Suka Blog Ini?

Ikut Dengan Email

Hati Seorang Isteri

31 October 2008

072 : Protes Aku Dalam Diam

“Lu olang Melayu talak komplen ka? Lu tengok ini palang sulah losak…sikalang macamana lu olang mau main bola…nanti lu olang lali…lu punya kaki aaa masuk itu lobang…kita olang cina aaa…talak main bola tapi kita olang mesti mau komplen punya”

Kata-kata seorang Apek tua pada petang itu bagaikan tumbukan padu Mike Tyson yang mengakibatkan aku merasa kehilangan jati diri sebagai seorang Melayu…Apek tua itu saban petang setia melakukan senaman ringgan dengan berjalan anak keliling 2 buah padang bola…dari cara berjalannya aku rasa dia telah mengalami lumpuh sebelah badan akibat ‘strok’…

Aku hanya mampu berdiam diri tanpa terdaya melepaskan walau sebutir perkataan… lambat dan amat payah…aku ukirkan senyuman kelat sebagai tanda aku masih mempunyai budi bahasa seorang Melayu…lalu bangkit perlahan menuju ke bucu padang menyertai beberapa orang kawan yang telah pun mula bermain bola dengan bertiangkan gol kecil dari ranting kayu yang dicacakkan…



Sejak beberapa hari yang lalu…keseronokkan aku bermain bola sedikit terganggu apabila ramai yang tidak turun bermain gara-gara kerja-kerja pemasangan khemah yang sedang giat dijalankan bagi mengadakan GERAK USAHAWAN pada 1 dan 2hb November nanti…hampir 20 buah khemah pelbagai bentuk dan saiz sedang giat dipasang dan didirikan sebagai tempat untuk diadakan pameran, jualan, forum perdana dan persembahan artis…



Apa yang amat mendukacitakan ialah dalam usaha menjayakan program GERAK USAHAWAN…pihak berkuasa tempatan bersikap endah tak endah, acuh tak acuh dan ketidakcaknaan terhadap kerosakkan yang bakal dialami oleh padang tempat warga Bera beriadah saban petang…seolah-olah pihak berkuasa tempatan beranggapan program itu lebih penting dan utama daripada Kejohanan Liga Parlimen Bera yang dinaungi oleh Dato’ Ismail Sabri Yaakob, Menteri Belia Dan Sukan Malaysia yang juga Ahli Parlimen Bera...yang kini telah pun memasuki peringkat suku akhir namun ditangguhkan ke satu tarikh yang belum ditetapkan…



Kerosakkan yang dialami bukan sedikit…penggunaan jentera ‘forklift’ untuk memunggah besi-besi khemah, lantai khemah, kanopi dan lain-lain telah mengakibatkan permukaan padang kini menjadi berlekuk dan beralur serta terbongkah sana sini…bagi mendirikan tiang khemah, lubang digali tanpa memikirkan kerosakkan permukaan padang yang dianggap sebagai kedua terbaik di negeri Pahang selepas Padang MPK di Kuantan oleh Yang Teramat Mulia Tengku Muda Pahang sewaktu berkunjung bersama skuad Liga Super Pahang pada tahun lepas…keadaan ini jelas amat mendukacitakan dan seolah-olah memperlekehkan kewibawaan serta amanat Menteri Belia Dan Sukan yang ingin melihat kemajuan sukan terutama oleh para belia di daerah Bera…



Seorang sahabat baik, salah seorang kakitangan pihak berkuasa tempatan yang dihubungi melalui sms memberitahu “Tapak pun free..awok tanya la menteri pembangunan usahawan dan MARA yang kata sanggup baiki semula padang...dah cakap dalam mesyuarat...kami pun tak tahu dia bawak masuk treler ngan kanopi yg berlantai cam tu...mmang jahanam dah padang tu...gara2 org atasan takut kat org politik...apa kita boleh buat...awok kalo ada cara buat la...koi nak tngok juga..."



Dan protes aku yang hanya mampu dalam diam…kepekaan dan kecaknaan phak berkuasa tempatan amat dituntut bagi memastikan keadaan padang selepas berakhirnya program itu nanti diperbaiki dan selepas ini perlu lebih tegas dalam memberikan persetujuaan kepada mana-mana pihak sekali pun yang berhasrat untuk menganjurkan sebarang aktiviti mahu pun program...bukan aku anti terhadap sebarang usaha yang dilakukan untuk kemajuan bersama cuma apa yang amat aku harapkan ialah sebarang tindakan yang diambil perlu diperhalusi dan dipantau serapi mungkin supaya tidak berlaku situasi 'win lose' sebaliknya konsep 'win win' perlu diterapkan demi kebaikan bersama...



Kepada Pegawai Daerah Bera yang tidak pernah aku tegur dan sapa...aku ingin berpesan...jalankanlah tugas yang diperamanahkan dengan sebaik mungkin...jangan nanti setiap perbuatan dan tindakan akan dipersoalkan di akhirat kelak... Kepada Apek tua yang menyedarkan aku tentang hak dan jati diri sebagai seorang Melayu yang mempunyai hak dan keistimewaan...aku ucapkan terima kasih dan aku juga mendoakan semoga Apek tua itu sihat selalu...dan kepada sahabat aku...inilah yang termampu aku lakukan...tetap memprotes walau dalam diam...

15 comments:

pakpainan ... said...

dalam dunia ni, orang yang berkuasa pun kekadang takut kpd org lain yg lebih brkuasa.

manje said...

salam cikgu

emm org yang berkuasa patut kene beringat2... ada byk tugas yg perlu dilakukan... kuasa anda tak lame... raih la kepercayaan rakyat dengan sikap bertanggungjawab, selain dari tunjuk kuasa semata2...

(¯`•._.•è-Nαβ•._.•´¯) said...

Kuasa?? Gila Kuasa?? Nguhahhaa... Lumrah dunia begitu?? yang lemah akan ditindas.. tapi sampai bila yang berkuasa terus berkuasa...?? wakkakaka..

Fadh said...

denanz: yang wajib kita takut ialah Allah...Yang Maha Kuasa melebihi segalanya...

manje: Kuasa, pangkat, nama dan harta hanya sementara...kenalah teladani pimpinan Rasulullah dan para sahabat...itu idola terbaik utk dijadikan ikutan

ciklislas: kalau semua pemimpin benar2 menjiwai tugas dan amanah yang dipikul...tak jadilah yang lemah ditindas dan yang berkuasa akan terus menindas...sikap dan digniti perlu diubah...

ilazz said...

tu suma mmg besa jd. dh lumrah beb

Don Balon said...

Fadh..
koi mula tahun 2008 ni berazam takmboh protes dlm diam lagi..
koi rasa doh terlalu banyok yanc koi telan..
misi pertama koi..
menggempur pejabat2 tanah di pahang ni yang tutup sebeloh mata tengok tanah2 rezab melayu org "lain" yang dapat pekdoh..
Maran doh kene..
Koi masih belum pueh ati..
Koi nok bawok ke pengetahuan semua pulok lepas ni..
Sebelum ni koi komplen ke pejabat tersebut, PTG pahang dan pejabat KPTG di putrajaya je..
jawapan: di luar pengetahuan kami padahal terpampang depan mata.. cheh!!

Fadh said...

ilazz: kebiasaan yang dibiasakan sebab tue payah nak berubah...

don balon: koi sokong aok 1000%...buat jangan tak buat...tlg serbu pejabat tanh bera sama...permohonan tanah koi dah 3 tahun koi pohon...masih tak diluluskan...dari zaman ayoh koi dulu mula teroka...dah berpuluh permohonan tapi semua tak diluluskan...tok nan kata kalau luluskan semua permohonan tanah di pahang maka habis semua tanah di pahang nie tak de satu pun yang tinggal...ntah laa koi pun tak upaya nak protes lebih2...kang masuk lokap kang susah anak bini koi...

poyotito's said...

gua tak reti sangat nak komen menda gini.tapi yang gua tau satu je,

jba jengka memang palat!

haha
tak pasal2 jba kena

Fadh said...

poyotito's : kalau nak ikutkan... semua nak di'palat'kan termasuk pejabat agama dan qadhi sebab maksiat makin menjadi-jadi...dah tentu pejabat agama tak buat kerja kononnya...tapi kalau difikirkan secara rasional...sebahagian dari masalah yang timbul dan dihadapi oleh kita...puncanya dari kita juga...cuma sedar tak sedar jer...

dzul said...

ada kawan aku org pahang jati. tp bini dia org terengganu. dia witau aku kalau boleh di tak mau jd org pahang. dia kata terengganu lg mudah lulus utk permohonan tanah oleh anak negeri..apa la pahang nih..

Fadh said...

dzulkarnain mohamad: selagi tak dibuat pimpinan negeri...selagi tue laa kita anak jati pahang teraniaya...kan tak nak tunggu 'bulan' mengambang kot baru nak merasa dapat tanah sendiri...tak kan laa 'keris telanjang tak bersarung' tak leh nak bagi kot...(harap2 janganlah kena ISA aku tulis camnie)

Bulan Penuh 2012 said...

Salam ziarah Fadh,

Golongan pemain bola petang-petangan dan kampung-kampungan nyata dikesampingkan oleh poltikus tempatan.

Mereka hanya penting di petang hari pengundian sahaja nampaknya.

Gejala merosakkan kemudahan awam oleh PBT dengan restu Umno bahagian berleluasa semenjak sistem pilihanraya PBT dihapuskan pada tahun 1960-an.

Daerah saudara mungkin masih bernasib baik kerana padang itu hanya dilanyak sahaja. Di tempat-tempat lain bermacam-macam benda dilambak dan dibina di atas padang awam dan zon rekreasi.

Malangnya, ruang kosong masih ada tetapi di'kautim'kan untuk tokey-tokey hartanah.

Protes dalam diam adalah selemah-lemah iman. Lebih baik dari tidak protes.

Tetapi ada masanya ia tidak memadai dan perlukan replanning kot.

Maaf menyibuk, sekadar berkongsi.

Anak Bulan

Bulan Penuh 2012

Fadh said...

anak bulan : hidup ini masalahnya 'probem'...tiada yang sempurna namun kita dituntut mencari kesempurnaan...setakat ini...hanya protes dalam diam yang mampu aku lakukan...tak upaya agi untuk menterjemahkan dalam bentuk tindakan...Insyallah andai satu hari nanti diberikan kekuataan dan keupayaan oleh Allah...protes dalam diam akan bertukar protes dengan tindakan...

didaLavida said...

ala..aku x gi pun karnival tuh..
nampak pun cam xbest jer..
banyak ker benda yang rosak huh?
bebudak ni patut kurung dalam utan jer.. sakit hati nengok budak2 melayu skarg nih..sedih punn ada

Fadh said...

aku pun tak gie pun walau dekat sesangat...aku gie ari last tapi masa tue dlm 5.30 ptg tapi semua dah bungkus barang2...banyak xbanyak pun berlubang sana sini laa padang tue...sekarang nie jadi padang jarak padang terkukur...tak digunakan dah...mungkin MDB pun malas nak baiki.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...