Suka Blog Ini?

Ikut Dengan Email

Hati Seorang Isteri

27 November 2008

077 : Kali Ketiga Dan Aku Pun Menyumpah



Hujan petang Ahad yang lalu agak luar biasa lebatnya. Sejak pukul 4.00 petang awan mendung menguasai langit namun tidak mengugurkan titis hujan. Namun menjelang 6.00 petang segalanya berubah. Awan mendung memuntahkan hujan maha lebat hinggakan perlawanan suku akhir Liga Parlimen di antara Durian Tawar menentang Purun terpaksa dihentikan atas faktor keselamatan.



Hujan masih mencurah dengan lebatnya walau waktu telah pun berganjak ke pukul 7.00 malam. Aku hanya termanggu di tepi tingkap memerhatikan titisan kasar hujan laju menujah bumi. Kelam menyelubungi suasana. Sesekali langit dipancari cahaya kilat disertai guruh yang berdentum. Hati menjadi gusar. Longkang di belakang rumah semakin disenaki air. Lubang 'kalbot’ semakin ditengelami air.



Ketika jam menghampiri 8 malam, hujan masih gagah menerjah bumi. Aku semakin resah gelisah. Sekejap ke depan sekejap ke belakang. Ketika aku keluar dari bilik air, tiba-tiba ruang dapur dimasuki air. Semakin lama semakin banyak air yang berlumba memasuki ruang dapur. Aku hanya mampu memerhati dan kemudian berusaha mengalih barang-barang ke tempat yang lebih tinggi. Sedang kelam kabut memunggah barang, aku dikejutkan dengan teriakan Si Are-an memberitahu yang ruang tamu juga dimasuki air. Segera aku membantu isteri yang termengah-mengah bersama perut yang semakin memboyot mengangkat sofa ke ruang tengah.



Lewat 9 malam, hujan semakin reda amukannya. Namun air yang memenuhi ruang tamu dan ruang dapur belum menunjukkan tanda-tanda untuk mengundur diri. Lambat dan perlahan air semakin surut meninggalkan daki kotoran di dinding. Hampir sekaki lebih kedalamannya. Tinggal beberapa inci lagi akan memasuki ruang tengah. Alhamdulillah air semakin surut dan hampir jam 10 yang tinggal hanyalah lumpur dan sampah-sarap yang perlu dibersihkan. Dan malam itu tidur aku tidak lena. Acapkali terjaga dan segera bangkit meninjau melalui cermin tingkap, bimbang kiranya hujan turun lagi dan rumah dinaiki air sekali lagi.


Selama 31 tahun aku hidup dan tinggal di rumah ini, inilah kali pertama rumah aku dinaiki air. 2 kali sebelum ini dalam tempoh sebulan lebih, air hanyalah sekadar menjengah di kaki tangga. Malu-malu untuk bertandang. Dan kali ketiga, ia menjadi kurang ajar. Mengajar aku yang sekarang cuti mengajar. Memasuki rumah aku tanpa segan silu.

Sumpah seranah aku bukanlah pada air yang kurang ajar memasuki rumah walau tidak dipelawa. Tetapi kepada pihak kontraktor tapak pembinaan IPD dan Kuarters IPD Bera yang hanya gah pada nama ‘BINA HORMAT” tapi langsung tidak menghormati kesejahteraan penduduk sekitar. Mereka yang biadap itu sewenang-wenang menimbus sistem perparitan yang telah berkhidmat puluhan tahun tanpa gagal mengalirkan air ke Sungai Triang. Tindakan mereka yang bodoh sombong ini telah menyekat aliran air sehingga berlakunya banjir kilat gara-gara limpahan air hujan yang terhalang dek timbunan tanah semata-mata untuk dijadikan laluan lori dan jentera untuk melintasi bagi memudahkan kerja mereka.



Sumpah seranah aku berpanjangan bila aduan yang aku kemukakan dipandang sepi oleh pihak berwajib. Aduan yang aku ajukan seolah-olah omongan kosong di warung kopi. Jawapan yang aku terima sekadar janji yang bagaikan menanam tebu di tepi bibir. Namun tindakan langsung tidak diambil. Dan pesan aku hanya satu, ‘Jangan sampai darah derhaka Jebat mengalir di tubuh aku’.



Nota lutut dan kaki: Siapa ada C4?, jual kat aku…aku nak bom tanah yang menghalang laluan air longkang tue...

9 comments:

RaFFLeSiA MeRaH said...

lahai...rumah kena banjir pulak tahun ni yer cikgu...takperla, ujian semua ni....sib baik x kena pindah...moga phg tahun ni xkan berulang kejadian banjir mcm tahun lepas lagi....

Fadh said...

rafflesia merah: banjir kilat jer...bukan banjir betul2...harap2 begitulah...

~ cikLisLas ~ said...

saje je nk tunjuk kaki 2....uwek!ape kate smpena tahun baru nti ko pindah je la...kwsan 2 dh x slmt!hahaha.....

♥ adLya ♥ said...

adoiyaiii banjir le pulok..
doa2 le xujan lebat dah..kang xsmpi cikgu ke kpyg..hehehhe

didaLavida said...

duh...dah banjir yer..
even banjir kilat ttp banjir jugak..
nih musti sistem saliran xbaik nih..
cam taw2 jer..
so far skrg ujan pun dah berkurangan..
just still worried coz banjir kat kltn n t'ganu dah surut.. so air tu akan mengilir ke sini la pulok..

Darab Dua said...

peh!
kena serangan banjir!
hujan pon tgh hit kt kg gua skang ni.
ada juga debor sikit2.

kasihlatifah78 said...

lor...sian nya cikgu...lg sian kat org umah tu...dah la sarat... kot banjir kilat ker banjir apa ker... mmg serik rasanya... bukan apa, bab nak membersih, nak mengangkut... perghhh... mmg letih ya amat...

manje said...

salam cikgu

dah surut lom bnjirnye nih???

Fadh said...

ciklislas: ko dengki sebenarnyer...aku tau laa kaki aku seksi...ko tergoda ker?

adlya: banjir kilat jer...insyallah akan sampai kalau tak de aral melintang.

didalavida: banjir yang tak disangka2 akibat sistem perparitan yang tersumbat gara2 pembinaa kuarters IPD Bera...

darabdua: biasa laa hujung2 tahun nie memang dah musim hujan turun dengan lebat...

kasihlatifah78: mmg kesian pun...esoknyer kena basuh umah plak...nasib tak teruk sgt banjir nyer.

manje: banjir kilat jer...cepat naik cepat surut nyer...longkang besar pun dah dibersihkan oleh pemaju so tak de masalah dah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...