Suka Blog Ini?

Ikut Dengan Email

Hati Seorang Isteri

28 August 2008

054 : Aku Merdeka...

Merdeka 1:

Aku merdeka selepas ibu selamat melahirkanku. Diiringi rasa penuh kesyukuran ayah yang menanti penuh debar.

Merdeka 2:

Aku merdeka selepas ayah kepenatan menghayun rotan ke tubuh akibat kedegilanku yang enggan menurut kata.

Merdeka 3 :

Aku merdeka selepas dihukum berdiri di hadapan kelas akibat gagal menyiapkan kerja rumah yang diberi guru.

Merdeka 4 :

Aku merdeka selepas selesai "berpantang" kerana berkhatan.

Merdeka 5:

Aku merdeka selepas selesai menduduki peperiksaan UPSR 89 dengan mendapat 4AIC.

Merdeka 6:

Aku merdeka selepas selesai menerima "libasan pari" warden asrama akibat bergaduh dengan rakan kerana berebut mak we.

Merdeka 7:

Aku merdeka selepas tamat SRP 92 dengan mendapat 14 aggregat dan SPM 95 dengan 17 aggregat.

Merdeka 8:

Aku merdeka selepas teruk dibuli dan didera oleh senior semasa minggu orientasi guru pelatih 96.

Merdeka 9:

Aku merdeka selepas berjaya menyiapkan kerja kursus yang diberi pensyarah dalam masa 1 malam dan menghantarnya keesokan hari.

Merdeka 10:

Aku merdeka selepas berjaya mengenggam segulung ijazah pada tahun 99.

Merdeka 11:

Aku merdeka selepas selamat diijabkabulkan pada tahun 2001.

Merdeka 12:

Aku merdeka selepas selesai mengazan dan mengiqamatkan putera pertama pada 2003 dan putera kedua pada 2006.

Merdeka 13:

Aku merdeka selepas lulus PTK dengan pangkat 4 dalam kedua-dua kertas dan layak menerima kenaikan gaji pada tahun 2006.

Merdeka 14:
Aku merdeka selepas Malaysia merdeka 51 tahun yang lalu.

7 comments:

dzul said...

waaa..hidup kau penuh dgn kemerdekaa..mcm ni br anak merdeka.

aku ingat hujung minggu ni nk ke bera tengok anak buah kt tg.belengu.

aku link kau ye

Fadh said...

dzulkarnain mohamad :

terima kasih sebab sudi jengok bog nie...tg belenggu tak sampai bera lagi...sempadan jer...link laa...aku pun link ko ye...

RaFFLeSiA MeRaH said...

adakah ko dah dimerdekakan? muehehehe?

Fadh said...

rafflesia merah :

aku merdeka setelah aku berada di syurga nanti...insyallah

Ajnie's Homemade said...

aik...takkan minggu orientasi guru pelatih pun kene reg.??? gle punya mentaliti bakal2 cikgu nih...aku ingat time aku belajau jek selalu kene...

manje said...

salam kenal

lulus ptk tahap 4... huhu beshnye... merdeka sungguh nye dia...

> kite pon nak link blog ni boleh???

Fadh said...

hentam.sajelah:

aku di antara guru pelatih ambilan diploma yang pertama...yang dijanjikan gaji permulaan 1k...senior yang last intake bengang dan bangang...jadi nak lepaskan kebengangan dan tunjuk kebangangan diorang pun buli dan dera kitaorang...

manje :

salam kenal kembali...alhamdulillah rezeki anak-anak...link laa...aku pun link ko, boleh???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...