Suka Blog Ini?

Ikut Dengan Email

Hati Seorang Isteri

18 December 2008

080 : Hero Keempat Dalam Hidup Aku

Muhammad Aqeef Faiq Bin Fadhlur Rahman
16.12.2008 Selasa 11.50 malam
Lepas solat Maghrib pada malam Isnin 16.12.2008...aku lihat isteri aku seperti menahan sakit perut...Aku bertanya namun dia mengatakan tiada apa-apa. Selesai solat Isyak keadaan dia makin merisaukan aku...namun dia tetap mengatakan selagi dia boleh tahan rasa sakit dia akan tahan...menjelang 10 malam dia bersuara mengajak aku ke Klinik Kesihatan Ibu Dan Anak Triang kerana dia rasa air ketubannya nak pecah. Segera aku membawa dia untuk pemeriksaan terlebih dahulu kerana khuatir peristiwa sakit perut biasa berulang. Selesai pemeriksaan Nurse memberitahu bukaan baru 3cm dan mengarahkan ke hospital dengan kenderaan sendiri kerana dia menjangkakan isteri aku akan bersalin dalam lingkungan pukul 3 ke 4 pagi. Maka ke hospital aku malam itu berduaan dengan isteri tanpa rasa khuatir.




Sepanjang pemanduan...kami berbual dan sesekali aku berseloroh. Tahap debor aku berada di paras normal memandangkan ini kelahiran keempat dan pengalaman lalu banyak mengajar aku untuk lebih tenang dan matang. Namun perjalanan yang pada awalnya lancar berubah menjadi kelam kelibut apabila isteri aku memberitahu yang air ketubannya dah pecah. Aku jadi panik dan segera melajukan kenderaan serta memasang lampu 'hazard'. Tiba di persimpangan berhampiran Jambatan Temerloh di depan Stesen Minyak Caltex, lampu isyarat bertukar merah dan di hadapan terdapat sebuah Kancil. Nak tak nak aku terpaksa berlaku kurang ajar dengan melintas di sebelah kiri. Nasib baik tiada kenderaan yang datang dari arah hadapan. Sewaktu menyeberangi Jambatan Temerloh, sekali lagi isteri aku meminta aku melajukan kereta kerana dia dah tak dapat nak menahan lagi dan terasa ingin meneran. Aku meminta supaya dia bertahan dan jangan meneran lagi. Tiba di persimpangan hospital, sekali lagi lampu isyarat berwarna merah. Di hadapan terdapat sebuah Wira aeroback. Dari jauh lagi aku memberi isyarat lampu tinggi rendah sebagai meminta pemandu Wira memberi laluan atau bergerak juga walau lampu isyarat masih merah.



Setiba di wad bersalin, segera aku melambai Pengawal Keselamatan Wanita yang asyik berbual. Seketika kemudian Nurse yang bertugas keluar sambil menyorong kerusi roda. Dengan berkerusi roda, isteri aku dibawa masuk ke wad bersalin. Aku menanti penuh debar dan harapan agar semuanya selamat tanpa sebarang masalah. Lebih kurang 10 minit menanti, seorang nurse meminta pakaian baby dan isteri aku. Segera aku bertanya tentang keadaan isteri aku. Menurut nurse tersebut, isteri aku selamat bersalin sejurus tiba di hospital dan kedua-duanya selamat dan sihat. Namun bila ditanya lelaki atau perempuan, beliau menjelaskan akan membawa bayi aku keluar sebentar lagi untuk diazankan tanpa memberitahu jantina. "Aik, nurse nie nak main teka-teki ke dengan aku" getus aku dalam hati.




Tunggu punya tunggu, jam sudah menunjukkan pukul 2.00 pagi namun baby masih belum dibawa keluar untuk diazankan. Tiba-tiba dalam kemamaian, aku terdengar nama aku dipanggil untuk membawa beg pakaian isteri dan baby aku ke Wad Kenanga 4 kerana mereka telah di hantar ke sana. Sesampai di pintu utama untuk ke wad, aku terpaksa melayan soalan 'ramah mesra' dari Pengawal Keselamatan yang bertugas yang seolah-olah sangsi dengan penjelasan yang aku berikan. Setelah menghubungi rakan setugas di wad berkenaan untuk mendapatkan kepastian, barulah aku dibenarkan masuk. Setibanya di Wad Kenanga 4, pintu pula dikunci dari dalam hingga memaksa aku menekan loceng untuk memanggil Pengawal Keselamatan untuk membukakan pintu.





Sebaik dibenarkan aku segera mencari katil yang menempatkan isteri dan baby aku kerana aku dah tak sabar untuk mengetahui jantina baby. Dan apabila aku sampai di katil, aku lihat isteri aku sedang menanti dan menyambut ketibaan aku dengan senyuman hambar. Aku lihat baby aku sedang tidur lena di katil kecil bersebelahan. Tak sempat aku bertanya, isteri aku dah menjelaskan "lelaki lagi bang". Aku bersyukur kerana isteri dan baby selamat dan sihat walau sedikit kecewa kerana hajat untuk menimang seorang puteri belum tercapai.





Kelahiran kali amat mudah dan senang. Sampai saja ke hospital, terus bersalin hinggakan nurse tak sempat memanggil aku untuk bersama kerana proses kelahiran berlaku dengan singkat dan pantas. Mungkin berkat air selusuh zam-zam yang dibuat oleh ayah aku yang dibacakan dengan ayat ke 78 surah An-Nahl maka kelahiran kali ini hanya dengan sekali teran sahaja. Dan menambahkan lagi kekecohan apabila nurse yang menyambut kelahiran berseorangan apabila nurse yang lain entah ke mana 'lenyap'nya hinggakan apabila baby dah selamat keluar tapi tali pusat belum dipotong kerana nurse tersebut perlu memastikan uri keluar kesemuanya. Apabila doktor masuk, dia yang terpaksa melakukan kerja-kerja yang sepatutnya dilakukan oleh nurse. Setelah hampir selesai, barulah nurse-nurse yang 'lenyap' tadi muncul dengan wajah keselambaan setelah dipanggil oleh doktor. Jutaan terima kasih yang tak tak terhingga aku ucapkan kepada nurse Fitri binti Baharuddin yang amat cekap dan berpengalaman menyambut kelahiran baby aku bersendirian. Walau apa pun yang berlaku, aku bersyukur kerana isteri dan baby aku selamat dan sihat. Nasib baik sempat sampai ke hospital. Kalau tak jadi 'bidan terjun' lah aku menyambut kelahiran di dalam kereta.



Di blog aku yang tak seberapa nie, aku ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada nurse-nurse di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Triang, nurse-nurse di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh dan nurse-nurse di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Kemayan di atas dedikasi dan komitmen kalian dalam menjalankan tugas yang diamanahkan. Semoga apa yang kalian lakukan mendapat ganjaran dari Allah SWT. Terima kasih jua kepada rakan-rakan blog yang sentiasa memberi nasihat dan kata-kata semangat serta doa yang kalian panjatkan. Moga kalian juga beroleh zuriat yang soleh dan solehah.









14 comments:

poyotito's said...

tahniah

semoga besor esok jadi baik macam err..gua.



haha

dzul said...

tahniah gak,

wah lelaki lagi. huh, muka dia sebijik macam bapak dia..

eh, aku penah tengok gambar kau ke?..

Darab Dua said...

tahniah beb!
bela elok2.
besar nnt kasi hensem macam gua!

RaFFLeSiA MeRaH said...

tahniahhhhh cikgu...tambah hero lagi yerrrr...okla tuuu, bersyukur dgn kurniaan Ilahi nak dibandingkan dari insan yg belum dikurniakan zuriat.....

manje said...

salam cikgu

tahniah... :)

ayu_mkay said...

salam cikgu :)

alhamdulillah semuanya selamat. tahniah sebab dapat hero lagi. alaaa sian ummi masih takpat kawan lagi. takpe usaha lagi.. thn depan dapat heroin lagi :)

Don Balon said...

Tahniah fadh..
Moga jadi insan berguna kepada Islam, Melayu dan Malaysia (biasa org guna aagma, bangsa dan negara koi saja spesifik sket..hehe)

Fadh said...

Semua rakan blog: Terima kasih di atas ucapan tahiah serta doa kalian. Moga kita semua mendapat zuriat yang soleh dan solehah yang akan mendoakan kita bila kita telah tiada nanti...Insyallah.

pakpainan ... said...

tahniah fadh. comelnya muhammad aqeef. tarikh lahirnya sama dengan tarikh lahir anak saya sembilan belas tahun yg lalu.

kasihlatifah78 said...

tahniah ler cikgu... sbb dapat baby baru... tak kkisah ler lelaki ker pompuan... yg penting sihat... hish... nengok muka anak aok mula ler koi plak tingin nak ada baby baru plak... ahaks.... yea yea jer....

man_helang said...

apa pun aku nak ucapkan tahniah dulu...moga menjadi anak yg soleh kelak...

Fadh said...

denanz: terima kasih bro...

kasihlatifah78: terima kasih...klau teringin nak baby...ajak2 lah suami ber'bincang'

man_helang: terima kasih...lama menghilang...terbang ke mana?

IS said...

Tahniah... Sama la kita masing2 menunggu kehadiran seorang puteri... insyaallah.

Fadh said...

imi @ is @ lynn : masih menanti seorang puteri juga ke? Insyallah ada rezeki nanti...kena banyak berdoa dan berusaha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...