Suka Blog Ini?

Ikut Dengan Email

Hati Seorang Isteri

18 November 2008

076 : Bila 'Minyak' Aku Naik.

"Lima" arah aku ringkas kepada jurupam Stesen Minyak BHP Kerayong sambil tangan tergesa-gesa menyeluk poket untuk mengeluarkan duit hingga terlupa membuka tudung tangki minyak petrol motor Yamaha 80cc. Sememangnya petang itu aku dah lambat untuk ke latihan bola sepak di padang SMK Seri Bera.

Sedang aku terkial-kial mengeluarkan duit dari poket, tiba-tiba aku terpandang reaksi muka jurupam yang ingin menyatakan sesuatu kepada aku tetapi tidak terucap...aku pun menganggukkan kepala serta mengerakkan kening ke atas sebagai isyarat bertanya "Kenapa?". Dengan teragak- agak jurupam itu menunjuk ke arah tangki motor. "Aik takkan dah penuh?", getus aku dalam hati kehairanaan apabila mendapati terdapat titisan minyak petrol menitik ke lantai simen lalu menjengok kerana pandangan aku terhalang oleh 'seat' yang ditegakkan.

"Bodoh! Ini tangki 2T laa bangang" jerkah aku yang mengakibatkan orang ramai yang sedang mengisi minyak petrol memandang kehairanan. Terlepas kata-kata carutan dari mulut aku setelah mendapati tangki minyak 2T dipenuhi minyak petrol."Ngape ke bengap sangat awok nie sampaikan tangki 2T dengan tangki petrol pun tok kenal, nie tangki 2T, bahlol. Nie haa tangki petrol, gampang!" Carut aku lagi sambil menunjuk ke arah tangki 2T dan tangki petrol. Jurupam itu hanya terkebil-kebil tanpa sepatah kata. "Dah jangan nok buat muke tok bersaloh pulok. Sekarang awok isi petrol dalam tangki nie", arah aku sambil membuka tudung tangki petrol setelah hati aku bertambah sakit melihat ke‘sardin’an muka jurupam itu.

"Apa pasal incik malah-malah ini macam?" tiba-tiba kedengaran suara amoi berkaca mata yang bekerja sebagai penyelia menegur aku dari belakang. "Lu tengok sendiri laa apa lu punya budak sudah bikin. Mana punya orang lu angkat kerja?, wa ingat aaa kalau babi boleh cakap mesti lu angkat kasi kerja" marah aku yang semakin meruap-ruap setelah berpaling dan menunjuk ke arah tangki 2T yang penuh dengan minyak petrol."Tak pa tak pa nanti wa panggil olang kasi tolong sama lu" kata amoi itu lalu beredar menuju ke arah pejabat. "Wei amoi tak yoh laa...awok potong jek gaji samdol nie" jerit aku lalu menekan gear, pulas "throttle" dan beredar dari situ tanpa membayar harga petrol...

Entah mengapa dan kenapa petang itu marah aku menjadi-jadi sedangkan bukanlah sifat aku untuk mudah marah...2 hari selepas kejadian itu aku mengisi minyak petrol di stesen yang sama dan sempat aku bertanya pada salah seorang jurupam perihal jurupam yang aku marahi tempohari... "Orang Vietnam, marah jek bang...nyusohkan orang betul, dah ramai dah yang komplen pasal dia...sampaikan saya nok jage pam sendiri pun tak dapat, kejap-kejap kena tengok dia buat kerja, tak tolong kang tokey bising" panjang lebar penjelasan jurupam tersebut sedangkan aku hanya bertanya "Orang mana tue?".

Selepas mendengar penjelasan dari jurupam 'peramah' itu. Aku hanya mengukir senyuman kelat. Timbul rasa kesal di hati kerana memarahi jurupam Vietnam itu namun ego aku terlalu angkuh untuk memohon maaf. Aku sekadar memerhati dan jauh di sudut hati aku sebenarnya teramat kagum dengan kegigihan dan kesungguhan jurupam Vietnam itu yang sanggup dari jauh merantau ke sini demi sesuap rezeki yang halal. Aku membayangkan bagaimana sekiranya aku terpaksa berkelana mencari rezeki di tempat asing. Mampukah aku sedangkan selama ini aku hanya betah di sini.

14 comments:

tarantula said...

sabor..tersabor...penyabor..gitu la kita manusia mcm bulan juga ada fasa2nya...(aik ada kaitan ke?)

manje said...

salam cikgu

mmg kite kene byk bersabar dlm hal2 cam gini... biasa ar... mgkin dia org baru... belum biasa... tak elok marah2 nati cepat tua sebelum waktunya...

> pstt da mrh2 mcm gitu, training bola sepak ritu mcmane???? (saje nak tau)

Darab Dua said...

hoh! garang sunggoh lu itu hari.

weh! bola apa cerit?
gua dgr lu ada kasi itu jaring gegau 2 3 bijik.
haha~

ilazz said...

wehh x elok marah2 chegu oii. sbb boley mengurangkan tahap keenseman diri anda..

RaFFLeSiA MeRaH said...

aduiii, garangnye cikgu bera ni....huhuhu....

Fadh said...

tarantula: bukan sengaja marah tapi ter 'marah' ha ha ha

manje: mmg dia org baru...ntah aku pun tak tahu ngape aku boleh marah2 hari tue...meroyan kot ha haha...petang tue aku kena test kecergasan...nak mapus rasanya aku lari ulang alik...apa ke nama tak test tue...beat lap...tapi geng2 tue bila sebut macam 'belit' jer bunyinyer he he he

darabdua: secara tak sengaja aku jadi garang hari tue...bola? nanti aku cerita kat entri aku...yg penting aku berjaya mengalahkan daerah si dzulkarnain, don balon dan rahimin...ha ha ha

ilazz: argh...dah memang tak hensem...berkurangan banyak pun tak kisah ha ha ha

rafflesia merah: terbawa2 garang masa ngajar kat dlm kelas kot...ntah ngape aku jadi garang sgt petang tue...

Rahimin Idris said...

woi, aok buat muka garang, memang la budok daeroh keh buat kaloh!!!!!

Fadh said...

rahimin: kome dah bagi dah geng jerantut menang...2 kali diorg leading kome...tapi kome nie ibarat liverpool yang memang suka bagi org menang dulu...lastnya kome gak yg menang 3-2 ha ha ha

dzul said...

kalau dah bg lead 2 kali pn tokleh pegi jugak, memang keh bajet main jahat la geng aok ni..tak pun jrt saja bagi gol kesian..
kang marah2 pulak mana nak cari susu nk pujuk..hahaha

Muhammad Azli Shukri said...

marah boleh dihilangklan dengan air sembahyang..

poyotito's said...

ah indon kait buah tu lagi steady, surya kat mulut.

kasihlatifah78 said...

Fenomena yg koi plak slalu nengok bila bangsa asing ni kene tahan ngan imgresen.... paling menyentuh perasaan koi bila ada yg kendong anak...lebih2 bila baya2 anak koi... perghh...pilu hati koi... bukan menda..koi terbayangkan kalo koi kat tempat diorg tue... mcm tu skali sbb nak mencari rezeki... mau menitik air mata koi..

FarhanaLicious said...

kesian dia. tapi kadang2 dorang sendiri cari pasal. aku kadang pernah gak marah pendatang asing ni. huhu!

Fadh said...

dzulkarnain: ckp laa apa yang aok nak ckp yang penting team koi menang ha ha ha

muhammad azli shukri: betul tue tapi selalnya terlupa...kalau dah mula marah tue tak ingat apa2 dah.

poyotito's: setakat surya kat mulut tue perkara biasa bro...klau kat ubang hidung atau lubang telinga, koi respek gak.

kasihlatifah: betul tue tapi dah desakan hidup nak buat macamanakan terpaksalah diteruskan juga.

farhanaLicious: memang pun. aku dlm byk2 pendatang asing kat malaysia nia aku paling benci bangla...berlagak nak mampus tapi pemalas ya amat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...