Suka Blog Ini?

Ikut Dengan Email

Hati Seorang Isteri

31 October 2006

Semalam Aku...!

30.10.2006...2.30 petang...aku sampai rumah dari sekolah...belum sempat aku mandi untuk sembahyang Zohor...handset berbunyi...nombor handset kakak sepupu aku tertera...aku jawab...dan terdengar suara dia terputus-putus...ada nada sebak dalam percakapannya...aku mula mengesyaki sesuatu telah berlaku...dengan menahan sebak di dada...dia sampaikan berita kematian mak saudara aku...!

setelah mendapat berita tersebut...lantas aku hubungi mak aku...dia belum tau lagi...dengan berat aku sampaikan berita tersebut...ternyata...mak aku terkejut kerana sehari sebelumnya... mereka rancak berbual semasa Mak De aku datang beraya...selepas itu...aku menghantar sms kepada kakak-kakak dan abang-abang aku...setelah solat Zohor...aku bersama mak dan ayah ke rumah Mak De di Felda Mayam...!

sesampainya di sana...aku lihat perkarangan rumah telah dipenuhi jiran, sahabat handai dan sanak saudara yang datang menziarahi...suasana pilu menyelubungi keadaan...berkali-kali aku sedekahkan al-fatihah dan berdoa semoga rohnya ditempatkan di sisi orang-orang yang solehah...!

sepanjang pengetahuan aku, Mak De memang menghidap penyakit jantung...tapi sejak dia menunaikan haji pada tahun lepas...penyakitnya itu berkurangan...dan menurut anak Mak De...beliau mengalami sesak nafas secara tiba-tiba dan sukar untuk bernafas...dan tidak lama selepas itu... dia menghembuskan nafasnya yang terakhir di pangkuan Ayah De dan di kelilingi oleh anak-anaknya...!

panjang menungan aku pada petang semalam...terdetik di hati...betapa ajal... maut... jodoh... pertemuan... rezeki dan segala yang berlaku adalah ketentuan-Nya... betapa ajal tidak mengira tua atau muda...sihat atau sakit...kaya atau miskin... bersedia atau belum...pasti ianya akan menjelma...entah bila waktunya...hanya Allah yang mengetahui segalanya...dan andai detik itu tiba nanti...pasrah dan redhalah hendaknya kita menerima segala ketentuan dari Allah...dan aku tak sanggup membayangkan... andainya nanti aku kehilangan kedua ibu bapaku apabila tiba masanya nanti...!

Al-Fatihah...semoga Allah meletakkan roh Mak De di kalangan orang-orang yang beriman...!

30 October 2006

Aku Dulu-Dulu...!

aku dulu penah kena kejar dek ayah aku keliling kampung pasal aku gi mandi sungai...aritu ari jumaat...aku darjah 6 sekolah petang...aku balik je rumah...mak aku tanya...aku diam je dan tunduk tengok lantai...pastu ayah aku kuar bilik dengan rotan di tangan...aku pun apa lagi terus terjun tingkap...nyorok bawah umah...ayah aku cari aku...aku lari ke belakang umah wan aku...ayah aku start motor kejar aku...aku pun lari keliling kg...ayah aku kejar sambil kat tangan dia pegang rotan...aku pecut kalah watson nyambek...last2 aku lari masuk belukar...ayah aku terus blah gi masjid...aku balik umah terus mandi dan siap gi sekolah...mak aku buat dek je...!

balik sekolah...lapar tahap gaban...tengah aku suap nasi... tetiba... zap...zap...zap... aku pun meraung mintak ampun dan taubat tak buat lagi...ayah aku ngamuk tahap lupa diri peringkat ke 9...mujur mak aku datang dan terus peluk aku...tapi yang aku kesal sampai sekarang...mak aku turut kena libasan pari ayah aku sebab nak selamatkan aku...nasi abis berterabur...mak aku ngangis sambil peluk aku...tak tau lak aku dia ngangis sbb sedih aku kena pukul atau sakit kena libasan ayah...tapi sampai sekarang… aku nyesal yang teramat sesal sebab aku… tak pasal pasal mak aku terbabit sama…!

Lepas kejadian tue… aku tak nampak dah rotan yang selalu ayah aku selit kat celah papan dinding umah… dan pada satu petang… aku terjumpa rotan yang ayah aku guna melibas aku… rotan tue dah hancur kena cincang dengan parang… tanya mak… dia kata ayah yang cincang selepas mengamuk petang tue… aku terkedu… dan sejak tue aku janji dengan diri aku sendiri… takkan degil dan nakal lagi…takkan buat mak dan ayah aku marah lagi dan akan jadi anak yang berguna… dan kerana kejadian tue jugak… sampai sekarang aku tak reti berenang…!

28 October 2006

Sms Raya Yang Aku Terima 2...!

Kali kedua aku masukkan sms raya yang aku terima...saja suka-suka...sebagai bacaan kalian dan penghargaan untuk teman-teman yang sudi kirim ucapan untuk aku... :-

Nurhazrienti(adik ipar aku) : pelita dipasang penaik seri, ramadhan diganti dgn aidilfitri,mesej pendek penganti diri, tanda dirimu sentiasa diingati.

Adi Nor Jaafar(Leader group prepaid4u) : pom pai put alai na kap mai ko ping pon pai samprok khun dah tirak alai noi kap. malai put chan rat "SLMT HARI RAYA" kop khun kapp. (ntah apa2 ntah...tak paham aku)

Ahmad Zakuan(member team futsal)Rohani Abd Rani(Cikgu SK Kemayan) :dlm kerendahan hati, ada ketinggian budi, dlm kemiskinan harta, ada kekayaan jiwa, dlm kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata, dalam gurau senda tentu ada khilaf dan dosa. selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin.

Zamri(member team Kerayong FC) : seiring salam seharum "GANJA", kasih sepening "WHISKY", dgn hati seputih "SYABU" dan sejernih "ICE B2", walau pun ada dosa sekecil "EXSTACY", salah dan silap harap dimaafkan, dari 5 jari+5 jari hingga ke hati..Selamat hari raya maaf zahir dan batin.

Asmawi Harun(member dari tadika sampai ting.5 dan pengurus team futsal) : takbir bergema di pagi nan sunyi, menyambut syawal dan aidilfitri, sms dihantar penganti diri, bermaafan di hari yang mulia ini. selamat hari raya maaf ahir dan batin.

Hasbullah Shafie(member sekolah) : Ikan talapia ikan patin selamat hari raya maaf zahir dan batin.

Abg. Nua(Tokeh Futsal) : jambangan indah lagi berseri, menjadi hiasan di aidilfitri, sms dikirim penganti diri, tanda ingatan tak layu di hati. selamat hari raya maaf zahir dan batin.

Ahmad Fadluddin(member team futsal dan Kerayong FC) : pasang pelita di aidilfitri, nampak halaman berseri-seri, sms diberi penganti diri, segala silap mohon dimaafi. selamat hari raya maaf zahir dan batin.

Zawari Mohd Nor(cikgu SMK Kemayan)(4 sms raya dari dia) : aidilfitri hari mulia, disambut dengan penuh meriah, bakar lemang di malam hari, rendang dimasak emak mertua, walaupun jauh di pandangan mata, silaturrahim dieratkan jua. selamat hari raya maaf zahir dan batin.

Nadirah Abdul Kadir(cikgu SK Bukit Gemuruh) : lapar puasa terketar2, bila berbuka lega rasanya, kad raya tak sempat nak hantar, cara sms pun dah kira ok lah ya. selamat hari raya maaf zahir dan batin.

Fasyalinawati Sulaiman M Nor(cikgu SK Bukit Gemuruh) : masak lemang sambil berdiri,hendak dimakan di aidilfitrin nak hantar kad raya posmen dah cuti, sms sahaja boleh ku beri. selamat hari raya maaf zahir dan batin.

Sarimah Kassim(cikgu SK Chatin, mentakab) : Makcik yati, pak yahya, berhati-hati di jalan raya, ikan pari ikan tilapia,selamat hari raya, masak gulai ikan patin, maaf zahir dan batin.

kepada teman-teman yang turut menghantar sms raya seperti shazarul, abd. razak adam, sharum nizam, zainab abdullah, sharuddin sulaiman(penulis skrip drama"fitri oh fitri), zeheri said, azman tan, yami, nordin daraman, mohd fadhil, aida suria, normiliya daud, kalsom desa, farina hafiza, julaiha dolah, mohd. anuar, wan azizan, ahmad hafizullah, ali kassim, rosnah hj norani, wan mohd tarmizi, hodin biau, zaizuzaidi, wan hadzrami najmi, wan mimi erida dan rosdi mamat... aku ucapkan bebanyak terima kasih...!

Dan ini sms yang aku balas : Ya Allah...awal Syawal yang barkah ini, muliakan saudaraku yang sedang baca sms nie...bahagiakan keluarganya, sihatkan tubuhnya,berkati rezekinya,kuatkan imannya...beri kenikmatan ibadah, jauhkan dari firnah...suburkan benih KEISLAMAN dengan penuh rasa kasih sayang tanpa alasan...Amin Ya Allah...Amin...Selamat Hari Raya Aidilfitri...Maaf Zahir dan Batin.

Aku balas semua sms yang aku terima malam raya...tapi....arrrghhhh...hampeh...satu pun tak dihantar sebab semuanya "message sent failed"...bengang aku...tak pasal2 malam raya aku naik angin...semuanya gara-gara..."traffic jam" sbb ramai sgt yang hantar sms kot...pagi raya tue sesudah solat...aku try anta dan berjaya kesemuanya...pengajaran untuk aku...raya tahun depan balas sms awal...jangan tunggu malam raya baru nak hantar atau balas...!

23 October 2006

Sms Raya Yang Aku Terima...!

Hari nie...hari terakhir umat Islam berpuasa...esok kita akan sambut 1 Syawal...berakhirnya Ramadhan...moga-moga amalan sepanjang bulan yang mulia ini mendapat keberkatan dari Allah...!

Sejak 2-3 hari nie...handphone aku asyik berbunyi je...bila di"check"...ada mesej yang masuk...dari member aku...ucap selamat hari raya Aidilfitri...tak lama lepas tue...berbunyi lagi...bila check...sms raya lagi...pergh...banyaknya yang masuk...sampai sms raya sesat pun ada...lepas baca aku simpan...tak balas pun...bukan sombong atau kedekut kredit...tapi aku tunggu malam raya...baru aku nak balas semua sms raya yang aku dah terima...aku dah standby kredit yang secukupnya...maklumlah tokeh prepaid(lawat laman aku...prepaid4u)...!

Di antara pantun dan ucapan sms raya yang aku terima :

Zawari Mohd Nor : hari2 resepi kari, mari dimakan di tengahari,puasa penuh
selamat aidilfitri,puasa tak penuh happy deepavali.

Mohd Taufek Mohd Taib : kadel minedi macha wange, wune rendekkadel minedi, amma apak aidilfitri partigal,dey tambi HAPPY AIDILFITRI.

Shariman Hamdan : ketupat pulut di atas para, hendak direbus di tepi perigi, sms dihantar penganti kad raya, tanda ingatan di Adilfitri.

Isarul Nizam: kura-kura berjalan lambat, anak kera melompat-lompat,kad raya nak hantar takut tak sempat, cara sms pun dah kira selamat.

Alang(abg aku kat Sibu) : masak lemang sambil berdiri, hendak dimakan di aidilfitri, nak hantar kan raya posmen dah cuti, sms saja penganti diri.

Noraffizah Jaafar(adik angkat aku,KL) : 1 bulan ramadhan berlalu sudah, 1 syawal bakal menjelma, ampun & maaf segala dosa, sama bermaafan di pagi raya, selamat hari raya maaaf zahir batin...(pantun ke nie???...gasaklah)

Zahaluddin Adam,Noraffizah Jaafar dan Mohd Asrinizam : kadangkala MATA salah meLIHAT, tanpa disedari MULUT salah berKATA, satu ketika HATI salah menDUGA, maafkanlah segala DOSA yang ada...Salam Aidiflfitri...!

Ada banyak lagi yang aku terima...tapi tak dapatlah aku nak masukkan semua...kepada semua teman, kenalan, sahabat, rakan, kawan dan rodong(cakap Pahang) yang sudi menghantarkan sms raya... aku ucapkan bebanyak terima kasih...akan aku balas satu persatu...moga kalian jua beroleh kesejahteraan dan kegembiraan di pagi aidilfitri nanti...!

21 October 2006

Aku...Lagu Raya dan Nostalgia...!

Hari nie...21.10.2006...Ramadhan makin ke penghujung dan Syawal mengamit tiba...pastinya umat Islam kini sibuk dengan persiapan raya...bagi aku...persiapannya sama seperti tahun-tahun sebelumnya...sederhana dan serba ringkas...!

Semasa aku menulis n3 nie...aku dengar suara maniq...ceria dan gembira je...tapi dalam hati hanya dia yang tau...aku bukan nak tulis pasal maniq...mungkin ada di antara kalian rasa hairan kenapa aku selalu selitkan nama maniq dalam n3 aku...ntah aku pun tak tau cuma aku rasa mesra dan gembira berinteraksi dengan dia di alam maya nie...!

Pastinya di saat nie...hati dan perasaan kita...dibuai rasa sayu, hiba, sedih, gembira dan macam-macam lagi...semuanya berbaur dan menjadikan kita pasrah...bagi yang merantau...pastinya tak sabar-sabar untuk pulang ke kampung halaman...mana yang terpaksa bertugas...pastinya sayu dan pilu menjelang syawal nie... lebih-lebih lagi bila terdengar lagu-lagu raya dan bila berkumandangnya takbir nanti...!

Bagi aku...lagu-lagu raya kini makin hilang nostalgianya terutama lagu-lagu yang baru...ntah aku pun tak tahu apa sebabnya...aku dengar lagu raya seperti aku dengar lagu-lagu yang lain... mungkin ada di antara kalian yang juga berpendapat begitu... dan mungkin jua sebaliknya... puas dah aku fikirkan... kenapa aku boleh berpendapat sedemikian... seolah-olah aku nie tak de perasaan...atau tak menghargai sambutan Aidilfitri...!

Tapi bila aku renung kembali...aku dapat satu jawapan yang bagi aku ada logiknya... pertama, peredaran zaman...kita kini hidup di zaman serba moden dan canggih...kini, lagu-lagu raya berlambak di pasaran... mudah diperolehi... dalam pelbagai bentuk... KASET, CD, MP3, RINGTONES, RADIO dan pelbagai lagi... kalau dulu... susah nak dapat... dengar pun melalui radio... kedua, dulu stesen radio yang ada hanyalah RTM...tapi sekarang berlambak stesen radio... tumbuh bak cendawan selepas hujan... dulu... bila diumumkan saja esok hari raya... maka berlumba-lumbalah DJ putarkan lagu raya... tapi kini... berlumba-lumba DJ-DJ stesen radio siarkan lagu raya... kalau tak silap aku... 2-3 tahun yang lepas... hari nie tengok anak bulan Ramadhan... dah ada DJ stesen swasta yang putarkan lagu raya... kemaruk bebenor... nasib baiklah kini... banyak pihak yang bersuara dan langkah-langkah untuk menjaga kesucian Ramadhan telah diambil... kalau tak silap aku... tahun nie... lagu raya hanya dibenarkan ke udara selepas minggu kedua berpuasa... iaitu mulai minggu ketiga berpuasa...!

Dalam banyak-banyak lagu raya sekarang nie...bagi aku... lagu raya zaman kanak-kanak dulu gak yang best... lagu raya yang baru semuanya tak best... bagi aku...yang best dan tetap ada nostalgia ialah lagu-lagu nyanyian Ahmad Jais, Saloma, P.Ramlee, M.Nasir, Sudirman, Sharifah Aini, DJ Dave, Rahimah Rahim, Rafeah Buang, S.Jibeng, Hail Amir, Uji Rashid, Latif Ibrahim dan ramai lagi orang-orang lama yang tak dapat aku sebutkan satu persatu... lagu-lagu nyanyian mereka sentiasa mengusik kenangan setiap kali Syawal menjelang.

Setiap kali menjelangnya Syawal... rutin aku sama saja... semasa orang lain sibuk nak balik kampung... aku hanya menanti kepulangan kakak-kakak dan abang-abang aku... sebabnya aku memang dah duduk dan tinggal kat kampung aku... ramai gak member-member yang tak tahu asal usul aku bertanya..."raya nie balik mane?"... aku jawab "tak balik ke mana-mana sebab hari2 aku balik kampung"... semasa bujang dulu... aku memang tak berhajat nak cari pasangan hidup yang jauh-jauh... kampung isteri aku cuma 25km je dari kampung aku... dekat bebenor... setengah jam dah sampai... bagi aku... aku seronok begini... tak yah nak berbalah... raya nie nak raya kat mana... atau guna sistem giliran... tahun nie kampung suami... tahun depan kampung isteri... tiap tahun aku akan beraya kat kampung aku... lepas sembahyang raya... baru balik kampung isteri... sehari dua sebelum raya... aku hantar isteri aku balik kampung dia... tolong mak dan abah dia apa yang patut... aku pulak... tolong mak dan ayah aku buat persiapan raya... malam raya... aku ambil isteri aku balik rumah...!

Ada juga teman-teman yang berkahwin dengan orang yang jauh... mereka kata aku tak de pengalaman lah beraya kat tempat orang... tapi aku ada alasan aku sendiri... aku tak sanggup nak drive beratus-ratus kilometer... dengan kesesakan lalulintas... dengan harga petrol meningkat... dengan nak bayar tol lagi... yang paling aku takut... risiko kemalangan terutama di musim perayaan... dan sebab yang paling utama ialah aku tak nak berpisah dengan mak dan ayah aku terutama di pagi raya... kalau boleh sampai bila-bila... tapi mustahil ianya berlaku... tiba masanya mereka tetap pergi menemui Illahi...!

Walau apa pun... ini hanyalah pendapat aku sahaja... kalian tentu ada pendapat masing-masing... terserah pada kita untuk memilih yang terbaik untuk kehidupan kita... semoga kalian semua berbahagia di pagi raya nanti...!

20 October 2006

009 : Warkah Aku Di Aidilfitri...!

Kekanda ku sekalian,

Aku bongsu di kalangan kamu…justeru itu maaf ku pinta terlebih dahulu kiranya apa yang ingin ku perkatakan bisa membangkitkan kemarahan di hati kalian. Sebenarnya aku berada di persimpangan di antara “telan mati mak… luah mati ayah”. Aku bimbang kiranya kalian menganggap aku kurang ajar menegur kalian yang dahulu keluar dari perut ibu, kalian dahulu menghisap susu ibu, kalian dahulu menatap wajah ibu dan kalian dahulu mendapat segalanya dari ibu. Namun aku lebih bimbang andai nanti ada sesalan di hati kita apabila ayahbonda kita telah tiada …Lantaran itulah aku memberanikan diri mencoret sesuatu yang dapat kita kongsi, renung dan mengambil iktibar untuk kebaikan bersama…!

Kekanda ku sekalian,

Kita semuanya telah dewasa dan telah berkeluarga. Kita mempunyai tugas dan tanggungjawab yang perlu dipikul dan dilaksanakan. Dalam kesibukkan melaksanakan tugas dan tanggungjawab kita… kita lupa dan alpa pada tanggungjawab kita pada kedua ibu bapa kita. Kita berjauhan dari mereka. Hanya menjenguk sekali-sekala terutama pada Aidilfitri dan Aidiladha. Selebihnya…kita sibuk menguruskan kehidupan masing-masing hinggakan untuk bertanya khabar berita pun menjadi suatu kesukaran yang teramat sangat untuk kita lakukan. Bukanlah terlalu sukar untuk kita menelefon mereka untuk bertanya khabar dalam seminit dua. Apakah terlalu mahal bagi kita untuk membayar bil telefon kerana menghubungi mereka jika hendak dibandingkan dengan kasih sayang,didikan,asuhan dan segalanya yang telah mereka lakukan demi membesarkan kita semua…!

Kekandaku sekalian,

Untuk pengetahuan kalian, ibu bapa kita berasa hati dengan kita. Mereka tidak menuntut balasan dari kita cuma sekadar bertanya khabar untuk melepaskan rindu pada anak dan cucu. Apakah terlalu berat untuk kita tunaikan hajat mereka? Kita beritahu mereka kita ingin pulang ke kampung tapi usahkan pulang… telefon pun tidak memberitahu mereka sebab musabab kita tidak dapat pulang…hinggakan mereka ternanti-nanti akan kepulangan kita. Dan mereka pun beranggapan kita marah dan berasa hati kerana mereka menolak pelawaan kita untuk
bermalam di rumah kita.

Kekanda ku sekalian,

Aku akui di antara kalian aku yang paling dekat dengan mereka. Dan seharusnyalah aku yang sepatutnya kerap balik menziarahi mereka. Tiap 3-4 hari sekali aku pulang menjenguk mereka dan andai aku terlalu sibuk… tiap hujung minggu aku akan pulang menziarahi mereka. Dan pada setiap kali kepulanganku, aku akan bertanya pada mereka… “ ada tak kakak dan abang telefon?’ dan jawab mereka tiada hinggakan mereka berkata “biarlah orang tak nak balik dah”. Aku yang mendengar merasakan jauh di hati kecil mereka…mereka berasa hati dengan kita. Lantaran itu, aku pinta dari kalian… berilah perhatian yang lebih kepada mereka… telefonlah mereka sekadar bertanya khabar…jika tidak setiap hari… telefonlah seminggu sekali…kerana untuk pulang setiap minggu mungkin tidak dapat kita lakukan.

Kekanda ku sekalian,

Sebenarnya kita beruntung kerana masih mempunyai mereka yang kita panggil “mak dan ayah”. Andai keduanya tiada maka yatim piatu lah kita di dunia ini. Seharusnya kita bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya maka kita masih mempunyai ayahbonda. Oleh itu, seharusnya kita menggunakan kesempatan yang ada ini untuk membalas segala penat lelah, kasih sayang, asuhan, didikan dan pengorbanan yang telah mereka lakukan sejak kita di dalam kandungan ibu lagi…kini, giliran kita untuk berbakti kepada mereka…marilah kita menghargai setiap apa yang kita miliki kini dan kongsikan bersama mereka selagi mereka masih bernyawa…!

Kekanda ku sekalian,

Akhir kata dariku…kemaafan dipinta andai warkah ini membangkitkan kemarahan di hati kalian…bukan kemarahan yang ingin aku bangkitkan di hati kalian tapi rasa kesedaran dan keinsafan betapa kita selama ini…membelakangkan tumpuan dan kasih sayang kita terhadap mereka…oleh itu pintaku…di Aidilfitri yang bakal menjelma…kita bersama merenung dan muhasabah diri…kita salami dan kucupi tangan mereka memohon ampun dan maaf di atas segala salah , silap dan dosa yang telah kita lakukan selama ini…sementara kita masih berpeluang dan selagi mereka masih bernyawa…! Wassalam.



Aku tulis surat nie dalam bulan Ramadhan tahun lalu...Sebenarnya aku tak poskan pun surat nie...ntah aku pun tak tau kenapa...Awalnya aku begitu semangat untuk menulis dan mengirimkan kepada kakak dan abang aku...tapi bila dah siap tulis...aku biarkan surat tu dalam laptop aku...mungkin aku takut mereka marah dan langsung tak nak balik beraya...mungkin aku sendiri yang tak sanggup berhadapan dengan mereka...takut malu dan macam-macam lagi...dan setahun berlalu...surat nie aku masukkan dalam blog aku nie...aku nak kongsi dengan kalian...moga ada terselit sedikit kebaikan yang dapat dikongsi bersama...

Salam Aidilfitri untuk kalian semua...semoga Aidilfitri kali ini...membuka lembaran baru buat kita semua...semoga gembira di hari lebaran bersama keluarga dan sanak saudara...Dan semoga kita semua mendapat pengampunan, keredhaan, keberkatan dan petunjuk serta hidayah dari Allah SWT...Moga berjumpa lagi...Wassalam...!

P/s : Untuk maniq...usah gundah gulana...ceria-cerialah selalu...!

008 : Aku Dan Kenangan Duka

Semalam…khamis…19.10.2006…aku tak memulis apa-apa dalam blog nie…lepas Terawikh, aku masuk jap…buka blog maniq dan baca n3 dia…aku simpati dengan dia…hanya itu yang mampu aku lakukan…lepas tulis komen untuk dia…aku tak de mood nak tulis apa-apa n3 untuk blog aku…otak jadi buntu…mungkin terbawa-bawa dengan apa yang aku baca kat blog maniq…!

Walau aku tak pernah bersua muka dengan maniq…walau aku kenal dia hanya di alam maya nie…walau aku hanya dengar suara dia…walau aku baru kenal dia sejak dua menjak nie…tapi aku rasakan yang aku dah lama kenal dia…dia banyak bantu aku untuk design blog aku nie…dia tak pernah lokek ilmu yang dia ada…dia selalu ceria…suka melawak dan lawak dia membuatkan aku terhibur…dan dia satu-satunya pengunjung setia blog aku…!

Aku tersentuh dengan apa yang dia tulis…dia seolah-olah putus asa…putus harapan…hilang keyakinan…hilang semangat…dia jadi buntu…rasa kesepian… kesunyian…rasa tersisih…rasa kehilangan…rasa ntah apa-apa ntah dan seribu satu rasa yang dia sendiri tak mengerti dan memahami apa yang dia rasa saat itu…!

Dulu…aku pernah mengalami seperti apa yang maniq rasa kini…ketika itu aku masih mencari arah tuju hidup aku…masih mencari matlamat dalam hidup…lama gak aku meraba-raba dalam terang…mencari identity diri sendiri…mencari sesuatu yang sebenarnya ada di dalam diriku sendiri…seingat aku, kali pertama aku mengalaminya ketika aku hanya layak untuk mendapat sijil SAP dalam SPM 94…aku jadi hilang arah…jadi sasau…hilang pedoman…jadi bingung…syukur aku masih ada keluarga yang memberi semangat untuk aku bangkit kembali…mengutip sisa-sisa harapan yang masih bersisa…membasuh luka yang masih berdarah…walau pedih…walau perit…dengan tekad aku kembali menyusuri denai kehidupan…!

Kali kedua, ketika aku jejakkan kaki ke Maktab Perguruan Kota Bharu…ketika itu aku merasa amat berat untuk berada di situ…kerana ia bukanlah apa yang aku impikan…impianku untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading…tapi apakan daya…Allah yang menentukan segalanya…aku hanya layak diterima masuk belajar di maktab…mulanya, aku enggan…hajatku biarlah aku mengusahakan tanah ladang yang ada…berbudi pada tanah…ketika itu aku pasrah…andai gagal ke menara gading…aku lebih rela menjadi penoreh…namun keluarga menghalang…kata mereka, penuhkan ilmu di dada…kerana aku masih muda dan mentah…belum bisa menongkah arus…belum betah mengemudi sendirian…akhirnya, aku akur dengan desakan keluarga…dan aku berada sebagaimana aku kini…!

Kali ketiga,…detik…saat…ketika dan waktu yang paling menyedihkan dalam hidup…aku kehilangan anak yang amat diharap dan dinanti-nantikan…sedih yang teramat sedih…pilu yang teramat pilu…luka yang teramat luka…pedih yang teramat pedih…kecewa yang teramat kecewa…sesal yang teramat sesal…itulah yang dapat aku gambarkan perasaan aku ketika itu…ketika itu, isteriku “turun darah”…doktor mengatakan air ketuban akan pecah bila-bila masa sahaja…tiada apa yang mampu dilakukan…hanya menanti saat kelahiran…dan doctor mengatakan peluang untuk bayi hidup amat tipis dan risiko pada ibu juga tinggi…saat itu, aku hanya mampu berdoa…tepat jam 1.02 pagi, isteriku bersalin songsang…jam 3.00 pagi, aku dipanggil dan diberitahu tentang keadaan isteri dan anakku…isteriku selamat…tapi bayi terpaksa diberi bantuan pernafasan dan diletakkan dalam balang khas…saat aku menatap wajah isteri…seribu kepiluan mencengkam perasaanku…dan saat menatap anakku…aku merasa kosong…tubuh kecilnya penuh dengan wayar…tiada apa yang dapat aku katakan… ketika itu dia masih bernyawa dan hanya doa yang mampu aku panjatkan semoga Allah selamatkan anakku itu…namun Allah lebih menyayanginya…tepat jam 5.00 pagi, aku dikejutkan dengan perkhabaran…anakku telah pergi untuk selamanya… aku menanggis semahunya…!

Siangnya, keluarga isteriku datang menjemput jenazah untuk disemadikan…ketika itu…aku masih menemani isteriku yang hanya dibenarkan pulang jam 12.00 tengahari…dalam perjalanan pulang…kami diam seribu bahasa…dan berkumandangan lagu nyanyian Awie…aku tak tau judulnya…tapi liriknya masih aku ingat hingga kini… “kau mesra dan manja…bahagia selalu bersama…namun apa nak dikata…tuhan lebih berkuasa…hingga tak ku menduga…Tuhan lebih menyayangimu…Dia lebih berkuasa…kau pergi tinggalkan ku sendirian sepi…” dan sepanjang perjalanan…ku genggam erat tangan isteri tercinta dengan harapan dia akan tabah…dan ternyata dia sememangnya tabah…tiada setitik pun airmata yang mengalir di pipinya…sepanjang perjalanan…hujan renyai turun membasahi bumi…seolah-olah turut menanggisi pemergian anakku…sesampainya di kampung isteriku…upacara pengebumiaan sedang dijalankan…aku terus ke rumah untuk menghantar isteri dan ingin kembali ke tanah perkuburan…namun setibanya aku…segalanya telah selesai…ketika semua yang hadir telah pulang…aku sedekahkan Al-Fatihah serta doa semoga rohnya berada di kalangan orang-orang yang soleh…dan aku menanggis di pangkuan ibuku untuk yang kesekian kalinya…hingga kini, kenangan itu masih terus membayangi hidup aku…dan tiap kali itulah juga airmataku pasti bergenang di kelopak mata…sebak pasti mencengkam dada…walau kini aku telah mempunyai 2 orang anak sebagai pengganti…namun kasih sayang serta ingatan yang mendalam terhadap Muhammad Jamil tetap abadi dalam ingatanku…!

Aku sebenarnya amat berat untuk menceritakan kisah duka tersebut…kerana saat aku menulis…air mata ku hampir menitis membasahi pipiku…kalau boleh biarlah aku sendiri menyimpan segalanya dalam hidupku…namun aku ceritakan jua kerana aku igin berkongsi dengan kalian supaya dapat dijadikan pengajaran serta panduan hidup…terutamanya maniq…setiap sesuatu yang kita alami, hadapi, tempuhi dan lalui…ianya akan mendewasakan kita serta mematangkan diri kita untuk terus menongkah arus kehidupan…janganlah cepat merasa tertekan…jangan biarkan emosi menguasai diri…jangan mudah mengalah…jangan pendamkan segala masalah yang kita hadapi, luahkan apa yang kita rasa…dan blog adalah salah satu tempat yang sesuai untuk diluahkan segala apa yang kita rasa dan alami…Dan pesanan terakhir dari aku… “Jangan ikut reaksi emosi kerana implikasinya tidak seindah yang diimaginasikan”… moga selamat segalanya.

18 October 2006

007 : Aku..Superman..dan Are-an…!

Rabu..18.10.2006..balik dari sekolah..aku disambut oleh Are-an dengan pertanyaan “Abah gi mana,bah?” aku jawab pergi sekolah..dia tanya lagi..“buat apa gi sekolah?”..aku jawab ajar A,B,C..dia pun jawab.. “Ooo, ajar A,B,C macam Are-an, ye..? Aku pun jawab..ya..tiba-tiba aku perasan 1 perkara yang aku peratikan..aku tak berkenan..dia tak mandi lagi..walau jam dah pukul 2.30 ptg..tanya Mamanya..dia tak nak mandi sebab tak nak tanggal baju Superman yang aku belikan malam sebelumnya.. baju tue aku belikan untuk pujuk dia sebab aku marahkan dia kacau Are-keem..puas aku pujuk ajak dia mandi tapi dia tak nak..mula hati jadi panas..tapi kesian plak asyik kena marah je..aku pun biarkan dia tak mandi..!

Senja lepas berbuka..aku pujuk lagi ajak mandi..tak dia tetap tak nak..sayang bebenor dengan baju Supermannya tue..aku pun biarkan dia..sebab aku dah lambat nak solat Maghrib dan ke masjid..sebelum ke masjid aku pujuk lagi supaya dia mandi dengan Mamanya..pukul 9.00 malam, selesai terawih..sampai kat umah aku tengok masih tak mandi lagi..alasan yang sama..tak nak tanggal baju superman..yang dia pakai sejak balik dari beli baju tue..nak tidur pun tak nak tanggal dan tanya aku macamana nak terbang macam Superman..nasib baiklah umah aku nie umah teres..klau umah flat..haru biru aku dibuatnya..bimbang dia terjun ikut koridor macam Superman yang dia tengok kat channel 61 Astro..!

Pikir punya pikir..aku ajak dia masuk kereta…aku terus pandu ke Pasaraya Ekonomi… aku amik keputusan beli lagi 2 pasang… melayang duit aku RM50.00…tak pe lah…untuk anak… aku dulu tak merasa nak pakai baju Superman… bagi aku dulu kalau beli baju baru maknanya nak raya sebab masa raya je mak aku belikan aku baju baru… selebihnya aku pakai baju abang-abang aku yang dah tak muat dengan diorang… maklumlah orang miskin… anak-anak ramai…sebab itulah sampai sekarang nie aku tak reti nak membeli baju untuk aku sendiri… mujur ada isteri tolong pilihkan… balik dari membeli…aku pujuk dia untuk mandi dan pakai baju Superman yang aku baru beli…dia pun setuju nak mandi sebab nak pakai baju baru…!Rasanya esok pun dia tak nak mandi lagi… tapi ada lagi sepasang baju yang dia tak pakai lagi…kalau kena pujuknya dia akan mandi… selepas nie tak tau lah sampai bila dia nak pakai baju Superman tue… bila dah naik jemu nanti… tak nak lah tue..!

Sebenarnya, kuat sungguh pengaruh media elektronik nie… setahu aku lama dah kartun Superman nie diwujudkan… tapi tetap memberi kesan dalam kehidupan setiap kanak-kanak… kalau silap asuhan… boleh mendatangkan kemudaratan… banyak lagi pengaruh-pengaruh yang dibawa terus ke rumah kita oleh tv… tanpa kita sedari… setiap apa yang ditonton oleh anak kita akan menjadi pembelajaran bagi dia… kalau apa yang ditontonnya baik maka baiklah jadinya…tapi kalau sebaliknya… boleh merosakkan pemikiran anak kita… tapi kebanyakkannya hanya mendatangkan keburukkan…aku tak nafikan… ada kartun yang berbentuk pembelajaran seperti Sesame Street dan The adventure of Tora… jadi kita sebagai ibu bapa kenalah berhati-hati dalam mendidik anak-anak kita kerana mereka nie umpama sehelai kain putih dan kita yang akan mencorakkan masa depan mereka…supaya nanti jangan jadi seperti yang berlaku dalam iklan raya Petronas yang terbaru…kalau tak silap aku… baru malam nie disiarkan… banyak pengajaran yang terdapat dalam iklan tue… moga kita tak menjadi seperti si anak di dalam iklan tersebut dan tak mengalami seperti si bapa… sama-sama kita renungkan dan mengambil iktibar…!

006 : Bicara Hati Anak Aku...!

Selasa...17.10.2006...aku pulang dari sekolah...badan penat...otak letih...lepas solat Zohor...baring kejap...niat di hati nak tidur...tapi anak aku yang usia 3 tahun asyik kacau adik dia...macam-macam dia buat...sampai adik dia tak leh tidur...aku pun bengang le...apalagi kena marah lee si abang sebab kacau si adik...termasuk kacau aku yang nak rehat jap...bila kena marah si abang pun merajuk...bawa diri masuk bilik dia...si adik pun dapat tidur...termasuk laa aku dapat tidur sama...!

aku sedar dalam pukul 4.00 ptg...sementara nak tunggu Asar...aku layan internet...buka e-mail...ada e-mail dari maniq...sambil tue try nak ubah template...tapi hampeh...tak jadi...bengang aku...tiba-tiba si abang masuk bilik dengan muka sedih...terus peluk mama dia...dalam nada sedih dan sayu...si abang bersuara..."mama, janganlah tak sayang Are-an lagi..." aku terkedu bila dengar dia cakap macam tue...termenung jap aku...cam tak caya pulak anak aku tue boleh cakap macam tue...kemudian rasa bersalah mula menyerang perasaan aku...aku pandang muka dia...timbul rasa simpati plak kat dia...sejak 4 bulan ada adik nie...memang si abang selalu kena marah...puncanya...kacau adik dia...dan aku teringat pada keratan kertas yang aku simpan lama dah...aku tak ingat dari mana aku dapat keratan tue...yang aku pasti memang dah lama dah aku simpan sejak aku sekolah menengah lagi...!

Di sini aku nak kongsi apa yang tertulis kat dalam kertas tue...untuk renungan kita bersama...baik yang dah kahwin dan ada anak...dan juga untuk yang bujang...sebab kalian nanti akan berkahwin dan punyai anak...

BICARA HATI SEORANG ANAK

* Ibu bapaku, jangan biarkan aku melakukan perkara yang ditegah oleh Islam atau mengamalkan perkara yang kurang baik. Kalian merupakan model yang paling baik yang boleh menjadikan aku mampu membezakan yang mana baik dan yang mana buruk.

* Jangan takut bersikap tegas terhadapku kerana sikap tegas kalian membuat aku merasa selamat.

* Jangan terlalu memanjakan aku. Aku tahu, tidak semua permintaan aku yang perlu kalian turuti. aku hanya ingin menguji kalian.

* Jangan menunjukkan kemarahan kalian di depan orang lain.Aku juga punya maruah. Tegurlah aku ketika berdua sahaja.

* Jangan memperkecilkan aku. Sikap itu benar-benar membuat aku merasa diri ini bodoh.

* Jangan terlalu marah di atas kesalahan yang aku lakukan dan merasakan ia seolah-olah satu dosa.Sikap begini akan mematahkan semangatku.

* Jangan tersinggung bila kadang-kadang aku seolah-olah 'membenci' kalian. Ketahuilah, aku berbuat begitu untuk meluahkan perasaan tidak puas hati bila permintaan aku tidak dipenuhi.

* Jangan terlalu melindungi aku. Aku perlu tahu apa risiko dan akibat perbuatan yang aku lakukan. Apalah salahnya sesekali aku mengalaminya. Mungkin ia akan menjadikan aku lebih dewasa.

* Janganlah suka berleter padaku. Dengan leteran yang keterlaluan, aku menjadi bosan dan akan memekakkan telinga.

* Jangan terlalu panik bila aku jatuh sakit. Kekadang keluhan yang aku luahkan adalah untuk mendapatkan perhatian kalian.

* Jangan merasa bosan untuk menjawab segala pertanyaanku. Sikap ini akan menjadikan aku malas bertanya pada kalian dan mendoron aku mencari 'tempat bertanya' yang lebih baik.

* Jangan lupa bahawa aku tidak sempurna. Cubalah kalian fahami ketidakmampuan aku menjadi insan seperti yang kalian harapkan.

* Janganlah kalian mentertawakan ketakutanku. Bukan itu yang aku inginkan.Aku memerlukan kata-kata semangat yang dapat membina keyakinan dalam diriku.

* Jangan merasa terhina atau rendah diri bila sesekali kalian meminta maaf di atas kesalahan yang kalian lakukan terhadapku. Percayalah...ucapan maaf yang jujur akan memberikan kehangatan dan menebalkan rasa cintaku terhadap kalian.

* Jangan selalu melarang jika aku ingin mencuba sesuatu. Larang dan tegahlah aku bila kalian tahu bahawa 'percubaan' itu bertentangan denga Islam dan hanya memudaratkan aku.

* Jangan lupa bahawa tanpa perhatian dan kasih sayang, aku tidak akan dapat berkembang dengan baik. Haruskah aku merengek untuk memperolehi seteguk cinta kasih sayang dari kalian?

* Jangan lupa bahawa proses pertumbuhan dan perkembanganku terlalu cepat. Hendaknya, sikap kalian dapat disesuaikan dengan pertumbuhan dan perkembangan yang aku alami.

* Jangan lupa menjaga kesihatan kalian. Aku amat memerlukan kehadiran kalian.

* Dan jangan lupa mendidikku menjadi anak yang soleh kerana anak yang soleh itu merupakan harta yang amat bernilai buat kalian di akhirat kelak.

16 October 2006

005 : Kepala Tong Gas Aku Meletup...!

ahad...15.10.2006...aku berada di kg isteri sampai asar...lepas asar kami balik...dalam perjalanan...teringin lak nak makan mee rebus campur daging...sebab sblum tu...aku belek2 migguan wanita isteri aku dan nampak resepi tue...aku jadi teringin nak makan sebab nampak sedap...aku pun cakap kat isteri dan dia kata ok...dia masak...aku pun ke Tunas Manja... beli apa yang patut...sampai kat umah...aku pun tolong apa yang patut...aku pun idupkan api dapur...tapi api tak nyala...aku cuba 2-3 kali tapi tak nyala gak...aku try angkat tong gas...ringan je...patut pun...gas abis...tapi yang peliknya...aku baru tukar tong gas baru...tak sampai sebulan...sepanjang 2 minggu ayah aku di Tanah Suci...aku sekeluarga duk umah mak...temankan dia...balik umah pun sekali-sekala je...aku pun cabut kepala gas...start motor...terus ke kedai beli gas baru...

Balik dari beli gas dalam pukul 6.30 ptg...isteri aku cakap sempat sebab semua ramuan dah sedia cuma nak masak je...aku pun angkat tong gas dan pasang kepala dapur gas...aku cuba idupkan...2-3 kali tak nyala gak...aku try lagi...baru menyala...tapi aku tengok api dapur tue lain macam je...macam gas kuar dari tungku berlebih-lebih lak...aku tutup semula...kemudian buka balik...macam tu gak...aku pun tutup...dan aku pun berpaling...tiba-tiba...bedeboooom...macam bunyi meriam buluh yang selalu aku dgn geng2 masa kecik selalu main...aku tengok gas kuar ikut kepala gas yang dah pecah bahagian atasnya...aku cepat2 tanggalkan kepala gas...masa tue aku rasa macam hilang ingatan kejap...isteri aku yang tengah masukkan kain baju dalam mesin basuh pun terkejut...dia pun terpaku...aku lagi lee...masa tue kalau toreh muka aku nie...sure tak kuar darah punya...jarak aku dengan tong gas tue dalam 3-4 kaki je..lepas aku cabut kepala gas tue...aku tengok serpihan bahagian atas kepala gas bertaburan atas lantai...bersama dengan sisa-sisa minyak...macam taik minyak je aku tengok...!

Maghrib tue...aku buka pose dengan kurma 3 biji dengan air soya + cincau...masa makan kurma tue...aku kenang balik kejadian tadi...syukur aku sesangat sebab letupan tue berlaku selepas aku tutup suis dapur...kalaulah letupan tue berlaku masa api dapur masih menyala...bukan takat bahagian atas kepala gas je yang meletup...dengan tong gas...dengan aku...dengan umah aku...semuanya meletup...hangus terbakar...kalau tak arwah pun...kurang-kurang aku jadi mumia...kaki dan tangan tergantung ke atas...terlantar di hospital...raya kat spital lah aku...tapi Allah Maha Berkuasa...walaupun berlaku letupan tapi aku tak mengalami apa-apa kecederaan...cuma rasa fobia je...masa makan tue...sayu je aku rasa...aku nie kira bernasib baik sebab orang lain kat tempat lain...ada yang tengah berbuka kena tembak...tengah solat kena bom...tengah mengaji kena bedil...dan macam2 lagi azab sengsara...aku...Allah baru uji aku sikit je...masa nak siapkan juadah berbuka...tong gas meletup...tak sampai separuh dari apa yang mereka di Palestin, Afghanistan, Iraq dan Lubnan alami...syukur aku...teramat syukur...!

Lepas solat Maghrib...aku ke kedai...cari kedai kot2 ada yang masih buka...mujur ada lagi kedai cina yang tak tutup...aku beli kepala gas baru...balik dari kedai...aku pasang...walau dalam hati masih takut-takut...tapi aku beranikan diri untuk pasang kepala gas baru dan nyalakan api...alhamdulillah, sekali je terus nyala...isteri aku pun terus masak mee rebus yang aku teringin nak makan tadi...pukul 9.00 baru semuanya siap dan aku sekeluarga menikmati mee rebus.

Apa yang aku nak kongsi dengan kalian di sini...pertama, punca letupan setelah CSI datang siasat ialah...kepala gas aku tersumbat dek sisa-sisa minyak yang macam taik minyak...sebenarnya...dah lebih 5 tahun kepala gas aku tue aku gunakan...mula aku kahwin sampailah aku dah ada 2 orang anak...so, kalian check kepala gas...pastikan ianya tak tersumbat...senang je nak tau...tengok salur getah tue...kalau yang jernih...boleh nampak sisa-sisa minyak...kalau kepala gas atau salur getah tue dah lama sangat kalian guna...cepat-cepatlah tukar...beli yang mahal tapi kualiti tingi...jangan beli yang murah tapi tak de kualiti...biar kalah membeli tapi menang memakai...jangan kononnya nak berjimat...tapi nyawa terancam...

keduanya, kita wajib bersyukur di atas segala nikmat yang Allah beri pada kita selama nie...kemakmuran, keamanan, kesejahteraan, kedamaian dan bermacam -macam lagi...cuba kita renung nasib saudara kita kat Palestin, Afghanistan, Iraq dan Lubnan...mereka idup dalam ketakutan, kedaifan, kesusahan, kesengsaraan dan bermacam lagi halangan dan rintangan yang terpaksa mereka tempuhi akibat kekejaman musuh-musuh Islam ...jangan kita takbur dengan nikmat yang Allah berikan...sebab kalau Allah nak tarik balik apa yang Dia dah beri kat kita...sekelip mata je apa yang kita miliki sebelumnya...tiba-tiba hilang...jadi aku brpesan pada diri aku sendiri dan pada kalian yang membaca blog nie...renungkan sejenak...muhasabah diri sendiri...dan fikirkan... selama kita hidup nie...banyak mana dosa yang telah kita lakukan...adakah kita dah mohon keampunan dari Allah...banyak mana amal yang telah kita lakukan...cukup ke untuk bekalan di akhirat nanti...terserah pada diri sendiri...Allah telah kurniakan nikmat paling besar kepada kita iaitu ISLAM...pandai-pandailah kita menentukan corak dan arah tuju hidup kita sebagai hamba-Nya...!

15 October 2006

004 : Aku Cuti...!

2 hari aku tak masuk dalam blog dan menulis apa-apa…Jumaat aku cuti… cuti rehat khas yang diberi kepada para guru sebanyak 7 hari setahun…Sabtu, aku balik kampung isteri…dan ari nie aku masuk blog semula.

Cerita pasal cuti ari Jumaat lepas…aku bukanlah saja-saja cuti atau sakit…aku cuti sebab aku ke KLIA…menunggu ketibaan ayah pulang dari melakukan umrah…aku ke Sepang menaiki kereta milik ayah…Nissan Sunny keluaran 1985…bersama abang, mak dan anak aku yang berusia 3 tahun…Dari rumah pukul 11.30 pagi dan tiba di KLIA pukul 2.30 ptg…melalui Batu Kikir, Kuala Pilah dan masuk Highway Plus di Senawang…abangku yang memandu jadi kesempatan tu aku gunakan untuk memerhati sekeliling sebab selalunya mataku hanya tertumpu ke hadapan sebab aku yang memandu…!

Sepanjang perjalanan pelbagai panorama yang dapat aku saksikan, pelbagai gelagat manusia yang dapat aku perhatikan…semasa melalui Kawasan Rehat Seremban…aku dapat sms dari teman sekerja mengatakan Maniq “on-air” sampai kul 4 ptg…aku tukar siaran…dapatlah dengar suara pembaca blog aku yang pertama…!

Sampai KLIA…kami cari tempat parking berbumbung…pusing punya pusing…parking kat B G 8…tu pun tinggal satu je tempat kosong…yang lainnya penuh…risau aku masa abang aku nak parking…bukan apa… kiri kanan semuanya kereta mewah…sebelah kiri kereta BMW 3 series dan belah kanan Mercedez mata belalang… kalau terlanggar atau bergesel mau kena saman…tak pun berabis duit nak bayar ganti rugi…bila aku keluar je dari kereta…aku perhatikan semuanya kereta mewah yang parking kat situ…kereta ayah aku je yang paling tak mewah…terlintas gak rasa rendah diri tapi bila fikirkan balik…aku bersyukur dengan apa yang ada sebab dulu usahkan kereta second- hand…motor cabuk pun ayah aku tak mampu nak beli…kira ada kemajuanlah orang tua aku nie…masa dia muda dulu…jalan kaki je…pas tu naik basikal…kemudian naik motor Honda kapcai…pastu dia beli motor baru…Honda Ex5…dan sejak 3 tahun yang lepas… ayah aku beli kereta nie dengan harga RM 8,000/-…hasil dari tanah yang mula dia terokai pada zaman dia naik basikal tua lagi…aku jadi makin sedar…inilah yang dikatakan kehidupan…sentiasa berubah…!

Kami sampai pukul 2.30 ptg…sedangkan penerbangan ayah dijangka sampai pukul 4.05 ptg…jadi kesempatan yang ada…aku bawa anak aku jalan –jalan sekeliling balai ketibaan, balai berlepas dan anjung tinjau…biar dia tengok dan dapat belajar apa yang patut…supaya tak jadi macam aku…usahkan nak rasa naik kapal terbang…jejakkan kaki ke KLIA nie pun baru kali yang ketiga…kali pertama masa hantar anak sedara aku yang sulung belajar di UK dan kali kedua hantar anak sedara yang kedua belajar di German…itu pun 3 tahun yang lepas…Aku jadi teruja tengok kapal terbang turun naik depan mata…walau jauh tapi ok laa…selama nie tengok kapal terbang lalu atas kepala je…aku ingat masa aku sekolah rendah dulu…kalau dengar bunyi kapal terbang lalu…semua pakat serbu keluar…nak tengok kapal terbang…siap lambai lagi…cikgu tak marah pun sebab mereka tau…proses pembelajaran tak semestinya dalam bilik darjah je…kat mana-mana pun proses pembelajaran boleh berlaku…masa aku belajar kat Maktab Perguruan Kota Bharu dulu…selalu gak tengok kapal terbang sebab Lapangan Terbang Pengkalan Chepa dengan maktab tak jauh…sebelah je…selalunya masa kuliah kalau kapal terbang nak naik atau turun memang bising…pensyarah terpaksa berhenti kejap bercakap…pas tu baru sambung balik… tapi masa tue…aku tak lah lari keluar bilik kuliah…walau rasa teringin nak tengok…tapi terpaksa control…sebab takut kena gelak… Anak aku plak…langsung tak heran tengok kapal terbang…mungkin dia tak reti apa-apa lagi atau mungkin dia nie nanti…naik kapal terbang macam naik bas masa aku pergi sekolah dulu…ntah laa…budak-budak…!!!

Kemudian masa nak tunggu ayah aku keluar dari pintu ketibaan…anak aku mula buat perangai…dia nak gula-gula…dia tarik tangan aku ajak ke sebuah kedai yang jual pelbagai jenis coklat dan gula-gula…aku pun turutkan dia…sampai kat kedai tu…dia tunjuk kat satu patung coklat M&M…macam pelajar AF4 dapat masa kat dalam akademi…aku pun belek tanda harga…mak aiii…mahalnya!.terkejut beruk aku…kalau beruk tengok…aku tak tau laa plak terkejut apa…RM 120/- untuk satu patung yang kat dalamnya ada coklat warna-warni…aku cuba pujuk anak aku supaya beli yang lain…aku ingatkan ada laa yang kecik dan murah…tapi tak de yang murah pada pandangan aku…aku bukannya tak de duit…RM500/- aku bawak dalam dompet tapi aku rasa tak berbaloi beli benda macam tu sampai beratus harganya…kalau aku berbuka kat Hotel Pan Pacific sebelah KLIA nie pun … mau tergolek kekenyangan aku makan hidangan buffet…aku pun terus blah…anak aku mula nak menangis…siap nak guling kat lantai lagi…tapi bila aku renung dengan renungan yang tajam kat dia…terus tak jadi dan terus dia ikut aku walau dengan esak tangis yang perlahan…anak aku nie walau nakal tapi kalau aku kata tak boleh…dia tak berani nak melawan…kalau ngangis pun…perlahan je…antara dengar tak dengar…!

Lama gak tunggu ayah aku keluar…kapal terbang tiba pukul 4.05 minit tapi dekat pukul 5 petang baru nampak bayang ayah aku…bila nampak je ayah tengah tolak troli…aku terus meluru masuk… salam dan cium tangan dia…perasaan aku masa tu berbaur…gembira ada…terharu pun ada gak…air mata mula rasa nak menitis tapi aku control …bergenang air mata kat kelopak…terasa syahdunya pertemuan nie…aku tatap wajah ayah…terasa kasih sayangnya mengalir dari redup matanya…aku suruh anak aku salam dan cium tangan ayah aku…aku tengok ayah aku siap peluk dan cium cucu dia…aku makin terharu…pas tu…abang aku plak salam dan cium tangan dia…masa nie aku ok lagi…tapi bila mak aku salam dan cium tangan ayah aku…aku dah tak boleh tahan…cepat-cepat aku tolak troli dan pandang tempat lain…bukan apa…kalau aku tengok mau bercucuran air mata aku…betapa dalam kasih sayang antara mereka…betapa tulus dan suci cinta mereka walau dulu mereka berkahwin atas aturan keluarga…bukan pilihan hati…namun tetap kekal bahagia hingga ke anak cucu dan moga terus berkekalan hingga ke akhir hayat…pada mulanya…mereka akan pergi berdua tapi kesihatan mak aku tak mengizinkan… tambahan pula tangan kanan dia patah sebab jatuh tangga bulan 8 dulu…jadi terpaksalah ayah aku pergi sendirian…mungkin ada rezeki tahun depan…mereka akan pergi umrah bersama…sebenarnya ini kali ketiga ayah aku ke Tanah Suci…kali pertama tahun 1989…sendirian dan tahun 1993 bersama mak dan arwah wan…!

Kami beredar meninggalkan KLIA pukul 5.15…selepas aku bayar parking selama 2 jam 6 minit sebanyak RM9/-… sebelum ke kereta…aku beli coklat jenama yang sama tapi dalam bekas kecil dan biasa…RM7.90 kat kedai sebelah kaunter bayaran parking…untuk anak aku…aku tengok dia senyum dan kembali ceria…dalam perjalanan pulang…singgah kat Masjid Nilai…solat Asar dan kemudian ke Bazar Ramadan…beli juadah untuk berbuka…kami berbuka di Tol Senawang…kat tepi jalan…kalau tengah jalan…kena langgar dek lori plak…makan bekalan nasi…ikan tilapia goreng dan juadah yang dibeli…aku tengok mak cukup berselera makan…sepanjang pemergian ayah ke Tanah Suci…mak memang tak de selera nak makan…ada satu petang tue…mak berbuka dengan nasi dan telur goring je…walau aku ada beli ayam, ikan, sotong dan udang tapi mak kata dia tak berselera…mungkin dia teringatkan ayah…masa berbuka tue…dapatlah aku merasa kurma gred A…ayah aku cakap mahal…sebekas tue harganya 40 riyal…memang sedap…manisnya lain…kalah kurma Yusof Tayob yang aku beli sebungkus RM10/-…aku tengok ramai yang singgah kat situ untuk berbuka…tapi aku heran gak…ngape tak solat dulu lepas berbuka…mungkin mereka nak cepat…tapi tiada urusan yang lebih penting selain dari solat…Selesai solat…kami bertolak pulang ke rumah…!

Kami tiba pukul 10.30 malam… sampai je aku tengok ayah cukup ceria…semua beg dibuka dan dikeluarkan semua barangan yang di beli…ditunjukkan pada anak aku…gambar dia naik unta…dan dia berpesan kat anak aku…jangan nakal-nakal dan belajar rajin-rajin supaya nanti dapat naik kapal terbang dan dapat jejakkan kaki ke Tanah Suci…dulu dia pesan kat aku perkara yang sama…tapi dulu aku malas dan banyak main…sebab tue aku periksa SPM 2 kali…namun aku bersyukur dengan apa yang aku ada, miliki dan nikmati kini…walau tak mewah tapi cukuplah untuk aku sekeluarga…!

Demikian coretan sehari aku ke KLIA…betapa negara kita kini semakin maju dan pesat membangun…tapi…apa yang aku terkilan dan kesalkan…kekayaan dan kemewahan banyak dimiliki oleh bangsa lain…bangsa aku boleh dikira dengan jari...memandu kereta mewah atau turun dari pesawat…termasuklah aku sendiri…sesungguhnya bangsa Melayu memang ketinggalan dan mungkin makin jauh ketinggalan berbanding bangsa lain…Dan dalam hidup nie…kasih sayang …hormat menghormati…ikatan kekeluargaan amat penting…kerana tanpa kasih sayang, hormat menghormati dan ikatan kekeluargaan…maka jadilah kita orang-orang yang rugi…andai kalian masih punyai ibu bapa…kasihilah mereka seadanya kerana apabila mereka tiada kelak…kita akan jadi manusia yang kehilangan sesuatu yang tak mungkin dapat dikembalikan lagi…Hargailah setiap detik bersama ibu bapa kerana detik itulah yang akan kita kenang…jagailah mereka sebaik mungkin kerana suatu hari nanti kita juga akan mengharapkan anak-anak kita menjaga kita bila kita tua nanti…!!!

12 October 2006

003 : Blog Aku Dibaca...!

Apa perasaan kalian bila kali pertama menulis dan apa yang kalian tulis dibaca dan diberi komen…?

Apa ye perasaan aku bila blog aku yang pertama iaitu “aku masih baru” dibaca…eemmm, mulanya tak tahu nak rasa apa…tapi lama-kelamaan…aku rasa seronok, gembira, suka sesangat…senyum sampai ke telinga…kemudian perasaan dihargai dan semakin bersemangat untuk menulis…aku pun mula berfikir…apa lagi yang aku nak tulis…fikir punya fikir…dapat idea untuk tulis… “tentang aku”…kejap je aku tulis… dalam 5 minit je aku dah ‘publish’ kan…maklumlah tentang diri sendiri…!

Orang pertama yang baca blog aku nie…merupakan orang yang pertama yang aku baca blog dia…kira macam tukar suka sama suka…dia tau pasal blog aku pun sebab dia kenal teman sekerja aku…aku siap bagitau teman sekerja aku untuk bagitau kat dia supaya masuk kat blog aku…kat cni aku nak ucap bebanyak terima kasih kat dia sebab sudi jenguk blog aku nie…nak ke aku bagitau sape…kalau kalian baca blog “aku masih baru”… mesti kalian tau sape…dan harap dia dapat masukkan alamat blog aku nie kat blog dia…he he he… siap minta promosikan lagi…

Pendapat aku tentang pembaca pertama blog aku…Dia nie bagi aku memang sempoi, easy go lucky, mudah didekati, suka buat lawak, mudah terasa dengan persekitarannya (sensitive) dan yang paling aku suka…gaya bahasa dia nie…memang menarik…ringkas tapi penuh makna…penuh pengajaran…kalau kita baca tulisan dia nie…memang kita jadi asyik…perasaan jadi hanyut bersama apa yang dia tulis…sejak dua menjak nie…aku mesti masuk blog dia…kalau tak de yang baru dia tulis…aku rasa macam ternanti-nanti je perkhabaran dari dia…dari teman sekerja aku dapat tahu serba ringkas tentang diri dia…bagi aku… dia nie seorang yang tabah, cekal, berani dan sanggup hadapi apa saja cabaran yang dihadapi…ini pendapat aku tentang dia setelah aku baca semua yang dia tulis…dan aku rasa kalau dia nie buat novel…mesti meletup punya…!

Sekarang nie aku tambah semangat nak tulis kat dalam blog…sebab aku dapat luahkan apa yang aku rasa dan kongsikan dengan sesiapa yang sudi membacanya…dulu aku selalu gak karang sajak atau puisi…kira jiwang karat laa juga aku nie dulu…tapi bila dah berumahtangga dan ada cahaya mata… aku jadi ketandusan idea untuk menulis…sajak terakhir yang aku karang…aku tujukan khas untuk bakal isteriku sebelum kami berumahtangga…sejak tu…aku tak mengarang apa-apa sajak pun…mungkin lepas ada blog nie aku akan kembali ada idea dan dapat karang apa-apa sajak atau puisi…dan harap-harap ada yang singgah blog aku nie…!

11 October 2006

002 : Tentang Aku...!

Aku manusia biasa...sama seperti kalian...cuma mgkin aku ketinggalan jauh ke blkng berbanding kalian dlm arena blog nie...namun aku akan tetap berusaha untuk terus ke hadapan...

Aku dilahirkan kira-kira 29 tahun yang lalu di sebuah daerah terpencil...di sebuah negeri yang terkenal dengan lagenda sejarah pahlawan terbilang seperti Tok Gajah, Dato Bhaman dan Mat Kilau. Aku berasal dari sebuah keluarga besar 10 adik-beradik namun 2 adik beradik aku lebih disayangi Allah..mereka meninggal waktu dilahirkan...aku yang bongsu...Aku dibesarkan dalam serba kekurangan..maklumlah adik-beradik ramai...sedangkan ayahku hanya kerja kampung manakala ibuku seorang suri rumah sepenuh masa...namun aku bersyukur dilahir,dibesar,dididik dan segalanya dengan sempurna walau serba kekurangan...

Genap usiaku 7 tahun, aku jejakkan kaki ke alam persekolahan di sebuah sekolah yang bernama SK Kerayong...meniti hari-hari kanak-kanak...penuh suka duka, pahit maung dan bermacam rasa dan pengalaman yang aku lalui...terima kasih yang tidak terhingga kepada guru-guru yang telah mendidikku dengan sebaik mungkin...kepada Cikgu Ngatinam...yang mengenalkan aku dengan A,B,C...Cikgu S.Karala yang mengajar aku 'yes, no, thank you'... Cikgu Ahmad Kassim yang tegas mengajar aku 1,2,3 dan kepada cikgu-cikgu yang pernah mengajar aku dan tidak ku sebutkan nama mereka di sini...maaf dipinta..bukannya lupa tapi aku hanya insan kerdil yang serba kekurangan...mana mungkin dapat ku nyatakan kesemua cuma ucapan terima kasih yang teramat dari ku kepada kalian semua moga diri kalian sentiasa mendapat kesejahteraan dan keredhaan dari-Nya.

Tahun 1990...aku melangkah ke alam persekolahan menengah di SMK Mengkarak...kali pertama berpisah dengan ayah dan ibu kerana aku secara paksa dan berat hati tinggal di asrama... di sini, segalanya baru serta mencabar...aku susuri laluan perjalanan hingga ke tingkatan 5...namun malang bagiku kerana aku hanya layak mendapat SAP dalam spm 94 kerana tidak cukup syarat...namun berkat nasihat, dorongan, galakan dan bimbingan dari keluarga, guru2 dan teman ...aku hadapi SPM utk kali kedua...kali ini aku lebih bersedia, lebih yakin dan bersemangat...alhamdulillah aku lulus dengan 17 aggregate, pangkat 1 dlm SPM 95...
Tahun 1996... aku terus mengorak langkah dalam mengharungi kehidupan...aku diterima masuk untuk menjalani latihan perguruan selama 3 tahun di Maktab Perguruan Kota Bharu, Pengkalan Chepa, Kelantan...pertama kali menjejakkan kaki ke bumi Cik Siti Wan Kembang... aku pelajari adat dan budaya orang2 Kelate..aku betah menyesuaikan diri kerana antara orang Pahang dan Kelantan tiada banyak perbezaan...Selama 3 tahun di MPKB...Pelbagai kisah suka duka aku harungi...pengalaman yang mendewasakan aku...
1999...Aku tamat pengajian di MPKB...Ogos 99, aku ditempatkan di sebuah sekolah yang berhampiran dengan tempat tinggalku...SK Kemayan tempat pertama aku bertugas...mendidik dan mengasuh minda supaya menjadi insan berguna...2001, aku tamatkan zaman bujang dengan seorang gadis...pilihan hatiku sendiri...saat bahagia menempuh alam perkahwinan dikecapi bersama dengan penuh rasa kesyukuran...2001 jua mencatat lembaran duka dalam hidup aku... putera sulungku meninggal selepas beberapa jam dilahirkan kerana tidak cukup bulan...sebelumnya isteriku mengalami "turun darah" setelah 7 bulan mengandung...aku amat sedih dengan kematian anak yang dinanti-nantikan...namun aku akur segalanya kehendak Allah SWT...aku sebagai hamba... pasrah dengan ketentuan-Nya...2003, lahir putera keduaku...aku sambut kelahirannya dengan penuh rasa kesyukuran...Muhammad Haris Farhan...Itulah nama yang aku berikan kepada buah hati pengarang jantung ku selepas kematian putera yang sulung...
2006, aku berpindah dari SK Kemayan ke SK Bkt. Gemuruh(JHEOA)...satu pengalaman baru menjejakkan kaki ke sekolah yang baru... satu pengalaman baru kerana kesemua murid SK Bkt. Gemuruh adalah murid Orang Asli...mulanya agak kekok untuk mengajar mereka kerana masalah bahasa...tambahan pula aku mengajar Bahasa Inggeris...namun pepatah ada menyatakan "alah bisa tegal biasa"...setelah hampir setahun... aku betah menghadapi kerenah anak2 muridku...2006 juga aku mendapat cahaya mata ketiga...seorang putera walau puteri yang diharapkan...Muhammad Hakeem Danish pelengkap hidupku...
Demikianlah serba ringkas tentang aku... tiada apa yang menarik...andai terselit pengalaman yang bisa dijadikan pengajaran...gunakanlah utk kebaikan kalian dan andai ada keburukan...jadikanlah juga pengajaran yang berguna...bagi diriku, hidup perlu diteruskan kerana kita hanya mampu merancang apa yang terbaik untuk diri kita...namun segalanya ditentukan oleh Allah...segala yang terjadi...redha menerima kehendak-Nya..Sekian.

04 October 2006

001 : Aku Masih Baru...!

sebenarnya..., aku tak tau nak tulis apa kat blog ni..maklumlah kali pertama ada blog sendiri...byk lagi yang aku kena belajar...aku tau pasal blog nie pun secara tak sengaja...member sekerja aku buka satu blog..."bicarakudisini"...pastu aku try masuk blog nie dan baca semua yang ditulis...aku jadi tertarik dengan apa yang ditulis...dan selepas tu aku jadi pengunjung setia blog milik maniq kayangan... kemudian gatal tangan lak nak buat blog sendiri...aku pun try buat ikut step yang ada disediakan...dan akhirnya wujudlah blog nie...kalau nak dikatakan setahun jagung memang tak layak sebab tak sampai setahun jagung pun... baru nak mencari benih jagung untuk ditanam...ntah tumbuh ntah kan tidak...namun aku akan cuba sedaya mungkin untuk kekal menulis di blog nie...semoga ada yang sudi singgah dan sudi pula menjadi teman bicara...kepada semua...semoga selamat segalanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...