aboh kawan buat idup rodtex..nak ganti balik dia taknak..'' Tan aok bawok aboh jalan2 sudahlah..nanti tahun depan aok mintok lagi duit aboh bila rodtex kete aok mati..aduhh''..

Anonymous said...

maknanya ko sedekahkan anak dia rm200 ke? konpius hehe

Fadh said...

relevan :

hahaha rupanya aok pun sama je hehehe...nok goner kan dak, mmg makan gaji nie xcukup duit sokmo.

anonymous :

hahaha aku tak tulis pn lelaki dlm citer tu aku...bukn sedekah laa...kan duit tue ditukar dgn duit wanita tua yg rm1, rm5 dan rm10. jumlah duit yg ditukar ialah rm300. duit wanita tua tu cuma rm200 jer yang not rm50.

Hashim Zabidi said...

hal-hal macam ni banyak berlaku dimana-mana. Ada orang bodoh sombong bak kata cerdik tak boleh ikut, bodoh tak boleh ajar.

Sekali, masa dekat duit satu sen hendak di 'ko' kan. Saya bawa 1,000 keping duit satu sen. Baru dia, ada duit satu sen yang berkarat rupanya, terhenti teller duit siling tu mengira. Koi senyum aje. Lepas tu tak abis kirapun dia beri koi sepuluh ringgit. Padan muka...

Fadh said...

pak ngah :

mmg kebanyakan pekerja bank nie kurang ajor dan perlu diajor...padan ke muke dia...ingat kerja bank tue bagus sgt ke...huh kerja kutip sampah ngan alam flora lagi bagus laa sbb xde riba'...diorg ingat duit kat bank tue mak bapak dia punya apa?

(sedap nyer ngutuk pekerja bank,kepada sesiapa yg kerja di bank dan baca entri serta ulasan, mohon maaf yer)

hai said...

tak dinafikan, mak akak penah nak membuat pembayaran kepada sebuah syarikat..ada ke patut diorang suruh guna mesin deposit je..sedangkan kita perlu simpan resit tu..diorang cam marah je bila akak paksa diorang uruskan di kaunter...dah keje dia...buat je la..banyak songeh plak!!

LotsOfLove-Pearls said...

Salam,
Sayu jer baca kisah nie..
Sian Makcik tue.
Rasa geram lak ngn anak nya..
Boleh lak minta Mak dia duit semata utk roadtax.
Inilah pengorbanan Ibu.
Thanks to jejaka awal 30-an itu.
Dia memang baik hati.

dzul said...

memula nok maroh juga ke anok makcik tu. bila baca komen relevan kurang skit nok marohnya

iye le mgkin anok makcik tu kesempitan sgt n janji nok bayor balik..tp sedih gak sbb mak dia yg tua tu pula kena kerah ke bank utk masukkan duit..mcm bebelit je ayat koi

alif-mikail said...

hoh bagus sedekah 200

Fadh said...

dzul :

hahaha rilek bro...jgn emo sgt...kena bersangka baik...mgkin anak dia nak pinjamkan jer atau mgkin tiap2 bln anak dia bagi duit kat mak cik tue dan simpan jer...bila anak dia perlu duit, dia gunalah duit tue.

alif-mikail :

xsedekah pun laa cuma tukar duit jer...

FarhanaLicious said...

takpa. nampak macam kaya sikit. wallet tebal. haha. Masa keja cashier, aku pernah kena kira duit seringgit sampai rm90. gile ah!

Fadh said...

farhanalicious :

eleh baru kira sampai rm90 pn dh kecoh apa hehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...