Suka Blog Ini?

Ikut Dengan Email

Hati Seorang Isteri

20 May 2009

106 : Setitis Darah Penyambung Nyawa


Banner' kem kesihatan untuk pemeriksaan kesihatan percuma.

Pada 10hb Mei yang berlalu meninggalkan kita tanpa disedari, telah berlangsung satu program Pemimpin Bersama Rakyat bagi Dun Kemayan bertempat di SK Kemayan. Program yang dijalankan itu melibatkan pelbagai aktiviti seperti sukaneka, pameran dan kem kesihatan, sesi dialog antara penduduk kampung dengan pihak pentadbir tanah daerah Bera dan kempen menderma darah. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Dato' Ismail Sabri Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna merangkap Ahli Parlimen Bera. Program yang dianjurkan itu telah mendapat sambutan yang amat mengalakkan dari pelbagai lapisan masyarakat dan memberi impak yang mendalam kepada penduduk sekitar.

Proses 'ramah mesra' bersama doktor bertugas

Aku yang kebetulan pulang ke kampung isteri berpeluang meninjau dan mengikuti beberapa program yang dijalankan. Di antara program yang sempat aku ikuti ialah pendaftaran dan penyemakan daftar pemilih di mana aku telah mendaftarkan isteri aku sebagai pengundi berdaftar bagi Dun Kemayan dan menyemak status aku sebagai pengundi berdaftar bagi Dun Guai.


Proses mencucuk jarum ke lengan aku


Di kesempatan itu juga aku telah menderma darah. Namun sebelum itu aku telah disaring bagi memastikan tahap kesihatan aku. Dengan berat badan seberat 73 kg dan tekanan darah yang normal, aku telah dibenarkan untuk menderma. Sebanyak 450 gram darah berjenis AB disedut bak drakula oleh jururawat yang bertugas. Aku kehairanan juga kerana mengapa darah aku dinilai dalam unit gram. Setahu aku yang tak berapa nak tahu, biasanya darah dinisbahkan dalam unit pain. Tapi tidaklah pula aku bertanya kerana aku tidak mahu dilihat seolah-olah tidak ikhlas menderma.


Proses menyedut darah aku.

Sebenarnya ini bukanlah kali pertama aku menderma. Sebelum ini sewaktu masih menuntut di Maktab Perguruan Kota Bharu aku pernah menderma darah bersama Zahaludin Adam. Ketika itu kami berkunjung ke sebuah karnival yang diadakan di Hospital USM,Kubang Kerian. 

Proses menunggu beg darah penuh
Proses memenuhkan beg darah hampir 10 minit
Proses menimbang berat darah aku...terlebih 50 gram
Proses mencabut jarum
Proses menampal plaster
Proses merehat dan memulihkan tenaga selepas menderma
Lengan aku ditampal plaster bagi mengelakkan darah terpancut
Kesan dicucuk jarum sebesar bateri AA
Antara pengunjung yang turut menderma.
Kalau dulu aku menderma kerana terpesona dengan keayuan jururawat pelatih yang bertugas tapi kini kerana aku menyedari betapa setitis darah itu amat bermakna bagi mereka yang memerlukan. Andai hari ini mereka memerlukan darah aku mungkin suatu hari nanti aku memerlukan darah mereka pula.

18 comments:

LotsOfLove-Pearls said...

Salam..
Wah..
Baiknya cikgu..

ko nak aku uploadkan pict yer...
sendiri, kaburkan wajah...
wahahha...

best amat..
Tahniah..
Darahmu boleh menyelamatkan nyawa mereka yg memerlukan..
teruskan usaha..

LOL xleh nak derma darah coz akan merubah tahap kechanteQan..
Huhu..
Kurus, xleh..
Hehe..

ieyla said...

Salam,terima kasih coz mengalu-alukan saya dlm dunia Blog nie...He...he...he....

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

brani seyh...

sampai sekarang cik gadis xda keberanian nk menderma darah..

huhu...

dandon said...

Salam..... Kalau pasal derma darah dah biasa sangat..... rasanya dah lebih 10 kali..... bukan apa selain dapat membantu menyelamatkan nyawa org lain... yang bestnya dapat makan free dan yang paling best dapat mc 2 hari...

Fadh said...

LotsOfLove-Pearls:

ha ha ha aku xleh tunjuk muka aku atas sbb2 keselamatan

aku lepas derma makin handsome plak...nasib laa derma darah nie kurang2 3 bulan sekali...kalau xmau aku derma hari2 supya makin handsome he he he

ieyla:

ha ha ha kasihmu kuterima setulus hati he he he

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr:

ha ha ha kalau kita ikhlas menderma, insyallah xde apa2 pun malah mendatangkan kebaikan lagi pada kita.

dandon:

askar mmglah selalu menderma sbb sentiasa ada program untuk derma darah...tapi best gak kalau lepas derma dapat mc he he he

ima shhs said...

tak pernah derma darah, tp suami aku rajin gak menderma. tp slalu gak dktr amik darah kat kinik..hehehe

apapun bagus rr ko nih...:))

ima shhs said...

weh fadh, apsal namer aku takder dlm link ko... tak suker aku ekkk...sedeyy...huhuhu....

link lah weii...

ASE1 said...

teringin nak derma darah , tapi tidak dibenarkan bila tgk keadaan saya nie , hahahaha ...

Fadh said...

ima shhs: ha ha ha tue bukan derma darah tapi tue dah terpaksa sbb mengandung

sorry laa bukan aku tak suke tapi bila aku tukar template banyak yang dah berubah dan hilang...nie pun tak siap lagi...sabar yer nanti aku bubuh link blog ko he he he

ASE1:

ha ha ha klau dah takleh nak derma, ko niat nak menderma jer lah he he he

LotsOfLove-Pearls said...

kahkah...
ye ker hensem..?

ko tunjuk skit?

hahaha....

(¯`•._.•è-Nαβ•._.•´¯) said...

uikss.. muka ko tue..?? apa lain benar?? tak kan dah jadi bapak mithali kot.. huhuhu

Fadh said...

LOL:

ha ha ha kan aku dah cakap aku xleh tunjuk muka aku atas sbb keselamatan dalam negeri... he he he

kasutsaiz:

ha ha ha kenapa? makin handsome kan? gambar tue aku dah 'special effect' kan sbb tue jadi mcm tue...aku dari dulu lagi mithali nyer...ko jer yang xtau he he he

ima shhs said...

malu laks aku ngan ko nih fadh.. apapun tima kasih rr sbb mndgr keluhan aku sblum nih chewahh..!!

ko mmg behh rrr !!!

kasihlatifah78 said...

weii..cikgu, awok dulu sekoloh kat sekolah kerayong yea???? cikgu Daud tu bapak sedara aku.... pastu dulu masa aku sekolah kat SMKT tu cikgu Hamidah Wok Awang tu ler pengetua nya... Garang giler dulu dia... tp kalo tak sbb dia mungkin koi tk sampai ke tahap nie...

Fadh said...

ima shhs:

ha ha ha aku ngan kawan2 nie xde berkira sgt...takat 2 seringgit jer he he he

kasihlatifah78:

ha ha ha berani aok panggil 'wei' ke cikgu...nak kena rotan ke?
mmg koi dulu belajar di sk kerayong dan cikgu daud tue cikgu koi dulu tapi lepas satu kes tue koi xdengar kabor berita dah dari dia...cer aok citer ckit?

pakpainan ... said...

darah aku dah banyak derma kat nyamuk.

Don Balon said...

Fadh..
koi singgoh kerayong nanti aok jangan pakei topeng zorro pulok yek..
kuikui..

*koi belunc pernoh derma daroh..
nok jugek tre sekali.. :)

Fadh said...

denanz :

xpe laa janji derma jugak he he he

Don Balon:

ha ha ha topeng zorro?? baik koi pakai topeng musang berjanggut he he he

try laa derma...sedap, rasa macam kena gigit dek pontianak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...