Suka Blog Ini?

Ikut Dengan Email

Hati Seorang Isteri

26 May 2009

107: Waris Penyambung Zuriat


Tarikh 24 Mei setiap tahun pasti mengimbau kenangan yang amat berharga dalam hidup aku. Tanggal di mana lahirnya zuriat penyambung baka aku di dunia yang fana. Zuriat kedua selepas yang pertama pergi menghadap Ilahi sebelum sempat aku mencurahkan kasih sayang. Aku namakannya Muhammad Haris Farhan. Aku pilih "Muhammad" yang bermaksud "Yang Terpuji" sempena nama Rasullulah dengan harapan semoga dia mengikut akhlak dan pekerti mulia Junjungan Besar, Nabi Muhammad SAW. "Haris" yang membawa maksud "Pengawal/Pemelihara" kerana dia sebagai abang adalah pelindung kepada adik-adiknya sekiranya aku tiada nanti serta pemelihara nama baik keluarga. "Farhan" pula bermaksud "Yang Girang Gembira" kerana aku ingin dia sentiasa gembira dan cekal dalam menempuh setiap dugaan dan rintangan hidup.

memotong kek sambil tersengih...


menanti kek dipotong

24hb Mei yang lalu genaplah usia 6 tahun. Tahun depan dah nak masuk darjah 1. Rasa macam baru semalam dia dilahirkan. Betapa cepatnya putaran masa hinggakan tidak terasa dia bakal menjejakkan kaki ke alam persekolahan. Tiada sambutan cukup sekadar aku belikan kek coklat kegemarannya di Kedai Kek Kak Yah yang terletak berhampiran Terminal Bas Temerloh. Selepas itu aku bawanya melihat orang berakit di Sungai Pahang(akan aku ceritakan di entri 'menghilir di sungai pahang'). Balik terus demam. Kesian dia. Mungkin terlalu lama di bawah terik matahari hinggakan suhu badannya mendadak naik. Malam, tidurnya meracau hinggakan terpaksa aku masukkan ubat demam melalui buntutnya.

disuap mamanya...

makan dengan seleranya...


Isnin, dia tak bersekolah akibat demam. Alhamdulillah demamnya tidak berpanjangan dan tadi dah ke sekolah. Jadi dapatlah dia bawa hadiah untuk diberikan kepada kawan-kawan pra sekolahnya. Bersungguh-sungguh dia minta aku belikan hadiah untuk kawan-kawannya. Maka aku turutkan kehendaknya walau poket tengah kegersangan. Aku belikan beberapa jenis makanan ringan dan aku letakkan di dalam beg kertas. Hanya itu yang aku mampu lakukan sebagai tanda betapa aku bersyukur di atas kurniaan zuriat yang Allah berikan.

Kalau dah makan, habis comot...

Untuk Arean...,
Tinggi Gunung Everest, tinggi lagi harapan Abah untuk melihat Angah membesar dengan sempurna dan besar kelak menjadi insan yang berguna, yang berbakti kepada ibu bapa, keluarga,masyarakat, bangsa dan agama. Ingatlah tiap sesuatu pasti ada balasannya. Andai baik yang Angah lakukan, pasti kebaikan itu akan kembali kepada Angah. Dan andai kejahatan yang Angah lakukan, pastinya kejahatan yang akan Angah dapat. Berbuat baiklah sebanyak mungkin kerana yang baik itu datangnya dari Allah dan yang jahat itu datangnya dari kelamahan diri kita sendiri yang perlu kita perbaiki sedikit demi sedikit. Selamat Hari Lahir Anakku...

sebahagian hadiah untuk kawan-kawannya...

19 comments:

LotsOfLove-Pearls said...

..tetiba aku terasa nak nangis plak bc n3 ko nie.

no reason..

sebak..

sob..
sob..

dzul said...

gitu la kalau dah ada anok..layankan ajerr..

(¯`•._.•è-Nαβ•._.•´¯) said...

uiksss.. jiwa kental aku terusik la.. nguhahha.. hiba rasa hati perot neh..

ko dah besar yer arean.. jgn lupa makcik kepoh kat kolompo neh yer... huhuhu... apa2 pon hepi besday.. kalo ko dah besor nanti mokcik dah tua bangka.. Nguhahaha..

FarhanaLicious said...

farhan? farhana?
hu hu hu

FarhanaLicious said...

farhan? farhana?
hu hu hu

FarhanaLicious said...

farhan? farhana?
hu hu hu

FarhanaLicious said...

tibe tibe je kuar 3 terus. aha. itu perkhidmatan percuma, komen satu free dua. hu hu

Don Balon said...

Fadh..
betui tu..
koi rasa machanc mimpi anok sulung koi masuk darjoh satu tahun ni..
cute pulok dia koi rasa pakei baju sekoloh.. :)

kasihlatifah78 said...

happy belated besday utk arean... semoga menjadi anak yang cemerlang dan kebanggaan keluarga bila besar nanti...

apapun mmg gitu kehendak anak2 skrg.. kalo mampu apa salahnya kita turutkan kehendak diorg sekali sekala...anak koi nanti tak tau la gone gayanya nanti..

pasal cikgu daud tu... koi pun lepas kes tu mmg tak dgr citer sgt dah... yg koi tahu dia bawak lori n kawin ngan indon... cikgu basariah yg ngajor kat SMK Mengkarak tu ler mak sedara koi (adik arwah ayah koi yg bongsu) yg kawin ngan cikgu daud.

Fadh said...

LotsOfLove-Pearls:

ha ha ha ko baru rasa nak nangis...aku dah nangis guling2 baca ne aku sendiri he he he

Dzulkarnain Mohamad:

ha ha ha ye layankan ajer sampai kadang2 tak terlayan dek kerenahnya...aok biler lagi? xkan nak 'simpan' jek he he he

kasutsaiz4:

ha ha ha kira aku dah berjaya meleburkan kekentalan jiwa ko tue...jgn plak nanti arean dah kawin ko masih lagi mengekalkan keperawanan ko he he he

FarhanaLicious:

ha ha ha ko nie ketagih mengomen apa...xpe komen laa banyak2...wat macam blog sendiri he he he

Don Balon:

ha ha ha abah dia pun dulu cute masa pakai baju sekolah masuk darjah 1 sbb tue anak pun cute gak he he he

kasihlatifah78:

ha ha ha thanks for your wish...eh cakap omputih plak...koi ada dgr dak yang dia bawak lori tapi xde kesahihan...cikgu basariah tue cikgu aku gak dulu tapi dia xpernah ajar aku he he he

ima shhs said...

lor..birthday anak ker..heheheh..

To arean.. happy belated birthday dari auntie..moga membesar menjadi anak yg dibanggai oleh ibu bapa kelak...amin ya al awwal

Fadh said...

ima shhs:

ha ha ha terima kasih...moga menjadi kenyataan kelak he he he

ieyla said...

Tersentuh bc coretan nie...sebak dibuatnya...takpelah bknya slalu buat smbutan hari jadi mcm tu lgpun utk anak sendiri takde salahnya....Semoga Arean menjadi anak yg berjaya didunia & akhirat...Amin...

Fadh said...

ieyla:

ha ha ha apasal ramai sgt yang sebak baca entri nie? sedih ke citer nie he he he

IS said...

Happy Belated Birthday to Farhan. Anak kita sebaya .... Tapi mana mamanya? Mana ya??

pakpainan ... said...

happy birthday utk si comel. tahniah juga kat abahnya.

Fadh said...

IS : Thanks...mamanya??? he he he ada kat umah.

denanz:

Terima kasih bro...sama2 kita mendidik anak2 supaya menjadi anak yang soleh dan solehah.

dandon said...

Selamat ulang tahun yg ke-6 utk anok sedare koi ni, moga panjang umur dan dimurohkan rezeki. Anok koi yg no 4 sambut ulang tahunnya yg pertama pada 27 mei yg lalu. Tak sabo nok blk kg nak belajo buat blog.

Fadh said...

dandon:

ha ha ha balik jgn xbalik...boleh belajo tulis entri dan make up blog cantik2 he he he

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...