Suka Blog Ini?

Ikut Dengan Email

Hati Seorang Isteri

24 November 2009

125 : Kalaulah Arwah Wan Aku Masih Hidup II

Versi 2 :
Kalau bergambar memang no 1

Selama 5 hari 4 malam aku berkelana di daerah Jerantut yang terkenal dengan kisah lagenda kepahlawanan Mat Kilau dan juga keindahan serta kehijauan Taman Negara. Berkelana semata-mata mengejar sebiji bola di tengah padang. Tahun 2009 merupakan tahun kedua aku kembali mewakili pasukan bola sepak senior PSKPP Bera setelah berehat panjang dari tahun 2004-2007. Kali ini Jerantut dipilih untuk menjadi tuan rumah. Namun Jerantut bukanlah tuan rumah yang baik kerana gagal menyediakan tempat penginapan yang selesa dan menyediakan pengadil yang berkualiti. Maaf andai cerita ini nanti menguris hati rakan-rakan blogger Jerantut. Kebenaran perlu dinyatakan walau ianya pahit.

Pasukan yang memang terbaik dari ladang

Bermula 12hb Ogos, kami bermusafir di Jerantut. Kami ditempatkan di asrama sebuah sekolah menengah yang padangnya saujana mata memandang. Namun tempat penginapan yang disediakan amatlah mengecewakan. Malah kami merasakan tempat penginapan Bangla pun lebih elok dan selesa. Sebuah bilik seluas bilik darjah disediakan bersama tilam tanpa cadar dan bantal. Apa yang paling menyedih dan memanaskan hati kami ialah bilik yang disediakan tidak mempunyai kipas siling dan bangunan itu merupakan bangunan yang pernah terbakar suatu ketika dulu. Menurut warden yang diamanahkan untuk menyediakan tempat penginapan, itulah yang terbaik yang mampu mereka sediakan. Nak tak nak, terpaksalah kami mengeluarkan duit sendiri untuk menyewa bilik hotel. Setelah puas mencari, akhirnya kami menginap di sebuah hotel yang tiada berbintang atau pun bulan, Hotel Chet Fat yang bersebelahan dengan KFC Jerantut.(orang Jerantut memang gemar makan KFC, aku tengok penuh sokmo).

Acara memanaskan hati...

Pagi khamis 13hb Ogos, kami turun ke padang dengan matlamat untuk menang bertemu Raub. Namun malangnya, pihak penganjur sekali lagi membuka pekung di dada apabila gagal menyediakan walau seorang pengadil pun. Maka kesemua perlawanan pada sebelah pagi ditunda keesokkan harinya. Sebelah petang kami turun menentang Maran dalam hujan yang turun sebaik saja perlawanan dimulakan. Walau ketinggalan 0-1, namun kami berjaya memenangi perlawanan tersebut dengan 2-1. Nasib baik tendangan percuma yang aku lakukan terkena palang gol, kalau tidak Maran kalah 3-1.

Pemain no 13 Bera yang banyak berjalan dari berlari...
Pagi Jumaat 14 Ogos, kami turun menentang Jerantut. Sekali lagi tuan rumah mendedahkan keaiban mereka apabila penjaga garisan 2 yang bertugas merupakan pengadil yang berasal dari daerah Jerantut. Mujurlah pengadil dan penjaga garisan 1 dari daerah Temerloh dan Pekan. Bera mendahului 1-0 namun berjaya disamakan oleh Jerantut hasil gol ehsan penjaga garisan 2 yang tidak mengangkat bendera sebagai isyarat pemain Jerantut berada dalam kedudukan 'off-side'. Kejadian yang serupa berlaku selang beberapa minit telah menyebabkan Bera ketinggalan 1-2. Ternyata tuan rumah menggunakan taktik kotor semata-mata untuk memenangi perlawanan tersebut. Namun di separuh masa kedua, Bera bangkit dengan semangat waja di dada. Kami berjaya menyamakan kedudukan 2-2 hasil jaringan Bentayan. Gol tersebut telah berjaya menyenyapkan mulut-mulut pemain simpanan dan penyokong Jerantut yang sebelum itu lancang mengeluarkan kata-kata kesat. Akhir perlawanan, Bera berjaya meraih satu mata berharga setelah seri 2-2 dengan Jerantut. Keputusan seri itu memaksa Jerantut bermati-matian bermain untuk menang menentang Maran pada sebelah petang sedangkan Bera hanya memerlukan keputusan seri dengan Raub yang telah pun kalah kedua-dua perlawanan sebelumnya untuk menjadi juara kumpulan B.

Besi buruk yang dimenangi tahun lepas
Petang Jumaat 14hb Ogos, Bera turun menentang Raub yang telah pun hilang semangat untuk bermain gara-gara dua kekalahan berturut-turut kepada Jerantut dan Maran. Menentang Raub yang pada mulanya disangkakan mudah telah mengakibatkan Bera ketinggalan 0-1. Namun berkat kesungguhan dan kegigihan serta semangat berpasukan yang utuh Bera berjaya memenangi perlawanan tersebut dan berjaya memasuki pusingan XY selaku juara kumpulan. Pada malamnya undian dilakukan di antara 6 pasukan yang layak iaitu Lipis, Kuantan, Rompin, Pekan, Jerantut dan Bera. Bera diundi dalam kumpualan Y bersama Pekan dan Rompin.


Berat juga besi buruk nie...libas ke kepala, benjol laa
Pagi Sabtu 15hb Ogos, perlawanan pertama kumpulan Y di antara Bera dan Pekan. Pekan turun dengan dendam kesumat yang membuak-buak di dada gara-gara kegagalan mara ke perlawanan akhir dalam kejohanan yang sama tahun lepas. Pekan begitu bersungguh-sungguh untuk mencipta kemenangan sekaligus melunaskan dendam di dada. Lantaran itu mereka bermain secara kasar dan merbahaya hingga mengakibat penjaga gol Bera berdarah di kepala dan penyerang Bera berdarah hidung. Namun taktik Pekan ternyata memakan diri sendiri apabila Bera berjaya mengikat perlawanan dengan keputusan seri 1-1 dan memaksa Pekan bermati-matian apabila menentang Rompin petang nanti sedangkan Bera hanya perlu menunggu keputusan perlawanan tersebut dan menentukan pasukan mana yang layak ke perlawanan akhir. Dan ternyata pada petang itu Pekan seakan hilang punca apabila dibelasah Rompin 1-4.


Besi buruk yang dimenangi tahun nie...

Pagi Ahad 16hb Ogos, Bera bertemu Rompin bagi menentukan pasukan yang layak ke perlawanan akhir. Secara kasar dilihat Rompin memiliki kelebihan namun Bera yang tidak beraksi pada petang sebelumnya turut mempunyai kelebihan. Separuh masa pertama Rompin menyerang habis-habisan dan berjaya mendahului 1-0 sedangkan Bera lebih banyak bertahan dan sekali-sekala melakukan serangan. Hasilnya Bera berjaya menyamakan kedudukan sehingga tamat separuh masa pertama. Memasuki separuh masa kedua, Rompin mula kepenatan. Peluang itu diguna sebaik mungkin oleh Bera dengan melancarkan serangan bertali arus ke pintu gol Rompin. Akhirnya kesilapan penjaga gol Rompin yang telah melakukan kekasaran terhadap aku di dalam kotak penalti memaksa pengadil menghadiahkan sepakan penalti yang tidak disia-siakan oleh Bentayan. Keputusan 2-1 kekal hingga ke wisel penamat dan Bera layak ke perlawanan akhir buat kali kedua berturut-turut.


Dah tua nanti, bolehlah tunjuk ke cucu...itu pun, kalau dan bercucu.

Petang Ahad 16hb Ogos berlangsungnya perlawanan akhir di antara Bera menentang Lipis. Ini merupakan perlawanan akhir kedua menemukan kedua-dua pasukan selepas tahun lepas bera kalah 1-2 di tangan Lipis. Namun situasi kali ini jauh berbeza kerana rata-rata pemain Bera sudah kehilangan semangat lantaran perasaan jemu dan meluat telah merajai diri masing-masing. Ini kerana telah terlalu lama berada di Jerantut dan berjauhan dengan anak dan isteri. Maka pada perlawanan akhir itu semangat juang para pemain Bera langsung tidak kelihatan. Kami lebih banyak bertahan dan sesekali melakukan serangan. Namun Lipis gagal menjaringkan gol hinggalah minit-minit terakhir separuh masa pertama apabila tendangan percubaan ke arah gol oleh pemain Lipis terkena kaki pertahanan Bera dan terbias menerjah jaring gol yang gagal diselamatkan oleh penjaga gol yang termati langkah. Sepanjang separuh masa kedua, perlawanan ternyata berat sebelah apabila Lipis silih berganti melakukan serangan sedangkan Bera lebih banyak bertahan. Dan ternyata pertahanan Bera amat mantap apabila Lipis gagal menambah sebarang gol hingga tamat perlawanan. Akhir perlawanan Bera tewas tipis 0-1 kepada Lipis dan sekadar naib johan 2 tahun berturut-turut.



Secara keseluruhannya dapatlah aku simpulkan bahawa Kejohanan Bola Sepak PSKPP 2009 di Jerantut adalah yang paling teruk pernah aku sertai dari segi pengurusan. Pihak penganjur seolah-olah sekadar melepaskan "kentut di tangga" namun baunya dapat dihidu seisi rumah. Diharapkan selepas ini, mana-mana daerah yang dipertanggungjawabkan untuk menjadi tuan rumah dapat mengambil iktibar dan meningkatkan lagi mutu pengurusan supaya semua pihak merasa berpuas hati.

p/s : tapi aku minat betul pekena 'bahtera karam' kat kedai Abang Din Tom Yam(kalau tak silap aku)...memang best...terangkat!



10 comments:

endiem said...

ramai orang jerantut yang berkelayakan untuk menjadi referi seperti relevan, echam, yassin tapi pihak tuan rumah tidak mengundang mereka.

LotsOfLove-Pearls said...

Fadh,
Olahan kata menjadi ayat memang best ar..
Kalau dibacakan semasa mengulas sukan mesti best jugak..

Ke Fadh berbakat menjadi pengulas sukan?

*Teruk giler sampai korang carik hotel..

relevan said...

Ada benar juga kata2 endiem tu Fadh..tapi kawan orang Temerloh..hehehe!

Webmaster@Echam said...

Errr.. kawan jadi pengadil bola lisut bolehlah.... Aok ade jumpa abg syed tak ajak dia ngetea kat kopitiam dangdut???

Maza said...

Beh baca entri ni Yat. Penulisan yang simple dan mudoh difahami. Lawok pun banyok

Patutnya awok yang sepok penalti te Yat... baru la nampak balas dendam kat keeper dia yang buat awok tergolek macam nangka te!

Yang paling best ialah alasan yang bagus napa Bera kaloh. Sebab dah meluat lepak kat Jerantut. hahahaha... bagus bagus

Fadh said...

endiem :

koi xnafikan jerantut ramai pengadil berkualiti cumanya mereka boikot sbb xpuas hati dengan pihak FA jerantut tentang bayaran...itu aje...maaf kalau aok terase.

LotsOfLove-Pearls :

biase2 je dearie LOL...sekadar meluahkan apa yang terbuku di hati...mmg teruk pn...hotel tue pun teruk gak...masalah air dan aircond...tue laa, ramai yg merungut kena bayar yuran rm5 setahun tapi xdpt apa2 dari rm5 yg dikuarkan...tapi diorg xtau yg kami nie kuarkan duit sendiri utk tanggung kos penginapan dan makan minum lbh dari rm5 yg semua guru dan kakitangan pendidikan kuarkan.


relevan :

koi bkn nidok kan org jerantut...ramai lagi yg hebat2 nyer cuma segelintir yg buat taik...terpalit semua...maaflah kalau tersinggung.

Webmaster@Echam :

hahaha bola lisut pn ok jugak...mainan kita mase kecik2 dulu...xdan umpa dia...mase te xkenai lg dia...mengkalar kenei...berdangdut sampai pg laa koi...pas te main bolo mule laa terhoyong hayang hehehe

Maza :

hahaha mase te koi pening lg...kepala koi terjah dek keeper rompin...sbb tue koi xsepak penalti tue...mmg tue laa alasan paling utama sbb bera kaloh...se lagi sbb xde sorang pn pegawai di ppd te turun ke jerantut jengok kome...dan klau kome menang pun...xde mende yg kome dpt melainkan besi buruk te...klau janji nak belanja makan pn harus kome main sungguh2 hahaha

Mazru Majid said...

takpe yat,cube lagi tahun depan kala larat..

kesian kat aok yak sampai sewa bilik,mmg tak patut deme buat gitu sbb yg turun ke jerantut tu semua nye star bera belake..huhuhu...jgn maroh org jerantut yak..kekeke

p/s:Org jerantut mmg kaye raye sebab boleh makan KFC hari2..sarapan pun kfc jugek ke..

Fadh said...

mazru :

taun depan ntah laa...harus koi xmain dah rase nye...hak nie pn separuh nyawa ngejor bolo...banyok berjalan dari berlari!

Don Balon said...

Koi sayanc jerantut sebab ini la tempat koi...

Tapi hey bolo dan sukan2 lain ni..payoh...

ander puok2 yanc berpolitik dari berebut parlimen sampei ke tandas awam..
abang koi masa zaman dia dulu sekoloh bandor pusat juara daeroh jerantut (le ni masuk maran, sebagai makluman, jerantut, temerloh dan pekan "menderma" sebahagian tanoh masing2 untuk pembentukan maran ni), ander puok2 dari kawasan yang terkeney di jerantut ni tak pueh ati, dan demeh jugek yanc memegang banyok jawatan penting dalanc pentadbiran bolo sekoloh dan lepas sekoloh. Boleh deme tok buat latihan pusat sebelum ke MSSP, terus gi main je, nok boikot sek. bandor pusat. Tu cerita 80-an.

Adik koi yanc era 2000-an pun sama kena..puok yanc samer..main takrow..
sekoloh gelangi 2 menanc MSSD jerantut bawoh 18, demeh boleh pilih 2 oranc je budok gelangi main..
Mujor menanc jugek MSSP..cuma adik koi takdok rezki wakil pahanc sebab kaki kena gelek moto lepas kejohananan te..
dia la raja gulung pahang tahun tu..

Jadi fadh..
koi mintok maaf la..
komeh oranc jerantut pun sakit ati dengan puok2 yanc memboikot dan mencari jalan belakang sokmo nok menanc..
yang sokmo2 memburukke namer jerantut tercinta ni..

salam persahabatan dan persaudaraan abadi rodonc...
ma'assalaamah

Fadh said...

don, sebab te...malaysia xmboh maju dan berjaya dgn cemerlang dlm bidang sukan terutamanya bola...dulu koi bangga sbb presiden fam te sultan koi tp skrg nie menyampoh gitu ajer dah hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...