Suka Blog Ini?

Ikut Dengan Email

Hati Seorang Isteri

23 January 2007

040 : Aku Merapu lagi...!

Adapun cerita ini tidak terdapat dalam mana mana hikayat dongeng melayu. Cerita ini telah dikarang sesedap rasa tanpa melibatkan mana mana pihak samada yang hidup mahu pun yang telah meninggal dunia. Sekiranya terdapat sebarang persamaan ianya adalah kebetulan.


Tersebutlah kisah di sebuah kampung yang bernama Kampung Serapat Serumpun. Adapun kampung tersebut dipimpin oleh seorang ketua kampung bernama Datuk Sekelentot. Diriwayatkan bahawa Datuk Sekelentot tersangatlah kayanya. Dikhabarkan kononnya kekayaan beliau tersangatlah banyaknya sehinggakan setiap sesuatu yang terdapat di Kampung Serapat Serumpun adalah miliknya.


Adapun, penduduk Kampung Serapat Serumpun hidup dalam aman dan damai. Tidak pernah terjadi sebarang kes kecurian ayam itik apatah lagi motorsikal mahu pun kereta kerana pada masa itu memang tidak terdapat pun kenderaan berenjin.


Walaupun keadaan Kampung Serapat Serumpun aman sentosa, namun hati dan perasaan Datuk Sekelentot sentiasa gundah gulana memikirkan nasib masa depannya kerana beliau tidak mempunyai anak Ielaki untuk mewarisi segala harta kekayaannya apabila beliau meninggal kelak. Beliau mempunyai seorang anak gadis yang lawanya mengalahkan Siti Nurhaliza. Semua pemuda di Kampung Serapat Serumpun tergila-gilakan anak gadis Datuk Sekelentot.


Maka hendak dijadikan cerita pada satu hari, Datuk Sekelentot telah mendapat buah fikiran bagaimana untuk mencari calon suami anak gadisnya merangkap menantu yang akan mewarisi jawatan ketua kampung serta kekayaannya.


Adapun diperkhabarkan bahawa buah fikiran Datuk Sekelentot ialah untuk mengadakan pertandingan berenang di kalangan pemuda Kampung Serapat Serumpun dan kawasan kawasan yang sama waktu dengannya. Diceritakan juga bahawa pertandingan berenang itu akan diadakan di sebatang sungai di Kampung Serapat Serumpun yang terkenal dengan aliran arusnya yang deras dan buayanya yang ganas-ganas belaka. Pemenang ialah sesiapa yang pertama berjaya berenang menyeberangi sungai dengan selamat tanpa sebarang kecederaan.Adapun pemenang akan menjadi menantu kepada Datuk Sekelentot.


Maka dicanangkan oleh orang suruhan Datuk Sekelentot bahawa tarikh pertandingan tersebut akan diadakan sepurnama lagi. SeteIah mendengar perkhabaran itu maka giatlah semua pemuda di Kampung Serapat Serumpun dan kampung kampung berhampiran berlatih bagi menghadapi pertandingan tersebut. Pagi petang siang malam tiadalah lain kerja mereka melainkan berlatih berenang.


Sepurnama berlalu, maka tibalah saat saat yang dinantikan. Berduyun duyunIah semua penduduk kampung menuju ke tempat pertandingan. Berasak-asaklah mereka di sepanjang sungai dari hulu hingga ke hilir.


Setelah kesemuanya hadir maka Datuk Sekelentot tampil ke hadapan pentas utama untuk memulakan pertandingan. Lalu beliau pun membilang, "1...2...3 mula!". Namun tiada seorang pun yang terjun ke dalam sungai kerana masing-masing menggunakan taktik tunggu dan Iihat. Adalah dipercayai sekiranya buaya-buaya telah kekenyangan membaham peserta peserta terdahulu maka mudahlah peserta peserta terkemudian memenangi pertandingan itu.


Timbul kehairanan di hati Datuk Sekelentot, laIu beliau mengumumkan bahawa beliau akan menambah ganjaran dengan menyerahkan kesemua harta kekayaan yang beliau miliki kepada pemenang. Lantas beliau pun memulakan semula pertandingan yang tertangguh sebentar tadi. Sebaik sahaja pertandingan dimulakan semula, kedengaran bunyi seseorang terjun ke dalam air. Kelihatan seorang pemuda sedang berenang dengan pantasnya. Di belakangnya, puluhan ekor buaya sedang mengejar dengan ganas. Menjerit dan memekiklah para penonton yang hadir kerana menyangkakan pemuda itu akan menjadi mangsa buaya buaya yang sedang kelaparan itu.


Namun sangkaan mereka ternyata meleset. Pemuda yang berani itu selamat tiba tanpa sebarang kecederaan. Kempunanlah buaya buaya yang kebuluran itu. Sebaik tiba di tebing, maka dipanggil oleh Datuk Sekelentot akan pemuda itu. Secara rasmi diumumkanlah bahawa pemuda itu sebagai pemenang. Maka dipanggil oleh Datuk Sekelentot pemuda itu untuk diperkenalkan kepada umum. Namun pemuda itu enggan tampil ke hadapan. Maka hairanlah sekalian yang hadir.


Lalu Datuk Sekelentot mengarahkan pengawal supaya mengheret pemuda itu menghadap beliau. Disoal oleh Datuk Sekelentot akan pemuda itu perihal keenggananpya untuk menerima hadiah kemenangan. Dan jawab pemuda itu, "Aku cuma nak pergi semula ke seberang dan cari orang yang tolak aku masuk dalam sungai tadi".

p/s : Moral cerita nie ialah...klau dlm keadaan terpaksa...kita boleh melakukan sesuatu yang di luar dugaan kita...kedua...jangan tolak member masuk sungai...kot2 member tue tak pandai berenang...sajer jer...!

3 comments:

Azhar Ahmad said...

Ya seperti kisah satu masa dahulu, kisah pemuda yang dapat menyeberangi sungai dengan kata Bismillah...

RaFFLeSiA MeRaH said...

bila baca kisah sg, teringat aku kisah kwn aku hampir ilang nyawa masa mandi sungai depan umah aku, sib baik adik aku sempat capai rambut dia...kalau x memang dah arwah masa tuuu...siap mandi tolak bala mak dia buat pehtu...siannn, konon mandi ikut cam kitorg yg pandai berenang nihhh, kitorg ni dah tentu idup kat tepi sg...mane leh lawan...

Fadh said...

azhar ahmad : terima kasih atas kunjungan...!


rafflesia merah : dulu masa kecik2...sungai tempat permainan sbb tak de sunway lagoon lagi...tp kini sungai hanya tingggal kenangan...taman tema menjadi pilihan kini...!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...