Suka Blog Ini?

Ikut Dengan Email

Hati Seorang Isteri

22 April 2009

101 : Tenang Sudah Gelora Di Hati #1

Tekun mendengar khutbah dari Tok Naib
Pada 19hb April yang lalu baru-baru nie, anak saudara aku yang ketiga telah menamatkan zaman bujang dengan gadis pilihan hatinya sendiri tanpa terdapat sebarang unsur paksaan dari mana-mana pihak. Nama anak saudara aku nie ialah Badrul Azlan Bin Ismail. Berusia 27 tahun kalau aku tak silap laa sebab aku ada ramai ada saudara sampaikan nama diorang pun aku tak ingat termasuklah nama anak aku sendiri.

Riak-riak kebosanan mula terpancar bila Tok Naib membaca khutbah melewati 20 minit

Dia nie kira yang paling rapat laa dengan aku sebab sejak kecil sehingga berusia 8 tahun, dia dijaga oleh mak aku sebab masa tue kakak aku baru berpindah tempat kerja di Temerloh ke Kuantan jadi tak de orang yang nak menjaga dan mengasuhnya. Membesarlah dia bersama aku.



Debaran seorang pengantin

Banyak kenangan aku bersama dia. Yang paling aku tak boleh ingat ialah peristiwa hidung dia berdarah. Ceritanya begini. Pada satu tengahari yang panasnya membahang kira-kira 26 tahun yang lalu ketika aku sedang enak menikmati juadah makan tengahari sambil bersila di atas lantai papan di satu sudut ruang dapur tiba-tiba dia datang merangkak menghampiri aku. Di waktu yang sama mak aku sedang menambah nasi untuk disuap ke mulut anak saudara aku.



Lama bebenor Tok Naib baca khutbah
Nak dijadikan cerita, anak saudara aku menghantukkan kepalanya ke kepala aku dengan tujuan untuk bermain-main. Entah bagaimana ketika dia hendak menghantukkan kepalanya buat kali yang ketiga, aku mengangkat kepala sesudah menyuap nasi dan kepalanya tertumus ke dalam pinggan nasi. Dan menjerit melolonglah dia kesakitan. Rupa-rupanya hidung dia berdarah terkena kaca pinggan yang terbelah dua. Kelam kelibutlah mak dan ayah aku membawanya ke klinik. Aku pula seram sejuk memikirkan nasib aku yang bakal dibelasah dengan rotan panjang yang sentiasa terselit di celah dinding papan rumah. Nasib baik lukanya tak teruk tapi meninggalkan kesan betul2 di antara dua lubang hidungnya. Sehingga kini kesan luka itu masih kelihatan namun tidak ketara.




Sekali lafaz jer dah sah...macam pak sedara dia jugak

Berbalik kita pada cerita pernikahan anak saudara aku nie. Sebenarnya sebelum ini anak saudara aku nie dah bertunang dengan orang Segamat, Johor. Entah macamana pihak perempuan minta putuskan pertunangan. Rasanya jarang berlaku pihak perempuan yang minta putuskan pertunangan. Selalu yang didengar pihak lelaki yang minta putus gara-gara berlaku curang. Kiranya anak saudara aku nie baik-baik orangnya. Macam bapa saudara dia juga.



Menarik nafas penuh kelegaan

Pilihan hatinya kali kedua bernama Shamsiah Binti Mohd Dahat. Bertemu dan jatuh cinta di tempat kerja. Isteri anak saudara aku nie berkampung di Kampung Bangau, Temerloh. Jadinya tak jauhlah nak berarak dari Bera ke Temerloh. Aku laa yang dari Bera tapi dia berarak dari Pekan.


menadah tangan memohon keredhaan ALLAH
Bertempat di Masjid Kampung Bangau yang terletak di pinggir Sungai Pahang maka termaktub sudah satu ikatan suci yang lahir dari hati yang tulus murni dalam meneruskan kelangsungan hidup di dunia bagi mengisi fitrahnya manusia biasa yang diwarisi dari ADAM dan HAWA. Maka melolonglah Iblis dan Syaitan apabila Tok Naib dan 2 orang saksi mengesahkan lafaz ijab dan kabul kerana dah tak berpeluang lagi menghasut supaya melakukan maksiat.


Tenang membacakan lafaz taklik
Kini sahlah sudah yang anak saudara aku nie bergelar suami. Maka berakhirlah sudah zaman bujang. Kini tergalaslah dibahunya satu amanah yang bukan kecil nisbahnya yang perlu dilaksanakan sebaik mungkin agar kesejahteraan dan keharmornian dapat dirasai bersama.


Menandatangani borang pernikahan

Apa-apa pun yang paling penting ialah semoga mereka berdua nie berbahagia selalu hendaknya dalam melayari bahtera kehidupan berumahtangga...semoga kekal hingga ke akhir hayat dan sentiasa mendapat rahmat dan keredhaan dari Allah selalu...AMIN.



Menyerahkan mas kahwin RM22.50

Simbolik ketaatan seorang isteri

Kucupan tanda kasih seorang suami

Bersalaman dengan mak mertua

17 comments:

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

wah bestnya tgk org kawin..

tbe2 rasa nk kawin gak..

hahaha....

RaFFLeSiA MeRaH said...

slmt pengntin baruuuu wat pengantin2 baru....

ima shhs said...

Selamat utk nak sedara ko ekkk... moga berkekalan hingga akhirnya...

ima shhs said...

gih amik award k...:p

dzul said...

selamat menikoh la weh..skang ni mmg musim org kawin yek

Fadh said...

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr:

haa mula laa tue nak mengatal...belajar dulu sampai dpt ijazah...pas dah dapat keje baru pikir pasal kawin!


RaFFLeSiA MeRaH:

Selamat pengantin lama untuk pengantin lama he he he

ima shhs:

Insyallah kekal bahagia mereka hingaa ke akhir hayat. Isk...ko nie wat susah2 jer he he he

Dzulkarnain Mohamad:

awok tue bler plok weh...nok jugek koi merase nasi minyok org jerantut...tue pun kalau kena ajok laa he he he

LotsOfLove-Pearls said...

Wahahaha..
Bapa Saudara dier jugak yang baik hooo..
hahaha..

Selamat pengantin baru kepada anak saudaranyer k.

p/s:
susunan ayat2 yang manis amat.
besh and berunsur lawak..
ble plak nama anak pun ko dah xingat..
hahaha..

Fadh said...

LotsOfLove-Pearls:

ye laa klau bapa saudara jahat tentu anak saudara pun jahat kan he he he

alaa ayat biasa2 jer tue...dah abis cuti?

Don Balon said...

Fadh..
aok pun asey kampung bangau ke?
Koi sokmo lalu situ nok ngelok ke bandor..tamboh2 bila keluor dari LPT..
kirinc salanc koi ke anok sedare aok tu..
banyok bersabor menikoh ni..
koi pejanc celik nok masuk 9 tahun doh..
pewww...

Puteri Satu said...

amboi comelnye pantin..aku lak yang berdebar...wekekekek...

Fadh said...

Don Balon:

bukan, koi asal kg kerayong. moyang koi dulu yang buka kg kerayong. Insyallah akan disampaikan.

PuteriSatu:

berdebar??? aik lain mcm jek bunyi nyer...ke teringin lagi naik pelamin he he he

ayu_mkay said...

selamat pengantin baru buat anak sedara cikgu. semoga kekal bahagia dunia & akhirat, amiinn.

BudAk hijAu said...

lapar nasik minyak la pulak kan..

Fadh said...

ayu_mkay:

TERIMA KASIH. MUDAHAN BERKEKALAN KE AKHIR HAYAT.

BudAk hijAu:

A'AH LAA AKU PUN TERASA LAPAR NASI MINYAK KO HE HE HE

UNIVERSITI MENGKARAK said...

Tak lama lagi awok jadi aki lah weih ......
he heheh
tahniah....

IS said...

Moga berbahagia hingga ke akhir hayat tuk anak sedara tu yea ...

Fadh said...

UNIVERSITI MENGKARAK:

ha ha ha mmg dah jadi aki pun dah. abang kepada yang baru nikah nie dah nak masuk 2 org anaknyer he he he

IS:

he he he insyallah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...