Suka Blog Ini?

Ikut Dengan Email

Hati Seorang Isteri

13 April 2009

098 : Keletah Yang Melelahkan

Bersedia untuk acara memasukkan gelung

Pada 08.04.2009 yang lalu bertempat di padang Sk Kerayong telah berlangsung Karnival Sukan Dan Permainan Pra Sekolah Zon Mengkarak. Arean yang kini bersekolah di Pra 2 Sk Kerayong awal-awal lagi telah berpesan supaya aku menghadirkan diri untuk memberikan sokongan moral kepadanya. Pada awalnya aku bercadang untuk memohon cuti rehat khas yang masih berbaki 6 hari bagi memberikan sepenuh sokongan kepadanya. Namun di saat akhir aku dipanggil untuk menghadiri bengkel penggubalan soalan Bahasa Inggeris Tahun 4 selama 3 hari. Mujurnya bengkel itu diadakan di PPD Bera yang berjiran dan berkongsi bangunan dengan Sk Kerayong. Jadi dapatlah aku meluangkan sedikit masa bersamanya.


Menanti giliran untuk memasukkan gelung

Tepat jam 10 pagi semasa bengkel berhenti rehat, aku terpacak di tepi padang melilaukan mata mencari di manakah Arean. Dari jauh kelihatan Arekeem bersama wan dan atuknya sedang memberikan sokongan kepada Arean yang sedang bertanding bagi acara memasukkan gelung ke dalam kon. Segera aku memberikan sokongan moral yang tak berbelah bagi. Alhamdulillah, dapat no 2 dan layak ke pusingan akhir.

Gaya larian jagoan cilik
Seterusnya acara lari 60 meter berpagar. Gara-gara starting yang lambat, Arean menduduki tempat kedua tercorot. Kesian dia. Terpancar riak wajah kekecewaan. Segera aku memujuk..."tak pe, nanti abah latih Arean".


Bersama Izzati bagi memulakan acara 60 meter berpagar

Ke garisan...sedia...mula

Bagi acara 4x25 meter, Arean selaku pelari pertama. Aku akui dia bermasalah dalam memulakan larian kerana dia selalu memerhatikan orang lari dahulu baru dia akan lari. Kononnya dia akan dapat mengejar orang yang di hadapannya. Ini kerana dia selalu berlari dengan Arekeem. Jadi Arekeem akan berlari dahulu dan Arean akan memintasnya. Keputusannya tempat ketiga dari belakang.

Merenung jauh sebelum bermula
Satu-satunya acara yang dimenangi oleh Arean ialah acara menguntai manik. Entah di mana lebihnya, tiba-tiba pasukan Arean mendahului jauh pasukan lain. Kesudahannya Cikgu Liza, guru pra 2 SK Kerayong menarik nafas lega kerana tidak perlu membeli hadiah sebagai satu pujukan sekiranya anak-anak muridnya tidak memenangi sebarang acara.

Sedang asyik menguntai manik yang sebesar saiz bateri

Secara nostalgianya, di padang SK Kerayong inilah kira-kira 2o tahun yang lalu, aku pernah berlari, melompat, berguling dan tergolek. Di sinilah tempat aku mula belajar mengenal erti hidup yang mengajar aku erti suka dan duka. Sememangnya menjadi harapan sejak dulu, anak-anak aku bersekolah di sini kerana di SK Kerayong, telah banyak lipatan sejarah yang tersimpan kemas di dalam memori aku.


Berehat sebentar bersama bakal menantu aku ha ha ha

14 comments:

(¯`•._.•è-Nαβ•._.•´¯) said...

Uiksss.. bakal menantu?? nguhahaha... seronok tgk arean.. teringat gak time sekolah dulu selalu kena jadi pelari pertama.. dag dig dug jantung.. biler dengar bunyi pistol terkejot beruk..
tapi pelari sekolah beb... jarang kalah.. huhuhu..

LotsOfLove-Pearls said...

whahaha..
bapa mithali hooooooo..
Tahniah..

itu bakal menantu ceria jek nampaknya..
huhu..

best jer ingat hal2 dulu kan..
welcome back..

manje said...

emm tumpang seronok melihat gmbr2 arean... :) tringat ms kecik2 dulu... uih suda ada calon menantu eik? tahniah

Don Balon said...

aok ni Fadh..
futuristik telajok la weh.. hehe

dzul said...

lawo jugek bakal menantu aok..haha

macha_sezs said...

lama tak datang sini

wahh..dah ade bakal menantu..
hahaha

♥ adLya ♥ said...

hikhik kan main bapaknye siap dah ade bakal menantu..

sonoknye tgk bebudak bersukan kan..windu zmn kekanak dulu.. :)

~ cikLisLas ~ said...

cute gak bkal menantu...ayah plak yg lebih2 pilih bkal menantu,isk!isk!bru prasekolah dh ade awek...ayah dlu mcm 2 jgk ke???hehehe

Fadh said...

kasutsaiz4:

ha ha ha mesti ko klau kalah ko nanggis guling2 dan hentak2 kaki kan?

LotsOfLove-Pearls

he he he itu namanya merancang masa depan...

manje

he he he tak de laa saje jer aku menceriakan suasana

Don Balon

masa sekarang nie don, kita kena merancang. kalau tidak nanti ntah jadi menda laa anak2 kita tue.

Dzulkarnain Mohamad

aik...aok pun terpikat jugak ker? koi ingatkan koi sorang jek ha ha ha

macha_sezs

alaa gurau- gurau jer he he he

♥ adLya ♥

he he he saje2 jer bukan niat apa2 pun...mmg zaman kanak2 zaman yang terindah

~ cikLisLas ~

he he he ko jeles ke? aku dulu lahir jer dah bertunang hu hu hu

RaFFLeSiA MeRaH said...

hehehehe....x lame lagi terima menantu la yer cikgu.....tahniah...

Fadh said...

RaFFLeSiA MeRaH:

Ha ha ha...nanti masa kenduri aku jemput ko he he he

LotsOfLove-Pearls said...

Bagus2..
masa depan harus dirancang..
Tahniah..

Fadh said...

LotsOfLove-Pearls :

tapi tak semua yang kita rancang akan menjadi kenyataan. Kita cuma merancang, Allah yang tentukan.

Don Balon said...

Rodonc..
kebetulan sabtu lepas hari sukan PASTI Bandar Tasik Kesuma 1&2, Pelangi Semenyih dan bandar Rinching. Anok koi dua orang yang paling kecik tu masuk..gambor ada tapi kabel data koi hilang kuikui..
Yang 5 tahun dapat satu pingat, adik dia yang 4 tahun dapat 3 pingat seraya berkata kepada abangnya:
"Kasiihaaann.." kuikui

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...