Suka Blog Ini?

Ikut Dengan Email

Hati Seorang Isteri

12 October 2009

117 : Cintaku Kehilangan Bisa

Sejak entri ke 116 yang bertajuk "Semangat Yang Hilang" di 'publish' kan, aku menerima komen dari seorang "Anonymous" yang enggan mendedahkan indentiti sebenar. Beliau meminta aku meng ' upload' kan lagu rock cintan yang pernah aku siarkan di blog ini sekitar bulan 5 - 6 yang lalu. Setelah ditenung dan ditilik sehalusnya maka aku merasakan permintaan beliau itu ada baiknya dilayan walau aku tidak mengetahui niat sebenarnya samada benar-benar ikhlas atau terdapat sebilah belati tersorok yang menanti masa dan saat untuk ditikam di dada aku. Permintaan itu juga sekaligus memberikan ilham dan memulangkan kembali semangat berblog yang hilang lewat beberapa minggu ini.

Terdapat beberapa lagu rock cintan yang pernah aku siarkan di blog ini. Oleh yang demikian, untuk entri kali ini aku telah memilih lagu yang bertajuk 'Cintaku Kehilangan Bisa' nyanyian kumpulan Search yang dipetik dari album 'Gema Di Timur Jauh' yang telah diterbitkan sekitar tahun 1995. Lagu-lagu dari album ini banyak meninggalkan kesan yang mendalam dalam hidup aku dan hingga kini kenangan lama pasti terbayang di ruangan mata andai terdengar lagu-lagu dari album 'Gema Di Timur Jauh'. Dengarkan...




7 comments:

ieyla said...

Kalau dah rajin tue rajin sangat update blog....tapi kalau datang angin kus2 bersawang2 dibuatnya....he...he...he...

>Alahai syahdunya lagu.....

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

hati seorang isteri dah berkata tu hehehe

kembalikan semangat yg hilang tu..

chayok chayok

Mazru Majid said...

hmmmm....no komen

ima shhs said...

mgkin bulan yg lepas adalah bulan2 yg takder mood sal aku pun gitu...tension...

best lagu...;p

LotsOfLove-Pearls said...

Fadh,

Welcome back..

tetiba lagu ni jadi best lak..

thanks ok..

and thanks for the birthday wish..

Fadh said...

ieyla:

aik...jeolous ke? he he he

Fadh said...

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr:

he he he xpe, biarkan dia berkata2...klau kena belasah kang tak terkata laa tue kuikuikui

mazru(9m2mzr:

koi pn no komen gak he he he

ima shhs :

mgkin laa kot...insyallah pas nie akan diupdate sekerap yg mungkin.

LotsOfLove-Pearls:

thanks for the wish

thanks for the kad raya

welcome for the thanks he he he

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...