Suka Blog Ini?

Ikut Dengan Email

Hati Seorang Isteri

29 June 2009

111 : Lenyap Didakap Waktu




Perhatikan papan tanda di atas. Kesemua kampung tersebut terletak di sekitar Kampung Kerayong. Dan di bawah ini, satu-satunya papan tanda yang masih wujud namun menanti saat rebah ke bumi yang terletak di sempadan Kampung Kerayong dan Kampung Mengkarak.

Kampung Kerayong diriwayatkan bermula apabila pengasasnya, Pawang Ismail bin Pawang Derus berhijrah bagi membuka sebuah penempatan baru. Berakit di sepanjang Sungai Triang akhirnya beliau memutuskan untuk membuka sebuah penempatan baru yang diberi nama Kampung Kerayong Tumbang bersempena dengan nama sebatang pokok petai kerayong yang dihikayatkan besarnya batang pokok petai kerayong itu jika disusun talam boleh memuatkan 40 hidangan.

Detik waktu berputar. Saat berganti minit. Minit bertukar jam. Jam bersilih hari. Hari menjadi minggu. Minggu berubah tahun. Kini, Kampung Kerayong kian hari kian tersisih dari arus pembangunan. Bukannya tiada pembangunan di Kampung Kerayong. Terlalu banyak pembangunan yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan.


inilah nama yang telah menggantikan nama Kampung Kerayong
Namun apa yang amat dikesalkan, nama Kampung Kerayong tidak lagi digunapakai malah telah digantikan dengan nama Bandar Bera. Sejak wujudnya Bandar Bera yang dijadikan pusat pentadbiran daerah, nama keramat Kampung Kerayong kian lenyap. Nama yang diberikan oleh pengasasnya gagal dipertahankan oleh anak cucu cicit yang sewajarnya mempertahankan kedaulatan Kampung Kerayong termasuklah aku yang hanya berupaya memerhati dengan pandangan sayu, satu persatu tempat permainan aku waktu hingusan dulu ditarah dan dibongkar demi sebuah pembangunan. Tiada lagi tempat aku melastik burung waktu dulu. Tumbang sudah pohon yang sewaktu waktu dahulu tempat aku bergayut dan berteduh. Lenyap sudah hijaunya padang lalang yang sewaktu dulu saujana mata memandang. Kini pohon-pohon rendang diganti dinding batu yang tersergam megah.

Laman Kerayong

Lantaran itu, aku bersama Mazru , Firdaus dan Marwan akan berkoloborasi untuk mewujudkan sebuah blog khas memperihalkan salahsilah keturunan Pawang Ismail sejak bermulanya sebuah penempatan hingga kini. Moga usaha murni ini akan mendapat keberkatan dari Allah dan memberi manafaat kepada generasi seterusnya.
Antara taman-taman perumahan yang bercambah dan menghilangkan nama Kampung Kerayong.

Papan tanda yang dipacakkan di hadapan simpang rumah aku
Dulu kawasan ini tempat aku bermain tapi kini...





15 comments:

LotsOfLove-Pearls said...

semangat cikgu kita nie...

usaha murni pasti diberkati..

teruskan usaha..

Eyna's said...

Tapi...sungguhlah...
dari kecik kita dah terbiasa
panggil simpang kerayong...tetiba le ni dah jadi Bandar Bera...
mcm tak best je...
koi smpai le ni...masih manggil tempat tu simpang kerayong...smpai kekadang koi lupa.., bagi org yg baru kat kawasan tu...mane depa tau kat mana simpang kerayong tu....

Webmaster@Echam said...

Lame dah koi tak ke sini. Kalo dulu masa koi duduk JB nilah laluan koi kalo balik.

marwan said...

betoi ni cikgu...koi nyokong ngat dari dulu lagi tempat kite ni di name kan kampung kerayong... nok tukor ke bandor bera plok...koi memang bangkang tapi ape kan daye kite hanye mampu melihat je

Don Balon said...

Fadh..
bravo!!
teruskan usaha murni aok..

Ni la kalau pemerintah tak pernah mau consult orang2 yang tahu..
tukor nama ikut sedap je..
kala bandor kerayong tahan la lagi..
koi dulu kala gi rumoh pok sedara koi di Felda Bukit kepayang memang sokmo orang sebut kerayong tempat aok ni Fadh..

ayu_mkay said...

sejak bila jadik pemandu pelancong ni? partime ekkk :P

tapi teruskan usaha yang murni itu. kalau bukan anak kampung sendiri yang mencari sejarah kampungnya... siapa lagi nak diharapkan.

tapi aku memang geram ngan kau pasal novel Semadian Cinta tu. Sib baik ada ieyla yg baik hati beritahu citer sebenar.. kalau idak mau jenuh aku carik novel tu tak jumpa. kalaulah kau dekaaat taulah untung nasib kau!

Mazru Majid said...

koi suke cara aok sampaikan citer ni..

ade unsur unsur sedih dalam tu,insyallah sama kite teruskan usaha murni kite tu.pasai nama kampung tu jom kite pakat buat demo arr!kite bangkang!hahaha

Tuk Aki said...

Ketika PM baru dilantik...

Di hati saya habislah orang melayu...
PM ni pro cina .. semasa jadi menteri pelajaran .... banyak kolej dan universiti orang cina diluluskan..

Nasib baik pada zaman Datuk Musa mewujudkan banyak kolej universiti milik kerajaan.

Dan hari ini terbukti dengan pemansuhan:-

1. Kementerian yang menjaga hak istemewa dan orang melayu.
2. Dihapuskan hak istemewa orang melayu/bumiputra dalam biasiswa kerajaan.
3. Dihapuskan pemilikan ekuiti 30% oleh bumiputra.

Saya mempunyai pengalaman bekerja dengan syarikat multi nasional yang diketuai dan dipunyai oleh bangsa cina ini.

Orang melayu jangan harap nak dapat apa-apa kecuali betul2 dia boleh dipergunakan untuk dapatkan keuntungan.

Orang melayu dah kalah teruk disebabkan oleh orang melayu sendiri.

Malaysia akan jadi seperti Singapore dan terlaksanalah konsep malaysia malaysia dalam konsep 1 malaysia.

Tahniah kepada pejuang-pejuang bangsa melayu.

Inilah yang anak cucu anda dapat dan jangan di masa akan datang anda akan diludahi oleh anak cucu sendiri

b.tan said...

salam.....

kalau kita selalu merantau kita akan terasa betapa hidup ini memang satu persinggahan dalam satu perjalanan yang panjang tapi singkat.
terasa sekejap tapi lama dan terasa mudah tapi payah dalam senang.

kerayong memang sentiasa dalam kenangan kita semua.....
semoga orang kerayong tak hilang di bera.

wassalam.

mr.Sen$ei said...

namanya simpang kerayong...dulu ada banyak kedai2 kayu jual buah tepi jalan je...
skang ni dah naik bangunan...
dulu agak sunyi dan sejuk je kalu lalu kat situ...
rindu gak la ngn masa dulu...

poyotito's said...

rajin ngat aok ni wehh..!!

Nama bandar jengka pun dan upgrade.

Bandar Tun Razak Jengka.

Tak sedap langsung bunyi..!!

Fadh said...

LotsOfLove-Pearls :

ha ha ha darah pawang ismail tengah mendidih dalam diri aku saat ini.

Eyna's :

ha jage2 aok weh...kome nok nyelidik...ntoh2 kite nie berkait.

Webmaster:

ha dah lame tue laa kena dtg sekrang nie.

marwan :

jgn laa gelor koi cikgu, kekok koi dibuat nyer. bagus, lepas nie aok kene selalu bercerite pada bdk2 remaje pasal nama kg kerayong dan bukannyer bandar bera!

Don Balon:

ha ha ha koi terkena tempias semangat membara aok tue, terima kasih sbb naikkan semangat koi. nantikan blog itu nanti.

ayu_mkay:

ha ha ha maaf laa yer bukan sengaja cume bergurau,novel tue mmg xde di pasara. ianya masih disimpan rapi dalam kepala aku he he he

Koi (9M2mzr)..a.k.a Mazru:

insyallah hasrat murni kite nie akan diberkati Allah. nok demo gone nyer? kite nie xde kuasa utk membuat keputusan. sbb tue kite kena bangkit semula kerana keturunan kite nie keturunan yang tersohor.

Tuk Aki:

nok gone kan kalau dah yang dipilih tue memilih untuk tidak memilih org yang memilih nyer.

b.tan:

salam,(abg koi nie he he he)

chu mmg tidak betah untuk merantau, sbb itu chu memilih untuk terus berada di sini kerana di sini bermulanya sebuah kehidupan yang diasaskan oleh nenek moyang kita dulu dan kita mewarisi serta mewariskan pada anak cucu kita nanti. selamat berblog.

mr.Sen$ei:

nampak nyer koi dah berjaya mengamit memori silam aok he he he

poyotito's:

ha ha ha xrajin ke jugek tapi biler lama kelamaan makin teruk jadinyer pada keturunan pawang ismail...tue yang koi rase nok bom jer seme2 tue he he he

Don Balon said...

Weh bila nok lanchor ni weh?
Koi hey salasiloh koi raya ni Insya-Allah koi merandukonak di Kelantan.. :)

Fadh said...

nanti laa weh...banyok ngat kekangan dan halangannya...insyallah pas 2 raye nie.

D.N.A.S said...

Dulu-dulu, kalau nak jumpa rodong boleh cakap kat dia 'Tunggu koi kat simpang'. Sekarang ni kalau cakap macamtu, gerenti orang tak tau simpang mana satu.
-nostalgia jugak tunggu bas kat simpang nak pegi Pekan Sari Temerloh-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...