Suka Blog Ini?

Ikut Dengan Email

Hati Seorang Isteri

19 October 2009

120 : Cintamu Tiada Bandingan

Ini merupakan siri terakhir memenuhi permintaan seorang Anonymous yang hanya aku kenali dengan nama 'Mymy xyxy'. Seingat aku hanya lagu-lagu kumpulan Search dan lagu kumpulan Camar yang aku siarkan di blog ini. Lagu ini bertajuk 'Cintamu Tiada Bandingan'. Aku dapat lagu nie melalui Cik Lislas yang meminta aku meng'upload'kan lagu ini ke blognya. Sebagai percubaan, aku 'upload'kan ke blog aku terlebih dahulu untuk melihat hasilnya. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kumpulan Camar, sila layari CAMAR.

Menyentuh mengenai gambar-gambar yang melatari lagu ini pula aku ambil semasa Majlis Jamuan Hari Raya anjuran JAKIM di Kampung Bukit Gemuruh. Selain dari gambar-gambar kemeriahan majlis, turut aku paparkan ialah gambar-gambar bangunan lama SK Bukit Gemuruh. Banyak kenangan dan nostalgia yang bersemadi di sini. Dengarkan...



20 comments:

relevan said...

Jiwang beb jiwang..

MR Wiez@ V said...

terima kasih kerana menggunakan lagu dari kumpulan camar sebagai background muzik untuk video anda... dari keyboardist kump camar..( skema tul ayat ahaha...thanks 4 da support

Fadh said...

relevan :

sesekali layan jiwang he he he

MR Wiez@ V :

patutnya aku yang kena minta izin sebelum guna lagu nie...boleh kena saman sbb guna tanpa izin...apa2 pun maaf sbb guna tanpa izin dan semoga kumpulan camar terus suksess.

Anonymous said...

Salam.

Jutaan terima kasih kerana sudi meng"upload"kan lagu itu. Saya sungguh menghargai baik budi saudara kerana bersusah payah meluangkan masa saudara utk memenuhi permintaan saya yg saudara tidak ketahui asal usulnya. Namun kesudian saudari itu memaparkan keikhlasan yg ada pada diri saudara yg diwarisi dari satu keluarga yg baik.

Dari pengamatan saya, saudara nampak begitu komited dgn kerjaya saudara. Cinta saudara kpd kerjaya saudara begitu mendalam sekali sehingga ia memberi kpd jiwa dan kehidupan saudara. Tahniah! cinta saudara pada agama, keluarga, negara dan bangsa saudara tidak boleh dipertikaikan lagi dan tiada bandingannya..

Saya berdoa agar saudara dan keluarga akan sentiasa diberkati Allah dan beroleh kebahagiaan dan kesejahteraan.

Akhir sekali saya mohon maaf jika kehadhiran saya menganggu ketenangan saudara dan keluarga saudara.

Terima Kasih.

LotsOfLove-Pearls said...

Fadh,
aku pun ada gak ar..

hehe...

kidding..

ok Fadh..

cheers okey..

ieyla said...

LAYANLAH JANGAN TAK LAYAN PEMINAT2 YG ENTAH SAPA2 TUE....!

Fadh said...

Anonymous :

Betul ke lagu nie?

LotsOfLove-Pearls :

ye ke? ceh main2 upernyer...ke ada yang iras2 muka ko?

ieyla :

huh mak datin dah bagi warning tue kuikuikui

Anonymous said...

Salam kembali..

masih bukan lagu yg dimaksudkan. Tapi takpelah..take your time n tak usah tergesa-gesa. Cuba ingat betul2 masa bulan May dan Jun..masa saudara mengisahkan asal kg saudara dan nama saudara "cuyat"...

Tq.

Anonymous said...

solo....intro slow diikuti high note selepas dua baris ayat....

sorila...kesian you!!

Fadh said...

Anonymous :

Bagitau lagu nyanyian berkumpulan atau solo?

Fadh said...

Anonymous :

ntah laa aku pun dah lupa...nanti aku dah ingat aku uploadkan lagu tue.

Don Balon said...

Terpaksa jugek koi komen kali ni..
Aok jangan weh..
anonymous ni bahaya kuikui..
kena yang kromosom YY berasap telinga aok.. kuikui

Fadh said...

terpaksa komen??? mcm xikhlas jer komen rodong. koi bkn mende, saje jer...kuikuikui

mr.Sen$ei said...

terbaik punya lagu...kehkehkeh

Don Balon said...

Dok weh..
aok ni semenjok dua menjok ni berlagu semachanc je koi tengok..
risa jugek rodonc gini..kuikui

Kala aok ada masa'aloh..banyok2 bersabor weh..
Allah bersama orang-orang yang benar dan bersabar..
Koi pun last keje jumaat depan je..
lepeh tu tanam anggur la..kuikui

Fadh said...

mr.Sen$ei :

lagu orang weh, koi sesuke hati jer gune lagu org...nujur org xmarah he he he

Don Balon :

biase laa rodong...hidup nie mmg banyok masaloh...insyallah berkat sabar dan tabah dalam menghadapi dugaan akan berbalas suatu hari nanti...dah berenti nanti mende laa kelako aok weh?

MR Wiez@ V said...

ala fadh tak kisah la aok nak upload lagu nie.... koi wakil dari kump camar rase berbangge..eheheh...

Fadh said...

MR Wiez@ V :

terima kasih laa sbb bagi kebenaran...sedap lagi nie tapi mutu audio dia kureng sikit...kena arrangement muzik bagi lagi syahdu.

MR Wiez@ V said...

memang diakui dari mutu audio kureng ckit...sebab 3 orang punyer keje...mereka lah..drummer,vokalis,guitar bass dan juga recording ... akan ada perancangan nak buat balik lagu nie...

Fadh said...

mr wiez@ v :

bagus2...teruskan usaha utk memajukan diri...semoga berjaya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...