Suka Blog Ini?

Ikut Dengan Email

Hati Seorang Isteri

26 September 2008

063 : Rutin Raya Aku

Tiap2 tahun rutin raya aku sama jer...Tak pernah berubah dari zaman aku bujang sampai laa isteri aku mengandung anak ketiga…rutin aku tetap sama...

Sebelum Raya(seminggu sebelum)

Rutin 1
Bersihkan kawasan rumah seperti meracun rumput keliling rumah, menyapu sampah dan mengelap cermin tingkap…(klau tak raya memang tak bersihkan pun…)

Rutin 2
Mencari kayu api untuk dijadikan bahan bakar semasa membakar lemang dan merebus ketupat…(pernah sekali tue…tengah ralit kerat kayu…ntah macam mana parang yang aku pegang terlibas ke kepala lutut…punya laa banyak darah keluar…ayah bawak aku ke klinik…doktor jahit lutut aku…raya tahun tue aku beraya dengan lutut berjahit…)

Rutin 3
Mengait buah kelapa untuk dijadikan bahan asas lemang, rendang dan kari…(tahun lepas aku panggil orang yang ada beruk untuk ambil buah kelapa tapi orang tue dah meninggal, jadi terpaksalah aku guna pengait tahun nie…)

Rutin 4
Mengambil daun kelapa untuk dijadikan sarung ketupat…(aku tolong ambil daun dan makan jer…menganyam memang aku tak reti)

Rutin 5
Menebang buluh untuk membuat lemang…(pilih buluh ayah…aku cuma tukang tebang dan kerat jer bila diarahkan)

Rutin 6
Mengupas dan memesin kelapa…(mengupas sehari sebelum…memesin lepas sahur puasa hari terakhir)

Rutin 7
Membakar lemang pada hari terakhir berpuasa…(yang ini paling mencabar…panas sungguh…rasa nak berbuka jer masa bakar lemang…pernah sekali tue aku dah tak tahan sangat dah…aku berbuka dengan minum air kosong…sampai kembung perut aku…yang hairannya asyik aku jer yang kena bakar lemang…pernah abang aku yang bakar tapi hangus…sejak dari itu aku dapat kontrak tetap…mak aku kata aku pandai bakar lemang…entah ye entah tidak aku tak tahu…atau mak saje nak bodek aku supaya aku jadi rajin…tapi masa kecil dulu…masa arwah tok aku masih hidup…dia memang terrer bakar lemang dan aku satu-satunya cucu dia yang rajin tolong dia sebab aku suka main api…mungkin secara tak sengaja…ilmu dia diturunkan kepada aku…he he he perasannya aku)

Semasa Hari Raya

Rutin 1
Bangun pagi2…lepas solat Subuh…siap2 nak sarapan…belah lemang…potong ketupat…bentang tikar…pas tue makan ramai2…seronok sungguh tapi rasa sayang jer nak makan sebab dah sebuan tak makan di siang hari…

Rutin 2
Lepas sararapn…siap2 nak ke masjid…pakai baju melayu siap dengan sampin…tapi aku kalau pakai baju melayu bersampin…memang tak suka baju melayu di dalam sampin…mesti aku pakai baju melayu di luar sampin…senang nak simpan duit raya kat dalam kocek…

Rutin 3
Lepas sembahyang raya…bersalam dengan mak ayah dan adik beradik yang lain…masa nie memang syahdu…rasa nak menitik air mata…lepas tue bergambar ramai2 1 keluarga…dan sesi memberi duit raya kepada anak2 buah…

Rutin 4
Bertahlil di kubur Kg Kerayong, Kg Mengkarak dan Kg Guai…menziarahi pusara arwah tok dan wan serta saudara mara yang telah meninggal dunia…

Rutin 5
Beraya kat rumah saudara mara…(sekarang laa…dulu masa bujang balik dari masjid terus tidur sampai ke senja…malam baru aku beraya sakan dengan member2 sampai 2-3 pagi…)

Selepas Hari Raya

Rutin 1
2-3 hari lepas raya…suasana kat rumah mak kembali sepi…tinggal aku sekeluarga dengan mak dan ayah jer…adik beradik yang lain semua balik rumah masing2…jadi aku laa yang kena kemaskan semua pinggan mangkuk periuk belangga kain baju yang ditinggalkan…kesian aku kat mak aku tue…buat kerja sorang2…kira anak yang soleh gak laa aku nie…

Rutin 2
Menghabiskan saki baki kuih raya yang kakak dan abang aku beli untuk mak dan ayah…biasanya kuih bergoreng aku suka laa…kalau kuih yang dibakar nie…kureng sikit…

Rutin 3
Selalunya duit dah banyak habis beli itu ini…masa aku bujang dulu…mulalah meraih simpati mak untuk pinjam duit…tapi sekarang nie…duit raya anak2 laa yang jadi mangsa…sebab tue sekarang nie aku suka beraya kat rumah saudara mara dan rodong2…yang sebelum nie aku tak pernah pergi pun sekarang nie aku gie beraya bawak anak2…untung2 diorang hulur duit raya kat anak2 anak…dapatlah aku gunakan sehingga dapat gaji…he he he jahatnya aku…

*Salam Aidilfitri untuk semua rakan2 bog sekalian…ampun dan maaf dipinta andai ada salah dan silap yang terbuat, terkata, terkutuk dan sebagainya semasa aku mengomen di blog kalian…semoga semuanya bergembira di hari yang mulia…*

7 comments:

♥ adLya ♥ said...

selamat hari raya..
rajin2 jalan beraya bwk anak2 leh kutip duit raya byk2..hehehhe..

semoga lebaran thn ini membawa seribu makna... jemput dtg umah di kpyg.. :)

Puteri Satu said...

SeLaMaT HaRi RaYa AiDiLfItRI,
MaAf ZaHiR DaN BaTiN,
MoHoN DiAmPunKaN AnDai TeRkAsAr BaHaSa dAn TeRlaNjUr BiCaRa..

IhKlAs DaRi:-

aQiLaH NaJLa BaHaRoN IsKaNdAr & Puteri1 (MaMa aQiLaH) & Yon (PaPa aQiLaH)

Weh..datang umah aku tau klu sudi...

dzul said...

selamat hr raya..ni first aku komen tak sempat baca..panjang ngat ,lepas raya la..aku dah nak balik ni..

kasihlatifah78 said...

weiii..silap2 kita ni saudara kot..sbbnya ayah saya org kg mengkarak...wan saya pun masih ada lagi di mengkarak... rumah wan saya tu atas bukit dekat dengan sek. men. keb. mengkarak tuh... apapun selamat hari raya..kalo nak dtg beraya kt dtg la kg kg machang gelap, chenor... ni kg mak saya. no phone saya 013-2227679.. mana lah tau kan awak tiba2 awak berhajat nak dtg beraya....

13may said...

hehhe hehhe

Selamat hari raya buat cikgu...
maaf zahir batin...

:)

(¯`•._.•è-Nαβ•._.•´¯) said...

huhuhu.. selamat hari raya geng... duit raya mana.. wakakaka

Fadh said...

adlya, puteri1, dzulkarnain, kasihlatifah, 13may dan kasut zaiz4 : selamat hari raya maaf zahir dan batin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...