Suka Blog Ini?

Ikut Dengan Email

Hati Seorang Isteri

14 January 2009

083 : Aku Mencarut Dalam Doa

Ketika aku berenak-enakkan mengetuk papan kekunci, tiba-tiba isyarat sms memasuki telefon genggam berbunyi. Tumpuan jadi terganggu seketika. Telefon genggam segera dicapai dan mesej dibaca...

"Ya Allah, sebagaimana kau pernah menghantar burung-burung Ababil menghancurkan tentera bergajah musyrikin maka kami memohon padamu Ya Allah, Turunkanlah bantuan Mu kali ini kepada orang-orang Islam di Palestine, hancurkanlah Rejim Zionis sedahsyat-dahsyatnya...AMIN". Lipatgandakan doa ini, kirim kepada 7 orang rakan anda yang lain. Maka 7 x 7 x 7 x 7 x 7 x 7 x 7 = 823453. 823453 x 7 = 5.8 juta orang turut sama mendoakan.INSYALLAH."

Aku terpana seketika seusai membacanya dan terdetik di hati...

"ketika aku bersenang-senangan di sini...ada anak yang meratapi kematian ibu...ada ibu yang meratapi kematian suami...ada suami meratapi kematian anak"...

Segera aku mengirim lanjut sms tersebut ke rakan-rakan yang lain dengan nawaitu semoga doa yang dibacakan nanti akan mendapat keredhaan dari Allah dan seterusnya membantu saudara seislam di Palestine yang kini bermandian darah dibedil, dibunuh, ditembak dan sebagainya.

Tidak sampai 5 minit, telefon genggam kembali menjerit...dan tertera mesej ini...

"Yg aok cbuk2 suruh org bca, aok dah bca ke? pas tu suh org anta ke 7 org plak...ngabis ke kdit koi jer...nak ngaye ke org lain buat mende!"

Dan sekali kali lagi aku terpana dalam terkesimaan yang panjang...

"Masih ada rupanya insan yang alpa dan leka akan nikmat kesenangan dan kemakmuran yang Allah kurniakan selama ini...bagaimana nanti jika apa yang menimpa rakyat Palestine kini Allah timpakan pula kepada kita...adakah ketika itu baru kita akan tersedar dan menginsafi kekhilafan diri...NAUZUBILLAH"

8 comments:

dzul said...

aku pn ada terima sms bentuk doa utk palestin..minta frwrd kpd 10 org..aku forwrd la ke 5 org..

baler member aok tu berapa buruk peel dapat sms mcm ni dia boleh marah aok pulok..kalau dia tanak forward takyah la..bukan paksa pun..
ada jugak org macam nih..brrr..

Darab Dua said...

aok sekeh saja kepala dia.
kalu taknak powed. duduk diam2.
heh!

Fadh said...

Dzulkarnain Mohamad : ko tau apa yang aku buat...aku forward mesej yang sama ke dia dalam 5-6 kali...pas tue terus tak balas2 dah...

Darabdua: mulanya aku ingat nak ong bak dia tapi bila pk2 kan balik, dari aku ong bak dia baik aku ong bak israel laknat nu...

manje said...

salam

emm ada org mcm gitu mmg mnyakitkan ati... kalo tak fwd dah ar... leh plak cakap cam gitu... isk isk

Fadh said...

manje: di dunia nie mcm2 ragam dan perangai orang yang selalunya mementingkan diri sendiri...

Azhar Ahmad said...

Cikgu jangan marah ya. Ini pandangan saya yang cetek ilmu...

Pada pendapat saya yang naif ni, adalah lebih indah kita doakan kesejahteraan rakyat palestin, dan sedekahkan al-fatihah kepada yang syahid.

Apa yang akan terjadi kepada Israel Laknatullah, biarlah Allah yang tentukan. Kita hanya mampu berdoa.

Kadang-kadang, saya terfikir, kita dah lari jauh dari landasan pekerti mulia Rasulullah.

Ingat tak, satu peristiwa, Rasulullah telah dibaling batu kaum Musyrikin Mekah, sehingga sampai Jibril bertanyakan, apakah hendak diturunkan bala ke atas mereka. Rasulullah berkata tidak.

Maaf, ya, akalau ada yang tersinggung. Wassalam.

Fadh said...

ehh...tak marah pun. sekurang2nya beraku percambahan fikiran di sini. betu apa yang awak tue...kita doakan kesejahteraan umat isam di palestine...tentang israe...biar Allah yang menghukumnya.

LotsOfLove-Pearls said...

Salam..
kekadang kita xmenyedari betapa doa begitu bermakna..

saling mendoakan..
semoga bumi palestin kembali aman..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...