Suka Blog Ini?

Ikut Dengan Email

Hati Seorang Isteri

23 October 2009

121 : Menawan Puncak Rebung




25hb April yang lalu tercatat satu lagi peristiwa dalam hidup aku. Peristiwa yang membuktikan tahap kekampungan aku masih terpelihara dengan utuh. Segalanya bermula apabila aku mendapat panggilan telefon mempelawa aku untuk mendengar satu taklimat tentang peluang perniagaan dalam bidang telekomunikasi dan pos. Aku menyatakan persetujuan namun bukanlah kerana aku benar-benar berminat tetapi kerana ianya percuma dan secara kebetulan pula pada tarikh yang sama aku perlu membawa mak dan ayah menghadiri majlis persandingan anak saudara di Dewan Risda, Ampang.



Maka memandulah aku seawal 7.00 pagi membelah kedinginan menuju Kuala Lumpur. Bertemankan mak, ayah dan Arean, aku menyusur Lebuhraya Pantai Timur yang aku ragui tahap kualiti kerana tiap kali aku menggunakannya pasti ada baik pulih sedang dilakukan.

Tepat jam 9.00 pagi kami selamat tiba di rumah Alang yang terletak di dalam Kem Kementah(MINDEF). Usai bersarapan, aku meminta Alang menghantar aku ke Stesen LRT Setia Wangsa kerana aku bimbang jika aku membawa kereta kebarangkalian untuk aku sesat hingga ke Papua New Guinea adalah tinggi.


Setelah turun dari motorsikal Alang dan setelah tercanggak-canggak hampir beberapa minit di hadapan kaunter memerhati gelagat orang ramai yang bertali arus, aku memberanikan diri menghampiri kaunter dengan hajat untuk membeli tiket kerana amatlah mustahil aku dapat menaiki LRT tanpa tiket walau aku menanggis merahang sambil berguling-guling sekalipun.

"Assalammualaikum, saya tak pernah naik LRT. Saya nak ke Menara Telekom tapi tak tahu nak turun kat mana?" Setulus hati aku menuturkan satu persatu perkataan sejelas dan seterang mungkin sambil mengharapkan simpati dan belas dari pekerja kaunter yang aku ragui taraf jantinanya kerana di mata aku yang belum rabun ini, dari raut wajahnya seakan lelaki tapi matanya dipalit celak dan "eye shadow", bibirnya diukir gincu merah kusam dan pipinya ditepek alat make-up yang aku nak sebut pun aku tak tahu namanya.

Tanpa menjawab salam dan setelah berjaya menahan gelak yang seolah-olah memperlekehkan pertanyaan kudus aku, dia bersuara halus yang seakan dibuat-buat. "Encik boleh turun kat universiti atau keramat. RM 2.30." Aku pun meraba-raba poket untuk mengeluarkan dompet. Selesai membayar aku dihulurkan sekeping kad. Usai urusan di kaunter, segera aku beredar. Risau jika berlama-lamaan di situ, pekerja kaunter separa lelaki itu akan mengorat aku.

Bersama sekeping kad yang dipegang erat, aku melangkah bak pendekar menuju medan perang. Sebaik tiba di pintu masuk, aku pun melanggar palang besi itu dengan perut seperti penumpang lain namun tidak terbuka."Ah celaka! Apasal tak boleh terbuka pulak" bentak aku dalam hati sambil mencuba beberapa kali hingga menarik perhatian pengawal keselamatan yang bertugas. "'Encik, masukkan tiket" laung pengawal keselamatan itu dari jauh sambil membuat aksi memasukkan tiket mengakibatkan beberapa pasang mata memandang ke arah aku dan ketawa kecil. Rupanya aku perlu memasukkan tiket bagi membolehkan palang besi itu terbuka bila dilanggar. Manalah aku tahu kena masukkan tiket, aku kan orang kampung.

LRT tiba sejurus aku tiba di platform. Terkocoh-kocoh aku melangkah menuju pintu LRT yang sedang mengangga luas. Sebaik aku berada di dalam perutnya, LRT mulai bergerak perlahan setelah pintunya ditutup secara otomatis. Suasana agak lenggang namun tiada bangku yang kosong memaksa aku mengaktifkan kuda-kuda kaki untuk mengelakkan dari jatuh tersembam. LRT mulai bergerak semakin laju namun tidak sempat 5 minit bergerak, aku merasakan tahap kelajuannya telah diperlahankan. Kedengaran satu suara memberitahu destinasi yang seterusnya hampir. Aku memandang sekeliling. Dalam hati tertanya-tanya dari manakah datangnya suara itu. Dalam aku tertanya-tanya itu, mata aku tertancap pada satu papan pemberitahuan yang ditampal pada dinding badan LRT yang aku naiki. Tertera di situ nama-nama stesen yang bakal aku lalui sebelum sampai ke destinasi yang ditujui. 'Argh...lambat lagi nak sampai' bentak aku dalam hati.

bersambung...


15 comments:

♥ adLya ♥ said...

adehhh bersambung le pulak.. lawak gak cter org 1st time naik lrt..hahahha.. cepat smbg tau cikgu..

FarhanaLicious said...

haha. kenapa takda gamba kau masa dalam lrt tu? haha

Fadh said...

adLya :

he he he ini entry lama...aku sempat tulis separuh jer...pas tue aku save dlm draft...sbb dh lama sgt tersimpan, aku pun publish jer laa walau xsiap lagi...supaya xnampak sgt yang entry tue xsiap aku pun tulis laa bersambung...klau ikutkan xde sambungan...nak kena sambung ke? he he he

FarhanaLicious :

ha ha ha mmg aku nk snap gmbr2 dlm lrt tp aku jadi segan plak...kang nampak sgt yg aku nie xpenah naik lrt...so, aku xjadi nak snap semata2 nak cover air muka kuikuikui

relevan said...

Lor Fadh..kawan ingat aok tawan pucuk rebung tu macam spiderman ..Steve apa kebenda namanye tu..( hok baru ni dia manjat KLCC te )

mr.Sen$ei said...

koi tau ngape aok tawan puncak rebung tu...kuikuikui...semoga berjaye kelak..

Fadh said...

relevan :

mengkalar koi manjat gaye omputih te...xpasei2 koi dok dlm lokap...

mr.Sen$ei :

hah klau aok tau ngape...cer aok kabo ke koi?

Don Balon said...

Fadh..
kerinchi weh bukan keramat.. jauh menyasor weh kala aok gi keramat.. :)
lembah pantai tu tempat koi duduk dari 1994-2001, doh machanc kampung kedua koi..bila sampei situ memanc sentimental..
beribu kenangan koi di sana.. :)

Tapi yang penting,
koi nok tau aok masuk ke tidok program jahanam tu?
Koi dan istri telah terkena tahun 2006 dan dengor cerita sampei sekarang demeh masih aktfi menggunakan Menara TM mencari mangsa!@!!!!!
Guna nama MARA, nama DPMM gonner orang tok caya???
kepada bloggers yang lain-lain, larilah diri dari program ini seperti kamu melarikan diri dari singa...
koi cakap terus-terang.
Yang koi sakit hatinya dulu bila koi tanya sorang mamat yang tahu pasey program ni, ni tipu ke betul. dia cakap tajkde la tipu, cuma chulas. kena berhati-nati bila masuk. Koi ingatkan risiko tinggi je la. Masuk-masuk memang pitam la koi, program nampak logik,nak melaksana tu perit-seperitnya. Tak dinafi ada yang berjaya tapi peratusannya terlampau-terlampau kecil. Untuk orang yang baru2 nok belajor menege koi cakap terus-terang, JANGAN! Koi ni tok pasey2 berutang beribu dengan kaum keluarga sebab program durjana ni la..
penganjur doh masuk rm15,000 setiap orang yang join, kita jugok la tercungap-cungap lemas!!!!!!!

Fadh said...

don balon :

he he he koi mana laa tau...ingat2 lupe jer weh...

pasei menatang alah te mmg koi tak join pun...setakat dengor...dari penjelasan nye mmg best siap tayang gambar mahathir rasmikan macam2 program...katenye di bandar pusat dah ade se bukak...ntoh laa koi xtau pn...koi mmg xyakin langsung bler dengor penjelasan...melampau sgt smpai puluh2 ribu...!

Don Balon said...

Fadh..
Alhamdulillah aok tok join..
Koi join masa masih kerja di UUM lagi..
koi pernoh sewa booth 2 minggu di TESCO kajang untuk buat pendaftaran Streamyx..
seminggu 2 ribu sewa..
lepas claim dapat 4600..
perrrriiittt..keje 2 minggu dapat 600 je tolak sewa..
bayar budok-budok koi lagi..
di tesco damansar lagi best..
koi dapat 0 sen..
susoh weh.. masa dengor taklimat semua bunga2..
peroper training pun takde..
talk n talk n talk..
tu yang koi paling benci slogan "Nak Tolong Melayu"..
kammon la dey..
dah selalu disalahguna slogan tu sampei koi maleh nok layan..
Tu belum kes rodonc koi kena dengan Syarikat berintam lagi..dopoloh ribu tabur dalanc kolam keli..

Fadh said...

he he he koi mula tergerak gak hati...tapi koi nie mane ade duit ribu2 banyok nye...mengkalar koi ade ribu2...baik koi buat ke mende lain...nikoh sampai 4 ke...ande jugek paedoh nyer kuikuikui

koi tulis entri nie bkn nak citer pasei program yang kononnya keusahawanan sangat te...tapi nok menceritakan hal koi nie yg xpenoh naik lrt dan pengalaman koi bertanya dgn org2 kolumpo...payoh amat ruper nyer nok bertanya aroh dgn org bandar nie...geram koi nok lempor ke sungai kelang!

Anonymous said...

Amboi2 sedapnyer ayat nak nikah sampai 4 kalau ada duit ribu2....daripada nak menambahkan bini ada faedahnya jika wat perkara yg boleh menambahkan lagi duit dari ribu2 ke puluhan ribu atau ratusan ribu!

Don Balon said...

kuikui..
koi tau aok nok cerita mender lain..
tapi koi risa jugek kala ada rodonc yang masuk..kuikui

Fadh said...

Anonymous :

macam kenal jer...tapi di mana yaa?

don balon :

koi nk citer pasal taklimat yg koi dengor te pun koi xreti sbb koi bkn dengar sgt pun...xdan abis taklimat koi dah blah...gi makan kenduri anak sedara koi he he he

mr.Sen$ei said...

koi doh kabor doh...aok jgn le masuk Streamix tu..koi hampir2 masuk dah dulu..mujur masa tu kete rosok...kene le bela..abis duit dan tak jadi masuk stremix..sekali rodong koi tipon kata jgn masuk..susoh nok pulang modey..baik tananc pisang...buleh makan kalu tok abih juey...ke gone?

Fadh said...

mr. sensei :

he he he mujur kete rosok...mengkalar xrosok harus join jugek dah...betui betui...koi sokong aok.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...