Suka Blog Ini?

Ikut Dengan Email

Hati Seorang Isteri

10 March 2009

094 : Selamat Ulangtahun Perkahwinan Ke 8

Terima Kasih sayang
Kerana lewat 9 tahun lalu
Membalas senyuman cinta
Yang aku hulurkan

Terima kasih sayang
Kerana pada akad 8 tahun yang lalu
Tunduk menerima ijabkabul
Yang aku genggam seerat mungkin

Terima kasih sayang
Kerana pada duka 7 tahun yang lalu
Tetap mengukir senyum
Menelan pahitnya takdir

Terima Kasih sayang
Kerana pada jerih 6 tahun yang lalu
Tabah menduga ajal
Demi penyambung zuriat

Terima kasih sayang
Kerana pada lelah 3 tahun yang lalu
Cekal menyabung nyawa
Demi pengerat kasih

Terima kasih sayang
Kerana pada getir 3 bulan yang lalu
Sabar menongkah maut
Demi penyubur bahagia

Terima kasih sayang
Kerana tetap setia di sisi
Menempuh gelora hidup
Moga ikatan yang kita anyam bersama
Menjadi sebidang bahagia
Untuk selamanya.


10hb Mac 2001...tarikh keramat dalam hidup aku apabila aku melafazkan akad ijabkabul. 8 tahun berlalu diiringi gelak tawa dan tangisan. Moga ikatan yang aku simpulkan bersama isteri akan terus rapi selamanya.

13 comments:

♥ adLya ♥ said...

alhamdulillah..dah 8tahun mahligai dibina..semoga terus bertahan aman bahagia selama2nya..amin...

Fadh said...

adlya:

terima kasih...moga awak dan tam pun kekal bahagia selamanya

RaFFLeSiA MeRaH said...

tahniah kerana dah melepasi 8 tahun usia perkahwinan ko...dan telah dikurniakan putera putera yg ensem....moga umahtangga korg kekal sehingga ke hujung nyawa....tulisan ko tu romantik sungguh....ciplak ke reka sendiri...huhuhu....

Fadh said...

RaFFLeSiA MeRaH:

Terima kasih...moga ko dan hubby pun akan kekal bahagia selamnya. Tulisan tue lahir dari dalam hati aku yang tulus suci...yang bestnya...isteri aku tak tahu pun yang aku ada tulis khas untuk dia he he he

manje said...

selamat ulangtahun perkahwinan yg ke 8... moga terus berbahagia hingga ke akhir hayat...

Ahmad Azrin Aziz said...

semoga berbahagia selalu.. amin..

Puteri Satu said...

tahniah weh..semoga kekal n bahagia selama-lamanya...

Don Balon said...

puyyo..tanniah..syabbas..
:)

man_helang said...

wei...lamo gilo aku tak mai cni...akunya ide skang nih ciput a...

dzul said...

fuh dah 8 tahun...smoga bahagia weh.

LotsOfLove-Pearls said...

Selamat Berbahagia..
Semoga berpanjangan hingga selamanya..

kasihlatifah78 said...

hepi anniversary.... oak dah lepas 8 tahun.. koi plak baru separuh dr tahun oak tuh.... selamat berbahagia...

didaLavida said...

alhamdulillah... semoga kekal bahagia.. kekal bersama hingga nafas yang terakhir..

Happy anniversary weh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...