Suka Blog Ini?

Ikut Dengan Email

Hati Seorang Isteri

25 June 2009

110 : Sesekali Yang Jarang-Jarang


Jarang benar perkara ini berlaku. Boleh dikatakan setahun 2 kali sahaja. Adakalanya lebih dari 2 kali. Tapi itu pun tidaklah lama. Paling lama pun setakat 2 hari. Itupun dah dikira lebih dari bagus daripada langsung tiada.

Tiap kali berlakunya perkara ini, pastinya suasana rumah mak dan ayah akan hiruk-piruk. Akan kedengaranlah suara jeritan dan tangisan yang sahut bersahut dengan gelak ketawa keriangan. Akan berlakulah kesesakan di bilik air hinggakan kaunter nombor terpaksa dibuka bagi mengelakkan berlakunya rusuhan. Selain itu kadar penggunaan elektrik dan air akan meningkat secara mendadak. Kipas akan berputar ligat menyejukkan setiap ruang dan lampu akan menyala menerangi segenap pelusuk rumah. Dan tv pula tidak henti-henti menyiarkan rancangan kartun di saluran 611 Astro Ceria.

Selain itu, laman rumah juga turut menjadi mangsa. Laman yang biasanya kosong dan lapang menjadi sempit hinggakan tiada ruang untuk meletakkan kenderaan. Selagi ada ruang kosong akan diletakkan dengan kereta. Nasib baiklah rumah mak dan ayah nie rumah kampung jadi luas lamannya. Kalau rumah di kawasan perumahan, hampir setengah kilometer panjangnya jarak jika semua kereta tue diletakkan memanjang.

Namun semua perkara di atas sedikit pun tidak mendatangkan kemarahan kepada mak dan ayah. Malah mereka tersenyum lebar. Biar pun suasana akan jadi hiruk pikuk, mereka tetap tersenyum puas. Walau bil air dan api akan meningkat namun mereka tetap tersenyum bangga. Biar pun terpaksa berebut untuk menggunakan bilik air, mereka tetap tersenyum sabar. Walau rutin harian mereka terganggu, namun mereka tetap mengukirkan senyuman.

Dan bila perkara itu berakhir, suasana rumah mak dan ayah kembali normal. Tiada lagi hiruk piruk yang membingitkan. Tiada lagi kesesakan di bilik air menjelang senja dan subuh. Tiada lagi kereta yang memenuhi laman. Tiada lagi putaran kipas yang menyejukkan setiap ruang. Tiada lagi sinaran lampu yang menerangi segenap pelusuk. Dan tv pula pastinya hanya menyiarkan rancangan kegemaran mereka.

Apa yang tinggal hanyalah kepingan hati tua yang sentiasa berdoa. “ moga nanti masih ada kesempatan buat mereka menikmati saat-saat indah itu”. Dan hati tua milik mereka pastinya menjadi rindu untuk menatap wajah anak-anak yang sejak dari kecil ditimang dimanja dan wajah-wajah mulus cucu-cucu sebelum mereka pergi untuk selamanya.

23 comments:

Mazru Majid said...

1st..hmm lama x borak ngan oang tue aok,selalu dgr suare dia azan,kalo x dengar mmg x sah.dulu koi blajo ngaji ngan dia,aok tau lah koi ni nakal mase kecik..dia x penah marah pun..rilek je.

hah sape balik te..merioh tul la ye

ima shhs said...

wah..wah..wah.. sronoknya sesekali berkumpul....

Hurmm... bilerlah kejadian yg sama akan berulang pdku...huhuhu...

IS said...

Aku juga tumpang gembira kemeriahan itu ....

mr.Sen$ei said...

memang best kalu dapat kumpul ramai2 ye dak...umah mak koi tahun lepas penuh sesak ngan 310 orang semua termasuk anak cucu...poh paley weh...

ayu_mkay said...

salam cikgu :)

jarang2 yang sesekali tulah yang beeeeessttt banget! riuh rendah macam kampung tu kita yang punyaaaa lalalalala. syiokkan i likeeee :)

ieyla said...

Sekali segala ramai2 tak kisah...tapi jika hari2 ramai2 dan bising sakit kepala dibuatnya...

arryani said...

Adik beradik aku bersepah seluruh Mesia..

Yang kat Ganu...KL...Kulai.. Pulai...

JB...Tiram...

Haih ko dah cukup baik dapat jmpa 2 kali setahun..aku kdg2 smpi 2 tahun sekali baru dpt reunion tau..

Tengok2 anak sedara makin ramai..Samapai terlupa nama2 anak sedara ..hahahah

Apapun seronok life mcm tu...aku suka..aku dari fmly yg beso...maka kalo riuh tu mmg perkara biasa...hahah

Don Balon said...

Alhamdulillah..
sokmo2 la jenguk semasa ada ni..
Koi ayoh doh takde.. Alhamdulillah ada mok lagi..
Mok..
minggu depan koi balik.. :)

Puteri Satu said...

syoknye keluarga besar cam ni....aku dua badik je...keta pun dua ketoi je klu balik kg...sob..sob...

Fadh said...

Koi (9M2mzr)..a.k.a Mazru:

alhamdulillah dia sihat lagi tp biase laa org tua. betul tue, ingat lagi ngaji kat surau lame yg dah kene roboh te...koi sokmo jd org terakhir ngaji sbb koi naik sekali dgn die...jadi tukang tutup pintu dan tingkap...awok me ntoh kone dah bermain.

ramei weh yg balik...dlm gambor te kire suku jer he he he

Fadh said...

ima shhs:

ha ha ha mmg seronok pun...dapat makan bersama ramai2...uii mmg best laa

IS:

ha ha ha tp sekarang nie org sibuk belaka...tue yang payah nak dapat berkumpul macam nie.

mr.Sen$ei:

mak aii...sampai 300 lebih...tue belum masuk anok2 aok lagi he he he

ayu_mkay:

ye betul sesangat...yg jarang tue laa yang manis nye.

ieyla:

aik lain macam jer bunyi nyer he he he

arryani:

ha ha ha best laa ko bleh cuti2 malaysia...tumpang tdo umah adik beradik...jimat kos.

Don Balon:

ha ha ha koi hari2 jenguk diorang...mekala dah duk serumah tue memang laa he he he

PuteriSatu:

ha ha ha sbb tue ko kena beranak banyak2 supaya tua nanti laa kesunyian sgt bler si aqilah tu beraya atau balik ke rumah mertua he he he

al-mankaraqi said...

cikgu,

moh ke blog koi, ajok rodong2 sekali

almankaraqi.blogspot.com

marwan mazumi said...

aok ngan badrul hisham tu adik bradik la yek cikgu?

Fadh said...

al-mankaraqi:

insyallah.

marwan mazumi:

bukan, badrul hisham tue anak saudara koi. koi nie adik beradik dengan cikgu rosnah yang mengajor awok mase kat sm bandar kerayong.

LotsOfLove-Pearls said...

sedih pula aku baca n3 ko ni...

adeh....

rajin2lah balik kg..

hehe...

Mazru Majid said...

marwan x kenel ke sape ni?

Fadh said...

LotsOfLove-Pearls:

aiseh, ko dah sedih plak bace entri aku...xyah sedih2...happy sokmo.

Koi (9M2mzr)..a.k.a Mazru:

ha ha ha seblum nie dia xkenei tp skrg dah kenei bler koi dah bgtau. mgkin sebelum nie die kenei muke jer tapi xkenei darah keturunan.

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

jarang-jarang yg sesekali tu yg memberi kesan mendalam pasal jiwa seseorang tu...

FarhanaLicious said...

mesti bes kan. tak tau bila jarang jarang macam tu nak berlaku kat umah aku. huhu

Fadh said...

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr:

tali xkan putus kalau dicincang kecuali kalau JBA atau SYABAS datang cabut kepala meter he he he

FarhanaLicious:

alah raya nanti merasa laa beramai2 mcm nie

marwan said...

kenei dah...hehehe..x sangke dalam blog boleh mengeratkan siratulrahim..dari yang x kenei jadi kenei..dari yang x prasan jadi prasan..

-MsGoodNite- said...

Kenapa 2 kali setahun? Kenapa tak tiap kali cuti sekolah?

Fadh said...

2x setahun iaitu masa hari raya...masa cuti sekolah pun xdpt berkumpul sbb masing2 sibuk dgn urusan masing2.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...