Suka Blog Ini?

Ikut Dengan Email

Hati Seorang Isteri

30 August 2009

115 : Merdekakah Kita?

Buat renungan...


Masih aku ingat kata-kata ibu sambil memberi wang dan berpesan "Sayang, pergilah ke kedai Pak Mamat beli sekati gula dan sekati tepung. Kalau tiada pergi ke kedai Maniam. Kalau tiada jua belilah di kedai Ah Chong'. Sambil berlari girang di celah-celah pepohon nyiur yang melambai indah dengan sarang-sarang tempua berhayunan bagaikan buaian, aku membeli gula dan tepung di kedai Pak Mamat. Bertahun-tahun begitu. Sesekali aku ke kedai Maniam dan Ah Chong.


Kata Ibu, 'Beli di kedai Pak Mamat kita dapat berkat. Pak Mamat membayar zakat. Kalau beli di kedai Maniam dan Ah Chong, siapa menanggung dosa kalau mereka jadi kaya raya, wang tadi dibina patung-patung dewa. Kita terheret percuma masuk neraka hanya sedikit yang masuk syurga selainnya masuk neraka kerana subahat membina Muruga dan dewa'.


Kata Ibu, 'Kalau mereka menjadi kaya raya nanti mereka menjadi ceti. Diberi Melayu pinjamnya wang. Habis dilelongnya tanah kerana Melayu tak mampu bayar hutang'. Kata Ibu, 'Kalau mereka kaya raya habis dibelinya tanah dan bendang. Padi naik harga kerana Melayu hanya jadi kuli bukan tuan. Kilang bukan kita punya. Kedai juga bukan kita punya. Tengok tu minum kopi pun kata mereka, sedap di kedai Cina'.


Kata Ibu, 'Kalau mereka kaya raya habis dibelinya pekan dan kampung. Kita nantinya tinggal di pinggir sungai bakau dan berumah di bukit bukau. Tapi kini sungai juga dibeli untuk dijadikan kolam udang. Bukit juga dibeli untuk dibina kondo mewah. Melayu mahu tinggal di mana? Dalam hutan belantara?'.


Kata Ibu, 'Tanamlah kucai kita dapat berkat kerana makan sayur yang tidak subahat. Kucai di kedai Cina disiram najis babi. Kalau kita tanam kucai, kita gemukkan kucai dengan tahi kambing. Kata Ibu, 'Jangan makan tokua kalau tak tahu siapa pembuatnya. Jangan makan mi kalau Ah Chai yang membuatnya. Kalau makan makanan subahat, hati hilang sinarnya kerana memakan makanan subahat. Hati dipenuhi bintik - bintik hitam penuh noda dan dosa . Hati akhirnya mati dan kita nantinya semakin renggang dari kekasih Allah. Kita nantinya menjauhkan diri yang Maha Pencipta. Dosa kita berganda-ganda lalu Allah turunkan bala'


Itulah...bila ibu berkata, rupanya benar belaka. Fikir-fikirkan...


nota kaki dan mulut:


Entri ini tidak berbaur perkauman atau anti 1Malaysia. Ianya sekadar renungan bersama bagi mereka yang masih melayu yang tidak rela terus layu di bumi sendiri.

21 August 2009

114 : Andai Ini Ramadhan Terakhir


Andai kita tahu ini Ramadhan terakhir... tentu kita sibuk berzikir tanpa jemu melagukan syair rindu mendayu... merayu... kepada-NYA Tuhan yang satu... andai kita tahu ini Ramadhan terakhir... tentunya kita akan mengerjakan solat di awal waktu... Dan solat kita pastinya sungguh khusyuk lagi tawadhuk... tubuh dan qalbu kita... bersatu memperhambakan diri menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji... "innasolati wanusuki wamahiyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"... [sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku ...kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]



Andai kita tahu ini Ramadhan terakhir... tidak akan kita persiakan walau sesaat yang berlalu... setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja... di setiap kesempatan juga masa yang terluang... alunan Al-Quran bakal kita dendang... bakal kita lafazkan... andai kita tahu ini Ramadhan terakhir tentu malamnya kita sibukkan dengan bertarawih... berqiamullail... bertahajjud... merintih... meminta belas kasih... "sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga -MU tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU".



Andai kita tahu ini Ramadhan terakhir... tentu kita tidak akan melupakan mereka yang tersayang... pastinya kita akan menyeru mereka memeriahkan Ramadhan... kita buru... kita cari... suatu malam idaman yang lebih baik dari seribu bulan... andai kita tahu ini Ramadhan terakhir... tentu kita bakal menyediakan batin dan zahir... mempersiapkan diri... rohani dan jasmani... menanti akan jemputan Izrail... di kiri dan kanan lorong-lorong redha Ar-Rahman.


Duhai Ilahi... andai ini Ramadhan terakhir buat kami..., jadikanlah ia Ramadhan paling bererti... paling berseri... menerangi kegelapan hati kami... menyeru ke jalan menuju redha serta kasih sayang-Mu Ya Ilahi... semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti.


Namun teman... tak akan ada di antara kita yang bakal mengetahui... apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya... yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah berusaha... bersedia... meminta belas-NYA... andai benar ini Ramadhan terakhir buat kita...


MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH AKU LAKUKAN


"MARHABAN YAA RAMADHAN "
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...