Suka Blog Ini?

Ikut Dengan Email

Hati Seorang Isteri

19 January 2009

085 : Siti Nurhaliza VS Tok Imam

Rasanya inilah 'first time' yang pertama, tidak menggunakan perkataan 'Aku' bagi tajuk entri. Malah bagi keseluruhan cerita pun tiada watak 'Aku' sebagai pendukung watak. Satu kelainan yang cuba diketengahkan.



Malam itu malam Sabtu. Suasana di Masjid Darul Fikri, Bera agak lenggang dengan jemaah yang bilangannya tidak sampai pun 20 orang. Selesai muazin melaungkan azan tanda masuknya waktu Isyak dan berakhirnya waktu Maghrib maka beberapa jemaah bangun untuk mendirikan solat sunat. Usai solat sunat, muazin pun menyeru Iqamat memanggil para jemaah bersama menunaikan solat Isyak. Imam berdiri di hadapan para jemaah dan berpesan supaya saf dilurus dan dirapatkan supaya tiada ruang untuk Iblis dan Syaitan menganggu gugat kekhusyukkan semasa bersolat.

Sebaik Imam selesai mengangkat takbirratulihram dan mula membaca doa iftitah maka para makmum pun bergilir-gilir mengangkat takbirratulihram dan menqiamkan diri sambil turut membaca doa iftitah. Selesai berdoa, Surah Al-Fatihah dibaca oleh Imam dengan bacaan yang lantang, jelas sebutan dan betul dari segi hukum tajwidnya. Sejurus makmum mengamimkan bacaannya, Imam pun mula membaca Surah Ad-Dhuha. Namun ketika Imam sedang khusyuk membaca, sayup-sayup kedengaran suara Siti Nurhaliza mendayu-dayu menyanyikan lagu Cindai. Semakin lama semakin lantang suara Siti sehingga terganggu bacaan Imam dan memaksa beliau menguatkan suara bagi menandingi suara Siti. Suara Imam tingkah-meningkah dengan suara Siti sehinggalah Siti tiba-tiba mengalah dan mendiamkan diri. Suasana kembali hening dengan hanya suara Imam yang kedengaran.

Ketika di rakaat kedua, suara Siti kembali bergema tanda beliau enggan mengaku kalah. Situasi sedemikian ternyata menganggu tumpuan para jemaah. Malah ada di antara makmum yang batuk-batuk kecil seolah-olah memberi isyarat supaya nyanyian itu diberhentikan segera kerana menganggu kekhusyukkan bersolat. Namun Siti tetap berdegil dan terus berlagu tanpa menghiraukan hati dan perasaan Imam dan makmum yang sedang bersolat. Dan sepanjang Solat Isyak pada malam itu, suara Imam berselang-seli dengan nyanyian lagu oleh Siti Nurhaliza.

Seusai Imam memberi salam pertama, sekali lagi suara Siti berkumandang memecah keheningan. Lantas mengundang beberapa pasang mata memandang ke arah datangnya suara itu. Dan kelihatan seorang lelaki pertengahan 30-an terkocoh-kocoh bangkit meninggalkan saf menuju keluar masjid dengan diiringi nyanyian Siti Nurhaliza sambil mengeluarkan 'sesuatu' dari poket seluar yang dipakainya.

Latihan Kerja Rumah

1. Nyatakan 2 pengajaran yang boleh diambil dari kejadian yang berlaku di dalam cerita di atas.

2. Apakah warna jubah yang dipakai oleh Imam pada malam itu?

3. Apakah 'sesuatu' yang dikeluarkan oleh pemuda dari poket seluarnya?

4. Nyatakan jenama seluar yang dipakai oleh pemuda itu?

5. Ceritakan secara ringkas apakah sebenarnya yang terjadi sewaktu Solat Isyak pada malam itu?

15 comments:

dzul said...

hahaha..rosak la macam ni..
lenkali jgn lupa silent henpon x pun off terus..dia tak nmpak ke signboard kt mesjed tu tak pun dia pikir sendri la dah besar panjang..

TIADA PANGGILAN YG LEBIH PENTING DARIPADA PANGGILAN ILAHI

ayumkay said...

jahat tak saya kalau saya kata makmum tersebut tak penah dtg bersolat di surau @ masjid?

bukan apa, bukan ke dah tahu setiap kali solat tak kira di mana.. tolong silentkan henpon tu.

tapi enpon ke yg kuar dari poket makmum tu.. ngehhh.

macha_sezs said...

bagus.bagus.anti benar aku terhadap orang2 yang buta ini.
buta huruf
buta IT
buta hati

Fadh said...

dzulkarnain mohamad: ada aku cakap henpon x dlm entry aku? dah laa tue kerja umah xsiap...nak kena denda nie... he he he...mmg henpon pun...

ayumkay: ntah laa xberani nak akuinya...barangkali dia terlupa.

macha_sezs: jangan laa sampai buta segalanya...dia xbuta mungkin terlupa barangkali.

BudAk hijAu said...

ceh!!hp rupanya...

homework 2 bla kna hntar...?heheheh..

manje said...

salam cikgu...

erk... masih ada yang tak peka pada situasi... solat perlu dilakukan tanpa sebarang gangguan duniawi... mcamane nak kusyuk macam tu... abis..silap haribulan, malam tu solat sume orang tak kusyuk, melayan pertingkahan suara imam dan cik T... isk... isk...

kasihlatifah78 said...

kalo dah cikgu tu mmg cikgu jugak lah.. sampaikan dlm blog pun bleh bagi soalan latihan kerja rumah... kemaruk nak bagi anak murid homework...

mmg hamba Allah tu tak prihatin langsung... agak2 ler kot yea pun tgh tunggu panggilan pun...

RaFFLeSiA MeRaH said...

anak murid yg ni malas nak wat latihan...so, kalau cikgu nak rotan, rotan ajer laa...koi ni babil skit....hehehehe....

pakpainan ... said...

suara nyanyian ketika sembahyang berjemaah, terutamanya sembahyang jumaat selalu kita dengar. dan buat kita menyumpah dalam hati.

Fadh said...

budak hijau: anta lepas taun baru cina

manje: mmg tak khusyuk pun...nasib baik tak berjoget tengah sembahyang.

kasihlatifah78: sajer jer bagi org yang baca entri nie berfikir sikit.

rafflesia merah:
dari kecik bawak ke beso xberuboh laku pe'il...

denanz:
mmg sakit hati sesangat pun...tapi kena laa sabar.

Azhar Ahmad said...

Lahhhh awatla komen kita semalam tak masuk... Hummmm

FarhanaLicious said...

siap ada latihan lagi. huhu~ dasat.

megat said...

itulah antara kecanggihan yg dibuat yahudi untuk menyesatkan orang islam! - reasonable ke tak eh!? wahaha.

AyAres151 said...

kenapa tangan dia tak matikan henpon dalam kocek dia tu..kan boleh gerakkan tangan dan matikan henpon daripada semayang tak kusyuk..hehehehe

Fadh said...

azhar ahmad: komen awak hilang ke? xpe laa.

farhanalicious: saje jer bg latihan...imbas balik masa sekolah dulu he he he

megat: sesuatu kecanggihan itu jika digunakan untuk kebaikan akan mendatangkan kebaikan tapi jika digunakan untuk kejahatan maka jahat laa yang akan terjadi.

AyAres151: ntah laa...dia memang ada tekan tapi caller tue jenis tak faham tetap call jugak...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...