Suka Blog Ini?

Ikut Dengan Email

Hati Seorang Isteri

28 May 2009

108 : 1 Yang Bukannya Dua Mahupun 3 Apatah Lagi Empat


Lihat gambar di atas dengan teliti. Perasankah kalian raut wajah kanak-kanak di atas seakan-akan seiras? Bagaikan kembar yang sudah tentunya bukan kembar siam tapi kembar seiras. Aku pun mulanya tak perasan tapi bila diamati betul-betul, sah kedua kanak-kanak tersebut mempunyai paras wajah yang sama. Kanak-kanak yang dibulatkan dengan warna biru tue ialah anak aku, Muhammad Haris Farhan manakala kanak-kanak yang aku bulatkan dengan warna hijau adalah anak, tuan punya blog hati seorang isteri, ieyla. Perkara ini mula disedari bila aku meng’link’kan blog beliau di blog aku dan secara kebetulan dia meng’upload’kan gambar anaknya dan aku pun meng’upload’kan gambar anak aku.

Kebetulan yang tidak disangka-sangkakan ini rupanya telah merungkaikan satu misteri yang selama ini mengundang tanda tanya pelbagai pihak yang merasa sangsi dan curiga akan kewujudan blog hati seorang isteri. Ini kerana kewujudan blog tersebut dikatakan mempunyai perkaitan dengan blog aku. Malah ada segelintir individu mengandaikan tuan punya blog hati seorang isteri adalah isteri aku. Aku menafikan dengan sekeras-kerasnya dengan alasan, mungkin persamaan yang wujud tidak disengajakan dan terjadi secara kebetulan.


Tetapi bila mereka selidiki dan mengupah beberapa pegawai penyiasat CSI maka sah tuan punya blog hati seorang isteri mempunyai hubungan yang sangat intim dengan aku. Maka dengan itu terpaksalah aku mengakui yang aku sememangnya mempunyai hubungan malah telah pun mendirikan rumahtangga dengan tuan punya blog hati seorang isteri dan telah pun dikurniakan dengan 3 orang cahayamata.

Segalanya bermula apabila aku sering melihat dan membaca coretan beliau yang ditulisnya di kertas kosong dan disorokkan dari pengetahuan aku. Oleh sebab aku nie memiliki ilmu alam maka dapat jua aku membaca apa yang ditulisnya. Atas dasar kasih sayang yang tak pernah aku belah dan bahagi kepada orang lain selain dia maka aku pun menge ‘syor’kan supaya dia memiliki sebuah blog supaya nanti apa yang dinukilkan dapat dikongsi dengan sesiapa yang sudi membacanya. Bagaikan mendengar guruh di langit habis air tempayan dicurahkan, dia pun menyatakan persetujuannya.

Maka bermulalah proses aku membina dan menghias blog tersebut hinggakan aku berjaga sepanjang malam sedangkan keesokkannya aku perlu memberi kursus LADAP kepada staff-staff SKBG. Alhamdulillah berkat kesabaran aku maka dapatlah aku menyiapkan blog dia bersekali dengan mengubahsuai blog aku sendiri. Jenuh juga aku bersengkang mata dan banyak kali juga 'template' blog aku hilang semata-mata untuk memahirkan diri. Hasil 'try and error' yang aku praktikkan maka inilah hasil yang kalian semua sedang tatapi kini.

Harapan aku semoga ada yang sudi menjenguk blog hati seorang isteri dan meninggalkan komen sebagai tanda sokongan dan penguat semangat untuk dia terus berblog. Kesian gak aku bila dia mengeluh sebab tak de sorang pun yang tinggalkan komen kat blog dia termasuklah aku sendiri he he he.

Untuk isteri yang tercinta, berbloglah andai ianya dapat menghibur dan mengirangkan hatimu...namun ingatlah, berblog hanyalah sekadar aktiviti sampingan yang dilakukan sewaktu senggang...jangan pula nanti abang dan anak-anak makan nasi dengan kicap jer he he he.

28 comments:

(¯`•._.•è-Nαβ•._.•´¯) said...

1sttttt.. zasssssssssss

oiitt.. buat2 tak kenal plak bini sendiri.. kalo aku jadi ieyla.. makan nasik berulam garam la jawabnya hari nie.. huhuhu..

Hako terjah kang baru tau.. Nguhahaha

Webmaster@Echam said...

Cheh.. aku mati2 ingat betul cerita ko ni.....

LotsOfLove-Pearls said...

adesssssss...
tipah tertipu..

nanti aku promotekan blog wife ko eh..
dlm blog saya ada ramai kakak2..
pasti dorang suka..

hehe..

ciK LyndaWawa igUana said...

saya menjengok di sini..
adoh..
wat suspen je.......

Fadh said...

kasutsaiz4:

wei 'saham' kena jaga laa...nasib baik laa bukan ko isteri aku...klau x dah lama mati kebulur aku ha ha ha

Webmaster:

ha ha ha biasak laa kasi gempak lebih sikit he he he

LotsOfLove-Pearls:

ha ha ha ko tertipu ker? sorry laa yer...bikin gempak baru meletooop...thanks sbb sudi nak promote blog wife aku...nanti kembang laa hidung dia...he he he

ciK LyndaWawa igUana:

ha ha ha ko pun tipah tertipu jugak ker? i'm sorry...he he he

UNIVERSITI MENGKARAK said...

Yatt,

Benda ni awok jangan main2 yatt.. bahaya...nanti kena atas idung sendiri nnti... bala yatt..

hehe heh

koi punyai blog ada pembetulan sedikit ya

http://universitimengkarakk.blogspot.com

double k ujungnya.

ima shhs said...

dah agak dah... rasanya aku antara org yg paling awal yg support blog isteri ko tuh... tak caya tgk follower dier...hehehe...

....pasni aku kene promote blog hubby aku lak lah....huhuhu...

Mencari Sinar Bahagia @ Tommy said...

Hello....
Can we be friends...
Dtglar blog saya,kalo sudi ye..

ayu_mkay said...

salam...

saya hampir tertipu! dia yang suh buat blog.. dia lak buat2 tak kenal nyampah!

sib baik ngaku... kalau idak mmg ku bakar blog kau ni..heheheh ganas seh!

sihat ya? selamat hari guru khas utk kau :)

dzul said...

hahaha..cilakak..ingat betul dah td..nak pegi tengok jap mende cerita..

S.YanaZ said...

Enche Fadh,
Mmg betul2 tak tahu ke hapeee...
*keliru gua*

Fadh said...

UNIVERSITI MENGKARAK :

ha ha ha nie mesti ko xbaca abis atau ko xpaham...tue mmg blog isteri aku laa...apa plak yang bahaya nyer he he he ok akan diperbetulkan.

ima shhs:

ha ha ha ko mmg terrer laa he he he thanks sbb support dia...selalu laa berkunjung yer

Mencari Sinar Bahagia @ Tommy:

ha ha ha boleh boleh xde salahnyer...nanti aku add link blog ko.

ayu_mkay:

ha ha ha jgn laa marah...sesekali bergurau, menceriakan suasana...sihat seadanya dan terima kasih.

Dzulkarnain Mohamad:

ha ha ha dzul...kehendak org perempuan nie kenalah diturutkan supaya nanti kehendak kita dia akan turut plak he he he

S.YanaZ:

he he he tau tapi sengaja buat2 xtau...kasi gempak sikit jer he he he

manje said...

buat si suami,

rajin2 ar jenguk blog si isteri...
:) hehe

Mencari Sinar Bahagia @ Tommy said...

Fadh,

Terima kasih...
Dtglar comment my blog...
I am waiting for it...
U tau my link kan..:)

Fadh said...

manje:

ha ha ha terlebih rajin...kadang2 sampai naik menyampah plak he he he

Mencari Sinar Bahagia @ Tommy:

ha ha ha aku dah jenguk dan link pun blog ko thanks he he he

Mencari Sinar Bahagia @ Tommy said...

Fadh,

Thank you for that..
Appreciate it very much...
Tell me more about U...
Hope to hear fr U soon...

FarhanaLicious said...

haha. macam mana buleh jadi macam tu. haha

Fadh said...

Mencari Sinar Bahagia @ Tommy:

ha ha ha ok tapi xjanji, kadang sibuk...kadang menyibuk he he he

FarhanaLicious:

macamana? mmg disengajakan pun he he he

Bulan Penuh 2012 said...

Salam ziarah,

Bulan Penuh 2012

LotsOfLove-Pearls said...

mana n3 baru ni Fadh..
hohoooooooo....

Mazru Majid said...

akhirnye jumpe jugek koi ngan blog aok ni weh..

mantap betui yak!walaupun kite ni duk berjiran tp mmg setahun sekali jumpe,cukuplah dapat jumpe aok kat cni je..hehe

aok promote ckit blog koi ni..kite kan sedara mara..hehehehe

adioss asalamualaikum..huhu

Fadh said...

Bulan Penuh 2012:

salam ziarah kembali

LotsOfLove-Pearls:

n3 baru banyak...cuma otak aku masih berdengung lagi...xdapat nak menulis ayat2 terbaik...aku nie cerewet bab2 menulis n3 sbb aku nak bler org baca org akan dapat sesuatu dari apa yang aku tulis...sabar yer LOL

Koi (9M2mzr)..a.k.a Mazru:

ye ke aok kenei koi...he he he...ngape yek payoh sgt nak berjumpe padahal bkn nyer jauh pun...insyallah koi akan promote...link pun koi dah add kat blog koi.

Rahimin Idris said...

hahahahaha cilakak aok! terpedaya koi! nanti koi jenguk. koi bukan sombong. tapi kadang2 koi tak larat nak gi semua. letup, letup.

Jejaka Desa said...

Smangat koi bace.Skali trkena da.........

Fadh said...

rahimin idris :

ha ha ha terkena aok yek...takde nak pedajal sesape pun.

jejaka desa :

he he he bkn aok jek, ramai ngat dah yang terkene nye he he he

LotsOfLove-Pearls said...

yoyoooooooo..
bilalah ko ada n3 baru nie..
hehe..

nnt dtg ar blog LOL yg cnahteQ lagi menarik itu..
hehe..
ada award utk Fadh..

hohooo

mr.Sen$ei said...

bgs2...baru le sehati berblog...tak dpt berdansa pun takpe...

Fadh said...

LotsOfLove-Pearls:

ha ha ha nanti laa...aku punye feel xbalik2 lagi...cuti lama sgt...thank sbb bgi award...nanti aku amik

mr.Sen$ei:

ha ha ha saje suker...xlah boring sgt dia dok kat umah jer.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...