Suka Blog Ini?

Ikut Dengan Email

Hati Seorang Isteri

28 April 2009

102 : Dari Sahabat Kepada Sahabat

Entri kali nie aku nak berkongsi cerita tentang blog kepunyaan sahabat yang aku kenal dan selalu atau pernah bertemu muka. Mereka merupakan sahabat aku di alam nyata dan juga sahabat di alam maya. Err...lebih kurang macam bunian juga laa mereka nie...he he he.


Mari kita mengenali blog yang pertama iaitu blog universiti mengkarak. Aku mula mengenalinya ketika kami sama-sama bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Mengkarak di tingkatan 4 Sains. Orangnya hitam tapi manis. Tingginya tak lah tinggi, pendek pun tak juga...kira sedang elok lah. Masa belajar dulu, dia minat sangat dengan kumpulan Wings hinggakan mengelar dirinya Awie. Aku pula taksub dengan Search. Maka aku pun masuk bakul dan angkat sendiri semata-mata untuk menggelarkan diri aku Amy. Orangnya rajin. Tak macam aku tak berapa nak rajin. Tiap kali periksa dia asyik nombor satu. Aku pun nombor satu juga tapi dari belakang. Dia ambil SPM sekali jer sebab dia tak berapa hebat. Disebabkan tahap kehebatan aku lebih dari dia maka aku ambil SPM sampai 2 kali sebab ingin menjaga status hebat aku tue.

Bercakap mengenai blog dia pula yang diberi nama universiti mengkarak bukanlah bermakna wujudnya sebuah universiti di Kampung Mengkarak. Ianya hanyalah ilusi mainan minda dia semata-mata. Blog dia banyak membebel tentang komputer dan segala suku sakat yang bersangkut paut dengan teknologi perkomputeran. Ini bersesuaian dengan tugasnya sebagai orang yang bersyarah di Fakulti Teknologi Maklumat dan Multimedia di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Dan template blog dia sejibik macam template blog aku. Inilah kali pertama dia meniru aku. Masa sekolah dulu aku selalu malah terlebih selalu menirunya. Jadi jika anda ingin mendapat sebarang info tentang komputer, silalah ke laman blog rasminya yang linknya aku dah letak kat tepi blog aku nie.

Sahabat kedua yang aku nak perkenalkan nie seorang guru Bahasa Inggeris yang mengajar di sebuah sekolah di dalam daerah Bera. Namanya belida bintik. Bukan nama sebenar tapi hampir-hampir benar. Bagi sesiapa yang tidak pernah melihat ikan belida, sila lihat gambar di atas. Bukan, itu gambar kereta. Gambar yang senget dan pakai baju warna merah. Aku mula mengenalinya pada tahun 1999. Ketika itu aku baru sahaja menamatkan pengajian di maktab dan masih menunggu surat penempatan pertama. Kami sama-sama mewakili pasukan bola sepak yang diberi nama 'Belia Harakah'. Sejak dari itu kami be'rodong' baik. Andai ada kursus yang melibatkan Bahasa Inggeris, kami akan berkongsi bilik. Ini bukanlah kerana kami 'gay' tapi kami pembenci perokok yang tegar.
Membicarakan tentang blog dia, tidak dapat tidak aku terpaksa menukar aras bahasa 'standard' ke bahasa loghat Pahang sebelah Temerloh. Me kala nyebut jek blog koi anok semantan memang tak sah kala tak menceritakan bab ikan dan ngail. Bak kata pepatah yang koi mandai-mandai mematahkan "Bukan orang Pahang kala tok ngail" dan "Kering Sungai Pahang, Sungai Amazon kome kerjakan". Blog belida bintik nie memang lain dari yang lain sebab bila koi membaca blog ,seoloh-oloh koi berborok dengan dia secara bertemu hadap. Make nyer, pade sape-sape hak yang berajat nok belajor cakap Pahang dan berminat nok belajo care-care ngail bolehlah singgoh sekejap dekat blog koi anok semantan.

Seterusnya aku nak berkongsi cerita tentang blog rentak kehidupan. Blog nie walaupun baru tapi tuan punya blog nie lama dah berkecimpung dalam dunia blog. Dulu dia jauh di atas kayangan. Sekarang jatuh ke bumi menjadi kasut bersaiz 4. Blognya sebelum ini ialah maniq kayangan. Tapi disebabkan dia selalu meroyan maka blognya dibakar. Bila dah ok meroyannya, dibina pula blog yang baru. Aku kenal dia pun secara tak sengaja yang memang disengajakan. Blog dialah blog yang pertama aku baca. Lepas dari membacanya , aku menjadi bernafsu untuk mempunyai blog sendiri. Blog dia yang terkini kekadang di 'update' kekadang berbulan bersawang. Dah blog dia, ikut dialah nak update ke tidak.


Beralih kita ke blog ke-4 iaitu cik lislas. Dia merupakan seorang guru yang sama-sama mengajar di SK Bukit Gemuruh. Dia nie berketurunan Orang Asli Semelai. Katanya 'lislas' tue perkataan dalam bahasa semelai yang membawa maksud 'kecil tapi pedas'. Tak tahulah aku setakat mana pedasnya sebab aku belum merasanya. Aku mula kenal dia nie pun sebab mengajar di sekolah yang sama. Kalau aku tak bertukar dari SK Kemayan, harus aku tak kenal dia. Orangnya 'simple' tapi cepat terasa. Tapi dengan aku memang dia tak terasa apa-apa pun sebab dah lali kena kutuk. Kutuk bukan sebarang kutuk tapi kutuk yang mebina ke arah kebaikan.

Bercerita tentang blog yang sekadar berbicara dengan angin lalu, blog dia nie lebih kurang rumah kedua aku sebab nama pengguna dan kata laluan aku yang cipta. Senang cakap rangka blog dia, aku yang buat. Kemudian baru dia hias sana sini. Blog ini banyak menceritakan tentang kehidupan seorang anak peribumi dalam menongkah harus hidup yang serba mencabar. Jadi, kalau anda ingin mengetahui dan mempelajari serba sedikit bahasa semelai, sudi-sudikanlah menjengah blog ini.

Blog yang kedua terakhir yang aku nak kongsi dengan kalian ialah blog tarantula. Dia nie pun mengajar sama sekolah dengan aku. Aku guru biasa, dia Guru Penolong Kanan 1. Blog dia banyak menceritakan perihal dia berbicara sebagai seorang guru. Maka blog nie banyak menyentuh perihal seputar dunia kependidikan masa kini. Jadi kalau nak tahu tentang luahan hati seorang guru dalam mendidik anak bangsa, rajin-rajinlah bertandang ke blog tarantula.

Blog yang terakhir nie mempunyai pertaliaan yang agak unik dengan aku. Aku katakan unik sebab aku mengenali tuan punya blog tapi aku tak pernah bertegur sapa walaupun kami selalu bertembung samada di pasar malam, masjid atau pun di pasaraya. Kami hanya berbicara melalui blog. Dia juga seorang guru yang mengajar di sebuah sekolah menengah di daerah Bera. Blognya banyak menyentuh tentang ketuanan bahasa melayu di bumi sendiri yang kian hari kian terhakis hak dan keistimewaannya. Dia istimewa di mata aku sebab gaya bahasanya yang menarik apabila menyatira sesuatu isu dengan lenggok bahasa yang mampu membuka jendela akal apabila membacanya. Jadi, jika ingin membaca keluhan hati seorang pecinta bahasa melayu, sudi-sudikanlah melawat ke blog Saudara Sahrunizam.


Demikianlah serba ringkas mengenai blog-blog sahabat yang dapat aku kongsikan bersama sahabat yang lain. Sudilah kiranya menjenguk blog yang aku ceritakan di atas. Semoga terdapat sedikit kebaikan yang dapat kita jadikan tauladan. Selamat menjelajah.

22 April 2009

101 : Tenang Sudah Gelora Di Hati #1

Tekun mendengar khutbah dari Tok Naib
Pada 19hb April yang lalu baru-baru nie, anak saudara aku yang ketiga telah menamatkan zaman bujang dengan gadis pilihan hatinya sendiri tanpa terdapat sebarang unsur paksaan dari mana-mana pihak. Nama anak saudara aku nie ialah Badrul Azlan Bin Ismail. Berusia 27 tahun kalau aku tak silap laa sebab aku ada ramai ada saudara sampaikan nama diorang pun aku tak ingat termasuklah nama anak aku sendiri.

Riak-riak kebosanan mula terpancar bila Tok Naib membaca khutbah melewati 20 minit

Dia nie kira yang paling rapat laa dengan aku sebab sejak kecil sehingga berusia 8 tahun, dia dijaga oleh mak aku sebab masa tue kakak aku baru berpindah tempat kerja di Temerloh ke Kuantan jadi tak de orang yang nak menjaga dan mengasuhnya. Membesarlah dia bersama aku.



Debaran seorang pengantin

Banyak kenangan aku bersama dia. Yang paling aku tak boleh ingat ialah peristiwa hidung dia berdarah. Ceritanya begini. Pada satu tengahari yang panasnya membahang kira-kira 26 tahun yang lalu ketika aku sedang enak menikmati juadah makan tengahari sambil bersila di atas lantai papan di satu sudut ruang dapur tiba-tiba dia datang merangkak menghampiri aku. Di waktu yang sama mak aku sedang menambah nasi untuk disuap ke mulut anak saudara aku.



Lama bebenor Tok Naib baca khutbah
Nak dijadikan cerita, anak saudara aku menghantukkan kepalanya ke kepala aku dengan tujuan untuk bermain-main. Entah bagaimana ketika dia hendak menghantukkan kepalanya buat kali yang ketiga, aku mengangkat kepala sesudah menyuap nasi dan kepalanya tertumus ke dalam pinggan nasi. Dan menjerit melolonglah dia kesakitan. Rupa-rupanya hidung dia berdarah terkena kaca pinggan yang terbelah dua. Kelam kelibutlah mak dan ayah aku membawanya ke klinik. Aku pula seram sejuk memikirkan nasib aku yang bakal dibelasah dengan rotan panjang yang sentiasa terselit di celah dinding papan rumah. Nasib baik lukanya tak teruk tapi meninggalkan kesan betul2 di antara dua lubang hidungnya. Sehingga kini kesan luka itu masih kelihatan namun tidak ketara.




Sekali lafaz jer dah sah...macam pak sedara dia jugak

Berbalik kita pada cerita pernikahan anak saudara aku nie. Sebenarnya sebelum ini anak saudara aku nie dah bertunang dengan orang Segamat, Johor. Entah macamana pihak perempuan minta putuskan pertunangan. Rasanya jarang berlaku pihak perempuan yang minta putuskan pertunangan. Selalu yang didengar pihak lelaki yang minta putus gara-gara berlaku curang. Kiranya anak saudara aku nie baik-baik orangnya. Macam bapa saudara dia juga.



Menarik nafas penuh kelegaan

Pilihan hatinya kali kedua bernama Shamsiah Binti Mohd Dahat. Bertemu dan jatuh cinta di tempat kerja. Isteri anak saudara aku nie berkampung di Kampung Bangau, Temerloh. Jadinya tak jauhlah nak berarak dari Bera ke Temerloh. Aku laa yang dari Bera tapi dia berarak dari Pekan.


menadah tangan memohon keredhaan ALLAH
Bertempat di Masjid Kampung Bangau yang terletak di pinggir Sungai Pahang maka termaktub sudah satu ikatan suci yang lahir dari hati yang tulus murni dalam meneruskan kelangsungan hidup di dunia bagi mengisi fitrahnya manusia biasa yang diwarisi dari ADAM dan HAWA. Maka melolonglah Iblis dan Syaitan apabila Tok Naib dan 2 orang saksi mengesahkan lafaz ijab dan kabul kerana dah tak berpeluang lagi menghasut supaya melakukan maksiat.


Tenang membacakan lafaz taklik
Kini sahlah sudah yang anak saudara aku nie bergelar suami. Maka berakhirlah sudah zaman bujang. Kini tergalaslah dibahunya satu amanah yang bukan kecil nisbahnya yang perlu dilaksanakan sebaik mungkin agar kesejahteraan dan keharmornian dapat dirasai bersama.


Menandatangani borang pernikahan

Apa-apa pun yang paling penting ialah semoga mereka berdua nie berbahagia selalu hendaknya dalam melayari bahtera kehidupan berumahtangga...semoga kekal hingga ke akhir hayat dan sentiasa mendapat rahmat dan keredhaan dari Allah selalu...AMIN.



Menyerahkan mas kahwin RM22.50

Simbolik ketaatan seorang isteri

Kucupan tanda kasih seorang suami

Bersalaman dengan mak mertua

20 April 2009

100 : Di Dimensi Lain

Akhirnya aku berjaya meng'entri'kan entri yang ke-100. Satu kepuasan dapat aku rasai sepanjang berblog. Banyak yang aku pelajari dan kongsikan bersama mereka yang sudi menjengah blog ini. Pahit manis dan suka duka terhimpun membentuk jati diri yang semakin menghilang dalam diri. Dengan berblog, dapat aku berkongsi sesuatu yang aku fikirkan dapat memberikan kebaikan dan faedah untuk semua. Setelah 3 tahun berblog, terlintas di kotak fikiran aku untuk mewujudkan satu lagi blog yang aku kira sebagai pemangkin untuk aku mengaktifkan kreativiti yang aku rasakan hanyalah sekelumit cuma yang ada di dalam diri.


Blog kedua aku ini diberi nama menyusur denai kehidupan. Bertemakan seputar kehidupan yang dirutini oleh setiap dari kita, blog ini diharapkan dapat mencetuskan sedikit kesedaran dan keinsafan dalam diri terutamanya dalam diri aku sendiri dalam menjana kehidupan seharian.


Blog menyusur denai kehidupan akan cuba mengungkap setiap persoalan dan permasalahan kehidupan yang secara sedar atau tidak dihadapi oleh kita. Adakalanya kita terleka hingga terhantuk baru kita tersedar dan terngadah. Adakalanya kesilapan yang kita lakukan adalah ulangan bagi kesilapan yang terdahulu. Dan setiap kesalahan dan kesilapan sudah tentunya akan cuba dielak dan dijauhi dari berulang lagi. Inilah yang cuba aku rungkaikan di dalam blog kedua nanti.


Blog pertama iaitu blog aku masih di sini akan terus bernyawa selagi aku bernafas. Cuma blog ini akan lebih menjurus kepada cerita-cerita yang berkisar tentang diri sendiri, isteri, keluarga, anak-anak, pekerjaan, rakan-rakan dan setiap apa jua yang mempunyai hubungkait dengan diri aku. Manakala blog kedua akan lebih menumpukan kepada kehidupan sejagat yang kita tempuhi samada kita suka atau tidak, secara asasnya hidup perlu terus dihidupkan agar ianya tidak mati sebelum mati.


Berbalik kepada blog kedua nanti, ianya satu pernyataan yang terbit dari pengamatan aku. Jadinya nanti, aku tidak akan mengaktifkan ruang komen kerana aku khuatiri aku tidak berkesempatan untuk membalasnya. Secara ringkasnya, perjalanan blog menyusur denai kehidupan kembali kepada asas berblog iaitu hanya menerbitkan sesuatu entri tanpa adanya unsur-unsur lain seperti iklan, ruang borak, sambung paut antara blog, para pengikut dan muzik.


Diharapkan nanti ada di antara pengunjung blog aku masih di sini sudi membazirkan sedikit waktu menjenggok blog menyusur denai kehidupan. Semoga ada kebaikan yang bakal diperolehi bersama nanti. Dengan lafaz suci BISMILLAHHIRAHMANNIRRAHIM aku merasmikan pembukaan blog kedua aku dengan rasminya....

13 April 2009

098 : Keletah Yang Melelahkan

Bersedia untuk acara memasukkan gelung

Pada 08.04.2009 yang lalu bertempat di padang Sk Kerayong telah berlangsung Karnival Sukan Dan Permainan Pra Sekolah Zon Mengkarak. Arean yang kini bersekolah di Pra 2 Sk Kerayong awal-awal lagi telah berpesan supaya aku menghadirkan diri untuk memberikan sokongan moral kepadanya. Pada awalnya aku bercadang untuk memohon cuti rehat khas yang masih berbaki 6 hari bagi memberikan sepenuh sokongan kepadanya. Namun di saat akhir aku dipanggil untuk menghadiri bengkel penggubalan soalan Bahasa Inggeris Tahun 4 selama 3 hari. Mujurnya bengkel itu diadakan di PPD Bera yang berjiran dan berkongsi bangunan dengan Sk Kerayong. Jadi dapatlah aku meluangkan sedikit masa bersamanya.


Menanti giliran untuk memasukkan gelung

Tepat jam 10 pagi semasa bengkel berhenti rehat, aku terpacak di tepi padang melilaukan mata mencari di manakah Arean. Dari jauh kelihatan Arekeem bersama wan dan atuknya sedang memberikan sokongan kepada Arean yang sedang bertanding bagi acara memasukkan gelung ke dalam kon. Segera aku memberikan sokongan moral yang tak berbelah bagi. Alhamdulillah, dapat no 2 dan layak ke pusingan akhir.

Gaya larian jagoan cilik
Seterusnya acara lari 60 meter berpagar. Gara-gara starting yang lambat, Arean menduduki tempat kedua tercorot. Kesian dia. Terpancar riak wajah kekecewaan. Segera aku memujuk..."tak pe, nanti abah latih Arean".


Bersama Izzati bagi memulakan acara 60 meter berpagar

Ke garisan...sedia...mula

Bagi acara 4x25 meter, Arean selaku pelari pertama. Aku akui dia bermasalah dalam memulakan larian kerana dia selalu memerhatikan orang lari dahulu baru dia akan lari. Kononnya dia akan dapat mengejar orang yang di hadapannya. Ini kerana dia selalu berlari dengan Arekeem. Jadi Arekeem akan berlari dahulu dan Arean akan memintasnya. Keputusannya tempat ketiga dari belakang.

Merenung jauh sebelum bermula
Satu-satunya acara yang dimenangi oleh Arean ialah acara menguntai manik. Entah di mana lebihnya, tiba-tiba pasukan Arean mendahului jauh pasukan lain. Kesudahannya Cikgu Liza, guru pra 2 SK Kerayong menarik nafas lega kerana tidak perlu membeli hadiah sebagai satu pujukan sekiranya anak-anak muridnya tidak memenangi sebarang acara.

Sedang asyik menguntai manik yang sebesar saiz bateri

Secara nostalgianya, di padang SK Kerayong inilah kira-kira 2o tahun yang lalu, aku pernah berlari, melompat, berguling dan tergolek. Di sinilah tempat aku mula belajar mengenal erti hidup yang mengajar aku erti suka dan duka. Sememangnya menjadi harapan sejak dulu, anak-anak aku bersekolah di sini kerana di SK Kerayong, telah banyak lipatan sejarah yang tersimpan kemas di dalam memori aku.


Berehat sebentar bersama bakal menantu aku ha ha ha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...