Suka Blog Ini?

Ikut Dengan Email

Hati Seorang Isteri

28 August 2008

054 : Aku Merdeka...

Merdeka 1:

Aku merdeka selepas ibu selamat melahirkanku. Diiringi rasa penuh kesyukuran ayah yang menanti penuh debar.

Merdeka 2:

Aku merdeka selepas ayah kepenatan menghayun rotan ke tubuh akibat kedegilanku yang enggan menurut kata.

Merdeka 3 :

Aku merdeka selepas dihukum berdiri di hadapan kelas akibat gagal menyiapkan kerja rumah yang diberi guru.

Merdeka 4 :

Aku merdeka selepas selesai "berpantang" kerana berkhatan.

Merdeka 5:

Aku merdeka selepas selesai menduduki peperiksaan UPSR 89 dengan mendapat 4AIC.

Merdeka 6:

Aku merdeka selepas selesai menerima "libasan pari" warden asrama akibat bergaduh dengan rakan kerana berebut mak we.

Merdeka 7:

Aku merdeka selepas tamat SRP 92 dengan mendapat 14 aggregat dan SPM 95 dengan 17 aggregat.

Merdeka 8:

Aku merdeka selepas teruk dibuli dan didera oleh senior semasa minggu orientasi guru pelatih 96.

Merdeka 9:

Aku merdeka selepas berjaya menyiapkan kerja kursus yang diberi pensyarah dalam masa 1 malam dan menghantarnya keesokan hari.

Merdeka 10:

Aku merdeka selepas berjaya mengenggam segulung ijazah pada tahun 99.

Merdeka 11:

Aku merdeka selepas selamat diijabkabulkan pada tahun 2001.

Merdeka 12:

Aku merdeka selepas selesai mengazan dan mengiqamatkan putera pertama pada 2003 dan putera kedua pada 2006.

Merdeka 13:

Aku merdeka selepas lulus PTK dengan pangkat 4 dalam kedua-dua kertas dan layak menerima kenaikan gaji pada tahun 2006.

Merdeka 14:
Aku merdeka selepas Malaysia merdeka 51 tahun yang lalu.

26 August 2008

053 : Tak Khusyuknya Aku...

Aku bukan orang alim...malah amat jahil bab2 agama nie...tapi aku sentiasa mencari kesempurnaan iman...bukan niat aku nak mendabik dada...kononnya aku nie warak dan kuat beribadat cuma di ruang ini...aku nak kongsi sedikit pengamatan dan pengalaman yang aku tempuhi semasa solat berjamaah...semoga jika ada kebaikan ianya dari Allah dan jika ada kelemahan ianya dari kedaifan diri aku sendiri...

Tak lama lagi Ramadhan bakal menjelma...maka akan penuhlah saf2 di masjid2 dan surau2 dengan makmum yang mendirikan Solat Sunat Terawikh...maka di sini aku nak paparkan beberapa situasi yang pernah aku alami semasa bersolat sunat Terawikh...

Situasi 1:

Malam pertama memang ramai yang datang bersolat...masing2 dengan semangat dan keazaman yang utuh...dengan harapan Ramadhan kali ini mereka akan mendapat keampunan dan keberkatan dari Allah S.W.T...masuk malam yang ke 15...dari penuh 5 saf tinggal 3 saf jer...ramai yang dah mulai sibuk dengan persiapan raya seperti membeli-belah dan membuat kuih-muih...

Situasi 2:

Ada sesetengah daripada kita nie...time solat terawikh jer nampak batang hidung kat masjid...bulan2 lain cuma seminggu sekali jer datang berjemaah di masjid...itu pun sebab terpaksa sebab semua orang pergi...bukan nak kata orang lain...aku pun sama gak...

Situasi 3:

Masa nak mendirikan solat...ada di antara kita nie suka sangat kangkang kaki luas2...sampaikan orang kat sebelah jadi terhimpit...sepatutnya boleh muat sorang lagi tapi jadi tak muat sebab kita kangkang luas sangat...ada juga yang tak suka merapatkan saf...tak nak bersentuh bahu dengan makmum kat sebelah...entah apa yang dibimbangkan pun hanya dia dan Allah yang mengetahui...sedangkan merapat dan meluruskan saf adalah sebahagian rukun solat...

Situasi 4:

Sedang kita bersolat...tetiba ada semacam bau yang kurang enak dihidu...sehingga menganggu kekhusyukkan solat kita...kadang2 jadi pening akibat terhidu bau tersebut...bau tue pulak macam2 perisa ada...ada bau petai, jering, budu, belacan, kari...tapi yang paling aku tak dapat tahan ialah bau mulut orang yang merokok dan bau ketiak hangit...pergh! baunya cukup menusuk kalbu lubang hidung aku...apa salahnya kalau kita gosok dulu gigi kita lepas berbuka supaya kita tidak mendapat dosa akibat menganggu makmum lain...

Situasi 5:

Solat Sunat Terawikh nie ada yang lakukan 8 rakaat dan ada yang lakukan 20 rakaat...dan ada macam2 pendapat...ada yang kata Rasulullah solat 8 rakaat jer...jadi kalau solat 20 rakaat...itu bidaah namanya...janganlah salah sangka pulak...Rasulullah solat 8 rakaat tapi 8 rakaat Rasulullah lebih lama dan panjang dari 20 rakaat yang kita buat...terpulang atas kita...samada nak buat 8 atau 20...tak salah buat 8 rakaat...yang salahnya ialah bila selesai jer 8 rakaat...tak diikuti dengan witir 3 rakaat...tapi duduk bersembang kat tepi tangga sambil hisap rokok dan gelak ketawa sehingga menganggu orang lain yang sedang khusyuk bersolat...dan tak salah buat 20 rakaat...cuma yang salah ialah bila timbul riak dalam hati yang menyatakan kononnya kita dapat pahala lebih berbanding dengan orang yang solat 8 rakaat jer...

Situasi 6:

Dah jadi kebiasaan di masjid2 dan di surau2 akan mengadakan majlis berbuka puasa...bagus sebab selain dapat mengeratkan silaturrahim sesama kita...kita juga dapat bersolat Maghrib berjemaah...cuma yang tak bagusnya ialah semasa berbuka penuh meja tapi bila solat...banyak saf2 yang ronggak...sama gak bila time solat Terawikh cuma ada 10 orang jer tapi bila time "moreh"...jadi ramai pulak sehingga tak cukup kuih muih yang disediakan...

Banyak lagi kejadian2 aneh tapi benar sepanjang bulan Ramadhan...bukan niat aku nak menunjuk2 cuma sekadar renungan kita bersama...semoga Ramadhan kali ini...membawa seribu rahmat dan keampunan buat kita semua...Insyallah...

14 August 2008

052 : Bukan Aku Benci Polis...

Entah kenapa dan mengapa…bila sebut perkataan polis jer…atau ternampak polis…secara sengaja atau pun tidak…otak aku akan terbayangkan rasuah…walau akal aku cuba berbaik sangka…namun tanggapan negative terhadap polis tetap utuh merajai singgahsana minda aku…
Puas dah aku cuba mencari alasan kukuh…buat menjernihkan hubungan keruh minda aku terhadap polis…namun segala usaha murni aku sia-sia belaka…seolah-olah telah terpateri perjanjian…yang tak mungkin minda aku mungkiri…

Sebenarnya banyak pengalaman pahit maung yang aku tempuhi dengan polis nie…ada yang menyakitkan hati aku…ada yang aku sakitkan hati polis…ada yang lawak…ada yang sadis sesangat…mungkin implikasi dari pengalaman aku bersama polis...telah mencambahkan perasaan yang seakan membenci tetapi menyayangi…ahh…tak faham aku…

Masih aku ingat…tahun 93…aku tingkatan 4…aku dah ada lessen ‘L’ yang ‘L’nya tak pernah aku gantung kecuali depan ayah aku…ketika itu mak dan ayah aku menunaikan rukun Islam yang kelima…minggu pertama…aku tinggal seorang diri…apalagi jadi setan laa kejap aku…masuk minggu kedua…abang aku yang aku panggil Anjang mula bercuti semester…dia telefon bagitau nak balik…naik keretapi dari JB dan sampai Triang pukul 3.30pg…malam tue aku tak tidur…takut tak sedar dan teruja amat sebab first time nak tunggang motor pagi buta…sebaik aku meletakkan gagang telefon selepas Anjang telefon bagitau yang dia dah sampai…aku pun start motor Yamaha 80 yang ayah aku belikan sebagai hadiah lulus cemerlang SRP 92…

Sampai kat satu selekoh…aku nampak ada lampu berkelip-kelip kat tengah jalan…dek kerana terlalu teruja…aku teruskan tunggangan…langsung tak terfikir samada polis buat sekatan atau hantu buat sakatan…alamak polis rupanya…nak tak nak…aku berhenti laa jugak…tanya lesen...aku cakap tak de...tanya nak gie mana...aku jawab ambil abang kat stesen keretapi Triang...minta kad pengenalan...aku bagi...catat apa2 yang patut sambil suruh aku bilang kereta dan motor yang lalu lalang...cukup 10 buah...baru aku di'lepas'kan...gila...usahkan 10 buah...sebuah kereta atau motor pun tak lalu...lama gak laa aku tercokoh kat situ...dan macam2 soalan yang ditanya...masa tue aku jawab laa sejujurnya...maklumlaa bebudak lagi...last2 aku di'lepas'kan dengan syarat...on the way balik...Anjang yang bawa motor dan tunjuk lesen dia kat polis tue...cerita kat Anjang...dia kata ok...tapi ngape ntah...dia menghala ke rumah mak sedara kat Sri Buntar...aku tanya dia...dia jawab dia pun tak de lesen gak...hampeh betul...

Tahun 99...aku mula mengajar...naik motor Yamaha SS...berulang-alik dari Kerayong ke Kemayan...pernah dalam 1 hari...aku ditahan polis sebanyak 2 kali...kali pertama di Simpang Bukit Mendi...semuanya ditengok dan diperiksa...kali kedua di Simpang Sri Buntar...aku pun bengang laa...aku cakap tadi dah kena tahan dah...ye ke...polis tue tanya aku balik...aku jawab ye laa...tapi dia tetap nak tengok dan periksa gak...lantak laa...aku bukan buat salah pun...

Tahun 2000...aku beli kereta...masa tue tengah cuti sekolah...tak de apa nak dibuat...aku pun boring lalu capai kunci kereta dan terus pecut ke Triang...sampai kat depan Balai Bomba...aku nampak ada polis tengah cakap guna walkie talkie...aku kenal polis tue sebab anak dia aku yang ajar...alamak...aku cepat-cepat tarik tali pinggang keledar...sampai jer kat depan Rest House Triang...aku ditahan oleh polis yang teramat boroi...dia cakap aku disaman sebab tak pakai tali pinggang keledar...aku pun jawab dengan banggangnya..."tak nampak ke saya pakai nie"..."betul awak pakai tapi baru pakai"...jawab polis boroi tue...ahh...tak pasal-pasal aku kena sain autograf...lepas kejadian tue...aku jadi anti kat anak polis yang dok kat depan balai bomba tue...jahatnya aku...

Tahun 2003...aku ada hobi baru...kumpul road-tax banyak-banyak...yang dah expired aku tak tanggal...penuh ruang cermin belah kiri...sampaikan nak tampal yang baru pun dah tak de tempat...aku pun tampallah belah kanan...nak dijadikan cerita...aku ditahan oleh polis trafik masa balik dari kursus di Kuantan...elok jer aku berhenti...polis tue pun pergi ke kiri kereta untuk check road-tax...puas dia belek mana satu yang masih "hidup"...kemudian dia pun datang kat aku...minta lesen dan kad pengenalan sambil keluarkan buku saman...dia cakap dengan bangga tahap gaban..."saya terpaksa saman encik sebab encik memandu tanpa cukai jalan yang sah"...aku pun jawab dengan angkuh tahap cipan beranak lima..."saya baru 'hidup'kan road-tax minggu lepas"..."mana road-taxnya kalau betul awak dah 'hidup'kan?...tanya polis tue lagi..."nie"...jawab aku sambil tunjukkan road-tax yang aku tampal kat cermin sebelah kanan...polis tue dengan jaluknya berkata..."kenapa awak tampal kat sebelah kanan?''...jawab aku..."saya nak menyenangkan encik untuk periksa lesen, ic dan road-tax serentak...tak payah laa encik ulang-alik semata-mata nak check road-tax"...dengan bengangnya polis tue suruh aku blah...selamat aku...

Banyak lagi pengalaman aku dengan polis nie...kalau nak diceritakan...mau 7 hari 7 malam baru habis...dan satu peristiwa yang terjadi semasa aku mengajar di Kemayan...sampai sekarang aku masih tertanya-tanya...mengapa seorang bapa memarahi anaknya yang menulis karangan yang aku suruh anaknya tulis...tajuk karangan itu ialah..."My Ambition"...dan si anak menulis..."My ambition is to be a policeman"...dari segi "spelling" dan "grammar"...betul...tak de yang salah...tapi mengapa si bapa begitu marah sehingga menyuruh anaknya padam karangan yang aku dah semak dan tulis yang lain...teresak-esak si anak semasa berjumpa dengan aku...bagitau yang ayahnya marah dan suruh tulis tentang cita-cita yang lain...aku pun pujuk si anak dan minta dia tulis karangan tentang cita-cita yang lain...tak faham aku...sampai sekarang nie aku masih tak faham...sampai begitu sekali bencinya si bapa terhadap kerjaya seorang anggota polis...mengapa dan kenapa...aku tak nak tahu dan ambil tahu...takut terjadi kat anak-anak aku pula...

Bukan aku benci polis...kalau tak de polis...maka beraya sakan laa pencuri...perompak...penyamun dan yang seangkatan dengannya...masih ramai sebenarnya...anggota polis yang betul2 amanah, ikhlas, jujur dan bersedia berkhimat untuk agama, bangsa dan negara...cuma mungkin kerana segelintir kecil yang membuat onar...maka habis semuanya terpalit sama...apa-apa pun...terima kasih yang tak terhingga di atas pengorbanan dan khidmat yang diberikan oleh anggota polis...jasa kalian tetap dikenang walaupun lubang hidung kalian tidak aku kenal...namun aku tetap menyanjung tinggi pada kerjaya polis...dan bila dah siap nanti pejabat dan kuarters IPD Bera...maka ramailah jiran aku yang bergelar polis...

13 August 2008

051 : Aku Dan Matematik...




Pagi nie...aku dijadualkan oleh ustaz yang mengajar matematik untuk menjaga kelas Tahun 6...Tepat jam 8.00 pagi...tak semua murid Tahun 6(kehadiran 10/17) tekun menghadap kertas soalan...aku plak asyik dok perhatikan reaksi mereka...macam-macam aksi aku lihat...ada yang menjawab sambil menguap...ada yang menjawab sambil mengering...ada yang berteluku...ada yang garu kepala...ada yang tertiarap...dan macam2 lagi...

Dan terkenang aku masa aku sekolah dulu...bila sebut jer matematik...otak aku berpusing ke belakang...baik sekolah rendah atau menengah...aku tetap bodoh matematik...ntah laa aku pun tak tahu ngape aku dungu sangat dalam bab kira mengira nie...puas dah aku usaha...dah puas dah menghafal sifir...namun sampai sekarang pun sifir 12 aku tak hafal...mungkin sebab tue aku tak jadi cikgu matematik...kalau tak bodoh sampai ke sudah laa anak murid aku...apa taknya kalau dah dapat cikgu yang bebal sesangat dalam matematik...

Pernah semasa aku sekolah menengah...cikgu matematik panggil aku...sebab aku tak hantar kertas jawapan...jenuh cikgu tue melilau cari aku... tawaf satu sekolah...puas member2 aku pujuk supaya aku hantar dan jumpa cikgu...tapi hati aku keras...ego aku tinggi...bukan aku tak nak hantar...kalau aku hantar pun...kertas jawapan aku tue suci murni...tak dinodai langsung dek jawapan aku sebab aku tak jawab apa-apa pun...tapi aku kesian sangat kat cikgu matematik aku tue...punya laa dedikasi dan bertanggungjawab...dia pujuk aku...aku pun mula cair...bagi aku semangat...maka berkobarlah semangat kejantanan aku...dia suruh aku jawab semula...aku pun jawab...jawab punya jawab...kalau dah bebal...jawab laa macamana pun...tetap laa tak lulus gak...tapi aku respek cikgu matematik aku tue...gigih...tabah...sabar...dan macam2 lagi sikap murni yang ada dalam diri dia...


Tapi Allah Maha Adil...walau aku tak pandai matematik...tapi aku pandai Bahasa Inggeris...nak kata pandai sangat tue tidak laa...tapi dalam SPM...aku dapat A1 dalam Bahasa Inggeris dan P7 dalam Matematik...dan jadilah aku cikgu Bahasa Inggeris...yang dipanggil 'Sir' oleh murid-murid walaupun aku tak pernah mendapat apa-apa anugerah dari Ratu Elizabeth macam Sir Alex Ferguson tue...kira hebat juga laa aku nie upernyer...

12 August 2008

050 : Tidak Patriotikkah Aku...?





Ogos menjengah lagi...mengimbau semangat merdeka...namun entah mengapa tahun ini dirasakan sambutan kemerdekaan seakan lesu dan hambar...tiada lagi kedengaran kempen kibar Jalur Gemilang yang begitu gah dilaungkan pak menteri seperti tahun-tahun lepas...dan awal-awal lagi kerajaan mengumumkan bahawa sambutan tahun ini tiada lagi percikan bunga api...berjimat kononnya...semuanya gara-gara kenaikan harga petrol...

Menjelang 31 Ogos...semangat kemerdekaan kembali membara...dalam diri dan jiwa anak Malaysia...mengenang dan mengimbas semangat para pejuang kemerdekaan...yang sanggup mempertaruhkan nyawa demi mempertahankan kedaulatan Tanah Melayu...namun semangat itu semakin disalahertikan...semakin menyongsang dari akarnya...semakin terhapus...terhakis dan terpupus sedikit demi sedikit...walau kita sedari namun kita seakan sengaja membiarkan semangat merdeka dalam diri...layu dan akhirnya mati.

Setelah 51 tahun merdeka...adakah kita benar-benar merdeka?...atau hanya sekadar ungkapan biasa mainan bibir...seakan tidak meresap dalam jasad dan roh diri kita...seolah-olah hanya terngiang-ngiang di ruang pendengaran...sedikit pun tidak menyelinap ke akar diri...merdekakah kita jika masih melata mengemis di bumi sendiri...merdekakah kita jika masih hanyut dan khayal dalam arus pemikiran bangsa lain...merdekakah kita jika masih mengenang kemasyhuran masa silam tanpa berusaha mengukir dan memahat sejarah baru.

Adakah merdeka itu diukur pada banyaknya Jalur Gemilang yang dikibarkan pada kenderaan sehingga membahayakan nyawa sendiri?...jika benar maka tidak patriotiklah aku selama ini...kerana usahkan mengibar bendera...menaikkan bendera semasa perhimpunan sekolah dulu-dulu pun aku tidak pernah...atau adakah merdeka itu diukur pada detik 12.00 tengah malam 31 Ogos setiap tahun...di mana kita semua berkumpul di kawasan lapang sambil melaungkan sumpah keramat..."MERDEKA"...kemudian bersorak sakan sampai lupa asal usul...merempit sampai hilang nyawa...menonggeng sampai hilang dara...jika inilah ukuran semangat merdeka...maka tidak patriotiklah aku selama ini...kerana usahkan berembun pada detik 12.00 tengah malam...berpanas terik berbaris berarak beramai-ramai pun aku tidak pernah.

Maka akukah insan yang masih terbelenggu akal dan fikiran...masih buntu dan dungu menelah dan mentaksir...pengertian hidup yang amat sukar untuk dimergertikan...atau akukah insan sisihan dari arus putaran zaman...yang membelit dan menyelit di antara realiti nyata dan maya... atau akukah insan yang bisa menjulang keris pusaka...merobek dan mencincang...jasad-jasad laknat...yang cuba menjajahi kembali bumi bertuah ini.

Moga merdeka kali ini...bisa memerdekakan jiwa-jiwa songsang yang menyongsang dari agama, adat dan budaya.

11 August 2008

049 : Sakit Belakang Aku...

Hari nie... isnin...mcm biasa...pagi2 lagi dah gerak ke sekolah...semalam tak sempat nak masuk blog...gara2 sakit belakang akibat main bola petang sebelumnya...masa main tak sakit sebab telan ubat tahan sakit...bila kesan ubat dah hilang...mulalah rasa sakit menyerang...

Dengan menahan rasa sakit belakang...aku gagahkan juga ke Pekan Sehari kat tempat aku nie...beli kuih-muih...ikan dan sayur...anak2 aku merengek nak beli mainan...aku tak layan...bukan kedekut atau tak de duit...cuma aku nak didik mereka supaya tidak membazir...balik dari pekan sehari...aku terus terbungkang sampai pukul 1.00...rasa sakit masih menyeksa aku...nak tak nak...aku telan ubat tahan sakit...

Petang...aku ke padang...tengok team Cemara lawan Kuala Triang...Cemara menang 4-1...di padang sebelah...team PSKPP Bera kalah 2-4 kepada team Tementi...PSKPP Bera adalah team cikgu-cikgu...tapi aku tak main dengan team nie walau aku nie pun cikgu...sebab semangat patriotik aku terhadap kampung halaman amat menebal...

Malam...aku ke Masjid Daerah Bera atau Masjid Darul Fikri...semenjak 2 menjak nie...aku rajin ke masjid untuk berjemaah...bukan riak atau menunjuk-nunjuk cuma dulu aku hanya ke masjid 1x seminggu...itupun dah masuk khutbah kedua baru sampai...kebetulan Ustaz Adham Che Kob sedang memberikan ceramah bulanannya...ruginya aku sebab masa aku sampai ceramahnya dah di pertengahan...tapi ceramah dia memang best...mudah kita faham apa yang dia nak sampaikan...banyak iktibar dan pengajaran yang disampaikan...

Salah satu pengajaran yang dia sampaikan dalam ceramah itu ialah tentang kisah sepasang suami isteri yang sedang menikmati hidangan makan tengahari...tiba2 terdengar ketukan di pintu dan suami meminta si isteri melihat siapakah gerangan yang datang bertamu...apabila si isteri membuka pintu...menjeritlah si isteri kerana terkejut...apabila si isteri kembali ke meja makan...bertanyalah si suami mengapa si isteri menjerit apabila membuka pintu...maka si isteri menjawab bahawa tetamu yang bertandang tadi ialah seorang pengemis yang berkehendakkan sedekah...si suami bertanya jika hanya seorang pengemis maka tunaikan sahaja permintaan pengemis itu kerana kita bukannya tidak mampu...tidak perlulah sehingga menjerit...maka jawab si isteri...pengemis itu ialah bekas suaminya dahulu...dan yang lebih memeranjatkan si isteri adalah kejadian ini pernah berlaku semasa si isteri sedang menjamu selera dengan bekas suaminya dahulu...namun bekas suaminya telah mengherdik dan menghalang si pengemis yang datang meminta sedekah...maka jawab si suami..."pengemis itu adalah aku...ketika itu aku sangat kelaparan dan tiada apa yang mampu aku lakukan selain menagih simpati orang lain...namun berkat usaha dan doa...hasil dari sedekah yang aku perolehi...jika ada lebih...aku akan sedekahkan pula kepada pengemis yang lain...dan ada yang aku jual...hasil jualan aku jadikan modal untuk memulakan perniagaan sehinggalah aku berkahwin dengan engkau"...

Maha Suci Allah...betapa hebatnya kekuasaan Allah...dalam sekelip mata sahaja...segalanya boleh berubah dengan kehendak-Nya...

09 August 2008

048 : Aku Cuti Tapi Mengajar...

Pagi nie sabtu...9.8.08...aku ke sekolah seperti biasa...bagi yang tak tau mungkin menyangka aku ke sekolah untuk mengajar kelas tambahan...sebenarnya aku ke sekolah kerana sekolah ganti bagi cuti tambahan aidilfitri nanti...Kementerian memberi keistimewaan ini kerana pelbagai pihak seperti ibubapa dan juga guru terutamanya...meminta supaya diberi cuti tambahan bagi memudahkan persiapan sambutan Aidilfitri...

Hari nie ikut jadual hari Jumaat...aku suka sangat...bukan sebab balik awal tapi jadual hari jumaat aku tak banyak kelas untuk diajar...2 kelas jer...jadi banyak laa masa terluang...dapat laa aku rileks ckit...minggu depan murid2 akan periksa P3...lepas tue cuti seminggu...pas cuti...awal bulan 9...periksa UPSR plak...rasa macam sekejap jer dah nak masuk bulan 9...cepatnya masa berlalu...

Tengahari...singgah umah member di Kg Tok Langit...kenduri kawin adik dia...2 orang sekali...sorang lelaki dan sorang perempuan...ramai gak jumpa member2 lama masa sekolah dulu...mcm2 citer lama diborakkan...dalam pkul 2.30 ptg...gerak balik umah...

Petang...aku main bola...lawan dengan MAYC...menang 11-1...sebenarnya dalam pusingan pertama dah bertemu...menang 8-0...cabaran sebenar ialah minggu depan...bertemu Cemara...

Malam plak...tonton tv...jap alih tv3...jap alih astro ria...jap alih tv1...jap tgk chanel olimpik...last2 sendiri yang pening...xtau mana satu nak tengok...dan xtau hujung pangkal...tapi masa tengok pasca FFM 21...semasa pengacara nak interview adik yang comel tapi menakutkan dan gemar main congkak...siap tanya samada bleh cakap melayu ke tidak...semua nie gara2 tahun lepas...bila pemenang bagitau yang dia kelihatan bodoh kalau cakap melayu...jadi tahun nie pemenang tak dibagi peluang untuk berucap...mungkin risau ada pemenang yang lupa asal usul bila dah pegang trofi...macam2...tak faham aku...

Al-Fatihah buat seorang guru lelaki yang terkorban semasa dalam perjalanan ke sekolah...difahamkan beliau meninggal di tempat kejadian...dan takziah buat keluarga beliau...semoga tabah menghadapi dugaan yang menimpa...inilah cabaran dan realiti seorang guru...tak kira di bandar atau jauh di pendalaman...amanah dan tanggungjawab tetap dilaksanakan walau nyawa jadi taruhan...tapi ada gak segelintir guru yang mempalitkan lumpur pada kesucian tugas seorang guru...moga aku terus betah mengajar dan mendidik...

08 August 2008

047 : Aku Pancit...


Pagi nie...mcm biasa...7.10am aku start enjin kereta...dan menghala ke stesen petronas untuk isi minyak...tapi apasal kereta aku nie lain mcm jer...aku berhenti ke tepi...turun dan check...laa tayar kereta pancit laa plak...terpaksa laa aku gie sekolah naik motor...


Aku bukan apa...klau naik motor...baju, seluar dan muka aku akan di'make-up' secara percuma...maksud aku ialah baju,seluar dan muka aku akan terkena debu sebab jalan ke tempat aku mengajar belum bertar lagi...jalan tanah merah...dan kebetulan plak...aku ber'konvoi' bersama mat-mat indon yang nak gie potong buah sawit dan berselisih dengan apek serta nyonya yang baru balik dari menoreh getah...sampai kat sekolah...terus ke bilik air...basuh muka...cuci rambut dan lap baju dan seluar aku...sambil tue terkenang kat rakan2 seperjuangan kat Titom, Betau, Senderut, Telanok dan sekolah2 yang jauh di pendalaman...bagaimana agaknya mereka menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka...mendidik anak-anak kecil yang dahagakan ilmu...semoga mereka tegar berkhidmat demi negara tercinta...


Petang semalam...jadual perlawanan bolasepak Piala Ahli Parlimen Bera diumumkan...Kerayong FC dalam kumpulan A bersama Cemara, Kuala Triang dan MAYC...Sabtu nie perlawanan pertama menentang MAYC...harap2 aku tak pancit dan yang utama...team aku menang...Tahun lepas team aku menang tempat ke-3...harapan tahun nie jadi johan...

07 August 2008

046 : Aku Kembali Lagi...!


Aku kembali lagi...menyusuri jejak2 bersisa yang telah aku tinggalkan dalam suatu tempoh yang agak lama...


Ntah kenapa terasa ingin kembali berblog...selama nie aku hanya sekadar menyelinap dari blog ke blog orang lain...


Banyak yang berlaku dalam hidup aku...pertama, aku dah pindah dok ngan mak aku...


Kedua, are-an dah 5 tahun dan are-keem dah 2 tahun lebih...makin lasak...hari2 asyik bergusti jer...makin banyak kerenah...makin pening aku nak melayan nyer...


Ketiga, aku sekeluarga sedang menanti kelahiran orang baru...isteri aku tengah sarat mengandung...jangkaan bulan 12 nie...doa dan harapan moga2 dapat baby girl plak...


Keempat, aku dah tukar kereta...tahun 2007 bulan 3 aku sewa beli avanza hijau 1.3...kereta lama aku jual dengan harga rm6500.00 jer...walau rasa berat hati tapi bila memikirkan kos saraan aku akan bertambah...maka aku jual gak...pembeli nyer orang Felda Triang 1...


Kelima, aku masih mengajar di sekolah yang sama...dah masuk 3 tahun aku ngajar kat Sekolah Kebangsaan Bukit Gemuruh(JHEOA)...


Keenam, aku masih aktif main bola...masih bersama pasukan yang sama...Kerayong FC...minggu nie akan bermula pusingan kedua...Piala Ahli Parlimen Bera yang juga Menteri Belia Dan Sukan...


Ketujuh...cukup laa buat kali nie...lain kali aku citer lagi...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...