Suka Blog Ini?

Ikut Dengan Email

Hati Seorang Isteri

10 February 2009

087: Kuda Ku Lari Gagah Berani

Tempat berlangsungnya pertempuran...

Renungan mata mereka saling bertembung tanpa kerdip. Tajam dan tancap meratah serta memamah wajah musuh yang bakal ditentang. Lama dan lambat pandangan mereka terarah pula pada barisan bala tentera yang dipimpin. Semuanya telah siap siaga bersama pedang, tombak dan perisai hanya menanti saat dan ketika untuk diarah perintah. Bala tentera yang dipimpin mereka terdiri daripada 2 orang raja yang hanya bergerak setapak ke depan, belakang, ke kiri dan ke kanan, 2 orang permaisuri yang bebas bergerak ke semua arah, 4 orang menteri yang jalannya mengiring, 4 ekor kuda yang boleh melompat tapi mesti berbentuk 'L', 4 buah menara yang geraknya dalam garis lurus dan 16 orang tentera yang sanggup mengadai nyawa yang memakai pakaian hitam dan putih.


pintu masuk utama

Dan saat yang dinanti pun tiba. Tentera putih mula mengorak langkah pertama. Diikuti tentera hitam yang turut mara 3 langkah. Dibalas oleh kuda putih yang melangkau tentera sendiri untuk memerangkap tentera lawan...


sedang memerah otak

Begitulah serba sedikit perihal aksi pertempuran sengit yang berlangsung selama 3 hari dalam suasana dingin dan berkabus di puncak Tanah Rata yang bergunung dan berganang. Dari 4 - 7 Febuari yang lalu para pencatur dari 11 buah daerah jajahan takluk Pahang Darul Makmur berkampung dan bertempur bagi membuktikan kejaguhan hasil pertapaan dan berkat tunjuk ajar tok guru masing-masing yang telah diperturunkan sepenuhnya. Pertempuran minda yang menuntut kebijaksanaan akal fikiran dalam merencanakan setiap aturan langkah, kesabaran dalam menghalang serangan pihak lawan dan penumpuan yang fokus terhadap setiap gerak dan tipu muslihat yang diatur oleh pihak lawan.


di hadapan tempat penginapan

Aku, entah apa lebihnya dipilih menjadi Ketua Kontijen Catur Daerah Bera walau kepandaian aku bermain catur tidaklah sehebat mana malah acapkali tewas di tangan anak didik sendiri. Kontijen yang terdiri daripada 6 orang guru dan 24 orang murid telah menginap di Asrama SK Tanah Rata setelah mengharungi perjalanan selama hampir 7 jam. Dan selama 3 hari pertandingan kontijen Catur Bera hanya berjaya meraih 2 kemenangan menerusi kategori bawah 12 lelaki dan perempuan. Bagi kategori lelaki bawah 12 Bera meraih tempat ke-7 dan kategori perempuan bawah 12 tempat ke-4.


Athirah...jaguh cilik dalam pembikinan

Ternyata Kejohanan Catur MSSM Pahang 2009 yang dilangsungkan di Dewan Sekolah Menengah Ahmad Shah, Cameron Highlands berjaya mengumpil dan mengilap bakat baru serta menjadi satu batu loncatan dalam usaha melahirkan lebih ramai lagi jaguh berwibawa di samping menjadi satu aktiviti dalam usaha membenteras gejala sosial yang kian menggila dewasa ini. Diharapkan usaha sebegini akan diteruskan malah diperbanyakkan lagi demi kepentingan dan kebaikan generasi akan datang.


Sesi jalan-jalan cari 'pasal'.

Equotorial Park

Strawberry Farm

Lavender

Kea Farm

Puncak Arabella

16 comments:

manje said...

salam cikgu

hehe takpelah pndai la gak cikgu bermain catur wlpn sring tewas ngan ank murid sendiri, kite huhu langsung tak tau nak main catur camne...

> arabella tu tmpat ape eik???

Fadh said...

manje: Puncak Arabella tue nama tempat bagi satu kawasan tempat tinggal. Kat c2 banyak apartment yang didiami oleh org ramai. ada masa jalan2 laa ke cameron highlands...

ayu_mkay said...

wah waaaaaahh.. anak didik dok berlawan, cikgu dok bersantai2 amik gambar yeeee. ske dak athirah tu.. cute jer.. wajah bakal seorang pemain catur yang hebat... sehebat pendidiknya :P

suka tengok kesungguhan mereka memerah minda tapi belajar dari dulu tak pandai2..ngeh.

www.katobengke.com said...

asalamualaikum wr.wb.....
bolehkah awak knal kamu....

ilazz said...

x best la dgn apa yg dh jadi kat Cameron skrg. Nape buat byk sgt hotel? Ilang suma kehijauan.

akak pandai men dam aji jek. nak lawan? hehe..

FarhanaLicious said...

pegi main catur? wah wah wah. kagum nya.
sampai sekarang aku tak reti reti main catur.

dzul said...

anak sedara aku thn lepas pn wakil sekolah peringkat daerah bera tp kalah awal..tak ingat aku dia sekolah rendah mana..
skang dh ke tingkatan 1..catur memang bagus..aku suka juga lawan catur dgn dia kalau bertembung balik ke kampung..walau pun aku haram tak ada strategi..

UNIVERSITI MENGKARAK said...

Wah hebat ko cuyatt..
aku sampai sekarang ni tak reti-reti nak main benda ni .
tapi benda ni bagus...
yatt, kalau kau tak keberatan dan ada masa komen english aku kat
http://mengkarak.blogspot.com/

english teruk sangat lah cikgu ...
tq

LotsOfLove-Pearls said...

Salam..
haha.. ngeee..
aku ingatkan ape benda tadi..
rupa2nya CATUR..
hekhek..

cantik pemandangan kat sana..

**Nak Lavender tue..

BudAk hijAu said...

check met!

Fadh said...

ayu_mkay: ko tau tak...1 game 2 jam masa diberi, xkan laa aku nak dok terconggok kat luar dewan tue. bukan bleh bersorak atau bagi tunjuk ajar pun...baik aku gie jalan2...athirah tue baru darjah 3.

www.katobengke.com: bleh kenal apasalahnye...

ilazz: hotel dan apartment dibina sbb terlalu banyak permintaan daripada para pengunjung...kehijauan kian pudar diarus pembangunan. dam aji??? xreti laa he he he

FarhanaLicious: ada yang kata ianya gifted...tapi budak aku masa tahun 3, dia dok kelas pemulihan. tahun lepas wakil sekolah. tahun nie wakil daerah...tak semestinya pintar baru layak main catur.

Dzulkarnain Mohamad: aku pun selalu gak tewas ngan budak2(aku sengaja tewas sbb nak bagi diorg semangat. bebudak nie kalau diorg dapat ngalahkan cikgu mmg diorg suke dan naik semangat)

universiti mengkarak: sejak bila mengkarak ada universiri nie...xlah terrer sgt setakat bleh main jer...aku pun nama jer cikgu english tapi hapah aku xpraktiskan pun...jiwa melayu aku masih dan semakin menebal. insyallah akan selalu berkunjung.

LotsOfLove-Pearls: lavender? aku tak beli pun...jalan2 jer...ongkos kureng laa hu hu hu.

BudAk hijAu: belum start main dah checkmate...hebatnya ko...

RaFFLeSiA MeRaH said...

akhir2 ni ramai betul org pegi cameron yerkkkk....ni yg buat aku kepingin nak kesane jugak ni....

Puteri Satu said...

lawok tul ko komen kat blog aku...nak tergelak baca komen ko...wekekke...

Fadh said...

rafflesia merah & puteri1: nie komen berkembar dari sepasang kembar yang secara berkembar telah mengempur blog aku nie...he he he macam berpakat jer nak komen serentak? raff, kalau mcm tue xreti2 ke nak bodek cik abang gie CH...ko bagitau aku kalau ko nak ke sana...nanti aku bagi no contact member aku satu maktab...so ko dapat diskaun tempat tinggal kalau gie sana. puteri1, saje jer aku cakap mcm tue(oadahal dlm hati mmg jeles pun)

mr.Sen$ei said...

bro...best btol bleh g sana sini...
saya dah lama tak keluar nih

Fadh said...

mr.semsei: best mmg best tapi duit poket byk kuar...tapi bleh claim semula tapi lambat laa...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...