Suka Blog Ini?

Ikut Dengan Email

Hati Seorang Isteri

25 November 2009

126 : Seorang Tua Di Kaki Mesin ATM

CATATAN 1:



Kelihatan seorang tua berketurunan Melayu memakai baju kemeja lusuh berpetak besar tercangak-cangak di hadapan sebuah bank di suatu tengahari yang teriknya menyelar kulit. Matanya melilau ke kiri dan kanan sambil mengaru kepalanya yang dipenuhi uban. Di tangannya tergenggam sekeping kad bank bersama sehelai kertas yang kusam. Suasana ketika itu agak sibuk dan hingar-bingar dengan orang ramai bertali arus keluar masuk untuk menyelesaikan urusan masing-masing tanpa menghiraukan kekalutan yang sedang dialami oleh orang tua itu.



5 minit berlalu tanpa ada yang sudi membantu orang tua yang makin kegelisahan. Di raut wajah yang kedut seribu terpapar keinginan untuk bersuara bagi memohon pertolongan namun halkumnya seakan menghalang. Di suatu sudut yang bertentangan dari tempat lelaki tua itu berdiri kelihatan seorang pemuda berseluar jeans berjenama 'Levi's' 501 dan ber'T-shirt' pagoda sedang memerhatikan kelakuan orang tua itu sejak mula. Dengan perlahan, dia bangun dari duduk yang santai di atas simen kaki lima sambil mengibas-ngibas punggungnya membersihkan habuk dan kotoran yang melekat. Dia melangkah melintasi jalan dengan langkah yang terincut-incut menghampiri lelaki tua itu.



"Kenapa pak cik?" sapa pemuda itu. "Pak cik nak keluarkan duit ke?" tanya pemuda itu kembali tanpa menunggu jawapan daripada orang tua yang masih terpingga-pingga dengan teguran pemuda yang secara tiba-tiba mengetuk pendengarannya. "Ya...ya pak cik nak keluarkan duit tapi tak reti." balas orang tua itu tergagap-gagap. "Selalunya anak perempuan pak cik yang tolong keluarkan tapi dia demam, dah 2 hari tak kebah-kebah lagi. Telefon abang dia kat Kuala Lumpur, minta kirimkan wang. Katanya nak masukkan hari nie. Nie yang pak cik nak keluarkan duit, nak bawa adiknya ke hospital." Jelas orang tua itu tanpa diminta. Mungkin merasakan pemuda itu benar-benar jujur dan ikhlas untuk membantunya.



"Kalau macam tue, biar saya tolong. Minta kad dan no pin." tutur pemuda berambut ikal sambil memimpin orang tua itu menghampiri mesin ATM yang terlekat di dinding bercat putih. Setelah seketika berbaris, pemuda itu pun memasukkan kad dan menekan nombor pin seperti yang tertulis di kertas putih bergaris biru yang dikoyakkan dari buku latihan sekolah. Namun seusai menekan jumlah yang diingini oleh orang tua itu, tertera tulisan di skrin mesin menyatakan baki yang diminta tidak mencukupi. Segera pemuda itu menekan butang "Pertanyaan Baki" bagi mendapatkan kepastian. Ternyata jumlah baki yang terdapat dalam akaun itu tidak mencukupi untuk pengeluaran kerana berbaki kurang RM10.00.



Terpancar kekesalan di wajah lelaki tua itu apabila mendapat tahu yang baki tidak mencukupi diikuti keluh-kesah yang panjang dan menghibakan hati yang mendengarnya. Beberapa ketika kemudian, pemuda itu menyeluk saku seluarnya mengeluarkan beberapa keping wang kertas bernilai RM10.00 hasil jualan getah sekerapnya pagi tadi dan menghulurkan kepada orang tua yang hatinya masih digayuti kesedihan serta kekesalan kerana anak lelakinya memungkiri janji. Terkejut dengan tindakan pemuda tersebut, segera ditolaknya dengan baik. Namun pemuda itu tetap berkeras dengan menarik tangan orang tua dan meletakkannya di dalam genggaman bersama kad bank dan kertas putih kusam. Tiba-tiba tubuh pemuda itu didakapnya sambil mengucapkan terima kasih yang teramat sangat. Kejadian itu menarik perhatian beberapa mata hinggakan pemuda itu merasa segan.

p/s: Kejadian di atas dialami sendiri oleh aku kira-kira sekitar tahun 1995 semasa menunggu keputusan SPM diumumkan. Hingga kini tiada perkhabaran berita yang diketahui tentang orang tua itu. Mungkin telah kembali ke Rahmatullah.

9 comments:

Webmaster@Echam said...

Koi dah baca cerita ni. Bila koi baca koi sedih dan jauh disudut hati koi, koi berazam jadi macam sipenulis....

relevan said...

Ini kisah untuk menjadikan kita supaya lebih sedar dalam meniti arus..

Agaknye berapa lah yang dijanjikan oleh anak nye untuk masukkan duit..
kiranya budak yang lepas menjual getah sekerap tu rela berkorban..mungkin ia rela berkorban untuk tidak mengetea pada hari itu..

dzul said...

baik sgt gayanye budak 2..

hai said...

terbayangkan betapa sedihnya jika orang tua tu ayah kita sendiri...penah seorang ibu tua mengadu pada akak,dia mempunyai akaun bersama anak perempuannya..semasa ingin mengeluarkan duit dikaunter dia diberitau yang duitnya x de,sedangkan masih ada 400 dalam buku tu...dia balik dgn hati yang sedih dan tanpa duit tambang..mujur dia bertemu dgn org kampung seorang drebar lori..jadi dia dapat balik ke rumahnya naik lori...walaupun peristiwa tu dah lama berlalu tapi hati tuanya sangat terguris hingga sekarang!!

ayumkay said...

salam :)

baik sungguh pemuda yg hulurkan duit tu kan. mungkin duit tu dia nak beli kasut bola ke kan. takpelah insyaAllah dia mungkin dapat lebih banyak rezeki lepas tu.

si anak pula, kenapalah tak bagitau yg duit tak masuk lagi. tak sempat nak masukkan ke @ mmg tak nak masukkan. waallahualam.

apapun syabas untuk pemuda tadi ya :)

Mazru Majid said...

ngape koi rase pernah bace je n3 ni..

tp koi suke bace biorpun kali kedua

slm aidiladha dari koi sekeluarge..

Fadh said...

Webmaster@Echam,relevan,dzul, hai, ayumkay dan mazru :

cite nie koi penoh siarkan kat blog se lagi. blog tu koi dh uboh konsep, jadi koi siarkan di sini sbb koi nak kongsi ngan semua. ada 2 lagi siri cite nie. tunggu....

eL said...

maksud ada 2 siri tu, ada sambungan ke apa? Tak sabar nak baca kesudahannya.

Fadh said...

eL :

bukan sambungan cerita ini tp cerita baru yg hampir sama kejadiannya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...