Suka Blog Ini?

Ikut Dengan Email

Hati Seorang Isteri

09 August 2008

048 : Aku Cuti Tapi Mengajar...

Pagi nie sabtu...9.8.08...aku ke sekolah seperti biasa...bagi yang tak tau mungkin menyangka aku ke sekolah untuk mengajar kelas tambahan...sebenarnya aku ke sekolah kerana sekolah ganti bagi cuti tambahan aidilfitri nanti...Kementerian memberi keistimewaan ini kerana pelbagai pihak seperti ibubapa dan juga guru terutamanya...meminta supaya diberi cuti tambahan bagi memudahkan persiapan sambutan Aidilfitri...

Hari nie ikut jadual hari Jumaat...aku suka sangat...bukan sebab balik awal tapi jadual hari jumaat aku tak banyak kelas untuk diajar...2 kelas jer...jadi banyak laa masa terluang...dapat laa aku rileks ckit...minggu depan murid2 akan periksa P3...lepas tue cuti seminggu...pas cuti...awal bulan 9...periksa UPSR plak...rasa macam sekejap jer dah nak masuk bulan 9...cepatnya masa berlalu...

Tengahari...singgah umah member di Kg Tok Langit...kenduri kawin adik dia...2 orang sekali...sorang lelaki dan sorang perempuan...ramai gak jumpa member2 lama masa sekolah dulu...mcm2 citer lama diborakkan...dalam pkul 2.30 ptg...gerak balik umah...

Petang...aku main bola...lawan dengan MAYC...menang 11-1...sebenarnya dalam pusingan pertama dah bertemu...menang 8-0...cabaran sebenar ialah minggu depan...bertemu Cemara...

Malam plak...tonton tv...jap alih tv3...jap alih astro ria...jap alih tv1...jap tgk chanel olimpik...last2 sendiri yang pening...xtau mana satu nak tengok...dan xtau hujung pangkal...tapi masa tengok pasca FFM 21...semasa pengacara nak interview adik yang comel tapi menakutkan dan gemar main congkak...siap tanya samada bleh cakap melayu ke tidak...semua nie gara2 tahun lepas...bila pemenang bagitau yang dia kelihatan bodoh kalau cakap melayu...jadi tahun nie pemenang tak dibagi peluang untuk berucap...mungkin risau ada pemenang yang lupa asal usul bila dah pegang trofi...macam2...tak faham aku...

Al-Fatihah buat seorang guru lelaki yang terkorban semasa dalam perjalanan ke sekolah...difahamkan beliau meninggal di tempat kejadian...dan takziah buat keluarga beliau...semoga tabah menghadapi dugaan yang menimpa...inilah cabaran dan realiti seorang guru...tak kira di bandar atau jauh di pendalaman...amanah dan tanggungjawab tetap dilaksanakan walau nyawa jadi taruhan...tapi ada gak segelintir guru yang mempalitkan lumpur pada kesucian tugas seorang guru...moga aku terus betah mengajar dan mendidik...

2 comments:

ayu_mkay said...

salam cikgu :)

selamat kembali ke dunia blog. lepas ni tak tahu berapa lama nak jumpa cikgu maklum cikgu ni suka bertapa :D

mana pegi lama tak muncul? sibuk? bosan? ke tak de citer nak kongsi? tak pun memang tak nak kongsi kegembiraan itewww? apa2 jelah cikgu.

takziah utk keluarga kawan cikgu tu. menghadapi saat pemergian orang tersayang memang peritkan.

lepas ni jgn cuti lama sangat ya :)

Fadh said...

ayu mkay: xkemana2...masih ada di sini...cuma merehatkan diri yang terkadang penatnya amat menjerihkan...insyallah akan terus berblog selagi diizinkan-Nya...terima kasih kerana sudi menjengok...maaf kalau tak dapat nak membalas jengokkan kerana mengunakan vsat nie...banyak blog yang tak boleh dilayari...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...