Suka Blog Ini?

Ikut Dengan Email

Hati Seorang Isteri

18 December 2008

080 : Hero Keempat Dalam Hidup Aku

Muhammad Aqeef Faiq Bin Fadhlur Rahman
16.12.2008 Selasa 11.50 malam
Lepas solat Maghrib pada malam Isnin 16.12.2008...aku lihat isteri aku seperti menahan sakit perut...Aku bertanya namun dia mengatakan tiada apa-apa. Selesai solat Isyak keadaan dia makin merisaukan aku...namun dia tetap mengatakan selagi dia boleh tahan rasa sakit dia akan tahan...menjelang 10 malam dia bersuara mengajak aku ke Klinik Kesihatan Ibu Dan Anak Triang kerana dia rasa air ketubannya nak pecah. Segera aku membawa dia untuk pemeriksaan terlebih dahulu kerana khuatir peristiwa sakit perut biasa berulang. Selesai pemeriksaan Nurse memberitahu bukaan baru 3cm dan mengarahkan ke hospital dengan kenderaan sendiri kerana dia menjangkakan isteri aku akan bersalin dalam lingkungan pukul 3 ke 4 pagi. Maka ke hospital aku malam itu berduaan dengan isteri tanpa rasa khuatir.




Sepanjang pemanduan...kami berbual dan sesekali aku berseloroh. Tahap debor aku berada di paras normal memandangkan ini kelahiran keempat dan pengalaman lalu banyak mengajar aku untuk lebih tenang dan matang. Namun perjalanan yang pada awalnya lancar berubah menjadi kelam kelibut apabila isteri aku memberitahu yang air ketubannya dah pecah. Aku jadi panik dan segera melajukan kenderaan serta memasang lampu 'hazard'. Tiba di persimpangan berhampiran Jambatan Temerloh di depan Stesen Minyak Caltex, lampu isyarat bertukar merah dan di hadapan terdapat sebuah Kancil. Nak tak nak aku terpaksa berlaku kurang ajar dengan melintas di sebelah kiri. Nasib baik tiada kenderaan yang datang dari arah hadapan. Sewaktu menyeberangi Jambatan Temerloh, sekali lagi isteri aku meminta aku melajukan kereta kerana dia dah tak dapat nak menahan lagi dan terasa ingin meneran. Aku meminta supaya dia bertahan dan jangan meneran lagi. Tiba di persimpangan hospital, sekali lagi lampu isyarat berwarna merah. Di hadapan terdapat sebuah Wira aeroback. Dari jauh lagi aku memberi isyarat lampu tinggi rendah sebagai meminta pemandu Wira memberi laluan atau bergerak juga walau lampu isyarat masih merah.



Setiba di wad bersalin, segera aku melambai Pengawal Keselamatan Wanita yang asyik berbual. Seketika kemudian Nurse yang bertugas keluar sambil menyorong kerusi roda. Dengan berkerusi roda, isteri aku dibawa masuk ke wad bersalin. Aku menanti penuh debar dan harapan agar semuanya selamat tanpa sebarang masalah. Lebih kurang 10 minit menanti, seorang nurse meminta pakaian baby dan isteri aku. Segera aku bertanya tentang keadaan isteri aku. Menurut nurse tersebut, isteri aku selamat bersalin sejurus tiba di hospital dan kedua-duanya selamat dan sihat. Namun bila ditanya lelaki atau perempuan, beliau menjelaskan akan membawa bayi aku keluar sebentar lagi untuk diazankan tanpa memberitahu jantina. "Aik, nurse nie nak main teka-teki ke dengan aku" getus aku dalam hati.




Tunggu punya tunggu, jam sudah menunjukkan pukul 2.00 pagi namun baby masih belum dibawa keluar untuk diazankan. Tiba-tiba dalam kemamaian, aku terdengar nama aku dipanggil untuk membawa beg pakaian isteri dan baby aku ke Wad Kenanga 4 kerana mereka telah di hantar ke sana. Sesampai di pintu utama untuk ke wad, aku terpaksa melayan soalan 'ramah mesra' dari Pengawal Keselamatan yang bertugas yang seolah-olah sangsi dengan penjelasan yang aku berikan. Setelah menghubungi rakan setugas di wad berkenaan untuk mendapatkan kepastian, barulah aku dibenarkan masuk. Setibanya di Wad Kenanga 4, pintu pula dikunci dari dalam hingga memaksa aku menekan loceng untuk memanggil Pengawal Keselamatan untuk membukakan pintu.





Sebaik dibenarkan aku segera mencari katil yang menempatkan isteri dan baby aku kerana aku dah tak sabar untuk mengetahui jantina baby. Dan apabila aku sampai di katil, aku lihat isteri aku sedang menanti dan menyambut ketibaan aku dengan senyuman hambar. Aku lihat baby aku sedang tidur lena di katil kecil bersebelahan. Tak sempat aku bertanya, isteri aku dah menjelaskan "lelaki lagi bang". Aku bersyukur kerana isteri dan baby selamat dan sihat walau sedikit kecewa kerana hajat untuk menimang seorang puteri belum tercapai.





Kelahiran kali amat mudah dan senang. Sampai saja ke hospital, terus bersalin hinggakan nurse tak sempat memanggil aku untuk bersama kerana proses kelahiran berlaku dengan singkat dan pantas. Mungkin berkat air selusuh zam-zam yang dibuat oleh ayah aku yang dibacakan dengan ayat ke 78 surah An-Nahl maka kelahiran kali ini hanya dengan sekali teran sahaja. Dan menambahkan lagi kekecohan apabila nurse yang menyambut kelahiran berseorangan apabila nurse yang lain entah ke mana 'lenyap'nya hinggakan apabila baby dah selamat keluar tapi tali pusat belum dipotong kerana nurse tersebut perlu memastikan uri keluar kesemuanya. Apabila doktor masuk, dia yang terpaksa melakukan kerja-kerja yang sepatutnya dilakukan oleh nurse. Setelah hampir selesai, barulah nurse-nurse yang 'lenyap' tadi muncul dengan wajah keselambaan setelah dipanggil oleh doktor. Jutaan terima kasih yang tak tak terhingga aku ucapkan kepada nurse Fitri binti Baharuddin yang amat cekap dan berpengalaman menyambut kelahiran baby aku bersendirian. Walau apa pun yang berlaku, aku bersyukur kerana isteri dan baby aku selamat dan sihat. Nasib baik sempat sampai ke hospital. Kalau tak jadi 'bidan terjun' lah aku menyambut kelahiran di dalam kereta.



Di blog aku yang tak seberapa nie, aku ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada nurse-nurse di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Triang, nurse-nurse di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh dan nurse-nurse di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Kemayan di atas dedikasi dan komitmen kalian dalam menjalankan tugas yang diamanahkan. Semoga apa yang kalian lakukan mendapat ganjaran dari Allah SWT. Terima kasih jua kepada rakan-rakan blog yang sentiasa memberi nasihat dan kata-kata semangat serta doa yang kalian panjatkan. Moga kalian juga beroleh zuriat yang soleh dan solehah.









15 December 2008

079 : Aku Di Saat Kecederaan

Menghitung hari demi hari…menanti saat lahirnya seorang bayi yang ketiga dalam hidup aku merupakan detik yang amat mengujakan…terasa waktu amat malas untuk berdetik…sesaat dirasakan seminit…seminit terasa sejam…sejam bagaikan sehari…sehari ibarat seminggu…hingga aku menjadi penghitung waktu yang setia. Tarikh dijangka bersalin ialah 22hb Disember 2008 namun baru-baru nie aku terpaksa mengejarkan isteri aku ke hospital gara-gara rasa sakit yang memulas perut ditambah pula dengan kebimbangan terhadap tahap kandungan gula yang tinggi dalam darah…namun setelah diperiksa oleh doktor…tiada tanda-tanda yang isteri aku akan bersalin dan setelah ditahan wad sehari…dia dibenarkan pulang…hairan juga aku bila doktor menyatakan ianya hanyalah sakit perut biasa dan bukannya sakit nak bersalin.





Dan yang menambahkan kehairanan pada diri sendiri ialah…ini bukanlah kelahiran pertama yang aku nanti tapi yang keempat…tapi entah mengapa aku jadi gabra semacam menantikan kelahiran kali ini…mungkin disebabkan oleh kebimbangan terhadap tahap kandungan gula dalam darah yang tinggi hingga memaksa isteri aku menjalani ujian tahap kandungan gula seminggu sekali…dan mungkin juga tahap keterujaan yang tinggi kerana aku amat mengharapkan kelahiran kali ini merupakan seorang bayi perempuan…walau telah 4 kali di ‘scan’ namun doktor tetap menyatakan yang jantina bayi di dalam kandungan isteri aku tak dapat dipastikan kerana bayi di dalam kandungan mengepit kelangkangnya…entah ya entah tidak aku tak tahu sebab bila aku sendiri yang tengok di skrin monitor…apa yang aku nampak hanyalah warna hitam putih yang bergerak-gerak…dan mungkin juga ditambah dengan kenangan silam yang amat pahit yang berlaku pada Disember 2001 masih kuat mencengkam hidup aku menjadikan aku amat gementar dan gugup menanti kelahiran kali ini.


Walau apa pun…aku amat berharap yang kelahiran kali ini selamat keduanya iaitu ibu dan anak. Bila difikirkan soal jantina…aku jadi pasrah kerana segalanya Allah yang tentukan. Cuma aku mampu berdoa semoga dikurniakan seorang puteri yang akan menambah seri dalam keluarga aku. Moga doa aku akan termakbul nanti…Insyallah.

30 November 2008

078 : Baru Seminggu Tapi Aku Dah Lupa Kalendar

“Ngape awok tok gosok baju kemeja abang? Soal aku pagi Isnin itu setelah selesai solat subuh. “Abang nie mimpi apa nak suruh saya gosok baju kemeja, kan ke sekolah dah cuti” balas isteri aku yang membuatkan aku terkesima seketika. “Laa…cuti dah ke? Soal aku kembali inginkan kepastian. “Iye…dah seminggu dah cuti…nie masuk minggu kedua dah”jelas isteri aku yang masih kehairanan dengan sikap aku pagi itu.

Nak kata aku nie nyanyuk…muda lagi. Nak kata aku nie guru yang berkaliber…tak pun. Kalau berkaki lebar tue, ye betul. Nak kata aku nie guru yang berdedikasi…tak juga. Kalau Daddy kasi, mungkin juga. Tapi kenapa pagi Isnin baru nie aku boleh terlupa yang sekolah dah cuti. Selalunya kalau kena pergi sekolah, aku minta sangat yang tiba-tiba jer cuti. Atau pagi tue bertukar menjadi pagi Sabtu atau Ahad. Dan sekarang bila sekolah bercuti tiba-tiba aku jadi rajin nak ke sekolah.

Aku membayangkan keadaan aku 25 tahun yang akan datang. Pada tarikh 19hb Mac 2033. Ketika itu usia aku 56 tahun dan aku dah pun bersara. Tentu hari pertama bergelar pesara nanti aku akan jadi tak tentu arah. Mesti tak tahu nak buat apa. Bangun pagi lepas solat Subuh mesti nak berpakaian kemas dan nak ke sekolah padahal aku dah pun pencen. Mahu demam sebulan aku untuk membiasakan diri yang aku nie bukan seorang guru lagi tapi bekas guru.

Aku tengok ramai guru-guru yang bila dah pencen jadi macam orang sasau. Buat itu tak kena buat ini tak betul. Segala apa yang dilakukan serba tak kena dan tak menjadi. Ada bekas cikgu aku masa sekolah rendah dulu, seminggu dia dah pencen asyik ke sekolah terakhir dia berkhidmat. Lepak-lepak kat kantin, borak-borak dengan cikgu-cikgu dan dalam pukul 9-10 pagi balik rumah. Perkara yang dah jadi rutin selama berbelas tahun dan ada yang berpuluh tahun memang sukar nak dihakis dalam diri. Bila dah pencen rasa jadi macam orang lain. Rasa baru terlepas dari satu bebanan tanggungjawab yang maha berat yang dipikul selama bergelar guru.

Aku fikir ada baiknya kerajaan rangka satu pelan tindakan bagi membantu para guru yang bakal bersara untuk menyesuaikan diri selepas tamat berkhidmat dengan kerajaan seperti tentera yang diberi kursus khas selama setahun sebelum tamat tempoh perkhidmatan. Kasihan para guru yang telah pencen terpaksa berhadapan dengan satu situasi konflik dalam diri sendirian tanpa sebarang bantuan atau nasihat. Dan KGSK (Kumpulan Guru Simpanan Kerajaan) merupakan satu tindakan wajar yang dilakukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi membantu guru-guru pencen menyesuaikan diri dengan suasana baru selain mengatasi masalah kekurangan guru terlatih.

Bagi aku pula yang masih ada 25 tahun lagi tempoh perkhidmatan merasakan ianya satu tempoh yang amat panjang. Macam-macam perkara yang boleh berlaku. Entah-entah tak dan ke pencen dah meninggal. Apa pun aku berazam melakukan yang terbaik untuk mendidik anak bangsa.

27 November 2008

077 : Kali Ketiga Dan Aku Pun Menyumpah



Hujan petang Ahad yang lalu agak luar biasa lebatnya. Sejak pukul 4.00 petang awan mendung menguasai langit namun tidak mengugurkan titis hujan. Namun menjelang 6.00 petang segalanya berubah. Awan mendung memuntahkan hujan maha lebat hinggakan perlawanan suku akhir Liga Parlimen di antara Durian Tawar menentang Purun terpaksa dihentikan atas faktor keselamatan.



Hujan masih mencurah dengan lebatnya walau waktu telah pun berganjak ke pukul 7.00 malam. Aku hanya termanggu di tepi tingkap memerhatikan titisan kasar hujan laju menujah bumi. Kelam menyelubungi suasana. Sesekali langit dipancari cahaya kilat disertai guruh yang berdentum. Hati menjadi gusar. Longkang di belakang rumah semakin disenaki air. Lubang 'kalbot’ semakin ditengelami air.



Ketika jam menghampiri 8 malam, hujan masih gagah menerjah bumi. Aku semakin resah gelisah. Sekejap ke depan sekejap ke belakang. Ketika aku keluar dari bilik air, tiba-tiba ruang dapur dimasuki air. Semakin lama semakin banyak air yang berlumba memasuki ruang dapur. Aku hanya mampu memerhati dan kemudian berusaha mengalih barang-barang ke tempat yang lebih tinggi. Sedang kelam kabut memunggah barang, aku dikejutkan dengan teriakan Si Are-an memberitahu yang ruang tamu juga dimasuki air. Segera aku membantu isteri yang termengah-mengah bersama perut yang semakin memboyot mengangkat sofa ke ruang tengah.



Lewat 9 malam, hujan semakin reda amukannya. Namun air yang memenuhi ruang tamu dan ruang dapur belum menunjukkan tanda-tanda untuk mengundur diri. Lambat dan perlahan air semakin surut meninggalkan daki kotoran di dinding. Hampir sekaki lebih kedalamannya. Tinggal beberapa inci lagi akan memasuki ruang tengah. Alhamdulillah air semakin surut dan hampir jam 10 yang tinggal hanyalah lumpur dan sampah-sarap yang perlu dibersihkan. Dan malam itu tidur aku tidak lena. Acapkali terjaga dan segera bangkit meninjau melalui cermin tingkap, bimbang kiranya hujan turun lagi dan rumah dinaiki air sekali lagi.


Selama 31 tahun aku hidup dan tinggal di rumah ini, inilah kali pertama rumah aku dinaiki air. 2 kali sebelum ini dalam tempoh sebulan lebih, air hanyalah sekadar menjengah di kaki tangga. Malu-malu untuk bertandang. Dan kali ketiga, ia menjadi kurang ajar. Mengajar aku yang sekarang cuti mengajar. Memasuki rumah aku tanpa segan silu.

Sumpah seranah aku bukanlah pada air yang kurang ajar memasuki rumah walau tidak dipelawa. Tetapi kepada pihak kontraktor tapak pembinaan IPD dan Kuarters IPD Bera yang hanya gah pada nama ‘BINA HORMAT” tapi langsung tidak menghormati kesejahteraan penduduk sekitar. Mereka yang biadap itu sewenang-wenang menimbus sistem perparitan yang telah berkhidmat puluhan tahun tanpa gagal mengalirkan air ke Sungai Triang. Tindakan mereka yang bodoh sombong ini telah menyekat aliran air sehingga berlakunya banjir kilat gara-gara limpahan air hujan yang terhalang dek timbunan tanah semata-mata untuk dijadikan laluan lori dan jentera untuk melintasi bagi memudahkan kerja mereka.



Sumpah seranah aku berpanjangan bila aduan yang aku kemukakan dipandang sepi oleh pihak berwajib. Aduan yang aku ajukan seolah-olah omongan kosong di warung kopi. Jawapan yang aku terima sekadar janji yang bagaikan menanam tebu di tepi bibir. Namun tindakan langsung tidak diambil. Dan pesan aku hanya satu, ‘Jangan sampai darah derhaka Jebat mengalir di tubuh aku’.



Nota lutut dan kaki: Siapa ada C4?, jual kat aku…aku nak bom tanah yang menghalang laluan air longkang tue...

18 November 2008

076 : Bila 'Minyak' Aku Naik.

"Lima" arah aku ringkas kepada jurupam Stesen Minyak BHP Kerayong sambil tangan tergesa-gesa menyeluk poket untuk mengeluarkan duit hingga terlupa membuka tudung tangki minyak petrol motor Yamaha 80cc. Sememangnya petang itu aku dah lambat untuk ke latihan bola sepak di padang SMK Seri Bera.

Sedang aku terkial-kial mengeluarkan duit dari poket, tiba-tiba aku terpandang reaksi muka jurupam yang ingin menyatakan sesuatu kepada aku tetapi tidak terucap...aku pun menganggukkan kepala serta mengerakkan kening ke atas sebagai isyarat bertanya "Kenapa?". Dengan teragak- agak jurupam itu menunjuk ke arah tangki motor. "Aik takkan dah penuh?", getus aku dalam hati kehairanaan apabila mendapati terdapat titisan minyak petrol menitik ke lantai simen lalu menjengok kerana pandangan aku terhalang oleh 'seat' yang ditegakkan.

"Bodoh! Ini tangki 2T laa bangang" jerkah aku yang mengakibatkan orang ramai yang sedang mengisi minyak petrol memandang kehairanan. Terlepas kata-kata carutan dari mulut aku setelah mendapati tangki minyak 2T dipenuhi minyak petrol."Ngape ke bengap sangat awok nie sampaikan tangki 2T dengan tangki petrol pun tok kenal, nie tangki 2T, bahlol. Nie haa tangki petrol, gampang!" Carut aku lagi sambil menunjuk ke arah tangki 2T dan tangki petrol. Jurupam itu hanya terkebil-kebil tanpa sepatah kata. "Dah jangan nok buat muke tok bersaloh pulok. Sekarang awok isi petrol dalam tangki nie", arah aku sambil membuka tudung tangki petrol setelah hati aku bertambah sakit melihat ke‘sardin’an muka jurupam itu.

"Apa pasal incik malah-malah ini macam?" tiba-tiba kedengaran suara amoi berkaca mata yang bekerja sebagai penyelia menegur aku dari belakang. "Lu tengok sendiri laa apa lu punya budak sudah bikin. Mana punya orang lu angkat kerja?, wa ingat aaa kalau babi boleh cakap mesti lu angkat kasi kerja" marah aku yang semakin meruap-ruap setelah berpaling dan menunjuk ke arah tangki 2T yang penuh dengan minyak petrol."Tak pa tak pa nanti wa panggil olang kasi tolong sama lu" kata amoi itu lalu beredar menuju ke arah pejabat. "Wei amoi tak yoh laa...awok potong jek gaji samdol nie" jerit aku lalu menekan gear, pulas "throttle" dan beredar dari situ tanpa membayar harga petrol...

Entah mengapa dan kenapa petang itu marah aku menjadi-jadi sedangkan bukanlah sifat aku untuk mudah marah...2 hari selepas kejadian itu aku mengisi minyak petrol di stesen yang sama dan sempat aku bertanya pada salah seorang jurupam perihal jurupam yang aku marahi tempohari... "Orang Vietnam, marah jek bang...nyusohkan orang betul, dah ramai dah yang komplen pasal dia...sampaikan saya nok jage pam sendiri pun tak dapat, kejap-kejap kena tengok dia buat kerja, tak tolong kang tokey bising" panjang lebar penjelasan jurupam tersebut sedangkan aku hanya bertanya "Orang mana tue?".

Selepas mendengar penjelasan dari jurupam 'peramah' itu. Aku hanya mengukir senyuman kelat. Timbul rasa kesal di hati kerana memarahi jurupam Vietnam itu namun ego aku terlalu angkuh untuk memohon maaf. Aku sekadar memerhati dan jauh di sudut hati aku sebenarnya teramat kagum dengan kegigihan dan kesungguhan jurupam Vietnam itu yang sanggup dari jauh merantau ke sini demi sesuap rezeki yang halal. Aku membayangkan bagaimana sekiranya aku terpaksa berkelana mencari rezeki di tempat asing. Mampukah aku sedangkan selama ini aku hanya betah di sini.

14 November 2008

075 : Andai Aku Miliki Hikmat Naruto

Aku dihadapkan dengan dua pilihan yang memaksa aku memilih 1 di antara 2. Pertama, menyertai pasukan bola sepak PSKPP Bera ke Kuantan dan terlepas perlawanan suku akhir bersama pasukan Kerayong FC menentang pasukan Bukit Serdang. Kedua, menyertai pasukan Kerayong FC menentang pasukan Bukit Serdang dan terlepas peluang membantu pasukan PSKPP Bera dalam usaha merangkul gelaran juara buat kali pertama. Ini kerana perlawanan itu akan berlangsung serentak pada hari Sabtu 15.11.2008.

Kerayong FC merupakan pasukan kampung tumpah darah aku yang majoritinya dianggotai anak-anak muda jati Kampung Kerayong. Peluang untuk melangkah ke peringkat separuh akhir amat cerah. Andai berjaya memenangi perlawanan itu nanti, RM 5,000.00 di dalam genggaman. Dan semakin cerah untuk ke perlawanan akhir untuk merebut gelaran juara Liga Parlimen Bera yang menjanjikan habuan RM 10,000.00.

PSKPP Bera merupakan pasukan yang mewakili PPD Bera ke kejohanan peringkat negeri Pahang. Pasukan ini terdiri daripada guru-guru dan kakitangan yang berkhidmat di sekolah atau ppd. Pasukan ini turut menyertai Liga Parlimen Bera namun kandas di pusingan kedua. Kali terakhir aku turut serta dalam pasukan ini ialah pada tahun 2003 semasa kejohanan dilangsungkan di Pekan.

Perasaan aku berbelah bagi. Kiranya aku tidak menyertai pasukan PSKPP Bera, pasti rakan-rakan yang lain akan merasa kecil hati dan beranggapan aku mementingkan diri sendiri. Dan kiranya aku menyertai pasukan PSKPP Bera, pasti rakan-rakan pasukan Kerayong FC pula yang berkecil hati dengan aku. Sedangkan kedua-duanya aku ingin sertai.

Di saat dan ketika ini…aku membayangkan watak kartun Naruto yang mempunyai hikmat untuk meng‘klon’kan dirinya bagi mengelirukan perhatian musuh yang ditentang. Andai Naruto benar-benar wujud pasti aku akan menuntut ilmu tersebut. Ini kerana aku akan menggunakan hikmat itu untuk men‘dua’kan diri supaya nanti aku boleh berada di dua tempat yang berasingan pada waktu yang sama. Atau poket ajaib Doraeman yang dapat mengeluarkan satu alat yang dapat menjelmakan diri aku menjadi dua. Atau setidak-tidaknya menemui saudara Dzulkarnain Mohamad untuk bertanyakan perihal mana-mana bomoh atau dukun yang dapat meminjamkan hantu raya peliharaan mereka untuk menyerupai aku supaya aku dapat berada di dua tempat serentak.

11 November 2008

074 : Aku Hanya Seorang Suami

Aku hanya seorang suami...
yang menerima setulus hati seorang isteri...,
Janji yang termeterai di akad nikah kita musim yang lalu...,

Salam kuhulur buat menyapa hatimu nan luhur...,
Bersamalah kita harungi derita yang datang...,
Bersatulah kita tempuhi nikmat yang bertandang...,
Denai perkahwinan pasti dihujani air mata...,
Biar kita rasa : Rupanya syurga itu sangat tinggi maharnya...,

Isteri...,
Tidak kutagih setia...,
Sesetia Hawa...
Atau kerinduan menggila Laila yang sangat dalam...,
Terimalah kehadiranku di sudut tersuci di dalam hatimu...seorang suami.

p/s: Sajak ini aku tujukan khas untuk isteri tercinta di hari lahirnya pada hari ini...11.11.2008...moga dirimu tegar mengharungi suka duka, payah getir dan onak duri hidup bersamaku...

03 November 2008

073 : Baru Aku Tahu

Banyak perkara yang masa kecil dulu aku tak tahu…tapi kini aku dah tahu…itu pun selepas 31 tahun hidup…

Baru Aku Tahu 1 :

Dulu tok sedara aku kerja dengan JKR…dia cakap JKR maknanya Jangan Kerja Rajin…sebab tue dia banyak ngular masa nyabit rumput tepi jalan…ada juga yang cakap JKR maknanya J**** K***** Rabik…jadi bila nampak jer orang k*****…mula laa perhatikan j**** diorang…tapi entang mana rabiknya tak pula aku nampak…bila dah besar baru tau…upernyer JKR singkatan bagi Jabatan Kerja Raya…

Baru Aku Tahu 2

Masa kecil dulu…tiap kali tengok warta berita di TV 1…pasti aku tertunggu-tunggu berita tentang “Agong” sebabnya mak aku selalu cakap kat aku… “haa…tengok tue “Agong” masuk tv”… “Agong” pada masa tue ialah Sultan Pahang…bila dah sekolah…aku jadi pelik…ngape Agong dah tukar orang lain pulok…Lepas tue baru aku tau…Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dilantik 5 tahun sekali di kalangan sultan-sultan bagi negeri2 yang ada sultan kat Malaysia nie…

Baru Aku Tahu 3

Dulu suka sangat tengok Khalid Ali main bola kat dalam tv…kalau main bola dengan rodong2…mesti nak jadi Khalid Ali…sampai berebut2 dan bermasam2 muka sebab tak dapat jadi Khalid Ali…bila dah besar baru aku tahu yang Mokhtar Dahari lagi hebat…

Baru Aku Tahu 4

Masa kecil dulu…suka dengar lagu Sudirman…lagu yang ada lirik ‘tulis nama atas batu’…aku pun pakat dengan rodong2 cari batu yang besar2 dan tulis nama kitaorang kat atas batu… ‘pakai baju bunga2’…menjerit melolong laa aku minta mak belikan baju yang ada bunga2…tapi bila dah besar baru aku tahu yang Sudirman memang hebat orangnya…menyanyi sedap…berlakon pandai…jadi peguam lagi tue…bangga aku jadi orang Pahang sebab ada orang Pahang yang sehebat dia…

Baru Aku Tahu 5

Dulu bila dengar Ito nyanyi lagu “Apo Nak Dikato”…aku pun ikut nyanyi sama…‘kalau boleh nak bising2 kat pokan Soromban’…ada 1 hari tue…kat dalam kereta…pasang radio Sinar FM… kebetulan keluar lagu nie…aku pun apa lagi terus nyanyi sama…tengah syok nyanyi…tiba2 isteri aku tegur… “bukan bising2 laa bang tapi pusing2”…terus aku kena gelak sakan…sekarang nie tiap kali dengar jer lagu tue…mesti isteri aku gelak kat aku…ooo baru aku tahu…

31 October 2008

072 : Protes Aku Dalam Diam

“Lu olang Melayu talak komplen ka? Lu tengok ini palang sulah losak…sikalang macamana lu olang mau main bola…nanti lu olang lali…lu punya kaki aaa masuk itu lobang…kita olang cina aaa…talak main bola tapi kita olang mesti mau komplen punya”

Kata-kata seorang Apek tua pada petang itu bagaikan tumbukan padu Mike Tyson yang mengakibatkan aku merasa kehilangan jati diri sebagai seorang Melayu…Apek tua itu saban petang setia melakukan senaman ringgan dengan berjalan anak keliling 2 buah padang bola…dari cara berjalannya aku rasa dia telah mengalami lumpuh sebelah badan akibat ‘strok’…

Aku hanya mampu berdiam diri tanpa terdaya melepaskan walau sebutir perkataan… lambat dan amat payah…aku ukirkan senyuman kelat sebagai tanda aku masih mempunyai budi bahasa seorang Melayu…lalu bangkit perlahan menuju ke bucu padang menyertai beberapa orang kawan yang telah pun mula bermain bola dengan bertiangkan gol kecil dari ranting kayu yang dicacakkan…



Sejak beberapa hari yang lalu…keseronokkan aku bermain bola sedikit terganggu apabila ramai yang tidak turun bermain gara-gara kerja-kerja pemasangan khemah yang sedang giat dijalankan bagi mengadakan GERAK USAHAWAN pada 1 dan 2hb November nanti…hampir 20 buah khemah pelbagai bentuk dan saiz sedang giat dipasang dan didirikan sebagai tempat untuk diadakan pameran, jualan, forum perdana dan persembahan artis…



Apa yang amat mendukacitakan ialah dalam usaha menjayakan program GERAK USAHAWAN…pihak berkuasa tempatan bersikap endah tak endah, acuh tak acuh dan ketidakcaknaan terhadap kerosakkan yang bakal dialami oleh padang tempat warga Bera beriadah saban petang…seolah-olah pihak berkuasa tempatan beranggapan program itu lebih penting dan utama daripada Kejohanan Liga Parlimen Bera yang dinaungi oleh Dato’ Ismail Sabri Yaakob, Menteri Belia Dan Sukan Malaysia yang juga Ahli Parlimen Bera...yang kini telah pun memasuki peringkat suku akhir namun ditangguhkan ke satu tarikh yang belum ditetapkan…



Kerosakkan yang dialami bukan sedikit…penggunaan jentera ‘forklift’ untuk memunggah besi-besi khemah, lantai khemah, kanopi dan lain-lain telah mengakibatkan permukaan padang kini menjadi berlekuk dan beralur serta terbongkah sana sini…bagi mendirikan tiang khemah, lubang digali tanpa memikirkan kerosakkan permukaan padang yang dianggap sebagai kedua terbaik di negeri Pahang selepas Padang MPK di Kuantan oleh Yang Teramat Mulia Tengku Muda Pahang sewaktu berkunjung bersama skuad Liga Super Pahang pada tahun lepas…keadaan ini jelas amat mendukacitakan dan seolah-olah memperlekehkan kewibawaan serta amanat Menteri Belia Dan Sukan yang ingin melihat kemajuan sukan terutama oleh para belia di daerah Bera…



Seorang sahabat baik, salah seorang kakitangan pihak berkuasa tempatan yang dihubungi melalui sms memberitahu “Tapak pun free..awok tanya la menteri pembangunan usahawan dan MARA yang kata sanggup baiki semula padang...dah cakap dalam mesyuarat...kami pun tak tahu dia bawak masuk treler ngan kanopi yg berlantai cam tu...mmang jahanam dah padang tu...gara2 org atasan takut kat org politik...apa kita boleh buat...awok kalo ada cara buat la...koi nak tngok juga..."



Dan protes aku yang hanya mampu dalam diam…kepekaan dan kecaknaan phak berkuasa tempatan amat dituntut bagi memastikan keadaan padang selepas berakhirnya program itu nanti diperbaiki dan selepas ini perlu lebih tegas dalam memberikan persetujuaan kepada mana-mana pihak sekali pun yang berhasrat untuk menganjurkan sebarang aktiviti mahu pun program...bukan aku anti terhadap sebarang usaha yang dilakukan untuk kemajuan bersama cuma apa yang amat aku harapkan ialah sebarang tindakan yang diambil perlu diperhalusi dan dipantau serapi mungkin supaya tidak berlaku situasi 'win lose' sebaliknya konsep 'win win' perlu diterapkan demi kebaikan bersama...



Kepada Pegawai Daerah Bera yang tidak pernah aku tegur dan sapa...aku ingin berpesan...jalankanlah tugas yang diperamanahkan dengan sebaik mungkin...jangan nanti setiap perbuatan dan tindakan akan dipersoalkan di akhirat kelak... Kepada Apek tua yang menyedarkan aku tentang hak dan jati diri sebagai seorang Melayu yang mempunyai hak dan keistimewaan...aku ucapkan terima kasih dan aku juga mendoakan semoga Apek tua itu sihat selalu...dan kepada sahabat aku...inilah yang termampu aku lakukan...tetap memprotes walau dalam diam...

30 October 2008

071 : Kisah Aku Di Malam Itu

Sejak dua minggu yang lalu…guru-guru pelatih di Maktab Perguruan Kota Bharu semester 2 1997 berkelakuan ganjil…ada yang bercakap seorang diri…ada yang mulut terkumat-kamit seolah-olah membaca jampi serapah…ada yang tiba-tiba ketawa bagaikan orang sasau…ada yang hentak-hentak meja dan tak kurang juga yang hanya tersengih bak kerang busuk…

Fenomena ini berlaku angkara ‘Drama Fest’ yang dianjurkan oleh English Language Society dengan kerjasama Unit Bahasa Inggeris…sebagai salah satu aktiviti persatuan dan juga sebagai persediaan untuk Kerja Kursus Berfortfolio…semua kelas semester 2 diwajibkan menyertai…tiada yang terkecuali waima kelas Pengajian Agama/Kajian Tempatan(PA/KT)…

Hari yang dinantikan telah pun tiba…memandangkan bilangan kelas yang banyak…undian terpaksa dilakukan bagi membentuk 2 kumpulan…kumpulan pertama akan mempersembahkan drama mereka di Dewan Wawasan manakala kumpulan kedua akan mempersembahkan drama mereka di Dewan Bakti…setiap kumpulan terdiri daripada 6 kelas dan pertandingan dijalankan serentak bagi menjimatkan masa…

Maka bertempurlah mereka di atas pentas mempersembahkan lakonan pincang dalam menyebut perkataan Inggeris yang amat payah untuk mereka tuturkan dan amat perit telingga mendengarnya…dalam 12 drama yang dipersembahkan…aku tertarik pada persembahan lakonan oleh guru-guru pelatih kelas Matematik/Kajian Tempatan(MT/KT)… mereka mempersembahkan satu lakonan ritual masyarakat Melayu Pantai Timur dalam menyembuhkan penyakit sampukan…

Apa yang menariknya…lakonan yang dipersembahkan seolah-olah ‘hidup’…dari jalan cerita, watak dan ‘prop’ yang digunakan semuanya melambangkan keunikan tradisi yang diwarisi sejak zaman berzaman…penceritaan yang diatur susun serapi mungkin dalam menghayati semangat ulik mayang atau main puteri menghidupkan kembali tradisi yang semakin luput membuatkan aku terpegun…aksi pelakon yang melakonkan watak tok dukun yang sedang merawat pesakit meremangkan bulu roma, membeliakkan mata dan melopongkan mulut aku yang sejak dilahirkan tidak pernah menyaksikan upacara ritual seperti ini…dan aksi pelakon yang menjayakan watak pesakit yang seakan benar-benar dirasuk menjadikan aku terpingga dan tertanya-tanya… “macam betul-betul kena rasuk jer??”…

Peringkat saringan awal telah berakhir…6 kelas terpilih untuk ke peringkat akhir yang akan diadakan selang 2 hari lagi…kesemua kelas yang terpilih ke peringkat akhir mempergiatkan latihan bagi memantapkan lagi lakonan masing-masing…di antara 6 kelas yang layak ke akhir…kelas MT/KT turut layak dengan mendapatkan markah tertinggi menjadikan mereka calon terbaik untuk menduduki tahta teratas apabila keputusan diumumkan nanti…atas inisiatif sendiri…mereka telah memperhaluskan lagi setiap gerak lakon dengan diindahkan lagi dengan penggunaan ‘prop’ yang sebenarnya…



Pada malam sebelum hari pertandingan akhir…kelas MT/KT telah mengadakan latihan terakhir mereka di Dewan Wawasan di saat-saat kesibukan kami pihak urusetia melakukan kerja-kerja akhir sebelum pertandingan…sempat aku menonton sambil memasang tirai dan menyemat perhiasan berkelip-kelip sebagai latar pentas…suasana pada peringkat awal latihan mereka agak tenang dan lancar…sesekali pecah gelak di kalangan para pelakon apabila babak yang dilakonkan tidak menjadi dan mencuit hati mereka…

Namun apabila memasuki babak upacara merawat pesakit atau main puteri…kemenyan di atas tempat pembakaran pun dibakar…semerbak bau menusuk ke rongga hidung…suasana bertukar suram dan muram…iringan muzik ulik mayang dari radio memecah keheningan…Tok Dukun memulakan aksi…semua mata yang hadir tertancap pada gerak tubuh yang berliang-liuk sambil mulut terkumat-kamit membaca sesuatu di hadapan sekujur tubuh yang terbaring di atas tikar mengkuang…asap dari pendupaan kemenyan mulai berpual-pual memenuhi ruang pentas…kini giliran pesakit pula beraksi…tubuh digerak-gerakkan ke kiri dan kanan…tangan diacung ke atas sambil melambai-lambai…lalu bangkit duduk berlunjur…sambil mata dibeliakkan ke kiri ke kanan… ke atas ke bawah…mulut seperti menyebut sesuatu tapi tidak berulas butir…dan terus menerkam Tok Dukun sehingga jatuh terlentang ke belakang…entah mengapa pesakit yang tadinya garang tiba-tiba jatuh terperenyak lalu pengsan…

Masing-masing yang hadir menjadi panik apabila aksi yang dilakonkan tidak tercatat di dalam skrip…aksi yang pada mulanya sekadar lakonan menjadi sesuatu yang benar-benar terjadi…keadaan bertambah kelam kelibut apabila lampu dewan tiba-tiba terpadam…aku yang ketika itu berada di belakang dewan teraba-raba di dalam gelap…jerit pekik laungan guru pelatih perempuan kedengaran membingitkan lagi suasana…dalam teraba-raba mencari pintu keluar…sekonyong-konyong aku terlihat api menyambar lampu kalimantan..amat jelas di mata aku melihat api yang mulanya kecil terus marak melingkari mentol dan sejurus kemudian aku membuka langkah seribu meninggalkan belakang pentas menuju ke arah pondok jaga yang terletak lebih kurang 50 meter dari Dewan Wawasan…

Keesokkan paginya Pengetua mengumumkan pertandingan itu dibatalkan…semuanya angkara babak ulik mayang atau main puteri yang tiba-tiba menjadi kenyataan…apa yang menghairankan aku sehingga kini ialah api yang aku lihat menyambar lampu pada malam itu langsung tidak meninggalkan sebarang kesan…tiada langsung kesan terbakar pada mentol itu malah ianya berfungsi dengan baik selepas kejadian yang mengemparkan itu…pada Zohor tengahari itu diadakan bacaan Yassin dan doa selamat yang dikepalai oleh Ustaz Ghazali atau lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Janggut Merah gara-gara kegemaraan beliau menginaikan janggutnya…dan menurut seorang bomoh muda yang juga merupakan sahabat sekampung salah seorang guru pelatih…kejadian berlaku akibat main puteri yang disertai dengan bauan kemenyan yang kononnya telah menarik perhatian makhlus halus yang sememangnya telah wujud bertapak sejak zaman penaklukan Jepun kerana tapak Maktab Perguruan Kota Bharu yang kini dikenali Institut Perguruan Kota Bharu dahulunya merupakan sebuah hospital Tentera British…

Hingga kini aku masih tertanya-tanya apakah benar semua kejadiaan yang berlaku…bukannya aku tidak mempercayainya cuma merasa sangsi kerana bomoh muda yang mengubat guru pelatih yang kerasukkan itu kelihatan seperti seorang penghidu gam tegar kerana hidungnya yang sentiasa berair dan hanya memakai seluar pendek paras lutut semasa merawat dan menawan ‘7 puteri’ yang dimasukkan ke dalam 7 botol yang berasingan dan dibuang ke dalam 7 perigi buta yang berlainan…dan salah seorang guru pelatih perempuan sekelas dengan aku yang turut menjadi mangsa histeria pada malam kejadian itu…setelah di ‘rawat’ dan ber ‘pantang’ memakai pakaian warna hitam…entah kenapa dan bagaimana…telah menjadi isteri kedua seorang pensyarah yang amat terkenal dengan kehebatannya mencipta lirik lagu yang puitis termasuklah lagu yang menjadi tema blog ini yang didendangkan oleh sebuah kumpulan rock terkenal…yang tak pernah menyertai ekspedisi berakit di Sungai Pahang dan bekas pemain dramnya kini membuka sebuah restoran ‘Happy’ di tempat aku…


p/s: Kejadiaan ini benar2 berlaku dan sehingga kini menjadi tanda tanya dalam diri...

25 October 2008

070 : Aku vs 'Zorro'

“Takiem, awok tak nok ‘servis’ ke motor…cuti semester lagi 2-3 hari jek lagi” tanya aku pada Mustakiem yang tengah asyik melayan perasaan sambil mendengar lagu nyanyian Siti Nurhaliza dan 2by2… “Koi dah servis semalam…ngape?” balas Mustakiem sambil menghembuskan asap rokok Dunhill yang tinggal separuh… “Ngape tak ngajok koi…koi tak ‘servis’ lagi nie…spoket pun dah haus tak berganti lagi…moh temankan koi gie ‘servis’ motor jap” pinta aku yang sememangnya malas nak keluar seorang diri… “Malas laa koi…koi ada study group kat Medan PGP pukul 5 kang” jawab Mustakiem yang tiba-tiba jadi rajin belajar…Maka petang itu…aku keluar ke Kota Bharu seorang diri untuk men ‘servis’ motor sebab cuti semester dah nak bermula…seperti biasa motor merupakan pengangkutan utama aku untuk balik kampung sekiranya cuti semester yang panjang…

“Abe, tolong tukar minyak hitam, cuci ‘karberator’ dan tukar ‘spoket’… ” pinta aku pada abang pomen yang tengah sibuk mengorek ‘block’ motor RX-Z… “Demo tunggu menta deh…pomen sore lagi gie beli air…tok kelik2 lagi” jawab abang pomen sambil meneruskan korekannya…Aku pun duduk di atas bangku bulat sambil merenung ke arah jalanraya yang sibuk dengan kenderaan yang bertali arus menuju ke destinasi masing-masing…

Tiba-tiba pandangan aku terpaku pada sebatang tubuh yang berpakaian serba hitam sedang berjalan di tengah-tengah pembahagi jalan… “Aik, Zorro mana pulak yang terlepas nie” bisik aku di dalam hati apabila ternampak gelagat seorang lelaki dalam lingkungan 40-an yang berpakaian ala Zorro…dari topi, baju, seluar, penutup mata dan kain mantel yang diikat di leher…sebijik macam Zorro…siap dengan pedang yang tersisip rapi di pinggang… “Ada gak orang yang sanggup pakai macam nie…mana kudanye…ntah2 kuda dia abis ‘angin’ kot…” bisik aku dalam hati sambil tersengih seorang diri memerhatikan gelagat ‘Zorro’ yang semakin menghampiri bengkel motor tempat aku berdiri…

“Hoi…gapo’ kelih2…mu tok penoh kelih ore’ ko!” jerkah ‘Zorro’ tiba-tiba sekaligus mematikan sengihan aku… “Mu mari sini…kalu mu tok mari…aku gie lek nu…aku te’ mu…” sambung ‘Zorro’ lagi sambil cekak pinggang… “Alamak…apa aku nak buat nie?” aku berbisik di dalam hati sambil jantung berdegup kencang…masa tue kalau ditoreh muka aku…memang tak keluar darah…pucat sungguh…

“Abe, mu mari kat ambo…jange caro ke dio…tok betul tue” tiba-tiba abang pomen bersuara menyelamatkan aku yang tengah ‘gabra’ sehabisnya…sepantas kilat aku meluru ke arah abang pomen yang masih lagi mengorek… “mu dok di’e…jange kelih…jange kecek gapo” arah abang pomen…aku pun akur dan hanya tunduk membisu sambil memerhatikan abang pomen mengorek…

“Nate nie…aku kecek nge mu nie…mu nok mapuih ko? herdik ‘Zorro’ yang dah terpacak kat depan aku…aku hanya diam membisu… “Ko mu nie tuli? tanya ‘Zorro’ lagi sambil menunjal kepala aku dengan tangan… “Aik…nie dah lebih nie…” getus aku dalam hati… Aku jeling abang pomen…mengharap simpati dan bantuan namun dia asyik dengan kerja dia seolah-olah tiada apa yang berlaku… “Ah sudah…keluar pedang pulok…mati aku ari nie” aku berbisik setelah melihat ‘Zorro’ mengeluarkan pedang dari sarung… “Ya Allah…Kau selamatkanlah hamba Mu ini…” doa aku di dalam hati sambil mata terpejam rapat menanti kepala tergolek ke lantai…

Tiba-tiba aku terasa sesuatu menyentuh leher…aku pun mengucap…ntah berapa kali aku mengucap…aku pun tak tahu…apa yang terlintas di otak aku ketika itu hanya mati…lama juga ‘Zorro’ meletakkan pedang di leher aku tanpa berbuat apa-apa…aku buka mata dan jeling pedang yang terhunus di leher… “Aik apasal pedang nie warna merah” bisik aku dalam hati kehairanan…“Kah kah kah…takut mati demo nie ruponyo” pecah gelak ‘Zorro’ sambil mengetuk ‘pedang’nya beberapa kali ke kepala aku dan berlalu dari situ…Aku terpingga-pingga memerhatikan ‘Zorro’ beredar bersama dekahan ketawanya…

“Nasib baik demo dok die’…kalu demo lawe’ dio tadi…teruk demo keno te’…dio tue gilo…bini dio lari ikut jate’ lain…tue hok’ jadi gilo tue…doh rama’ doh hok keno maroh denge’ dio…pede’ tue pede’ plastik…buke’ pede’ betu’…kalu pede’ betu’..doh lamo keno igat ngan polis…” jelas abang pomen yang tiba-tiba bersuara meredakan sedikit kegugupan aku setelah dimarahi ‘Zorro’…aku rasakan semangat aku sedikit demi sedikit kembali setelah menyorok meninggalkan jasad aku apabila leher aku hampir-hampir terputus…

Kejadian ini berlaku semasa aku ingin men ‘servis’ enjin motor sebagai persiapan untuk balik kampung sempena cuti semester 1998…sampai sekarang kalau ternampak orang gila…cepat-cepat aku pandang ke arah lain…aku jadi risau dan bimbang kalau-kalau orang gila tue tiba-tiba menyerang dan memarahi aku…aku tak ingin kejadiaan lama berulang kembali…serik dah aku…

p/s: selepas entri nie...aku nak buat sedikit perubahan kat blog nie...nak tahu?...kena laa tunggu...he he he

22 October 2008

069 : Antara Aku, Mat Dan Awek Pesta Buku

Episod Akhir…

Keheningan pagi itu dicacatkan oleh jerit pekik guru-guru pelatih yang sibuk bersiap untuk ke sekolah bagi meneruskan praktikum fasa 2 yang masih berbaki 2 minggu…lantas membangunkan aku dari dari lena yang payah…sesungguhnya malam itu aku menderita dicengkam pedih dan ngilu yang amat sakit angkara luka dari kemalangan…

Sedang aku mengelamun…kedengaran ketukan di pintu…tanpa dipelawa…terjenggol kepala Pok Ya…lalu bersuara… “Nie gewe mu bagi sat nie”…sambil menghulurkan sekeping kertas putih yang dilipat-lipat…tanpa sepatah kata aku menerima huluran Pok Ya sambil tersengih sebagai tanda ucapan terima kasih…

Dengan malas aku membuka kertas itu…tertera bait-bait tulisan yang sangat aku kenal… 


"Kenapa tak bagitau yang awak kemalangan? Kenapa awak rahsiakan…nasib baik ada orang bagitau kat kita…kalau tak, awak mati pun kita tak tahu…kita nak jumpa awak…lepas sekolah kat KB…kita tunggu kat wakaf depan The Store”… ‘Love & Kiss’… ‘Lily'


“Ah sudah…rosak program aku hari nie…” bisik aku dalam hati setelah isi surat itu habis dibaca dan dilipat kembali…

Selesai mandi…aku menjengok Mat yang sedang lena diulit mimpi… “Ewah-ewah… kemain lagi dia…mentang-mentang laa dapat MC…dibantainya tido” bebel aku sambil menarik selimut yang menutupi tubuh kecil Mat… “Jangan lah kaco…koi nok tido nie…” balas Mat sambil merentap kembali selimut ‘sakti’nya… “Tido mendenye lagi…dah melohor dah nie” sanggah aku lalu kembali ke bilik untuk berpakaian meninggalkan Mat terus lena mengulit mimpinya…

Tepat jam 12.30 tengahari…aku dah terpacak kat depan pintu pagar utama Gelanggang Seni… “Mana nie…dah 12.35 dah nie” rungut aku dalam hati sambil melilau memerhati sekeliling di celah-celah orang ramai yang berpusu-pusu keluar masuk…Tiba-tiba terasa bahu aku disentuh dari belakang… “Lama dah ke abe tunggu?" kedengaran satu suara bertanya lantas aku berpaling…dan kelihatan seorang gadis ayu berbaju kurung tersenyum manis… “Eh Norzie…kenapa datang dari luar?...saya lambat ke?” aku bertanya setelah mendapati Norzie muncul dari luar Gelanggang Seni… “Dok eh’…Norzie tubit awa’ tadi…gie beli air…haus sungguh…” jawab Norzie lantas bertanya… “Lamo doh ko abe tunggu?”… “Tak…baru jer sampai” balas aku sambil mengajaknya ke gerai berhampiran…

“Norzie nak makan apa?”tanya aku sebaik saja kami mendapat tempat sambil melambai ke arah pelayan perempuan yang asyik bersembang… “Emm…Norzie nok nasi aye’ denge’ air sirap…” pinta Norzie sambil membetulkan tudungnya…“Iskk…mana boleh…habis ayam nak makan apa nanti” tingkah aku melawak… “Eee…abe nie…sajo nok buat ore’ gere’…” balas Norzie sambil melepaskan cubitan di lengan aku… “Adoi sakit laa…” jerit aku sambil mengosok lengan bagi meredakan keperitan yang terasa… “Nampak gayanya lepas nie saya kena pegi hospital…minta tambah MC lagi sehari…” aku bersuara sambil membelek-belek lengan… “Ah tok ke’ sampai gitu more sekali” balas Norzie kembali…

Sebaik pelayan selesai meletakkan makanan yang diminta…Norzie bersuara “Abe nie eksiden ko?...balut sano…tampa’ sini…male’ ore’ tanyo tok ser ngaku”… “Ya, saya eksiden semalam…dengan kereta…” balas aku yang tak jadi nak menyuap nasi ke mulut… “eksiden mano?” tanya Norzie yang sekali lagi membantutkan hasrat aku untuk menyuap makanan… “Kat depan Gelanggang Seni laa…petang semalam masa saya nak gie sekolah…takkan Norzie tak tau?.. “Norzie tok tau pun…tapi saing’ Norzie ado cito…dio royak ado ore’ eksiden tapi dio tok royak sapo-sapo…cumo dio royak…motor langgar keto…” jelas Norzie yang belum pun menyentuh nasi…Aku hanya mengangguk sambi mata menjeling ke arah jam… “Ah sudah…pukul 1.10 dah upernye…” getus aku dalam hati sambil menyedut milo ais…

Suasana selepas itu agak kaku dan beku…sesekali terpancul beberapa patah perkataan dari mulut kami yang asyik mengunyah…aku tiba-tiba kehilangan ‘mood’…semuanya angkara permintaan awek aku yang ingin berjumpa…lantas mematikan nafsu aku untuk mengatal dengan Norzie…selesai makan, aku menghantar Norzie sehingga ke bahagian buku yang dijaganya…semasa aku menghantar Norzie…beberapa pasang mata milik wajah ayu memerhatikan kami…aku lihat Norzie seakan bangga sebangga-bangganya…namun aku rasa kesal sekesal-kesalnya…kerana peluang aku untuk mengatal dengan mereka tertutup serapat-rapatnya…

Sejurus keluar dari Gelanggang Seni…aku memecut pula ke wakaf depan ‘The Store’…untuk bertemu Lily…awek sekelas yang banyak bersusah payah kerana aku…sambil otak ligat berputar…mencari alasan terbaik untuk dipersembahkan nanti…

TAMAT

p/s: Sejak bertemu buat kali pertama…itulah juga kali terakhir aku bertemu Norzie…selebihnya kami hanya berbual melalui telefon…kali terakhir aku mendengar berita tentang Norzie ialah melalui surat yang dikirimnya dari Pulau Pinang…memaklumkan sebaik tamat pesta buku…dia mengikut sepupunya bekerja di sebuah kilang elektronik…selepas itu aku putus hubungan dengannya…mungkin kini dia telah berumahtangga dan memiliki cahaya mata…semoga Norzie berbahagia selamanya…

15 October 2008

068 : Antara Aku, Mat dan Awek Pesta Buku

Episod 3

“Hello, Assalammualaikum…boleh cakap dengan Norzie?” aku bersuara selepas kedengaran suara halus manja menjawab panggilan telefon… “Menta deh…” pinta suara halus itu sejurus kemudian kedengaran suara laungan memanggil “Mek Nor…gewe mu nok kecek nie”… “ulks..baru kenal dah jadi gewe…nie sudah bagus…” bisik aku dalam hati…

“Hello…sapo nie? Kedengaran suara gemersik bertanya di hujung talian… “Orang laa takkan patung boleh bercakap…” Jawab aku mengusik… “Yo laa tapi sapo kecek nie? Nada suara itu mula meninggi… “Beke’ nyo dio…ramai sunggoh kali gewe dio?” aku membalas dalam loghat Kelantan yang kedengaran seperti orang Siam… “Jange laa maie-maie…kito tok ser laa kecek lagu nie…”suara itu kedengaran semakin meradang… “Ok…ok…saya laa…kan kita jumpa semalam kat Gelanggang Seni…tak ingat ke?”…balas aku mengingatkan… “Ooo cikgu ke…maaf laa tak perasan tadi” jawab suara itu dalam nada agak terkejut dan tiba-tiba hilang loghat Kelantannya… “Maaf laa kalau menganggu…Norzie buat apa tadi? Tanya aku pula… “Tak buat apa pun saje tengok tv…”jawab Norzie dan kemudiannya bertanya… “Cikgu dah makan?... “Iskk…jangan laa panggil cikgu…panggil laa abang ke…sayang ke…”balas aku dengan nada mengatal… “Belum makan lagi” jawab aku setelah tiada respond dari Norzie… “Laa kenapa tak makan lagi…tak lapar ke? Norzie bersuara bimbang… “Saya tunggu Norzie…” aku menjawab tapi tergantung… “Kenapa tunggu Norzie pula?" tanya Norzie kehairanan… “Tunggu Norzie suapkan laa”balas aku yang makin mengatal… “Aloh abe nie…ngado sungguh…” jawab Norzie yang diikuti ketawa kecil…

“Norzie…”panggil aku memecah kesunyian selepas lidah masing-masing menjadi kelu… “Esok Norzie kerja ke?" tanya aku… “Kerja…”balas Norzie pendek… “Norzie rehat pukul berapa?" tanya aku lagi yang inginkan kepastian… “Norzie rehat pukul 12.30…kenapa abe tanyo?”…Norzie pula bertanya inginkan jawaban… “Kalau kita jumpa besok, boleh?pinta aku bersama harapan setinggi gunung… “Nok jumpo?...buat ngapo jumpo?tanya Norzie yang kejap bercakap dalam loghat biasa…kejap loghat Kelantan… “Saya nok belanje Norzie...” jawab aku pula dalam loghat Pahang… “Tak nyoh susoh-susoh laa abe belanjo Norzie…simpan pitih tue dalam bank…”Norzie bersuara seolah-olah tidak berminat… “Alaa boleh laa kita jumpa esok… pujuk aku penuh pengharapan… “Simpan duit dalam bank pun nak buat apa…”aku berkata setelah Norzie diam membisu… “Simpan banyok-banyok pitih tue…pastue abe mari pinang Norzie…” agak serius suara Norzie…

“aaaaa…” aku menjadi gagap setelah mendengar penjelasan Norzie… “he hi he…”tiba-tiba kedengaran bunyi ketawa yang ditahan-tahan… “Norzie gurau jer laa tapi kalau betul-betul pun tak pe…lagi bagus…” jelas Norzie yang tersirat maksud tersembunyi… “Orang cakap betul-betul…dia main-main plak…” aku bersuara dalam nada seakan merajuk… “Ok laa esok kito jumpo tapi abe tok ngaja’ ko? Akhirnya Norzie bersetuju… “Tak…saya MC esok…” jelas aku yang diikuti soalan dari Norzie “MC??...abe deme’ ko?”… “Tak demam pun”jawab aku pula… “Abis tue sakit ngapo?” tanya Norzie kebingunggan… “Sakit jatuh” balas aku ringkas… “Jatuh dari gapo’…motor ko?tanya Norzie agak cemas… “Tak lah…” jawab aku berbohong… “Abis jatuh dari gapo’…”Norzie bertambah hairan… “MC sebab sakit jatuh cinta…”jelas aku sambil ketawa… “Tengok tue kito sungguh-sungguh dio maie-maie pulok…”Norzie bersuara seolah merajuk… “Maaflah…takkan gurau pun nak merajuk…”aku cuba memujuk… “Esok kita jumpa yer…Norzie tunggu kat depan pintu pagar pukul 12.30 tau…nanti saya datang…” jelas aku penuh kegembiraan… “Ok Norzie tunggu…kalau abe tok mari…tok se’ kecek nge’ abe doh…” balas Norzie mengugut… “Insyallah saya datang punye…ok laa esok kita jumpa…bye” aku mengakhiri perbualan telefon yang hampir setengah jam lamanya…

Bersambung laa pulak… he he he

13 October 2008

067 : Antara Aku, Mat dan Awek Pesta Buku

Episod 2

“Gone kite nie…nak gie sekoloh jugok ke?” Tanya aku bila motor mula bergerak selepas beberapa kali cuba di’hidup’kan… “Abis budok-budok gone gayenye…diorang dah lame nunggu kite sampei” Jawab Mat sambil mengesat darah kat dagu… “Takkan kite nok gie jugok dengan berdarah sana sini…pinggang koi nie terasa lagi sengalnye hempap dok awok” balas aku yang mula meradang dengan semangat Mat yang tak kena tempat, masa dan ketika… “Gini laa, kite tepon sekoloh bagitau yang kite ekcident…pas te kite gie spito…pedih luke nie” cadang aku yang akhirnya diakuri oleh Mat…

“Cik, kami nie baru lepas kemalangan…jadinya kami nak dapatkan rawatan” Mat bersuara selepas kami tolak menolak di depan kaunter pendaftaran Jabatan Pesakit Luar… “Bagi IC dan masuk ikut pintu belah kanan” arah petugas kaunter...kami pun masuk bilik rawatan dan menunggu… “Ah lambatnye…buruk dah muke dok nunggu kat sini…dah laa pedih luke nie” rungut aku bila kami dah menunggu hampir 5 minit… “Sabor laa ckit…tok nyabor langsung…macam laa awok sorang jek yang luke…koi pun luke jugek” balas Mat yang dari mula masuk asyik menjeling kat jururawat pelatih yang tengah menulis sesuatu kat meja… “Eleh takat luke kat dagu tue pun nok kecoh ke” balas aku sambil menahan kepedihan luka di pipi, lengan, lutut dan buku lali akibat bergesel dengan tar jalan…sejurus kemudian 2 orang jururawat pelatih menghampiri kami untuk memberikan rawatan...

“Bagus gek berlanggor tadi…dapat MC 2 hari” aku bersuara sambil membelek kertas MC dan menuju ke arah motor untuk pulang ke asrama… “Memang bagus pun…dapat koi ngejas nurse tadi…cun jugok” balas Mat sambil memakai helmet… “Dapat nombor tepon?” Tanya aku sambil men 'yetart’ enjin motor… “Die dok asrama, tak dek no tepon” balas Mat sedikit hampa… “Wei Mat, kite gie gelanggang seni balik nok? Cadang aku bila sampai kat pintu keluar masuk hospital… “Nok buat menda?”… “Alaa saje jer…cuci2 mata…ramai awek cun kat situ”balas aku yang sedang membelok ke arah jalan menuju ke Gelanggang Seni… “Giler awok…buatnyer omputih tue ada lagi kat situ…tok pasei2 dia mintok ganti rugi”ugut Mat pula… “A’aah yek…mujur awok kabor…klau tok saje jer kena bayor” jawab aku sambil merancang malam nanti nak menelefon awek pesta buku yang aku jumpa semalam…

Bersambung lagi…

10 October 2008

066 : Antara Aku, Mat Dan Awek Pesta Buku

Episod Pertama

"Wei cepat laa dah lambat nie"teriakan Mat sayup-sayup kedengaran di corong telinga aku yang tengah sedap berdengkur kerana kepenatan akibat di'observe' oleh pensyarah...perlahan-lahan aku bangkit capai tuala dan terus ke bilik air..."Awok tunggu koi nok mandi jap"pinta aku yang dibalas dengan bebelan maut oleh Mat.

"Ikut jalan nie cepat sikit"arah Mat yang membonceng di belakang sambil menuding ke arah kiri apabila sampai di Simpang 4, Pengkalan Chepa. "Ikut nie laa, koi nak tengok awek yang koi 'adjust' semalam"jawab aku sambil tekan gear 1 dan pulas minyak bila lampu isyarat bertukar dari warna merah ke warna hijau.

"Banyok pulok kereta hari nie siap dengan bas budok sekoloh lagi"Bebel Mat tak sudah2 apabila kami melintas di hadapan Stadium Sultan Muhamad ke 4 dan menghampiri Gelanggang Seni..."Memang laa ramai kan ada Pesta Buku kat Gelanggang Seni"balas aku sambil menukar gear bagi mendapat 'pick up' untuk memotong deretan bas..."Mana awok tau?tanya Mat lagi..."Koi tau laa pasei koi dah gie semalam"jawab aku sambil mata melilau memandang kiri kanan memerhati kot-kot ada awek yang kerja kat Pesta Buku..."Bila?Gampang, tok ngajok pun koi"tanya Mat lagi..."Masa te"..."Jageee kereteeee"...jerit Mat...serentak dengan itu kedengaran bunyi dentuman hasil perlanggaran motor aku dengan sebuah kereta yang sedang membelok ke kanan...dan aku pun melayang bak Superman diikuti Mat yang bagaikan melekat kat belakang aku.

Antara sedar tak sedar…sayup-sayup dan samar-samar aku dengar suara riuh rendah mengerumun aku dan Mat…terasa berat belakang aku…nak bangun pun payah…aku berpaling…rupa-rupanya Mat jatuh atas belakang aku…patutlah berat sangat…dan tangan dia masih erat memeluk pinggang aku…

Tiba-tiba seorang lelaki menghampiri kami… “Demo tak dok gapo ko?”tanya dia sambil membantu aku bangun dari jatuh yang amat menyakitkan…aku tak jawab sebab masih pane’… “Mari kito gie spita…dekat jaa nu” tambah lelaki itu sambil menunjukkan arah Hospital Besar Kota Bharu… “Tak pe…tak pe sikit jer nie” balas aku sambil berjalan terhencut2 ke arah motor Yamaha SS kesayangan…Aku lihat lengan dan siku berdarah…kat muka pun ada darah…rasa pedih sesangat…aku panggil Mat untuk tegakkan motor…aku lihat dia tak berapa teruk…luka sikit jer kat dagu…

Lepas tegakkan motor yang tumbang…aku nampak pemandu kereta tue sedang meneliti kerosakan keretanya… “Laa Mat…kita langgar omputih rupernye”kata aku pada Mat berjalan ke arah omputih tersebut… “I’m sorry, sir” itu jer yang terkeluar dari mulut aku dan aku terus blah ngan Mat…omputih tue terpingga-pingga…teruk gak kemik pintu kereta Nissan Ad Resort… “nasib awok laa” bisik aku dalam hati…

bersambung

06 October 2008

065 : Tag Pelik Tentang Aku

Entah apa sebab musabab tetiba saudara dzulkarnain mohamad buang tebiat menge'tag' aku untuk menceritakan 15 perkara pelik tentang diri…apa kejadah nak cerita kat orang tentang diri aku…Ah malu laa aku kalau orang lain tau…tapi tak pe laa…disebabkan ini ‘tag’ pertama yang aku dapat…rasa seperti satu penghormatan untuk aku…jadi aku layan kan juga ‘tag’ nie…

State 15 weird things/ habits/ little known facts about yourself.- The 10 people I tag are to then to follow my footsteps and write their own 15 weird things/habits and little known facts.- No tag backs (as in once I’ve done this, please don’t tag this exact tag again)

Aku Pelik 1 :

Aku anak bongsu dari 8 adik beradik. Oleh itu aku amat manja. Sampai sekarang pun aku masih ‘duduk bawah ketiak mak’ walau dah berkeluarga…selalu juga aku curi2 letak kepala kat atas peha mak…

Aku Pelik 2 :

Aku nie memang tak reti nak ber ‘shopping’…dari zaman bujang sampai sekarang memang tak suka ber’shopping’…beli pakaian pun bila perlu jer…kalau tak jangan harap aku nak beli…

Aku Pelik 3 :

Aku seorang pengeli kucing…bukan takut tapi geli…kalau nampak jer kucing…aku dah ‘standby’ untuk halau kucing tue jauh2…bukan apa…aku tak suka kucing tue gesel2 kat kaki aku sebab aku rasa geli sesangat…pernah masa aku darjah 3…tengah belajar dalam kelas…tiba2 aku melompat atas meja…sebabnya ada seekor kucing gesel kaki aku tanpa aku sedari…kecoh 1 kelas dengan gelak ketawa kawan2…malunya aku…

Aku Pelik 4 :

Aku bukan seorang yang kidal…aku menulis guna tangan kanan tapi kalau tulis sms…aku guna tangan kiri…kalau guna tangan kanan untuk tulis sms…aku jadi kekok dan lambat…bila main bola pula…aku sepak bola guna kaki kiri…kalau sepak guna kaki kanan…jawabnya bola yang aku sepak tue entah ke mana perginya…

Aku Pelik 5 :

Aku memang bengap Matematik…masa belajar dulu…otak aku akan kaku tiap kali belajar Matematik…aku pun tak tahu kenapa dan mengapa…sampai sekarang pun kalau suruh baca sifir 8 pun aku tak hafal tapi kalau Bahasa Inggeris aku pandai…siap dalam mimpi pun cakap Bahasa Inggeris…masa SPM 95 aku dapat A1 untuk Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu C3 dan Matematik P7…

Aku Pelik 6 :

Aku seorang yang tak suka ‘ngeteh’(minum teh sambil borak2 kosong di kedai)…bagi aku buang masa walau ada yang beranggapan aku nie anti-sosial…lantaklah orang tak anggap apa sekalipun…asalkan aku tak nyusahkan orang…kalau aku ‘ngeteh’…dah tentu sekali-sekala aku kena bayar…bukan kedekut tapi jimat cermat…

Aku Pelik 7 :

Aku tak pernah lagi kena 'Chickenpox" atau demam cengkerik…nie yang aku risau sebab abang aku baru kena sebelum puasa pada usia 38 tahun...kena tahan wad seminggu dan MC dua minggu...sampai sekarang kesan parut masih ada lagi...kalaulah kena kat aku nanti...macamana laa aku nak hadapi…

Aku Pelik 8

Aku nie jenis yang kalau orang buat baik kat aku sekali…10 kali baik akan aku balas kat orang tue tapi kalau orang tue buat jahat sekali kat aku…10 kali jahat aku akan balas balik...

Aku Pelik 9

Aku jenis yang tak banyak cakap…kalau orang tanya…aku cukup payah nak menjawab tapi bila mood aku nak bercakap...tak de orang pulak yang nak mendengar...

Aku Pelik 10

Aku tak pandai bersiul...dah puas aku cuba try test tapi yang keluar cuma angin dan air liur jer…

Aku Pelik 11

Dulu aku kurus…pakai seluar pun pinggang saiz 29…tapi sejak kahwin…seluar aku saiz 34…dulu paling berat pun 52kg tapi sekarang 72kg…dulu aku cerewet bab makanan tapi sekarang…makanan yang aku tak pernah makan masa bujang pun dah jadi kegemaran aku…contohnya tempe, petai dan maman…dulu aku tak suka memancing…siap kutuk ‘kaw-kaw’ kat member yang kaki pancing…tapi sekarang aku suka memancing terutama memancing udang galah…

Aku Pelik 12

Aku seorang pembenci perokok yang tegar…aku rela hidu bau kentut dari hidu bau asap rokok…aku boleh berkawan baik dengan perokok tapi kalau ada kursus di hotel…aku lebih rela tidur dalam kereta daripada tidur sebilik dengan perokok…

Aku Pelik 13

Aku tak pandai berenang walau masa kecil dulu mandi sungai merupakan salah satu aktiviti utama aku di waktu petang…macam2 cara dan teknik telah diajar oleh kawan2 …macam2 petua yang kawan2 cadangkan seperti masa berenang letak biji saga dalam poket seluar dan tangkap daun yang gugur dari pokok sebelum ia jatuh ke tanah dan letak bawah bantal sebelum tidur…ternyata semua petua dan tunjuk ajar mereka sia2 kerana sampai sekarang pun aku tak reti berenang…

Aku Pelik 14

Aku seorang yang takut pada kelajuaan…dulu masa aku pandu Proton Saga Aeroback 1.5 keluaran 91…aku beranggapan yang kereta aku yang tak laju bila kereta Kancil senang2 potong kereta aku kat highway sedangkan meter kereta aku dah menunjukkan angka 100…tapi sekarang bila dah pandu kereta Avanza…aku masih dipotong macam sayur dek pemandu2 kereta yang ber ‘cc’ lebih rendah daripada aku…rupanya kelajuan bukan terletak pada ‘cc’ kereta tapi tahap keberanian orang yang memandu…

Aku Pelik 15

Aku seorang yang ‘simple’ lagi sempoi…pakaian asasi aku ialah jeans, t-shirt round neck dan selipar…manakala kemeja dan seluar slack serta kasut kulit hanya untuk waktu bertugas sahaja…kalau kat rumah…aku senang berseluar pendek tanpa baju…bagi aku kain pelikat hanya untuk solat bukan untuk dipakai waktu tidur…


Cukup 15 perkara pelik tentang aku walau aku boleh tulis lebih lagi…Aku tak nak ‘tag’ sape2 sebab aku tak suka kena ‘tag’…tentu orang lain pun tak suka kena ‘tag’ juga…harapan aku ini ‘tag’ pertama dan terakhir yang perlu aku jawab…moga Dzulkarnain Mohamad berpuas hati…

04 October 2008

064 : Ulang Tahun Kedua Blog "Aku Masih Di Sini"

Tanggal 4 Oktober 2006...wujudlah blog ini dengan tema Aku Masih Di sini...pada asalnya hanyalah untuk suka-suka sahaja tapi disebabkan oleh keterbiasaan maka ianya menjadi sesuatu yang menyeronok dan menyenangkan...

Tahun 2007...aku menyepi...lama juga hampir setahun tanpa sebarang entri...namun aku tetap mengekalkan blog ini walaupun bersawang...aku pun tak tahu kenapa aku tiba-tiba hilang mood... mungkin kerana orang yang memperkenalkan aku dengan dunia blog telah pun memadamkan blognya...

Dan 4 Oktober 2008...di saat kemeriahan Aidilfitri disambut girang gembira oleh umat Islam...aku turut menyambut ulangtahun ke-2 blog aku nie...walau tiada majlis rasmi bagi meraikannya...namun kewujudan blog ini amat besar erti dan membawa sejuta makna kepada aku...

Bagi aku...blog akan mendatangkan manafat sekiranya digunakan dengan cara yang betul dan blog juga boleh mendatangkan keburukkan jika ianya disalahgunakan...blog tempat aku meluahkan segala rasa yang aku rasa...blog tempat aku berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman yang berguna untuk dikongsi bersama...blog adalah medium untuk mengeratkan ikatan silaturrahim sesama insan...dan blog juga selalu digunakan oleh pihak tertentu untuk menyebarkan fitnah...memarakkan lagi api persengketaan...dan bermacam2 lagi perkara yang boleh mengundang musibah...

Oleh itu...aku berblog bukan kerana nama, pangkat, harta mahu pun kuasa...aku berblog hanya kerana aku adalah aku dan aku ingin menjadi aku yang seadanya...

p/s: Bagi yang belum mengetahui asal-usul kejadian blog nie...bolehlah baca entri nie...tue pun kalau sudi...
http://aku-masihdisini.blogspot.com/2006/11/tentang-blog-aku.html

26 September 2008

063 : Rutin Raya Aku

Tiap2 tahun rutin raya aku sama jer...Tak pernah berubah dari zaman aku bujang sampai laa isteri aku mengandung anak ketiga…rutin aku tetap sama...

Sebelum Raya(seminggu sebelum)

Rutin 1
Bersihkan kawasan rumah seperti meracun rumput keliling rumah, menyapu sampah dan mengelap cermin tingkap…(klau tak raya memang tak bersihkan pun…)

Rutin 2
Mencari kayu api untuk dijadikan bahan bakar semasa membakar lemang dan merebus ketupat…(pernah sekali tue…tengah ralit kerat kayu…ntah macam mana parang yang aku pegang terlibas ke kepala lutut…punya laa banyak darah keluar…ayah bawak aku ke klinik…doktor jahit lutut aku…raya tahun tue aku beraya dengan lutut berjahit…)

Rutin 3
Mengait buah kelapa untuk dijadikan bahan asas lemang, rendang dan kari…(tahun lepas aku panggil orang yang ada beruk untuk ambil buah kelapa tapi orang tue dah meninggal, jadi terpaksalah aku guna pengait tahun nie…)

Rutin 4
Mengambil daun kelapa untuk dijadikan sarung ketupat…(aku tolong ambil daun dan makan jer…menganyam memang aku tak reti)

Rutin 5
Menebang buluh untuk membuat lemang…(pilih buluh ayah…aku cuma tukang tebang dan kerat jer bila diarahkan)

Rutin 6
Mengupas dan memesin kelapa…(mengupas sehari sebelum…memesin lepas sahur puasa hari terakhir)

Rutin 7
Membakar lemang pada hari terakhir berpuasa…(yang ini paling mencabar…panas sungguh…rasa nak berbuka jer masa bakar lemang…pernah sekali tue aku dah tak tahan sangat dah…aku berbuka dengan minum air kosong…sampai kembung perut aku…yang hairannya asyik aku jer yang kena bakar lemang…pernah abang aku yang bakar tapi hangus…sejak dari itu aku dapat kontrak tetap…mak aku kata aku pandai bakar lemang…entah ye entah tidak aku tak tahu…atau mak saje nak bodek aku supaya aku jadi rajin…tapi masa kecil dulu…masa arwah tok aku masih hidup…dia memang terrer bakar lemang dan aku satu-satunya cucu dia yang rajin tolong dia sebab aku suka main api…mungkin secara tak sengaja…ilmu dia diturunkan kepada aku…he he he perasannya aku)

Semasa Hari Raya

Rutin 1
Bangun pagi2…lepas solat Subuh…siap2 nak sarapan…belah lemang…potong ketupat…bentang tikar…pas tue makan ramai2…seronok sungguh tapi rasa sayang jer nak makan sebab dah sebuan tak makan di siang hari…

Rutin 2
Lepas sararapn…siap2 nak ke masjid…pakai baju melayu siap dengan sampin…tapi aku kalau pakai baju melayu bersampin…memang tak suka baju melayu di dalam sampin…mesti aku pakai baju melayu di luar sampin…senang nak simpan duit raya kat dalam kocek…

Rutin 3
Lepas sembahyang raya…bersalam dengan mak ayah dan adik beradik yang lain…masa nie memang syahdu…rasa nak menitik air mata…lepas tue bergambar ramai2 1 keluarga…dan sesi memberi duit raya kepada anak2 buah…

Rutin 4
Bertahlil di kubur Kg Kerayong, Kg Mengkarak dan Kg Guai…menziarahi pusara arwah tok dan wan serta saudara mara yang telah meninggal dunia…

Rutin 5
Beraya kat rumah saudara mara…(sekarang laa…dulu masa bujang balik dari masjid terus tidur sampai ke senja…malam baru aku beraya sakan dengan member2 sampai 2-3 pagi…)

Selepas Hari Raya

Rutin 1
2-3 hari lepas raya…suasana kat rumah mak kembali sepi…tinggal aku sekeluarga dengan mak dan ayah jer…adik beradik yang lain semua balik rumah masing2…jadi aku laa yang kena kemaskan semua pinggan mangkuk periuk belangga kain baju yang ditinggalkan…kesian aku kat mak aku tue…buat kerja sorang2…kira anak yang soleh gak laa aku nie…

Rutin 2
Menghabiskan saki baki kuih raya yang kakak dan abang aku beli untuk mak dan ayah…biasanya kuih bergoreng aku suka laa…kalau kuih yang dibakar nie…kureng sikit…

Rutin 3
Selalunya duit dah banyak habis beli itu ini…masa aku bujang dulu…mulalah meraih simpati mak untuk pinjam duit…tapi sekarang nie…duit raya anak2 laa yang jadi mangsa…sebab tue sekarang nie aku suka beraya kat rumah saudara mara dan rodong2…yang sebelum nie aku tak pernah pergi pun sekarang nie aku gie beraya bawak anak2…untung2 diorang hulur duit raya kat anak2 anak…dapatlah aku gunakan sehingga dapat gaji…he he he jahatnya aku…

*Salam Aidilfitri untuk semua rakan2 bog sekalian…ampun dan maaf dipinta andai ada salah dan silap yang terbuat, terkata, terkutuk dan sebagainya semasa aku mengomen di blog kalian…semoga semuanya bergembira di hari yang mulia…*

18 September 2008

062 : Dajalnya Aku 2...


"Mat...cepat Mat cepat cari tiang...pegang kuat2" dengan termengah-mengah aku berteriak sambil segera memeluk tiang bangunan kayu yang menempatkan 5 buah kelas untuk guru pelatih semester 3..."ngape...ngape?tanya Mat kehairanan...dia yang sedang asyik 'mencuci mata' memandang guru pelatih perempuan semester 1 di bangunan bertentangan segera memeluk tiang..."Peluk jer laa, tak yoh banyok tanye"jawab aku sambil mengeratkan lagi pelukan... member sekelas semuanya terpingga-pingga dan terdiam kehairanan melihatkan aksi kami berdua...

"Mat jage2...dah dekat sangat dah nie"kata aku sambil memuncungkan mulut ke arah kelas sebelah yang menempatkan guru pelatih kursus PM/KH...Mat yang kebinggungan menanti dengan debar..."Haa Mat...pegang kuat2 jangan lepas"arah aku bila kelihatan saja tubuh yang sama besar dengan tong drum..."wei bergegor wei bergegor...gempe bumi wei"Mat berteriak sambil badannya diketarkan seolah-olah gempa bumi benar2 berlaku...

"Gampang betui budok 2 ekor nie...tak abis2 nak ngejek koi...awak ingat awak tue bagus sangat ke...dah laa sorang tue badan kenit macam budok2...sorang lagi kurus kering...tiup dek angin melayang"maki hamun sumpah seranah terhambur dari mulut pemilik tubuh sebesar tong drum memarahi kami...kami berdua hanya tersengih2 bak kerang busuk sambil memujuk empunya tubuh sebesar tong drum...

Itulah gelagat aku dan Mat setiap kali terserempak dengan Munirah...orangnya berbadan besar... sebesar badan Mek(Salam Pantai Timur) sebelum Mek tiba2 jadi kurus pula sekarang nie...namun dia tak pernah terasa hati dengan ejekan kami...malah menganggap kami hanya bergurau semata...dan pernah aku meminjam RM10/- dari dia untuk membeli nasi kerana aku kehabisan wang...baik hati orangnya...marah dan maki hamun hanya di mulut tapi tidak disimpannya di dalam hati...Di mana agaknya Munirah sekarang nie?...

16 September 2008

061 : Aku Dah Raya...

Gambar aku terpaksa di 'blur'kan untuk keselamatan dalam negara

Maghrib Ahad lepas...selesai berbuka puasa yang ke-14...aku terus mandi untuk bersolat...tengah syok mandi...tiba2 isteri aku panggil..."ngape?"tanya aku dengan muka yang penuh sabun..."GB abang anta mesej bagitau esok bawak baju melayu dan sampin"beritahu dia sambil membebel..."Gila apa suruh bawak baju melayu siap ngan sampin sekali"..."Mana laa abang tau dia nak buat apa...ke raya dah kot esok...mungkin dia dah nampak anak bulan Syawal"balas aku melawak...

Balik Terawikh...isteri aku tanya lagi..."Nak gosok ke baju melayu?"..."Gosok laa...yang kuning"jawab aku dengan mulut penuh dengan kuih rempeyek sambil menonton filem 'Are We Done Yet' di Astro HBO...rajin pula isteri aku nie nak gosok baju melayu...selalunya kalau tanya butang baju melayu mana pun disangkanya aku nak kahwin lain...teringat dialog filem 'Madu Tiga'..."Butang baju melayu abang mana Pah?"...

Pagi Isnin...aku ke sekolah berpakaian baju kemeja dan berseluar 'slack'...di tangan aku membimbit baju melayu serba kuning bersama sampin dan songkok...aku tak nak pakai terus sebab aku bimbang GB aku buat lawak bodoh bulan puasa nie...haru aku pakai baju melayu seorang diri...kalau hari Jumaat tak kisahlah sangat...nie hari Isnin...pas tue kena gelak dek cikgu2 lain sebab kemaruk sangat dah nak beraya...

Sampai sekolah aku tanya Dat..."Ngape GB suruh bawak baju melayu siap ngan sampin sekali?"sebab dia pun tak pakai baju melayu tapi pakaian rasmi PAR..."GB nok tangkap gambo untuk buat kad raye anto ke sekoloh2, ppd dan jpn"jawab Dat sambil tangan ligat menyapu sampah..."Buang tebiat apa orang tua nie...tiba2 nok buat kad raye...ke doh sampai 'seru'?"balas aku sambil buka pintu bilik...

Maka rehat hari tue...bergambar sakanlah semua guru dan staff SKBG di dataran perhimpunan...di bawah terik mentari pagi yang cerah...macam2 aksi dan gelagat dapat diihat...masing2 sibuk melaram dengan baju raya tahun lepas...suasana sejibik macam hari raya...siap salam2 lagi cuma tak ada makan dan minum jer...rasa macam artis laa pula bila ada orang tangkap gambar aku...aku nie jenis yang tak suka bergambar...maklumlah aku nie pemalu orangnya...tangkap gambar orang aku suka laa...

11 September 2008

060 : Dajalnya Aku...

Malam tue malam sabtu...suasana di asrama agak sunyi tanpa jerit pekik lolongan guru pelatih yang kebanyakkannya balik kampung...maka tinggallah kami yang merantau di negeri orang...

Kebosanan melanda diri...sejak balik dari Terawikh di masjid aku hanya terperap dalam bilik...melayan jiwa kacau sambil kedua tangan menyilang di atas dahi...mengelamun jauh ke langit ketujuh..."ahh bosannya malam ini"...hati kecil berbisik dan akal ligat berputar...jam ayam jantan kat atas meja study tepat pukul 11.30 malam...entah syaitan mana terlepas...tiba2 membisik menghasut aku...rancangan jahat terbayang di kotak fikiran...

"Mat, jom ikut aku jap..." pelawa aku tanpa beri salam mahupun ketuk pintu..."mana?" jawab Mat acuh tak acuh yang sedang khusyuk sangat menelaah komik 'Alam Perwira' yang dibeli siang tadi...mungkin dia tengah mendalami hikmat Si 'Ji Fat'..."ikut jer laa, baiknye projek nie"...dengan gaya kura-kura dia pun bangun dari 'peta dunia' yang dia lukis setiap malam...

"Kita berdua jer ke?...tanya Mat..."dah takkan nak ajak satu asrama nie"...jawab aku yang tengah turun tangga..."Ajok laa Jusni sekali"...saran Mat..."ikut awok laa"...Mat pun segera menuju ke bilik Jusni...tak lama kemudian mereka berdua pun sampai...

"Apa citer?"...tanya Jusni..."Ah awok nie, tak nyabor langsung"...jawab aku yang tengah mencangkung kat tepi longkang..."Gini, ustaz balik kampungkan.../\?"... "Ye"...jawab dek Mat..."Klau gitu Ewan tinggal sorang laa?"..."aah"...jawab Jusnie sambil betulkan ikat kain pelikat dia yang nak terlondeh..."Klau gitu...Mat, awok gie pinjam topeng dari Zaha...jumpa koi dengan Jusni kat belakang" arah aku sambil bangun dan menuju ke belakang bangunan asrama...

"Mat, ce awok intai Ewan tengah buat menda?"...arah aku selaku ketua operasi...Mat pun segera 'mengintai dari tirai kamar' ikut tingkap yang separuh terbuka..."Tido"...bisik Mat sambil membuat aksi orang sedang tidur..."Nie, awok gie kunci pintu bilik Ewan dari luar" arah aku lagi..."Nok kunci guna menda?" tanya Jusni kebanggangan..."Pakai laa apa2 pun asalkan dia tak leh kluor" jawab aku separuh marah...tak lama kemudian Jusni pun datang semula sambil tunjuk isyarat ibu jari...

Aku pun mulakan operasi utama...aku intai sikit dari celah tingkap...nampak si Ewan tengah sedap berdengkur sambil diiringi alunan muzik dari radio..."ooo sedapnye berdengkur...siap ko kejap lagi" bisik hati aku sambil syaitan yang terlepas tadi bersorak riang...aku pun hulur tangan ikut jaring besi tingkap...raba punya raba...jari aku dapat menyentuh butang "volume"...aku pun terus pusing dan bergemalah bunyi radio sekuat-kuatnya...serentak dengan itu juga Ewan bangun dan menerpa ke arah radio...cepat2 dia 'slow'kan volume...sambil tue mata dia melilau ke semua arah...kami bertiga jenuh menahan gelak sambil guling-guling atas lantai kaki lima...

Dalam 2-3 minit kemudian...kami intai semula...Ewan dah baring semula...tapi radio dah di'off'kan...aku pun hulur tangan dan meraba mencari butang 'on'...sebelum tue aku dah kuatkan volume ke tahap maksima...jumpa jer butang 'on/off'...aku pun tekan...bergemalah sekali lagi bunyi radio memecah kesunyiaan malam...Ewan, aku lihat melompat dari katil dan menerpa ke arah radio tapi kali nie kami dah nekad...kami pun sergah Ewan sekuat hati dan Ewan pun menjerit meraung melolong macam orang kena sampuk sambil menuju ke arah pintu...

"Tolong...tolong...tolong aku...ada hantu kacau aku...tolong wei..." jerit Ewan sambil menendang-nendang daun pintu...kami jadi cuak...bimbang dan risau pun mula bersarang di hati kami...bimbang kalau2 si Ewan nie pengsan ke atau betul2 histeria sampai hilang ingatan...tak pasal2 kami kena dakwa kerana menyakat sehingga mengakibatkan kematian... cepat2 kami meluru untuk membuka pintu bilik Ewan yang Jusni kunci dari luar...bila pintu bilik kami buka...Ewan meluru berlari ke arah luar pagar menuju ke arah asrama guru pelatih wanita yang jaraknya lebih kurang 50 meter tanpa berbaju hanya berseluar pendek sambil menjerit minta tolong sebab ada hantu nak makan dia...kami kejar Ewan dan dapat peluk dia betul2 kat pintu pagar asrama guru pelatih wanita...

"Wan, bawak mengucap Wan"...aku bersuara sambil memeluk dia dari belakang...Jusni pegang kaki dan Mat pula pegang tangan...Ewan masih meronta-ronta untuk melepaskan diri sambil menjerit "Mak tolong hantu nak makan ewan!!"...cepat2 aku tekup mulut dia dengan tangan dan arahkan Mat dan Jusni angkat Ewan balik asrama...separuh nyawa kami bertiga bergelut mengangkat Ewan yang meronta-ronta untuk melepaskan diri...sampai jer kat asrama kami bawa Ewan ke bilik air tingkat bawah dan jirus dia dengan air paip...barulah dia tenang dan sedar apa yang terjadi pada diri dia...

"Celake korang...babi sial anak haram" dan segala sumpah seranah maki hamun yang keluar dari mulut Ewan bila kami jelaskan yang kami hanya suka2 menyakat dia...mulut Ewan tak henti2 melepaskan perkataan2 carut marut yang terlintas di fikirannya walau berkali-kali kami minta maaf...aku tanya dia kenapa dia lari bila kami buka pintu dan panggil nama dia...dia jawab, mahu nye tak lari kalau dah hantu kejar dia...rupa2nya masa kami buka pintu bilik Ewan...kami lupa nak tanggalkan topeng muka hantu yang aku suruh Mat pinjam dari Zaha...patutlah makin dikejar makin laju larinya Si Ewan nie...

Esoknya gempar satu asrama tentang kisah Ewan dikacau hantu...macam2 cerita yang timbul...dan kami bertiga terpaksa merasuah Ewan supaya menyembunyikan cerita sebenar dengan membelanja dia berbuka puasa selama seminggu...

p/s: Ewan sekarang di Putrajaya melanjutkan pelajaran sepenuh masa, Mat pua mengajar di salah sebuah sekolah di Keratong dan Jusni kini mengajar di Felda Tekam. Dan aku pula...masih di sini...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...