Suka Blog Ini?

Ikut Dengan Email

Hati Seorang Isteri

06 October 2008

065 : Tag Pelik Tentang Aku

Entah apa sebab musabab tetiba saudara dzulkarnain mohamad buang tebiat menge'tag' aku untuk menceritakan 15 perkara pelik tentang diri…apa kejadah nak cerita kat orang tentang diri aku…Ah malu laa aku kalau orang lain tau…tapi tak pe laa…disebabkan ini ‘tag’ pertama yang aku dapat…rasa seperti satu penghormatan untuk aku…jadi aku layan kan juga ‘tag’ nie…

State 15 weird things/ habits/ little known facts about yourself.- The 10 people I tag are to then to follow my footsteps and write their own 15 weird things/habits and little known facts.- No tag backs (as in once I’ve done this, please don’t tag this exact tag again)

Aku Pelik 1 :

Aku anak bongsu dari 8 adik beradik. Oleh itu aku amat manja. Sampai sekarang pun aku masih ‘duduk bawah ketiak mak’ walau dah berkeluarga…selalu juga aku curi2 letak kepala kat atas peha mak…

Aku Pelik 2 :

Aku nie memang tak reti nak ber ‘shopping’…dari zaman bujang sampai sekarang memang tak suka ber’shopping’…beli pakaian pun bila perlu jer…kalau tak jangan harap aku nak beli…

Aku Pelik 3 :

Aku seorang pengeli kucing…bukan takut tapi geli…kalau nampak jer kucing…aku dah ‘standby’ untuk halau kucing tue jauh2…bukan apa…aku tak suka kucing tue gesel2 kat kaki aku sebab aku rasa geli sesangat…pernah masa aku darjah 3…tengah belajar dalam kelas…tiba2 aku melompat atas meja…sebabnya ada seekor kucing gesel kaki aku tanpa aku sedari…kecoh 1 kelas dengan gelak ketawa kawan2…malunya aku…

Aku Pelik 4 :

Aku bukan seorang yang kidal…aku menulis guna tangan kanan tapi kalau tulis sms…aku guna tangan kiri…kalau guna tangan kanan untuk tulis sms…aku jadi kekok dan lambat…bila main bola pula…aku sepak bola guna kaki kiri…kalau sepak guna kaki kanan…jawabnya bola yang aku sepak tue entah ke mana perginya…

Aku Pelik 5 :

Aku memang bengap Matematik…masa belajar dulu…otak aku akan kaku tiap kali belajar Matematik…aku pun tak tahu kenapa dan mengapa…sampai sekarang pun kalau suruh baca sifir 8 pun aku tak hafal tapi kalau Bahasa Inggeris aku pandai…siap dalam mimpi pun cakap Bahasa Inggeris…masa SPM 95 aku dapat A1 untuk Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu C3 dan Matematik P7…

Aku Pelik 6 :

Aku seorang yang tak suka ‘ngeteh’(minum teh sambil borak2 kosong di kedai)…bagi aku buang masa walau ada yang beranggapan aku nie anti-sosial…lantaklah orang tak anggap apa sekalipun…asalkan aku tak nyusahkan orang…kalau aku ‘ngeteh’…dah tentu sekali-sekala aku kena bayar…bukan kedekut tapi jimat cermat…

Aku Pelik 7 :

Aku tak pernah lagi kena 'Chickenpox" atau demam cengkerik…nie yang aku risau sebab abang aku baru kena sebelum puasa pada usia 38 tahun...kena tahan wad seminggu dan MC dua minggu...sampai sekarang kesan parut masih ada lagi...kalaulah kena kat aku nanti...macamana laa aku nak hadapi…

Aku Pelik 8

Aku nie jenis yang kalau orang buat baik kat aku sekali…10 kali baik akan aku balas kat orang tue tapi kalau orang tue buat jahat sekali kat aku…10 kali jahat aku akan balas balik...

Aku Pelik 9

Aku jenis yang tak banyak cakap…kalau orang tanya…aku cukup payah nak menjawab tapi bila mood aku nak bercakap...tak de orang pulak yang nak mendengar...

Aku Pelik 10

Aku tak pandai bersiul...dah puas aku cuba try test tapi yang keluar cuma angin dan air liur jer…

Aku Pelik 11

Dulu aku kurus…pakai seluar pun pinggang saiz 29…tapi sejak kahwin…seluar aku saiz 34…dulu paling berat pun 52kg tapi sekarang 72kg…dulu aku cerewet bab makanan tapi sekarang…makanan yang aku tak pernah makan masa bujang pun dah jadi kegemaran aku…contohnya tempe, petai dan maman…dulu aku tak suka memancing…siap kutuk ‘kaw-kaw’ kat member yang kaki pancing…tapi sekarang aku suka memancing terutama memancing udang galah…

Aku Pelik 12

Aku seorang pembenci perokok yang tegar…aku rela hidu bau kentut dari hidu bau asap rokok…aku boleh berkawan baik dengan perokok tapi kalau ada kursus di hotel…aku lebih rela tidur dalam kereta daripada tidur sebilik dengan perokok…

Aku Pelik 13

Aku tak pandai berenang walau masa kecil dulu mandi sungai merupakan salah satu aktiviti utama aku di waktu petang…macam2 cara dan teknik telah diajar oleh kawan2 …macam2 petua yang kawan2 cadangkan seperti masa berenang letak biji saga dalam poket seluar dan tangkap daun yang gugur dari pokok sebelum ia jatuh ke tanah dan letak bawah bantal sebelum tidur…ternyata semua petua dan tunjuk ajar mereka sia2 kerana sampai sekarang pun aku tak reti berenang…

Aku Pelik 14

Aku seorang yang takut pada kelajuaan…dulu masa aku pandu Proton Saga Aeroback 1.5 keluaran 91…aku beranggapan yang kereta aku yang tak laju bila kereta Kancil senang2 potong kereta aku kat highway sedangkan meter kereta aku dah menunjukkan angka 100…tapi sekarang bila dah pandu kereta Avanza…aku masih dipotong macam sayur dek pemandu2 kereta yang ber ‘cc’ lebih rendah daripada aku…rupanya kelajuan bukan terletak pada ‘cc’ kereta tapi tahap keberanian orang yang memandu…

Aku Pelik 15

Aku seorang yang ‘simple’ lagi sempoi…pakaian asasi aku ialah jeans, t-shirt round neck dan selipar…manakala kemeja dan seluar slack serta kasut kulit hanya untuk waktu bertugas sahaja…kalau kat rumah…aku senang berseluar pendek tanpa baju…bagi aku kain pelikat hanya untuk solat bukan untuk dipakai waktu tidur…


Cukup 15 perkara pelik tentang aku walau aku boleh tulis lebih lagi…Aku tak nak ‘tag’ sape2 sebab aku tak suka kena ‘tag’…tentu orang lain pun tak suka kena ‘tag’ juga…harapan aku ini ‘tag’ pertama dan terakhir yang perlu aku jawab…moga Dzulkarnain Mohamad berpuas hati…

11 comments:

dzul said...

hahaha..aku masa kena tag mcm ni pun aku susah gak nak buat.

maklumla,sapa yg nak cerita benda2 pelik tentang diri. jd aku pilih benda2 yg boleh dikongsi dgn org lain aje.

kalau ikutkan ada byk lagi..

p/s-raya hari tu aku ada pegi umah akak kt tg belengu. sempat jugak beli ikan patin tepi sungai tu. fuh..byk gila org singgah.

RaFFLeSiA MeRaH said...

kalau ko anak bongsu manje dgn mak tu dah kira x pelik la cikgu ooiii...huhuhu....sabor jer laa....

Fadh said...

dzulkarnain mohamad: terima kasih sbb beri peluang koi merasa kena 'tag'...memang ramai yang beli ikan patin...kaya dan raya laa tokey2 ikan patin tue...

rafflesia merah: anak bongsu memang tak pelik tapi kalau dah umur 31 tahun...anak nak masuk 3 tapi masih teringin nak tidur atas riba mak...kira pelik laa tue

Maisarah Khairi said...

haha.Sorry sorry,marah pakcik dzul ;)

along said...

ko memang pelik pun....salam lebaran..

♥ adLya ♥ said...

mcm2 jenis manusia nih... yg pelik yg jelik... apa2 pun tetap diri sendiri..kan2..

poyotito's said...

peh..banyak benda aok kontra dengan koi. bagus jugak tag ni pada koi.
kurang2 orang tau ni aok ni tak suka perokok tegar.

mana tau esok lusa koi kursus sekali ngan aok kat hotel takdelah koi nak hisap rokok pung pang pung pang dalam bilik..

ke gone?

Fadh said...

maisarah khairi : tak pe tak marah pun...kalau marah pun...marah tanda sayang...

along : salam lebaran kembali...

adlya : memang pun...ramai orang makin banyak laa ragam dan perangai...

poyotito's : tak de hal...nak hisap rokok hisap laa...koi tido dalam kereta jer...

pakpainan ... said...

emmm ... tak kira umo brapa pun. selagi mak masih ada, dialah tempat kita bermanja.

kasihlatifah78 said...

cikgu..ari tuh jadi ker pi chenor?? maaf ler... salah time lak masa tuh....

Fadh said...

denanz: betul tue...selagi mak dan ayah masih ada...mereka laa tempat bermanja dan mengadu...

kasihlatifah78: tak jadi gie sbb kalau gie pun koi tak tahu umah puteri1 dan rafflesia merah...tak pe nanti ada rezeki di lain kali...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...