Suka Blog Ini?

Ikut Dengan Email

Hati Seorang Isteri

23 December 2006

Citapu Dari Aku 2...!

Photobucket - Video and Image Hosting

Gambar Nie Aku Dapat Dari E-mail Rodong Aku...!



TIDAK PERNAH BERI SUMBANGAN

Di sebuah kampung, seorang penghulu mendapati salah seorang penduduk kampungnya yang bernama Lamin tidak pernah membayar tuntutan bulanan kampung. Lamin memang terkenal dan merupakan salah seorang yang terkaya di situ. Penghulu mengambil keputusan untuk berjumpa dengannya.

Tok Penghulu: 'Selamat pagi, Encik Lamin.

En Lamin: Selamat pagi, ada apa pagi-pagi datang ke mari Tok...?

Tok Penghulu: Begini, saya telah mendapati bahawa hanya Encik Lamin seorang sahaja yang tidak pernah menyumbang untuk kampung kita. Encik Lamin ni kan seorang yang kaya dan berjaya, saya rasa tiada masalahnya untuk sumbangan yang begitu kecil bagi kemajuan kampung ini.

En Lamin: Adakah tok tahu ibu saya sedang sakit dan memerlukan banyak wang untuk mengubatinya?

Tok Penghulu: Waduh, kalau begitu...saya tak tau plak..

En Lamin: Tok tau tak saudara saya seorang veteran perang yang kudung serta buta dan memerlukan biaya perubatan?

Tok Penghulu: Kalau begitu, saya minta maaf.

(sebelum tok penghulu selesai meminta maaf, En. Lamin memotong dan menambah)

En Lamin: Tok tau tak suami kakak saya sudah meninggal dan dia meninggalkan isteri dan 3 anaknya tanpa harta dan warisan?

Tok Penghulu: (sekali lagi tok penghulu cuba untuk meminta maaf).

En Lamin: Jadi, pendek kata mereka pun tak pernah saya bagi sumbangan. Inikan pula nak bagi sumbangan untuk tok...!

Moral : Jangan laa kedekut sangat...sedekah laa sekadar mampu...!

MENANG BERTARUH SETIAP HARI

Ada seorang pak cik yang bernama Pak Din yang sangat kaya. Setiap hari beliau akan menyimpan RM1000 di bank. Setiap hari tepat pukul 9 pagi Pak Din dah pun bersiap sedia terpacak di kuanter bank untuk menyimpan RM1000.Setelah lebih kurang setahun berlalu, kehadirannya setiap hari disedari oleh pengurus Bank. Pengurus Bank itu pun memanggilnya ke pejabat dan bertanya.

Pengurus: Setiap hari saya lihat pakcik akan menyimpan RM1000 di bank.Apa kerja pakcik?

Pak Din: Saya ni sebenarnya tak ada kerja encik. Cuma saya suka bertaruh. Setiap hari saya akan bertaruh dan saya tak pernah kalah.

Pengurus: Ooo... Ini sudah cukup bagus. Tapi pakcik mungkin belum bertemu dengan orang yang hebat macam saya ni. Kalau pakcik bertaruh dengan saya, jangan haraplah nak menang.

Pak Din: Iya ke? Kalau macam tu, mari kita bertaruh.

Pengurus: Ok. Sebutkan apa saja pakcik nak bertaruh dengan saya.

Pak Din: Macam ni... Dalam tempoh 7 hari dari sekarang, encik akan kehilangan telur encik. Kalau betul encik akan hilang RM1000, kalau tak saya akan bayar encik RM1000.

Pengurus: Hahaha.. Tak logiklah pak cik. Tapi tak apa, saya setuju.

Setelah kedua-duanya setuju mereka pun beredar. Esoknya apabila bangun pagi, pengurus itu pun meraba telurnya. Ooh masih ada. Begitulah seterusnya hinggalah sampai ke hari yang ketujuh dia dapati telurnya masih lagi ada... Dengan suka hatinya pengurus tersebut pun pergilah berjumpa dengan Pak Din.

Pengurus: Maaflah pakcik, telur saya masih lagi ada.

Pak Din : Betul ke? Aku tak percaya. Mari sini aku pegang.

Lalu dipegangnya anu Pengurus tu. Sambil tersenyum Pak Din pun berkata.

Pak Din: Oklah. Betul kata kau. Nah ambil RM1000 ni.

Pak Din pun menghulurkan wang RM1000 kepada pengurus tersebut.

Pengurus: Hari ni baru pak cik tahu siapa yang hebat. Maaflah pakcik. Hari ni pak cik tak dapat laa pak cik masukkan duit....Keh.. keh... keh...!

Tiba-tiba Pak Din mengeluarkan RM4000 dan pergi ke kuanter bank. Pengurus tersebut rasa hairan lalu bertanya pada Pak Din.

Pengurus: mana pak cik dapat duit sebanyak tu?

Pak Din: Pak cik bertaruh dengan pengawal kat luar tu tadi RM5000.

Pengurus: Bertaruh apa?

Pak Din: Bertaruh yang pak cik dapat pegang telur pengurus bank dan dia tidak melawan.

Pengurus: Tak guna punya orang tua.

Moral: Jangan Bertaruh Sebab Berjudi Itu HARAM...!


MAKCIK DARI KAMPUNG

Pada suatu hari, seorang Makcik Minah datang ke Kuala Lumpur untuk kali pertama untuk berjumpa anaknya yang menetap di situ dan berkahwin dengan orang kaya setelah mencanangkan kepada orang-orang kampung. Dia turut membawa rakannya Bibah.

Oleh kerana hari telah lewat malam, dia 'check-in' di sebuah hotel mewah semata-mata mahu menunjuk kepada Bibah dan seorang pelayan membawakan begnya menuju ke bilik penginapan Makcik Minah. Makcik Minah dengan girangnye mengikuti langkah-langkah pelayan itu dan ketika pelayan tersebut menutup pintu, Makcik Minah melihat ke sekeliling. Beliau tiba-tiba menjadi marah lalu berkata kepada pelayan tersebut.

Makcik Minah:"Eksekius mi. Cik jangan ingat makcik datang dari kampung, tak tahu duduk di hotel. Sudah bayar ratus-ratus, cik bagi makcik bilik ini pula... Kecil...tak ada TV, tak ada almari, apa pun tak ada. Katil nak tidur pun tak ada. Hei jangan nak tipu orang laa...,"

Makcik Minah memaki hamun pelayan tersebut kononnya untuk menutup malu pada Bibah.Lalu pelayan itu pun menjawab...

Pelayan:"Sabar makcik, ini baru lif...!"

Moral : Jangan Tunjuk Terrer Tak Kena Tempat...!

Photobucket - Video and Image Hosting

Seksi Gak Rahib Nie Uper nyer...!

8 comments:

ZaKiN said...

hohohoho.. mcm2 betis aku nampak.. satu pon tak sama ngan betis aku nie.. wakakaka

Fadh said...

maniq: maner nak samer...diorang betis padi bunting...betis ko kerbau bunting he he he...!

RaFFLeSiA MeRaH said...

wakakakaka...betis si maniq betis kerbau bunting yerk, ni kes bunting pelamin ker, muehehehe...gambor tu aku pun penah dpt kat e-mail aku...citer 1 - kita wat sedekah x kan rugi, lagi rezeki kita bertambah lagi ader... citer 2 - ape ko nyer citer bab2 telur ni, adehhh...geli aku dengor..citer 3 - muehehehe...nak gelak baca citer org tua berlagak camtu...

13may said...

hehhe...memula aku ingat rahib tu angkat kain...hahahaha...

Fadh said...

rafflesia : tue laa cerita merapu nama nyer...klau nak ikutkan byk sgt...tapi kebanyakan nyer ader unsur2 lucah...tapi dalam merapu tue...banyak pengajaran yg terdapat di sebalik cerita yg boleh kita jadikan pengajaran...!

13may : aku memula tengok pun ingatkan rahib tue pakai skirt...tapi bile peratikan semula...uper nyer kaki tue hanyalah hiasan semata-mata...!

Azhar Ahmad said...

Nguahahahha... itu jer yang saya mampu bagi komeng....

Puteri Satu said...

ko ni ada je tau citer ko...ko reka sendiri ek...? muehehehe... apa-apa aje la yek..cepatla d.load skype tu weh...nak citer air sg.pahang naik ke dok nih...

Fadh said...

azhar : tak per...yang penting "keep in touch"...he he he...!

puteri1: cerita merapu...karang sesedap rasa...ok...aku dah download skype..."akumasihdisini"...!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...