Suka Blog Ini?

Ikut Dengan Email

Hati Seorang Isteri

28 April 2009

102 : Dari Sahabat Kepada Sahabat

Entri kali nie aku nak berkongsi cerita tentang blog kepunyaan sahabat yang aku kenal dan selalu atau pernah bertemu muka. Mereka merupakan sahabat aku di alam nyata dan juga sahabat di alam maya. Err...lebih kurang macam bunian juga laa mereka nie...he he he.


Mari kita mengenali blog yang pertama iaitu blog universiti mengkarak. Aku mula mengenalinya ketika kami sama-sama bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Mengkarak di tingkatan 4 Sains. Orangnya hitam tapi manis. Tingginya tak lah tinggi, pendek pun tak juga...kira sedang elok lah. Masa belajar dulu, dia minat sangat dengan kumpulan Wings hinggakan mengelar dirinya Awie. Aku pula taksub dengan Search. Maka aku pun masuk bakul dan angkat sendiri semata-mata untuk menggelarkan diri aku Amy. Orangnya rajin. Tak macam aku tak berapa nak rajin. Tiap kali periksa dia asyik nombor satu. Aku pun nombor satu juga tapi dari belakang. Dia ambil SPM sekali jer sebab dia tak berapa hebat. Disebabkan tahap kehebatan aku lebih dari dia maka aku ambil SPM sampai 2 kali sebab ingin menjaga status hebat aku tue.

Bercakap mengenai blog dia pula yang diberi nama universiti mengkarak bukanlah bermakna wujudnya sebuah universiti di Kampung Mengkarak. Ianya hanyalah ilusi mainan minda dia semata-mata. Blog dia banyak membebel tentang komputer dan segala suku sakat yang bersangkut paut dengan teknologi perkomputeran. Ini bersesuaian dengan tugasnya sebagai orang yang bersyarah di Fakulti Teknologi Maklumat dan Multimedia di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Dan template blog dia sejibik macam template blog aku. Inilah kali pertama dia meniru aku. Masa sekolah dulu aku selalu malah terlebih selalu menirunya. Jadi jika anda ingin mendapat sebarang info tentang komputer, silalah ke laman blog rasminya yang linknya aku dah letak kat tepi blog aku nie.

Sahabat kedua yang aku nak perkenalkan nie seorang guru Bahasa Inggeris yang mengajar di sebuah sekolah di dalam daerah Bera. Namanya belida bintik. Bukan nama sebenar tapi hampir-hampir benar. Bagi sesiapa yang tidak pernah melihat ikan belida, sila lihat gambar di atas. Bukan, itu gambar kereta. Gambar yang senget dan pakai baju warna merah. Aku mula mengenalinya pada tahun 1999. Ketika itu aku baru sahaja menamatkan pengajian di maktab dan masih menunggu surat penempatan pertama. Kami sama-sama mewakili pasukan bola sepak yang diberi nama 'Belia Harakah'. Sejak dari itu kami be'rodong' baik. Andai ada kursus yang melibatkan Bahasa Inggeris, kami akan berkongsi bilik. Ini bukanlah kerana kami 'gay' tapi kami pembenci perokok yang tegar.
Membicarakan tentang blog dia, tidak dapat tidak aku terpaksa menukar aras bahasa 'standard' ke bahasa loghat Pahang sebelah Temerloh. Me kala nyebut jek blog koi anok semantan memang tak sah kala tak menceritakan bab ikan dan ngail. Bak kata pepatah yang koi mandai-mandai mematahkan "Bukan orang Pahang kala tok ngail" dan "Kering Sungai Pahang, Sungai Amazon kome kerjakan". Blog belida bintik nie memang lain dari yang lain sebab bila koi membaca blog ,seoloh-oloh koi berborok dengan dia secara bertemu hadap. Make nyer, pade sape-sape hak yang berajat nok belajor cakap Pahang dan berminat nok belajo care-care ngail bolehlah singgoh sekejap dekat blog koi anok semantan.

Seterusnya aku nak berkongsi cerita tentang blog rentak kehidupan. Blog nie walaupun baru tapi tuan punya blog nie lama dah berkecimpung dalam dunia blog. Dulu dia jauh di atas kayangan. Sekarang jatuh ke bumi menjadi kasut bersaiz 4. Blognya sebelum ini ialah maniq kayangan. Tapi disebabkan dia selalu meroyan maka blognya dibakar. Bila dah ok meroyannya, dibina pula blog yang baru. Aku kenal dia pun secara tak sengaja yang memang disengajakan. Blog dialah blog yang pertama aku baca. Lepas dari membacanya , aku menjadi bernafsu untuk mempunyai blog sendiri. Blog dia yang terkini kekadang di 'update' kekadang berbulan bersawang. Dah blog dia, ikut dialah nak update ke tidak.


Beralih kita ke blog ke-4 iaitu cik lislas. Dia merupakan seorang guru yang sama-sama mengajar di SK Bukit Gemuruh. Dia nie berketurunan Orang Asli Semelai. Katanya 'lislas' tue perkataan dalam bahasa semelai yang membawa maksud 'kecil tapi pedas'. Tak tahulah aku setakat mana pedasnya sebab aku belum merasanya. Aku mula kenal dia nie pun sebab mengajar di sekolah yang sama. Kalau aku tak bertukar dari SK Kemayan, harus aku tak kenal dia. Orangnya 'simple' tapi cepat terasa. Tapi dengan aku memang dia tak terasa apa-apa pun sebab dah lali kena kutuk. Kutuk bukan sebarang kutuk tapi kutuk yang mebina ke arah kebaikan.

Bercerita tentang blog yang sekadar berbicara dengan angin lalu, blog dia nie lebih kurang rumah kedua aku sebab nama pengguna dan kata laluan aku yang cipta. Senang cakap rangka blog dia, aku yang buat. Kemudian baru dia hias sana sini. Blog ini banyak menceritakan tentang kehidupan seorang anak peribumi dalam menongkah harus hidup yang serba mencabar. Jadi, kalau anda ingin mengetahui dan mempelajari serba sedikit bahasa semelai, sudi-sudikanlah menjengah blog ini.

Blog yang kedua terakhir yang aku nak kongsi dengan kalian ialah blog tarantula. Dia nie pun mengajar sama sekolah dengan aku. Aku guru biasa, dia Guru Penolong Kanan 1. Blog dia banyak menceritakan perihal dia berbicara sebagai seorang guru. Maka blog nie banyak menyentuh perihal seputar dunia kependidikan masa kini. Jadi kalau nak tahu tentang luahan hati seorang guru dalam mendidik anak bangsa, rajin-rajinlah bertandang ke blog tarantula.

Blog yang terakhir nie mempunyai pertaliaan yang agak unik dengan aku. Aku katakan unik sebab aku mengenali tuan punya blog tapi aku tak pernah bertegur sapa walaupun kami selalu bertembung samada di pasar malam, masjid atau pun di pasaraya. Kami hanya berbicara melalui blog. Dia juga seorang guru yang mengajar di sebuah sekolah menengah di daerah Bera. Blognya banyak menyentuh tentang ketuanan bahasa melayu di bumi sendiri yang kian hari kian terhakis hak dan keistimewaannya. Dia istimewa di mata aku sebab gaya bahasanya yang menarik apabila menyatira sesuatu isu dengan lenggok bahasa yang mampu membuka jendela akal apabila membacanya. Jadi, jika ingin membaca keluhan hati seorang pecinta bahasa melayu, sudi-sudikanlah melawat ke blog Saudara Sahrunizam.


Demikianlah serba ringkas mengenai blog-blog sahabat yang dapat aku kongsikan bersama sahabat yang lain. Sudilah kiranya menjenguk blog yang aku ceritakan di atas. Semoga terdapat sedikit kebaikan yang dapat kita jadikan tauladan. Selamat menjelajah.

17 comments:

LotsOfLove-Pearls said...

Blog aku nape xder?

huhu..

ima shhs said...

blog aku naper takder ekk...ker sbb aku kan pendidik... huhuhu.... tp hubby aku pendidik per...ahakksss...

UNIVERSITI MENGKARAK said...

Poh palih yatt...
Satu dunia dah tahu rahsia kawan ..
he heh ehehhe
Tapi kala inggeris kawan tiru awok sokmo....

Takpa lah moh turun batu pahat
kawan belanja nasi briani gam..

Sedihnya kawan.. kat johor ni dia orang banyak pancing kat parit...

♥ adLya ♥ said...

koi pun xde??belum sahabat lagi lor..hahaha...
'koi anak semantan' tuh cikgu izhar ek?ngajo kepayang kan..hikhik... lawan gosip masa wat ROS thn lepas kt skbk..hohoho..xsgka ade blog gak pakcik tuh..hahaha...

Fadh said...

LotsOfLove-Pearls:

ha ha ha janganlah terasa plak, entri tue aku buat untuk sahabat yang aku kenal secara nyata dan juga maya. maksudnya pemilik blog yang aku ceritakan di blog aku nie, aku pernah jumpa secara bersua muka. err...aku pernah jumpa ngan ko ker? he he he

ima shhs:

ha ha ha bukan sebab pendidik atau pun tidak tetapi sbb aku tak pernah bersua muka lagi dengan ko. klau ada rezeki, kita bertemu maka aku akan ceritkan dalam blog aku yer he he he

UNIVERSITI MENGKARAK:

ha ha ha menda sgtlah rahsianyer... cite lama belake tue...yang jadi kenangan terindah.
betul aok nok belanje? kang koi gie, xdpt plok...he he he

♥ adLya ♥

ha ha ha bukan x sahabat tapi kita tok penoh bersua muka lagi sbb tue laa koi xmasukkan blog aok.

Ye dia laa tue xde org lain hak emboh ngaku nama dia ikan melainkan dia he he he

~ cikLisLas ~ said...

trime kasih tlg 'promote'blog aku...tp ade correction laa..ciklislas 2 bukan bmaksud 'kecil tp pedas'...ade maksud lain dlm bhs semelai..hanya org2 semelai yg bleh translate maksudnye..ko 2 merapu je!!diss..diss...dissss!

Fadh said...

~ cikLisLas ~:

hari tue ko yg ckap kat aku lislas tue maknanyer kecil tapi berbisa/pedas...

manje said...

salam cikgu

hehe thnks 4 da info...
insya Allah kite akan jenguk
ke blog2 sahabt itu... :)

LotsOfLove-Pearls said...

Dear Friend..

"Friendship Award..
The Best Blogger.."

Anda Dianugerahkan..
Sila ke Mahligai saya..
Ngeeee..

Fadh said...

manje:

thanks bebanyak he he he

LotsOfLove-Pearls:

ok, akan saya ambil. Thanks a lot...

Don Balon said...

Fadh,
karanc koi jumpa aok di angsana aok buat entri khas utk koi yek..
kuikui

~ cikLisLas ~ said...

malas nk ckp byk tp aku yakin ade yg lebih mengetahui kebenarannya...

Fadh said...

Don Balon:

ha ha ha xde hal don, keknyer aok kene laa belanje koi he he he

~ cikLisLas ~:

ha ha ha ikut ko laa...hanya ko yang lebih memahami he he he

poyotito's said...

koi sorang pun takdek..!!

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

Salam...

anda di tag..

sila ke blog cik gadis kampung separa bandar ye..

;)

(¯`•._.•è-Nαβ•._.•´¯) said...

hoh... blog aku ker yang berkaki comel tue..?? nguhahaha...

Ingat tadi tak mao komen, tapi teruja sebab dikata meroyan maka aku nak komen gak.. walaupon dah berkulat entri neh.. huhuhu..

tapi lagu kat blog neh buat aku meroyan tahap tak kebah2.. Nguhahahahahhahahhahahhahahahhahahahahhahahahhahahhahahhahahhahahhahahhahahhahahahhahahahahhahahahhahahahhahahhahahahhahahhahaha

LotsOfLove-Pearls said...

haha..
xpena kot..
ngeeeeeeee..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...