Suka Blog Ini?

Ikut Dengan Email

Hati Seorang Isteri

14 May 2009

105 : Guru Pembina Negara Bangsa


Gambar sewaktu darjah 3. Yang mana satu aku?

16hb Mei telah diwartakan sebagai Hari Guru bagi memperingati dan menghargai jasa bakti yang telah dicurahkan oleh golongan pendidik kepada pembinaan sebuah negara bangsa yang bermaruah dan bertamadun. Saban tahun 16hb Mei diraikan baik di peringkat kebangsaan, negeri, daerah mahu pun sekolah. Pada tahun ini tema yang telah dipilih ialah "Guru Pembina Negara Bangsa" yang membawa sebuah pengertian yang cukup besar dan bermakna bagi setiap insan yang bergelar pendidik.


Anak murid pertama sewaktu praktikum di SK Ismail 1

Pasti setiap dari kita sejak kecil di sekolah rendah hinggalah kita menjejakkan kaki ke menara gading, melalui detik meraikan hari guru. Kalau dulu, mungkin sehari dua sebelum menjelangnya 16hb Mei kita sibuk merenggek mengecek sedikit wang dari ibu bapa untuk membeli hadiah bagi dihadiahkan kepada guru yang kita sayangi dan segani. Andai ibu bapa kita tidak berkemampuan, seboleh mungkin kita akan berusaha mencari sesuatu untuk dijadikan hadiah sebagai tanda penghargaan kita terhadap insan yang kita panggil cikgu. Mungkin dulu ada di antara kita yang menghadiahkan buah-buahan seperti rambutan, durian dan manggis. Mungkin juga ada yang memberikan kad yang dibuat sendiri semata-mata untuk menghargai jasa bakti dan pengorbanan guru terhadap kita.

Kelas 3 PI/KT Maktab Perguruan Kota Bharu

Kini setelah dewasa dan berkerjaya serta berkeluarga, segala detik-detik indah yang kita lewati zaman persekolahan dulu diimbaukan kembali oleh anak-anak kita yang seakan menuruti keterujaan kita untuk menghadiahkan sesuatu kepada guru yang mereka sayangi. Maka adalah sewajarnya kita sebagai ibu bapa menerapkan nilai murni yang suatu waktu dulu telah kita rutini iaitu menghadiahkan sesuatu kepada insan yang telah mendidik dan mengajar anak-anak kita. Setiap sesuatu pemberian bukanlah diukur nilai pada mahal atau cantiknya sesuatu barangan yang dihadiahkan tapi terletak pada keikhlasan kita yang memberi sebagai tanda penghargaan untuk guru yang mendidik dan mengajar anak-anak kita.



Sebahagian hadiah yang pernah aku terima sempena hari guru

Aku telah melalui saat suka duka meraikan hari guru baik sebagai murid, guru dan bapa. Pelbagai kenangan kembali mengusik jiwa tiap kali tibanya 16hb Mei. Pernah dulu aku berlapar bagi menyimpan wang saku yang diberikan ayah semata-mata untuk membelikan hadiah kepada cikgu yang telah mengenalkan aku pada "A,B,C" dan "1,2,3". Walau aku hanya menghadiahkan sebatang pen merah berjenama "Reynolds" tapi aku puas kerana cikgu yang aku hadiahkan itu menerima dengan senyuman, mendakap aku dan mengusap rambut aku sambil berbisik "Belajar rajin-rajin supaya jadi orang yang berguna". Mungkin kerana pesanan itulah meletakkan aku di tahap aku berada kini.

Sebagai guru, sewaktu berpraktikum di sebuah sekolah yang terletak di negeri Tanah Serendah Sekebun Bunga pernah aku menerima sabun mandi, sabun basuh buku, susu dan budu dari murid-murid yang berlatarbelakangkan laut sebagai sumber penyambung hidup mereka. Aku menitiskan air mata keharuan apabila mereka menyatakan hanya itu yang mampu mereka berikan sebagai hadiah bagi mengenang jasa yang aku kira tidaklah sebesar mana. Itu pun menurut kata mereka diambil tanpa pengetahuan ibu bapa yang membeli barangan tersebut untuk kegunaan harian mereka. Tiap kali tibanya hari guru, imbauan kenangan itu bisa menitiskan air mata ego kelakian aku.


Pada tahun ini, anak sulung aku Arean bersekolah pra di SK Kerayong. Sekolah yang telah memberikan aku sejuta pengalaman yang mendewasakan. Pastinya aku ingin anak aku menghadiahkan sesuatu kepada gurunya sebagai lambang terima kasih yang tak terhingga di atas setiap tunjuk ajar yang telah diberikan. Apa hadiahnya? Aku pun belum berbincang dengan isteri hadiah bentuk apakah yang sesuai untuk dibeli. Kalau tahun lepas aku belikan lilin berbentuk hati yang bila dibakar akan mengeluarkan haruman yang menyegarkan kepada Cikgu Sabariah, guru Taska Ummi tempat Arean bersekolah.


Selamat Hari Guru aku ucapkan kepada guru-guru yang pernah mengajar aku di Tadika Kemas Kerayong iaitu Cikgu Ana dan Cikgu Minah. Moga cikgu berdua berbahagia selalu.


Di SK Kerayong dari tahun 1984-1989 iaitu Cikgu Ngatinam Joyo(suka cubit perut aku sampai terburai baju dari seluar), Cikgu Ahmad Kassim(masih aku ingat vespa birunya), Cikgu Daud(iras Eman Manan,suara macam Jamal Abdillah), Cikgu Gan Chen Teng(ajar aku main bola), Cikgu Sidek Ahmad(selalu panggil aku,Man), Ustazah Raubah(selalu panggil aku Fadhlurrah), Cikgu Jamaliah(pernah ketuk kepala aku dengan rekoder sebab aku tak ada rekoder) dan Cikgu Karala Singgam(pernah tanya aku, "kamu tak masuk perangkap(pengakap) ke?). Moga kalian semua beroleh kesejahteraan sentiasa.


Cikgu yang mengajar aku di SMK Mengkarak 1990-1994 iaitu Cikgu Razak Abdullah(pernah halau aku dari kelas Matematik sebab aku pandang orang main bola di padang), Cikgu Sitiwan Yaakob(garang tapi penyayang), Cikgu Noraini Ariffin(sampai sekarang masih anak dara), Cikgu Joycelin Seah(pembangkit "semangat" aku untuk belajar Matematik), Cikgu Zailani Mustajam(tegas tapi suka berseloroh), Cikgu Wan Zaidi(pernah rotan aku sebab bergaduh), Cikgu Hidzir Mohd Isa(lembut tapi penyayang), Cikgu Noriah Dzen(pernah rotan aku sebab tukar rumah sukan), Cikgu Zulkefli Yahya(pernah kata otak aku senget sebab aku terlanggar dia), Cikgu Rodzi Mohd Yusof(mengharamkan aku menyertai pasukan bola sepak sekolah gara-gara bergaduh sewaktu perlawanan peringkat sekolah hingga menerima kad merah jambu),Ustaz Hadi(sentiasa senyum sokmo,kini pengetua di SM Bera), Cikgu Faridah Siwang(selalu aku gelar dia Faridah Isi Duit), Cikgu Norkasmawati Mohd Yusof(pendorong aku untuk mengulang semula SPM 95), Cikgu Sakinah Isa(penat dia ajar aku Kimia tapi aku tetap bonggok), Ustazah Hasnah(aku suka dia sebab dia ada iras-iras mak aku), Ustazah Rokiah(denda aku jalan itik tawaf keliling blok bangunan sebab aku ponteng kelas dia),Cikgu Abdullah Ismail(kini bergelar datuk dan berhenti jadi cikgu), Cikgu Rozita Ismail(isteri Cikgu Abdullah Ismail,juga berhenti jadi cikgu dan tumpu pada bisnes), Cikgu Abdul Rashid(orang Pulau Pinang, ala-ala mamak), Cikgu Sulhana(tabah mengajar aku yang bengap Matematik) dan Cikgu Sharuddin Sulaiman(sekarang penulis skrip drama. Antara drama hasil tulisan skripnya ialah Pae, Tiga Duri Di Hati Bonda, Cinta Tsunami dan Kewek). Semoga cikgu semua beroleh kesejahteraan hidup sentiasa.


Di SM Sultan Abu Bakar, Kuantan (1995) iaitu Cikgu Hamidah Wok Awang(seorang pengetua cemerlang yang kini terlantar lumpuh di Kuantan), Cikgu Hamidah Hussein(kecil molek tapi garang), Cikgu Wahidah Anny(suka buat lawak dan gelak sorang-sorang) dan beberapa lagi cikgu yang aku tak ingat nama-nama mereka. Moga semuanya sihat-sihat senantiasa.


Di Maktab Perguruan Kota Bharu 1996-1999 iaitu Cik Nik Aida dan Cik Hendon(moga dah bertemu jodoh), Madam Anisah(yang penyayang dan sabar melayan kerenah kami, En. Low Peng Chua(pernah mengurut kaki aku yang bengkak gara-gara jatuh motor), Tn Haji Salleh(pengetua yang cukup berwibawa, suka gosok belakang guru pelatih lelaki), Ustaz Ghazali(aku cukup mengaguminya) dan semua pensyarah yang pernah bersyarah untuk aku. Semoga anda semua sejahtera sentiasa.


Kepada semua guru-guru yang pernah mendidik aku, aku bukanlah anak didik kalian yang terbaik tapi aku cukup berterima kasih di atas segala ilmu yang telah dicurahkan. Sesungguhnya tanpa kalian yang mengajar dan mendidik tidak mungkin aku menjadi seperti aku sekarang ini. Jasa dan bakti kalian tidak dapat aku balas. Hanya Allah yang dapat membalasnya. Doa aku semoga kalian senantiasa sejahtera dan beroleh keberkatan hidup di dunia dan di akhirat. AMIN.
SELAMAT HARI GURU
Guru Pembina Negara Bangsa
Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota
Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya
Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta
Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

23 comments:

dandon said...

Salam... biarlah alang jadi orang pertama mengucapkan 'SELAMAT HARI GURU' untuk chu, moga terus tabah dalam menghadapi cabaran semasa menjalankan tugas. Jadilah guru yang dapat menjadi contoh untuk anak bangsa.
Juga ucapan 'SELAMAT HARI CIKGU' ini saya ucapkan untuk semua cikgu2 di seluruh m'sia dengan harapan kalian semua gembira menjadi cikgu. Tidak lupa untuk cikgu Ishak Siwok (GB-rasanya dah arwah),cikgu Jasimah, cikgu Hamsiah,cikgu Jaafar, cikgu Zaitun dan cikgu Salehudin ini yg masih ku ingat masa bersekolah di Sek Keb Kerayong.
Cikgu Noraini (yg masih anak dara), ustazah Ruhani, cikgu Minah, cikgu Nawawi, cikgu Rogayah dan cikgu Zahari antara yang masih ku ingat masa bersekolah di Sek Men Mengkarak.
Ucapan yg sama untuk Ngah, Andak, Abg Tan (kakak & abg), Abg Zainal dan Abg Nasir (abg ipar)serta Cikgu Ruhani(kakak ipar)semuga kalian sukses dlm menjalankan tugas dan perjuangkanlah utk pemansuhan PPSMI........

FarhanaLicious said...

itu gambar zaman bila. betul betul 'lama'. he hu

Fadh said...

dandon:

terima kasih Alang atas ucapan dan nasihat yang diberikan. Insyallah, segala amanah yang terbeban di bahu ini akan dipikul sebaik mungkin.

FarhanaLicious:

ha ha ha tue gambar masa darjah 3 tahun 1986...nostalgia tue he he he

UNIVERSITI MENGKARAK said...

Yatt,

Aku pun sama juga nak ucapkan selamat hatri guru pada kau dan semua guru-guru di dunia ini terutama guru-guru di:-

Sekolah Kebangsaan Rompin - 1984-1989

Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib - 1990 - 1992

Sekolah Menengah Kebangsaan Mengkarak - 1992-1994

Isteri koi juga seorang guru, hadiah yang paling menyentuh hati koi yang pernah orang rumah kawe terima yat, roti gardenia harga 60 sen.

Masya'allah. Tersentuh koi, macam nak nangis pun ada. Selama ini koi tak pernah hadiahkan apa-apa pada guru tetapi semua guru-guru akan sentiasa dalam doa koi sepanjang hayat.

UNIVERSITI MENGKARAK said...

Juga untuk cikgu kat sekolah ni yan koi cuma sekolah 1 minggu jer..poh pandir sungguh.

1993 - Sekolah Menengah Dato Mahmud Mat

1994 - SMKJ(C) Triang.

Begitu juga sekolah menengah yang awal koi masuk iaitu selama beberapa bulan.

1990 - Sekolah Menengan Kebangsaan Kuala Rompin, Pahang

Semoga semua guru-guru dalam keadaan sejahtera.

UNIVERSITI MENGKARAK said...

Oh ya tak lupa juga guru-guru tadika Kemas Kampung Mengkarak dan tadika di Lesong Forest, Kuala Rompin , Dah lupa nama cikgu-cikgunya.

Antaranya Arwah kakak Cikgu Noraini yang yatt kata masih anak dara. Ya ker yat? Dah kahwin kot.

Semoga Allah merahmati rohnya.

Di sinilah bermulanya koi di alam persekolahan.

ima shhs said...

Selamat hari guru untuk ko ekk... moga misi mendidik anak bangsa bakal terlaksana...insya Allah

IS said...

Selamat Hari Guru... Moga ko akan terus berbakti untuk anak bangsa. Tabik spring cikgu!!

ciK LyndaWawa igUana said...

selamat hari guru untuk anda...:)

ASE1 said...

SELAMAT HARI GURU , CIKGU FADH ...

Don Balon said...

Fadh,
koi 86 tu darjoh 4 doh..

Cikgu hamidah wok awanc tu cikgu koi, Lae dgn Az tahun 1993. Dia pengetua sambil ngajor bahasa Inggeris di sek men jengka pusat, sekoloh menengoh tersinta. Ada Lae kabor ke koi 2 minggu lepas dia sakit di kuantan. Lumpuh rupanya..
Sedih dengor cikgu sakit ni.. aok tau ke lokasi tepat dia di kuantan tu?

Don Balon said...

Fadh,
tambahan..
Cuma koi kuranc setuju cogankata tahun ni...
"Guru Pembina Negara Bangsa"..
patutnya "Guru Pembina Negara Islam"..Tok gitu rodonc? :)

LotsOfLove-Pearls said...

Selamat Hari Guru yer Cikgu..
Jasamu dikenang..
Banyaknyer kisah2 erk..
hehe..

Fadh said...

UNIVERSITI MENGKARAK:

ha ha ha ruang komen aku dah jadi tempat untuk sampaikan ucapan hari guru plak he he he

ima shhs:

ha ha ha terima kasih...insyallah selagi bernyawa aku akan memikul amanah ini.

IS:

terima kasih byk2

ciK LyndaWawa igUana:

terima kasih

ASE1:

terima kasih

Don Balon:

koi dah balas komen aok kat dalam komen entri aok

LotsOfLove-Pearls:

terima kasih

sahrunizam said...

Salam Hari Guru

Fadh said...

sahrunizam:

Terima Kasih atas ucapan dan terima kasih kerana sudi berkunjung.

BudAk hijAu said...

giler oldscool pic ko!hehehehe..

LotsOfLove-Pearls said...

1. http://lenatoewsdesigns.blogspot.com/2009/02/valentines-day-templates.html

2. http://btemplates.com/

**Aku saje2 je nak uji sejauh mana ko nak link tue..
hahha..
dlm web tu ader bnyk templates..
pilih jer maner suka k...

Sila..
Sila..

hehe..

Eyna's said...

uish,...banyok sebut mengkarak je kat sini....
koi pun asal mengkarak gak...
(hheheh...nyibuk setepek kat sini)

Fadh said...

BudAk hijAu:

ha ha ha mmg old school pun...tahap bleh masuk muzium dah he he he

LotsOfLove-Pearls:

ha ha ha nak nguji aku konon...ko xbagi pun aku xkisah he he he...xlah gurau jer...thanks a lot sbb bagi link tue...

Eyna's:

ha ha ha org kg mgkrak upernyer...koi org kerayong...mcm penoh jumpe tp kat mane yerk?

Yahya Zainal Abidin said...

Saya selalu baca ruangan ini, terima kasih banyak kepada Cikgu Hamzah sentiasa segar bersama alam pendidikan.
Cuma nak betulkan fakta, cikgu Ishak Siwok belum arawah lagi (dalam komen Dondan). Beliau masih sihat walafiat, selalu sembahyang di surau dekat Hospital SAS Seberang Temerloh. Cikgu Ishak banyak jasanya kepada saya sewaktu belajar di SK Pesagi tahun 1962 hingga 1966. Saya tetap ingat jasa guru.

Fadh said...

yahya zainal abidin :

terima kasih kerana sudi singgah di blog nie. terima kasih juga kerana sudi berkongsi maklumat ttg cikgu ishak siwok. moga beliau sihat selalu.

Penunggu Hujung Dunia (PhD) said...

Salam..Cikgu Ishak b Siwok pak sedara saya..rumah dia kg paya jauh betul2 bawah bukit belakang HOSAS..Sabtu lepas dia baru shj menguruskan jenazah abang saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...