Suka Blog Ini?

Ikut Dengan Email

Hati Seorang Isteri

06 July 2009

113 : Deja Vu Yang Bukan De Javu

Jangan Menilai Buku Menerusi Kulitnya





Nama Rahimin Idris memang asing bagi anda kerana dia bukanlah popular dan terkenal seperti Mawi atau Nabil. Apa yang pasti, kepalanya tidak botak seperti Mawi dan rambutnya panjang dan lurus berbanding Nabil. Namun bagi yang selalu berkunjung ke blog Mati Pikiran pasti mengenali dan mengetahui siapakah beliau. Aku walau tidak pernah mengenali lubang hidungnya namun cukup kagum dengan kegigihan beliau dalam menghasilkan sajak, cerpen dan kartun.

Terkini, beliau tampil memperdagangkan sebuah buku bertajuk "Bukan Deja Vu". Buku yang memuatkan koleksi cerita-cerita pendek ini mengandungi sebanyak 31 tajuk. Keseluruhan cerita yang dimuatkan dalam buku ini walaupun bersifat lelucon namun tersirat pengajaran yang mengajak pembaca berfikir. Sebagai contoh, cerita Pak Utih dan Mak Utih digarap berdasarkan 2 pepatah Melayu lama iaitu "Dengar guruh di langit, habis air dalam tempayan dicurahkan" dan "Burung yang terbang hendak dipipiskan lada". Kedua-dua cerita ini jika diperhalusi amat kacip dalam kehidupan kita malah telah sebati dalam diri masyarakat seharian.

Terdapat juga cerita komedi seram yang ditenun sebaik mungkin iaitu "Hantu Tanpa Tangan". Membacanya bisa membuai perasaan untuk terus melekatkan mata pada tiap baris susunan ayat hinggalah ke titik noktah yang terakhir. Cerita ini mengandungi unsur seram yang diadun bersama unsur lucu yang mampu menterbalikkan pusat jika membacanya.

Selain dari itu, cerita "Amarah Murad" memaparkan kerakusan manusia menuruti nafsu marah yang akhirnya memakan diri sendiri. Walau penceritaannya agak biasa kerana dilatari kehidupan seharian seorang pelajar namun masih terselit nilai-nilai murni yang boleh dijadikan tauladan seperti berfikir sebelum bertindak dan lakukan sesuatu pekerjaan itu seawal yang mungkin bagi mengelakkan kekalutan.

Laras bahasa yang digunakan bukanlah seperti laras senapang patah atau laras meriam tetapi lebih kepada bahasa percakapan harian yang memang intim dengan kehidupan kita. Membacanya walau dalam keadaan santai sambil mengorek hidung, masih menuntut kita membaca satu persatu bait ayat dan memahaminya kerana jika membacanya sepintas lalu, berkemungkinan kita tidak dapat menangkap maksud penceritaan yang ingin disampaikan oleh penulis.

Harganya RM10 dan ianya lebih mahal berbanding sekotak rokok Dunhill 20 batang namun berbaloi membelinya kerana buku ini tidak mengandungi bahan kimia yang berbahaya dan kebarangkalian untuk mendapat kanser adalah rendah jika membaca buku ini berbanding menghisap 20 batang rokok Dunhill. Tetapi jika membaca buku ini sambil menghisap rokok kebarangkalian untuk mendapat kanser akan melonjak berganda-ganda.

Hanya satu kelemahan buku ini iaitu ia tiada di pasaran terbuka berbanding rokok. Ini kerana Rahimin Idris telah sanggup mengorbankan bajet bagi membeli rokok selama sebulan setengah semata-mata untuk menghasilkan buku ini. Dipendekkan kata, beliau merupakan penulis, merangkap penyunting, merangkak pencetak dan mentatih pengedar. Ini dilakukan bukanlah untuk mengaut untung yang lebih tetapi untuk menjimatkan kos memandangkan koceknya yang tipis dan selalu tiris. Namun berbekalkan semangat serta iltizam yang teguh, beliau tetap melangkah menongkah segala kepayahan demi minat dan cita-cita untuk bergelar Sasterawan Negara suatu hari nanti.

Kepada penulis, diucapkan syabas dan tahniah. Ini langkah pertama anda. Bakal menyusul aturan langkah kedua, ketiga dan seterusnya sehingga dapat menggapai impian yang diimpikan. Kepada yang berminat untuk memiliki buku ini, bolehlah melutut dan merayu agar Rahimin dapat mengulang cetak kerana cetakan pertama yang berjumlah 15 naskah telah pun habis. Larisnya seperti cendawan goreng yang digoreng selepas hujan.




Kulit belakang yang sempoi macam buah tampoi...

31 comments:

dzul said...

koi pun dah abis baca..letih juga la keng koi sebab gelak byk sangat..

Mazru Majid said...

kena cari buku ni..aok beli mana weh?

Fadh said...

Dzulkarnain Mohamad :

bini koi gelok sampai berair mata. dia kabor lawok bodo tapi menghiburkan.

Koi (9M2mzr)..a.k.a Mazru :

klau nok aok kena hubungi dia laa...koi sekadar berkongsi cerite jer.

Eyna's said...

Fadh...koi pun teringin nak buat koleksi...
guane koi nak hubungi dia???

mr.Sen$ei said...

macanc best je citer nih...
takpe nanti koi beli ye..

ieyla said...

Seronok juga sesekali membaca cite2 pendek nie....banyak cite yg best dalam buku tue....

Fadh said...

Eyna's dan mr.Sen$ei :

klau berminat, bolehlah emailkan ke rahiminidris@hotmail.com

ieyla :

mmg laa seronok sbb sesekali layan cerita2 pendek yang kelakar nie hilang tension

Don Balon said...

review yang terbaekk... :)

Fadh said...

don balon :

terbaek??? bukan terbalik ker he he he. Terima kasih.

Webmaster@Echam said...

Koi pun dah email ke dia. Koi nok beli jugek wehhhh...

al-mankaraqi said...

ada e-book tak? Koi tak dan nak menyelok-nyelok, banyok ngat helnyer.

almankaraqi.blogspot.com

LotsOfLove-Pearls said...

aku xder buku tue...

nak cari ar...
LOL pun suka kalau cerpen2, puisi nie..
sesuai ngn jiwa LOL..
hehhe...

pinjam buku..?

hahaa

Bisnes Keluarga said...

Dulu masa sekoloh rendoh ...
ayah koi selalu juga beli buku-buku novel ni kala periksa dapat mo 1,2,3 lah....

Bagus untuk kita memahami dan mempelajari situasi masayarakat.

keknya sekarang banyak sangat novel-novel kisah perasaan, cinta.

Antara novel2 yang koi ingat Naga EMas Di Pulau Katak, Guruku Ibuku Jua dll

Bulan Penuh 2012 said...

Salam ziarah,

Bulan Penuh 2012
http://bulanpenuh2012.blogspot.com

poyotito's said...

cilakak.
ni yang gua jadi tertunggu2 posmen nih..!!

Fadh said...

Webmaster:

aok tunggu jer laa posmen ngator ke rumoh aok yer.

al-mankaraqi:

ebook xde. klau nak dapatkan dari penulis.

LotsOfLove-Pearls:

buku nie spesial sbb limited edition. setakat nie ada 15 naskah seluruh dunia. klau nak pinjam, kena bayar royalti dulu he he he

Bisnes Keluarga:

budak2 mmg gemor bace buku cerite. kek nyer zaman skrg nie budak2 xberape dah gemor bace buku cerite. mgkin mok ayoh tok galakkan. lagipun zaman berubah dan pelbagai cara ada seperti e-book dan sbgainya.

Bulan Penuh 2012:

salam ziarah kembali.

poyotito's:

lu tunggu pun xgune sbb lu x order he he he

FarhanaLicious said...

panjang gila lu punya review. gua amek buat kopi pes je la, buleh? hahhaa!

al-mankaraqi said...

Assalamu'alaikum,

Salam Isra' Mi'raj

almankaraqi.blogspot.com

LotsOfLove-Pearls said...

Lamanya cuti2..

huhu..
bz e kat sekolah..?
hehe..

RaFFLeSiA MeRaH said...

slmt petang cikgu...mintak maaf lame x dtg kelas cikgu ni...hehehehe....kebizian skit melanda...tetiba ari ni kemaruk gi round blog semua org....

Fadh said...

FarhanaLicious:

ha ha ha tue bukan review dah tapi mengampu he he he

al-mankaraqi:

salam kembali

LotsOfLove-Pearls:

he he he mood xde laa...xde feel nak tulis blog walau banyak yang nak dikongsikan...nanti laa aku update nanti.

RaFFLeSiA MeRaH:

ooo aok laa yg selalu monteng tue yer...nk kena rotan nie he he he

relevan said...

pemes buku ni..

Fadh said...

relevan :

mmg pemes...org jrantut tue bang he heh e

IS said...

Menarik la buku ni, TQ sbb mempromosikannya kalau tak mmg aku tak tau kewujudannya.

Fadh said...

IS :

berminat ke? klau minat email kan ke rahimin@hotmail.com utk buat tempahan.

LotsOfLove-Pearls said...

knock..
knock..

ada orang tak?

hehe..

bz sangat yer..

Wira said...

kalau jual dlm bentuk ebook
mungkin lebih laris deejavu nih.

Jard The Great said...

peh.. bnyk blog kamu.. ehehe

ayumkay said...

ramai komen nak beli buku ni. best ke? tapi kalau lawak bodoh yang menghiburkan memang bestkan. release tensen.

BudAk hijAu said...

pinjam sebulan!

UNIVERSITI MENGKARAK said...

salam ziarah chu yatt

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...