Suka Blog Ini?

Ikut Dengan Email

Hati Seorang Isteri

12 February 2009

088 : Tolong Rawati Aku Yang Sedang Kegilaan Ini



Penyakit gila nie aku hidapi kira-kira setahun yang lalu. Ianya berpunca dari perasan bosan yang aku alami. Bukan gila kuasa, bukan gila nama, bukan gila talak, bukan gila isin, bukan gila-gila remaja tetapi penyakit gila yang sedang aku deritai ini nak kata bahaya tak juga, nak kata tak bahaya, bahaya juga. Nak kata membazir tak juga, nak kata berfaedah tak juga. Penyakit gila ini bisa membuatkan penghidapnya seakan sasau, sawan dan meracau. Jika terkena jangkitan agak sukar untuk diubati kerana setakat ini memang tiada vaksin atau ubat yang mampu merawatnya.




Penyakit ini boleh menjangkiti sesiapa saja tak kira jantina, tua, muda, kecil, besar, kaya, miskin semuanya boleh dijangkiti. Ianya tidak merebak melalui air, udara mahupun gigitan nyamuk. Ia berjangkit melalui perbualan di kedai-kedai kopi. Dan akan terkena jangkitan tanpa disedari oleh orang yang dijangkiti. Penyakit gila ini antara simptom yang agak ketara ialah gastrik dan batu karang. Ini kerana penghidap penyakit gila ini akan menahan lapar dan dahaga serta menahan keinginan untuk membuang air kecil sehingga berjam lamanya. Selain itu penghidap penyakit gila ini akan selalu termenung. Ada yang termenung seorang diri dan ada juga yang termenung secara berpasukan. Penghidap juga akan menjadi pendiam. Ini kerana mereka inginkan ketenangan. Mereka tidak suka suasana yang hiruk-pikuk kerana emosi mereka amat mudah terganggu.



Kali pertama terkena jangkitan ini, aku sanggup berpanas dan berlapar. Sehinggakan aku sanggup minum air sungai yang tidak dimasak malah aku juga sanggup makan roti cicah dengan air sungai. Kali kedua pula, aku sanggup menahan kesejukan di dalam hujan yang lebat. Ditambah dengan tiupan angin yang menambahkan lagi tahap kesejukkan. Namun semua itu tidak aku rasai kerana penyakit gila ini akan melalikan penghidapnya.


Bukan setakat berpanas dan berhujan tetapi aku sanggup bangun seawal 3.00 pagi dan memandu kereta membelah kegelapan dalam keadaan mengantuk yang amat sangat. Malah pernah beberapa kali aku memandu berseorangan melalui jalan yang sunyi dan lenggang. Ketika itu perasaan takut dan mengantuk aku ketepikan kerana terkena jangkitan penyakit gila ini. Semuanya gara-gara penyakit gila ini. Bukan aku tak nak berubat tapi setakat ini memang tiada penawar bagi penyakit gila ini.



Sebelum terkena penyakit gila ini, aku seorang yang cepat merasa bosan dan berputus asa. Namun sejak terkena penyakit ini aku menjadi semakin bersabar dan tidak mudah berputus asa. Walau acapkali gagal namun aku akan tetap bersabar dan tabah untuk terus mencuba. Kalau dulu aku sering marah-marah tapi sejak terkena penyakit gila ini, aku menjadi seorang yang dapat mengawal perasaan marah. Dan tambah menghairankan aku ialah sejak terkena penyakit gila ini, aku menjadi seorang yang pantang melihat air. Tak kiralah air apa sekalipun waima air longkang pun aku menjadi minat dan ingin mencubanya.



Sukar untuk aku menjelaskan apakah sebenarnya penyakit gila yang aku deritai ini. Ingin aku jelaskan di sini tapi aku tak mampu menyusun kata-kata yang terbaik untuk memahamkan kalian walau puas aku mencuba. Harapan aku hanya satu. Setelah kalian melihat gambar-gambar ini, aku harap kalian dapat memahami penyakit gila aku ini.


Antara yang telah dihidapi penyakit gila...









16 comments:

dzul said...

cilakak..musim mancing udang galah dah bermula..syok gile ah rasa nak balik bera join abg ipar mancing udang macam tahun lepas..terbayang udang galah besar yang mengepit2 dalam perahu fiber..

FarhanaLicious said...

huh?? udang orang pancing ke? bukan guna pukat ke apa? bukan eh?

ASE1 said...

erm , suspen jer ... klu gila tu ok lagi .. jgn gila judi , gila ekor , gila pempuan dah lah .. gila tu naya !!!!

mr.Sen$ei said...

ados...mati2 aku ingat gila talak tadi...hahahahahaha...takpe penyakit ini bagus jugak...penah kene dulu zaman sekolah

BudAk hijAu said...

pic 1st....ngeri weh!!heheheh..

Don Balon said...

fadh..
tasik bera ke tu weh??
menarik jugok koi tengok..
aok hantor surat jemputan ke koi la yek.. :)

ayu_mkay said...

salam cikgu :)

orang kalau dah gila yang satu ini memang dah tak hengat bahaya ke ngantuk ke lapor ke berhabis duit ke.. apa sajaaaalah.. depa tak kisah puuuungg. yang penting nafsu kegilaan mereka mesti di layanngg.

alhamdulillah suami saya belum terjangkit dengan kegilaan ini. semoga tidak terjangkit pung.

tapi kalau dapat si udang galah tuuu.. peduli hapa orang nak kata gila punnng... betul tak cikgu :P

manje said...

salam cikgu

haha mcm2 cikgu nih... ingat berat bnr mslh nyer huhu kot gila ni, layan kan aje la... huhu

> beshnyer tengok udang segar mcmtu... mane hasil 'kegilaan' cikgu? takde pon dlm gmbr? :)

LotsOfLove-Pearls said...

Wahahaha..
suspen tgo pict paling atas...
tu betol2 gila..

**gila memancing rupanya..

UNIVERSITI MENGKARAK said...

Yatt.. best tu..
kala koi balik leh lah join awok ya .. samapai bile tu?

harapkan wak ..tak tau lah.

RaFFLeSiA MeRaH said...

loooorrr.....gila pancing kerr, ingat meroyan ker sawan ker, heran gak, ader sakit tu leh jadi cikgu, hiksss......oooiii, koi geli nor nengok gambor potong jari tu, geli geleman nengoknyer....

AyKay said...

salam ziarah.

ubat giler pancing ni ada... dijual ditoko2 terkemuka. tapi kena tanya yg punyai diri dulu, betulke nak ubati giler ning?

ilazz said...

kalau ko bagi aku udang tu sket, kompem ko x giler. heh heh..

Fadh said...

Dzulkarnain Mohamad :

ha ha ha tau xpe,best woo mancing udang.

FarhanaLicious :

nie udang galah laa banyak kat sungai jer tapi ada gak org tangkap guna jaring dan jala. Kat laut baru org tangkap guna pukat.

smurf :

Ha ha ha kalau gila tue mmg bahaya pun.

mr.Sen$ei :

Sekarang dah sembuh ke? koi dulu xminat langsung, sekarang nie laa plak minat ke sangatnya.

budak hijau :

ngeri sesangat ha ha ha

don balon :

bukan tasik bera tapi sg rompin. aok nak gie ke?

ayu_mkay :

susah nak dijelaskan dengan perkataan akan keseronokkan mancing udang nie. klau nak tau try sendiri. jaga2 jgn jangkit kat suami plak he he he

manje:

ha ha ha saya nie pemalu jadi gambar saya takkan dipamerkan. memang sedap udang yang segar lagi fresh...terbaik dari sungai he he he

LotsOfLove-Pearls :

ha ha ha saspen kan...saje jer bagi gempak.

UNIVERSITI MENGKARAK :

he he he bkn kat bera laa. koi gie mancing kat sg rompin. skrg nie mmg tengah musim udang galah. nak gie ke? xyah laa kang jadi gila mcm aku, susah anak bini ko.

RaFFLeSiA MeRaH :

ha ha ha...tapi ramai yang jadi gila sbb jadi cikgu...tekanan perasaan dll...ko try laa potong jari mcm tue he he he

Aykay :

betul ke ader? nak gak tau apa penyembuhnya tapi belum mahu sembuh lagi dari kegilaan ini.

Ilazz :

aku teruk2 mancing, senang2 nak bagi kat ko plak. nak udang beli jer kat pasar hu hu hu

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

wah bestnya..tp sayang org yg betul-betul sabar jer leh ddk lama-lama tunggu...

lau mcm cheq, err..minta maap la...

huhu

Fadh said...

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr:

best mmg best tapi kena sabar dan tabah...tahan terik mentari dan mcm2 lagi laa...kira bukan calang2 org bleh mancing udang nie...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...