Suka Blog Ini?

Ikut Dengan Email

Hati Seorang Isteri

10 October 2008

066 : Antara Aku, Mat Dan Awek Pesta Buku

Episod Pertama

"Wei cepat laa dah lambat nie"teriakan Mat sayup-sayup kedengaran di corong telinga aku yang tengah sedap berdengkur kerana kepenatan akibat di'observe' oleh pensyarah...perlahan-lahan aku bangkit capai tuala dan terus ke bilik air..."Awok tunggu koi nok mandi jap"pinta aku yang dibalas dengan bebelan maut oleh Mat.

"Ikut jalan nie cepat sikit"arah Mat yang membonceng di belakang sambil menuding ke arah kiri apabila sampai di Simpang 4, Pengkalan Chepa. "Ikut nie laa, koi nak tengok awek yang koi 'adjust' semalam"jawab aku sambil tekan gear 1 dan pulas minyak bila lampu isyarat bertukar dari warna merah ke warna hijau.

"Banyok pulok kereta hari nie siap dengan bas budok sekoloh lagi"Bebel Mat tak sudah2 apabila kami melintas di hadapan Stadium Sultan Muhamad ke 4 dan menghampiri Gelanggang Seni..."Memang laa ramai kan ada Pesta Buku kat Gelanggang Seni"balas aku sambil menukar gear bagi mendapat 'pick up' untuk memotong deretan bas..."Mana awok tau?tanya Mat lagi..."Koi tau laa pasei koi dah gie semalam"jawab aku sambil mata melilau memandang kiri kanan memerhati kot-kot ada awek yang kerja kat Pesta Buku..."Bila?Gampang, tok ngajok pun koi"tanya Mat lagi..."Masa te"..."Jageee kereteeee"...jerit Mat...serentak dengan itu kedengaran bunyi dentuman hasil perlanggaran motor aku dengan sebuah kereta yang sedang membelok ke kanan...dan aku pun melayang bak Superman diikuti Mat yang bagaikan melekat kat belakang aku.

Antara sedar tak sedar…sayup-sayup dan samar-samar aku dengar suara riuh rendah mengerumun aku dan Mat…terasa berat belakang aku…nak bangun pun payah…aku berpaling…rupa-rupanya Mat jatuh atas belakang aku…patutlah berat sangat…dan tangan dia masih erat memeluk pinggang aku…

Tiba-tiba seorang lelaki menghampiri kami… “Demo tak dok gapo ko?”tanya dia sambil membantu aku bangun dari jatuh yang amat menyakitkan…aku tak jawab sebab masih pane’… “Mari kito gie spita…dekat jaa nu” tambah lelaki itu sambil menunjukkan arah Hospital Besar Kota Bharu… “Tak pe…tak pe sikit jer nie” balas aku sambil berjalan terhencut2 ke arah motor Yamaha SS kesayangan…Aku lihat lengan dan siku berdarah…kat muka pun ada darah…rasa pedih sesangat…aku panggil Mat untuk tegakkan motor…aku lihat dia tak berapa teruk…luka sikit jer kat dagu…

Lepas tegakkan motor yang tumbang…aku nampak pemandu kereta tue sedang meneliti kerosakan keretanya… “Laa Mat…kita langgar omputih rupernye”kata aku pada Mat berjalan ke arah omputih tersebut… “I’m sorry, sir” itu jer yang terkeluar dari mulut aku dan aku terus blah ngan Mat…omputih tue terpingga-pingga…teruk gak kemik pintu kereta Nissan Ad Resort… “nasib awok laa” bisik aku dalam hati…

bersambung

11 comments:

pakpainan ... said...

entri aok ni kisoh benar ke wei?
koi tak sabor nak tunggu sambungan ni.

kasihlatifah78 said...

sian aok... dpt dok 'adjust' awek tuh...

dzul said...

sambung pulak dah..

Fadh said...

denanz: ini kisah benar yang terjadi semasa koi dan mat praktikum di sk ismail 1, kota bharu...

kasihlatifah: hari pertama jumpa lagi dah dapat no tepon dia...

dzukarnain mohamad: kena ada sambungan sebab cerita nie pjg...

Rahimin Idris said...

cepat la sambung!

aku teka omputih tu kecek kelate!

man_helang said...

wei...mcm cite melayu plak...sket2 nak to be continued...cepat la sambung weiiiiii

Fadh said...

rahimin idris:
sabor laa ckit...tak pun, omputih tue terkebil2 tak terkata apa sbb aku terus blah...aku rasa kereta sewa yang dia bawak tue...

man_helang: ko tau tak drama melayu kat tv tue boleh buat untung sebab dek banyak sambung laa...

teddi said...

hai salam kenal
emm xsabar nak tunggu sambungan

Fadh said...

utopia: salam kenal kembali...sabar yer...kenapa tak di'on'kan profile supaya boleh dilihat blog saudara pula?

poyotito's said...

hoh!koi nak bagi episod dua pulak

Fadh said...

poyotito's : koi dah sambung dah episod 2...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...