Suka Blog Ini?

Ikut Dengan Email

Hati Seorang Isteri

03 September 2008

055 : Nasib Baik Aku Puasa...

Puasa baru masuk hari yang ke-3…masih ramai yang termakan dan terminum secara tak sengaja…maklumlah puasa setahun 30 hari jer…jadi nak membiasakan diri tue payah laa sikit…tapi ada gak yang buat-buat ‘termakan dan terminum’…dengan alasan tak sengaja walau dah berpinggan nasi di ‘bedal’nya…

Biasanya di awal Ramadhan nie…masjid2 dan surau2 dipenuhi jemaah dan pasar Ramadhan pun penuh sesak dengan orang ramai membeli tapi tak reti2 nak blah selagi tak habis semua gerai di ‘tawaf’…tunggu laa sikit lagi…masuk minggu ke-3 nanti…saf2 di masjid2 dan surau2 akan berkurangan dan pasar Ramadhan pun akan berkurangan pengunjungnya…

Kat tempat aku nie…ada 3 Pasaraya yang agak top jugak laa namanya…yang pertama ‘Tunas’ yang suka ber ‘Manja’…yang kedua ‘Aktif’ sesangatnya…dan yang ketiga ‘Big’ yang besarnya takat nombor ‘10’ jer…Pasaraya yang pertama dan kedua setakat hari nie masih lagi menghormati kesucian dan kemuliaan Ramadhan dengan tidak menyiarkan lagu2 raya…tapi yang ketiga nie memang ‘babil’ dan ‘bebel’ sesangat…puasa pertama dah berkumandang dah lagu raya…maka terjerit terlolonglah Datuk CT mendendangkan lagu2 raya…nasib baik guna cd jer…buatnyer cd tak dicipta lagi…mau rasanya rebah pengsan 7-8 kali dan terus ber ‘tobat’ tak nak nyanyi dah…

Yang buat aku jadi geram tahap cipan nak beranak nie ialah kesucian dan kemuliaan Ramadhan telah di ‘cabul’, di ‘perkosa’ dan di ‘liwat’ sewenang-wenangnya oleh pihak pengurusan pasaraya yang langsung tak cakna terhadap sensiviti orang2 Islam…kalau pun nak promosi barangan…biarlah berpada-pada…jangan sampai merosakkan kemuliaan Ramadhan…apa salahnya disiarkan lagu2 yang memuliakan Ramadhan seperti Harapan Ramadhan nyanyian Raihan dan Man Bai…sekurang-kurangnya semasa membeli-belah…timbul kesedaran di kalangan pelanggan untuk memperbanyakkan amal ibadat di bulan yang mulia ini…

Kalau ikutkan hati aku yang panas membara nie…nak jer aku terajang perut tokey yang buncit boroi segendut tue…biar berbuih mulut minta ampun dan taubat tak buat dah…tau laa awak tue tokey pasaRAYA tapi takkan tak dan-dan sangat dah nak beraya...macam laa awak tue pose sangat...ngucap pun tak lagi...sibuk nak raya...nasib baik laa aku berpuasa…

5 comments:

man_helang said...

ha ha ha...bro bercakap pasal tak sengaja, ari minggu lepas aku jilat susu tepung anak aku yg terlekat kat jari time aku bancuh susu dia...dah telan baru teringat posa...gile kering tekak aku meludah...

ala tokey2 pasaraya tu saja carik glem tu...

Fadh said...

man helang :

tak sengaja tak pe...buat2 tak sengaja tak bleh laa...aku plak terkorek hidung...dah korek baru teringat puasa rupanye...he he he

Qaseh.Darwisy said...

kalau nk buat2 x sengaja cne eh?

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

SALAM OTAI. BAIK PUNYA

Fadh said...

qaseh.darwisy:

alaa..bukan susah...ko buat2 laa terminum dan termakan kat depan orang...pas2 ko cakap laa...'alamak! aku lupa laa puasa...camne nie?? buat2 laa rupa cemas dan bersalah yang amat sangat sambil mintak simpati orang lain...padahal dah habis sepinggan nasi di'bedal'nya...

OTAI:

Salam kembali...kena tukar laa pulak...jahat punyer...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...